Saturday, February 15, 2014

Gambar dan Punca sebenar kebakaran Hospital Umum Sarawak . seorang mangsa rentung

.







Gambar : https://www.facebook.com/pages/Kamek-Miak-Sarawak/346369292114602

Salam Sejahtera

Laporan Awal


Insiden : Kebakaran longgokan sisa sampah pembinaan 

Alamat : Bangunan Blok Baru Hospital Umum Sarawak Tingkat 1, Kuching, Sarawak Terima 
Panggilan : 17:02:58 dari RC Kuching/ PGO Sarawak/Kawalan Batu Lintang 
Status Insiden : Kebakaran dilaporkan adalah kebakaran melibatkan longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tersebut di tingkat 1 Blok Bangunan Hospital Umum Sarawak dan tidak melibatkan struktur bangunan.Dilaporkan oleh Batu Lintang 09 (PBKII Ramsay)

Balai terlibat : Keluaran seramai 8 orang diketuai PBKII Ramsay dari BBP Batu Lintang bersama sebuah jentera Scania. Bantuan dari BBP Kuching seramai 8 orang diketuai PBKII Sahabudin bersama sebuah jentera Scania dan RIM 3 buah motosikal.
 

Mangsa : Seorang mangsa rentung Pasukan Alpha

PGO Sarawak





.





Kebakaran di Hospital Umum Sarawak 15/02/2014




Kebakaran berlaku di hospital umum sarawak
Dianggarkan berlaku sekitar jam 5 petang tadi (15/02/2014)
Kehadiran bomba sempat menyelamatkan keadaan
Punca kebakaran , block kebakaran dan mangsa masih tidak diketahui






Semoga tiada kemalangan jiwa yang berlaku


Jika ada sesapa yang mengetahui punca dan kejadian ini dengan lebih lanjut
Bolehlah berkongsi diruangan komen

(ada yang mengatakan ia berpunca dari power trip)

.



Wednesday, February 12, 2014

Guru... adakah kau lilin yang menerangi atau lilin yang membakar kami

.




Assalamualaikum

Saban hari kita dikejutkan dengan berita guru dan murid
Dijentik dikatakan jenayah besar yang mengundang pembunuhan
Saya menulis artikel ini bukanlah bermakna menghentam siapa siapa
Bukan ayah bukan ibu bukan murib malah bukan guru
Pada siapa yang terasa
Saya tak tahu nak buat apa
Kalau salah
Mengakulah salah apa salahnya

"Sayang anak tangan tangankan"

Bila kepercayaan pada guru diletak pada tahap sifar
Maka ibu dan ayah bersikap seperti perlindung yang tiada guna
Kalau hari ini anak yang bersalah tidak boleh dihukum
Maka esok jangan ditanya mengapa semakin berleluasa setiap jenayah

Berbeza dengan zaman saya ketika dahulu
Bila bising dikelas dilastik dengan getah ditelinga dan bibir
Bila tidak siapkan kerja rumah diarah berdiri diatas kerusi
Bila melawan guru dijentik lengan sehingga lebam
Bila membuat kerosakan dirotan sehingga menyesal
Lalu apa yang kami dapat dari semua
Kesakitan ?
Tidak ..
Kami belajar dan meyesal tidak mengulangi perkara yang sama

Percaya atau tidak
Setiap kali ayah saya mengambil buku laporan sekolah
Ayah akan berpesan pesan kepada guru
Agar merotan saya jika salah
Saya mula belajar
Jika melakukan kesalahan maka hukuman akan dijalankan
Berbeza dengan sekarang
Ayah mengajar anak jika melakukan kesalahan
Bertindak terus dengan laporan polis
Sipenjenayah tiada hak untuk dihukum
Lalu apa yang mereka belajar ?
Mereka menyesal ?
Tidak
Malah mereka gembira melakukan kesalahan ..

Jika benar
Menganggap guru itu lilin yang menerangi
Maka lelehan lilin itu sakit nya hanya sementara pada diri
Percayalah wahai ibu ayah
Tanggungjawab mereka terlampau besar

Jangan hairan
Jika selepas ini semakin banyak anak anak yang bermasalah
Jika guru tidak diberi penghormatan
Jangan pula bertanya mengapa anak mula pijak kepala
Anak itu bukan semakin kecil
Anak itu semakin dewasa

Kadang apa yang terlihat sakit
Adalah ubat sepanjang hayat


Nanti jangan pula ditanya tanya
Guru...
Adakah kau lilin yang menerangi atau lilin yang membakar kami


Ibu ayah bila sudah tua baru nak menyesal
Tiada guna nya 

Jika ada yang memberitahu
Awak tiada anak apa tahu kasih sayang terhadap anak
Maka saya sering tertanya tanya
Bagaimana kasih sayang ayah saya kepada saya sewaktu dulu
Kerna sehingga kini saya terasa terhutang budi kepada guru yang memukul saya








 .






Tuesday, February 11, 2014

Pembangunan Samarahan

.




Assalamualaikum

Siapa sangka,
Dahulu dalam tahun 70-an ramai yang mengatakan Samarahan adalah tempat 'jin bertendang' 
Kerana kesukaran untuk berkunjung dan pada masa itu Samarahan hanya bergantung kepada pengangkutan air sepenuhnya.

Kini ..

Samarahan berdiri megah sebagai 'Pusat Ilmu' dengan kewujudan 
Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), 
 Universiti Teknologi Mara Sarawak(UiTM), 
Univesiti Terbuka Malaysia(OUM), 
Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR), 
Institut Latihan Perindustrian (ILP) 
Dan tempat yang pertama mempunyai Pusat perubatan jantung selain Kuala Lumpur.

Populasi mencecah 200,000 orang 

Dan tidaklah menghairankan bahagian Samarahan di kedudukan oada tangga kelima kawasan pesat membangun selepas Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu .
kerana pembangunan yang begitu cepat dan pantas 
Menjadikannya sebuah kawasan yang terpenting dan utama di Sarawak.


.



Monday, February 10, 2014

Warga facebook boleh tak jangan klik link macam nie

.





Assalamualaikum .

Buat semua warga blogger dan facebook

Skang nie ramai plak yang mention saya kat ruangan yang macam kat atas tu
Padahal tak berguna lansung pun
Bila korang klik link tu.
Secara automatik rakan rakan difacebook korang akan dimention

Lepas nie buat sesapa yang dah baca nie
Dan bila ada kena macam nie
Tolong jang klik k ..
Tak de nya penting sangat facebook warna pink dan tahu pasword orang lain


Tak larang pun korang nak klik
Tapi kalau nak jugak klik pastikan jangan plak ada nama wan dalam ruangan komen mention tu k
Hahahaha



.