Saturday, September 1, 2012

Hantar adik daftar di UNIMAS...

.

Gambar carian google..ehehhehe


Assalamualaikum....


Camne hari korang hari nie?? Ok best??Gambar kat atas t gambar wan k.bukan carian google pun..ahahha.. hari nie Wan hantar adik wan masuk IPTA..UNIMAS.. Adek perempuan Wan..Dia duk asrama.Duk kat asrama Sakura....Rindunya kat dia...erm.. tapi tak pe..hehehe.. nanti leh jumpa jugak kan..ahhaha..Rumah wan pun tak jauh dari UNIMAS..hahaha..



Gambar kat atas nie tasik UNIMAS...Jambatan tu orang kasi nama jambatan cinta..Siap ada cerita jambatan tu berhantu..ahahha..tak taw lah..auta  semata mata.. Wan tak pasti lah jambatan tu.ahaha..



Nie adik Wan ,,Comel tak??? hehehe..Mestilah comel..hehehe.Jangan hairan kaca mata adik Wan memang tebal.. Doakan mata adik Wan sihat sihat hendaknya k.. Agak risau Wan dengan mata adik Wan nie.. sangat sangat risau...




Ok tu je..Gambar kat atas tu..Ibu Wan kat tengah ,adik lelaki Wan.adik perempuan Wan..belakang pegang kemera tu Wan..ehehe


Owh ye..Sesapa blogger yang masuk UNIMAS komen lah kat bawah nie ye..Mana taw kenal ngan adik wan..ehehe


Study leklok.. sembahyang jangan lupa..Doa makan pun jangan lupa..ehehhe..



.



Friday, August 31, 2012

Yang baik atau jahat kalau mereka menegur , kita harus terima..

.



Assalamualaikum...

Merdeka merdeka merdeka.. Adakah kita benar benar dah merdeka?? korang jawab sendiri taw.. hehehe.. Entri kali nie tak de kaitan ngan merdeka.. Kali nie Wan nak ajak korang semua berfikir dan mengupas sedikit isu yang semakin hari semakin besar tampaknya dimedan maya..


Terlalu ramai antara kita silap menilai sesuatu.. Kekadang apa yang kita lihat jauh sekali terpesong dengan apa yang kita dengar.. Entri nie bukanlah bertujuan Wan menyokong yang jahat.. Betul benda tu tak baik.. Tapi kalau teguran tu untuk membaiki diri.. maka ia tetap teguran dan nasihat.. Adakah yang layak menegur hanya orang yang berkopiah dan betudung labuh.. ???


Wan tak bermaksud nak pertikaikan cara seseorang atau membenarkan apa yang ditegah.. Cuma apa yang Wan nak kongsikan ialah "kenapa ramai yang memilih siapa yang menegur dan menasihati" kalau bukan ustaz atau ustazah maka kita yang biasa biasa nie tak layak menegur dan menasihati.. Sedarlah dalam ramai ramai jiwa manusia .. Kekadang yang menasihati tu sedang berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik walaupun cara mereka masih salah tapi adakah kita sedar mereka sedang bertatih tatih melangkah memaksa diri berubah kearah kebaikan.. Ramai antara kita beranggapan mudah..


"ustaz wanabe makin ramai..geli aku",

"kau hipokrit. Nasihat macam ustazah tapi depan mata aku tengok kau teruk lagi dari aku",

"hah...Kau sendiri pun tak pakai tudung"

"Mengajar orang tapi diri sendiri.. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus"


Ayat nie, kita mudah dapat kat wall status muka buku.. Realiti nie.. ramai yang mengumpat .Kawan kawan Wan ramai yang update status macam nie..Ada tak yang terasa... Ramai yang mempersoalkan .. Percayalah.. Dalam sistem kekeluargaan pun akan ada benda nie.. Bagaimana seorang ayah mendidik anak anak nya.. Padahal apa yang ayah nasihat tu ayah sendiri tak buat.. Anak jangan merokok taw tak baik..tapi hakikatnya ayah sendiri yang merokok.. Adakah kita juga akan kutuk ayah kita? adakah ayah kita hipokrit??


Dunia skang nie susah kita nak nilai seseorang tu taw.. 
Sebab hati kita makin buta.. 
orang kata kalau nak memilih pasangan cari lah yang menutup aurat... 
disebalik tu adakah kita tahu sebalik nya.. 
Padahal apa yang sepatutnya kita perlu cari ialah yang menjaga agama nya.. 
Ibadah nya..
dan 
yang Cinta nya Kepada ALLAH..


Kekadang apa yang dia cuba sampaikan tu , dia cuba mengingatkan diri dia sendiri.. Jadi tugas kita bukan mengutuk tapi kita saling ingat mengingati.. Sebab nya Kita hanya Manusia.. yang menghakimi seseorang tu hanya ALLAH..

Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka padahal ada diantara kita semakin menolak mereka kelembah kejahatan..  Sebagaimana korang, mereka juga begitu, Wan juga begitu. kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke. Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pasti sakit hati.  Begitulah perasaan mereka yang buat silap. Wan sendiri amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.


Dan sering kali Wan terfikir.. Bagi yang selalu mengutuk mereka mereka yang cuba menasihati , menegur dan cuba berubah diri.. Adakah dikalangan kalian cuba mendekati mereka.. Menyokong perjuangan mereka dan cuba menasihati dikalangan mereka . Cuba mengajak mereka dengan cara yang benar berlandaskan agama... Islam itu mudah..Islam itu indah..


Jangan biarkan wujud "antara kita dan dia siapakah dulu ke neraka"...


Ingatlah bila kita tidak memberi nilai rahmat kepada orang itu maka kitalah diantara orang yang paling binasa..


jom kita sama renungkan..


''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]




Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan..



.



Terjemahan Al Quran bahasa melayu (Index Al Quran ) dalam format excel free download

.




Assalamualaikum...


Kali nie Wan nak berkongsi Terjemahan Al Quran (Index Al Quran ) .. Index nie telah dikongsikan oleh sahabat Wan di ruangan Email.. Terima kasih buat sahabat kita (SAKINAH SAAD) .. Jadi kali nie Wan plak ingin berkongsi kat korang.. Semoga apa yang dikongsikan nie menjadi manfaat buat korang semua..



Korang boleh habiskan sedikit masa memahami setiap makna ayat dalam Al Quran.. 100% terjemahan..makna nye tak de ayat Al Quran dalam bahasa arab .. Setiap ayat diberi tajuk k.. jadi korang leh tahu ayat mana untuk terjemahan yang mana..


Kalau korang nak..

Korang leh download kat sini


http://www.4shared.com/office/Ku0QFuiT/IndeksQuranTercanggih.html


Daftar 4shared >muat turun


Kalau korang tak leh nak download or susah..korang leh tinggalkan email kat ruangan komen nanti wan send kat korang k..Kalau korang ada FB Wan..Korang leh jugak PM wan kat FB untuk dapatkan index AL Quran nie..Insya ALLAH wan akan kongsikan.. Semua nya bagi memudahkan korang... jangan risau wan tak minta bayaran pun..


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat..Dan kalau korang nak kongsi dengan rakan yang lain dipersilakan...



.








Thursday, August 30, 2012

Alhamdullillah hadiah contest F&N dah sampai

.


Assalamualaikum....

Alhamdullillah.. hadiah dari contest F&Ndah sampai..Contest nie dah lama sangat Wan sendiri pun dah hampir terlupa..Contest melukis doodle dengan dua hirisan limau.. Dah terima kasih jugak kat sesapa yang sokong Wan..sangat sangat berterima kasih..


Skang Wan makin sibuk dan semakin malas plak..Hahaha...tapi syukur gak assigment dah siap.. Dan nak fokus 100% kat tempahan mulai esok..Maaf sangat kat korang yang tempah tu sebab menunggu lama.. Insya ALLAH sebelum minggu hadapan Wna dah draftkan semua design..


Owh ye.. dikesempatan nie Wan nak ucapkan Selamat hari kemerdekaan ke 55 Malaysia.. Semoga kemerdekaan kita seperti yang dijanjikan..





Papai



.





Tuesday, August 28, 2012

Doodle Story : OPPA gangnam Style

.



Assalamualaikum...


Hah... Semua tahu pasal nie kan..Pantang je korang nie.. Pengaruh kuat sangat... Mesti ada diantara korang nie dah tahu camne nak wat tarian gangnam nie kan..Cuba sikit.. Apa lagi kalau kat sekolah tu.. masing masinglah tunjuk hebat korang kan.. terloncat sana terloncat sini.. lelaki perempuan sama je.. Macam tak de perasaan malu plak Wan tengok.. Bukan nak kondem lagu atau ramai orang yang minat..Nie cuma lah apa yang Wan lihat dan pendapat yang terlalu hina dari diri Wan.. Sekadar berkongsi..


Kekadang kita boleh telan lumat apa yang orang lakukan dan kekadang kita terpaksa meluah muntah memendam rasa.. Dalam banyak kekadang tu .. dan dalam ramai jiwa manusia semestinya ada yang tak suka dan ada yang suka.. Jadi kita haruslah berfikiran terbuka.. Entri nie cuma pendapat dari Wan taw.. Kalau korang nak ambil boleh kalau nak buang pun dipersilakan..


Bila Wan tanya.. Senang nye korang nak hafal langkah langakah tarian tu.. Dan akan ada suara suara yang jawab.. "Mudah je pun loncat sana loncat sini pusing pusing.. Senang kan.. lepas tu sambil sebut "Oppa gangnam style"" ... hah.. mana de susah..susah lagi ikat tali kasut kot..ahahha.. Betul lah tu.. Wan sokong sangat mana de susah pun.. Pastu ada yang akan jawab plak.. Yang penting kita orang tak rosakkan agama pun.. Kita orang masih tahu.. Yey korang masih tahu.. Wan pun tahu.. Kalau ISLAM sekadar atas nama .. Semua pun dia akan tahu.. Menjawab menjawab dan menjawab .. hahaha.. jangan lah makan cili tu kang terasa pedasnya...Lepas tu orang akan jawab plak.. "Niat kita orang nak berhibur je.. Allah tahu niat kita orang.". Betul tu.. ALLAH Maha mengetahui.. Tapi korang kene ingat Manusia bukan seperti ALLAH yang tahu mengenai niat korang..baik or buruk..jadi perkara yang sebeginilah yang patut kita elak.. hati manusia sapa tahu.. Bila mana yang tua tua lihat perangai korang terloncat sana terloncat sini apa yang mereka tua tua fikir??? last last dalam otak dia orang.. " Remaja sekaranglah tu.. tak cerdik .. ".. Kan sia sia je korang kene doa macam tu..Kata kata tu satu doa..


Lepas tu ada yang wat video respond untuk video tu..ramai yang nak try.. Ada imej yang melambang ISLAM tapi terkinja kinja dengan tarian tu.. Mana letak malu kita.. Mana letak agama kita.. Ada sesetengah video kita boleh terima.. Kalau setakat pakai baju melayu ok lagi.. Sebab tu hanya baju melayu.Tapi kalau yang dah berjubah dan berkopiah.. macam mana plak tu.eh ade ke???ahaha... hairan tak hairan?




Dan bila mana Di ajukan soalan adakah korang tahu langkah langkah solat?? akan terdiamlah beberapa orang.. Ini realiti ..Realiti yang harus kita depani.. Realiti dunia sebenar ramai yang tak tahu solat..Padahal mudah je pun langkah nye.. Dunia hujung jari nie.. Korang cari je macam mana nak solat dari korang cari benda yang tak berfaedah.. Buka mata buka hati.. HIDAYAH TU KITA YANG KENE CARI .. Korang nak kawen tak?? kalau nak kawen cepat cepatlah belajar solat ye... penting tu.. Hah..! kan dah merepek ke bab perkahwinan lak..ahaha..


Jadi lepas nie apa kata kita semarakan plak fenomena " SOLAT ISLAM STYLE " .. Kita berpesan pesan lah antara kengkawan kita.. Dan korang harus bersyukur sebab kat tempat kita telah dibina masjid yang cantek cantek , yang selesa ada penghawa dingin, ada kipas .. Sejadah yang empuk.. Dan kenapa korang tak ambil peluang nie.. Kat rumah korang pun ada tempat yang selesa sangat nak solat kan.. Kalau kita tak ubah diri. orang lain tak kan dapat ubah kita..Biar berbuih buih pun mulut Wan beri nasihat , kalau hati korang tak kuat... Korang tetap dikancah yang lama ditemani syaitan yang bertengek ketawa terbahak bahak.. "Anak ADAM telah kusesatkan" ..Dan ingat jugak..Kalau kita nak ubah keluarga kita.. Pastikan kita berubah dulu . Iman tu tak dapat diwarisi sayang..


Jangan sedar kejap je taw.. Dan Wan tak halang pun korang nak berhibur.. Cuma sesuatu yang tak baik kita elakkan dan sesuatu yang baik kita perbanyakkan.. Korang semua pun dah tahu dunia nie dunia akher zaman dan kita semakin hampir menuju kiamat .. Dimana letak ibadah kita .. Dimana letak perjuangan ISLAM kita.. jadi mari kita sama sama tegakkan apa yang perlu.. Blog blog jugak Ibadah dan bekalan akhirat kita jangan lupa ye..


Papai

Renung sebentar dan lihat diri.. 



.





Monday, August 27, 2012

Doodle Story : Andai ku bercinta ..

.




Assalamualaikum...

Cewah tajuk entri.. Tajuk dah macam lagu lak.. lagu erm... lagu "MOJO - Andai Ku Bercinta Lagi" .. ecece..Mesti ramai antara korang tahu lagu tu.. lagu sikit...hehehe.. Ok ok .. kita fokus kat tajuk sebenar k.. Kali nie entri santai je.. Biasalah entri "Doodle Story" kekadang penuh santai.. Santai ISLAM.. ada pengisian taw.. Jadi tak salah kalau korang nak teruskan bacaan..ehehhe..


Cinta tak pernah haram pun untuk kita.. Rata rata jiwa manusia penuh dengan rasa Cinta . Cinta kepada ibu bapa , cinta kepada ALLAH , Cinta kepada Rasul , Cinta kepada ISLAM dan banyak lagi.. Jadi apa yang Haram ?? Kenapa ramai yang kata Cinta nie haram..


RAMAI dikalangan kita selalu menyalahkan ilmuan ilmuan atau pendakwah pendakwah dengan mengatakan mereka terlalu kuno.. Betul..Cinta memang tak salah.. Kalau salah , Adam dan Hawa tak kan bertemu walau dipisahkan di Bumi . Kerana Cinta lah mereka bertemu.. Begitu hebat nya Cinta..


Jadi.... Cinta tak haram pun.. Yang HARAM ialah cara.. ingat semua .. "Matlamat tak halalkan cara" .. Biar kuat mana pun matalamat korang nak kawen ngan pak we or mak we korang.. Selagi tak de ikatan selagi tu lah Fitnah dunia dan Zina itu boleh berlaku.. Jadi ... tahu kan kenapa Cinta itu haram..? . 


Wan tak pernah menentang CINTA dikalangan remaja.. Cuma apa yang Wan tentang ialah cara , tindakan , perangai , bahasa dan perbualan .. Ia sesuatu yang sia sia.. Dulu Wan juga pernah fikir boleh ke bercinta lepas kawen nie.. bahagia ke?? senang ke ? sebenarnya istilah Cinta selepas kawen nie ialah Berkasih sayang dan bermanja manja selepas kawen.. Sebelum kawen kita kenal kenal dan tak perlu lah korang jalinkan hubungan atau declare dengan melabelkan diri korang sebagai pasangan kekasih.. "U cinta I ,I cinta U .. Kita couple ye" .. Kalau kalau lepas tu terjadilah sesuatu yang tak baik..Bukan Wan mendoakan cuma mengingatkan je.. Semestinya korang akan kecewa bukan.. Lepas tu berkepul kepul lah lontaran kejam dan keji yang korang lontarkan..


Beringatlah kawen tu bukan try n error  , Kita mencari pasangan menuju ke syurga bukan mencari cinta dunia semata mata.. Ini realiti yang Wan sendiri alami.Yang Wan sendiri sedari. Hensem dan cantik tu bukanlah ukuran keimanan seseorang .. Perkahwinan ialah masjid yang kita bina.. jadi mana letak tiangnya?? Tiangnya terletak pada solat.. runtuh solat , maka runtuhlah masjid .. Bercinta kerana agama , hilang agama ,hilanglah cinta..



Renungkan ye.. segala pendapat dan kritikan sila nyatakan.


Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri Wan sendiri..

Kita kenal kenal dulu ye baru bercinta lepas kawen .. : ) (siapalah jodoh wan nie kan) hehehe..



.







Sunday, August 26, 2012

MERDEKA bukanlah janji ditepati tapi perjanjian yang telah ditepati bukan balas budi tapi berikrar sehidup semati .. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi ..

.



Assalamualaikum...

Dalam tak sedar kita yang masih dalam mood Raya nie hampir terlupa akan hari kemerdekaan yang selama nie telah kita kecapi . Ramai diantara kita tersalah anggap akan maksud MERDEKA .. Ramai yang anggap MERDEKA tu kebebasan , padahal rata rata jiwa kita masih dalam penjajahan . Kekadang Wan sendiri pun rasa pelik apa yang kita perjuangkan selama ini.. Parti parti politik berperang mulut , perang undi perang siapa yang tampak baik elok padahal dalam diam ada udang dalam mee.. Wan bukanlah anti politik dan bukan lah penyokong tegar politik..Sehinggakan Wan tak tahu mana satu perjuangan yang benar berasaskan ISLAM..Apa pun , Sekarang nie pun Wan dah rasa bersyukur sangat bila dilahirkan dalam Negara MALAYSIA nie.. Kita negara ISLAM maka bergeraklah berlandaskan hukum ISLAM..


Bagi Wan...
MERDEKA bukanlah janji ditepati tapi perjanjian yang telah ditepati bukan balas budi tapi berikrar sehidup semati .. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi ..


Maaf ini bukan entri perjuangan menentang kerajaan namun hanya pendapat yang lahir dari hati kecil rakyat yang begitu kecil dan kemungkinan besar suara kami tidak didengari.. Negara Malaysia nie terlampau kecil untuk kita calarkan dengan sikap rakyat kita yang sering kali pandang hina dengan kaum , negeri dan agama masing masing..Tidak semua tapi sebahagian.. dan kerna nila setitiklah maka rosaklah susu sebelanga..


Alhamdullillah bila diri ini dibesarkan di MALAYSIA.. Kita masih boleh bersekolah masih boleh menuntut ilmu , tiada batasan sehingga batasan batasan ISLAM pun kita redah.. Mungkin itu makna kemerdekaan bagi sesetengah dari kita.. Jika rajuk hati kita , kita rasa perit suatu hari nanti rajuk ALLAH lagi perit . beringatlah sebelum bala diturunkan.. Kita perjuangan Negara Malaysia sebagai negara ISLAM insya ALLAH.. Semoga ALLAH merahmati.. Dan ingat wahai pemimpin pemimpin sekalian jangan kaitkan isu AGAMA dengan Politik.. AGAMA adalah landasan untuk kita berada pada jalannya bukan dibuat untuk meraih sesuatu dan mengutuk sesuatu...


Jadi semoga kemerdekaan ke 55 tahun ini membawa beribu erti kepada rakyat..

dan apa maksud kemerdekaan bagi anda?


Wan menyokong kemerdekaan dan memperingati perjuangan pejuang negara maka dengan itu Wan ubah header blog Wan .. Salam Kemerdekaan..


 Tiada kene mengena dengan Isu politik..ini hanya sebuah nurkilan .. Allah




اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”
(HR. Abu Dawud, dengan sanad shahih –riyadhusshalilhin, hal 488)


.







Kerinduan ku terbalas bersama lensa

.

Wan tak taw ID serangga nie..ada sesapa pemacro yang tahu?

Assalamualaikum...


Ramadhan dah habis Syawal pun dah Syawal ke 8 .. Terlalu rindu nak ambik gambar dah.Ambik gamabr manusia memang banyak cuma perasaan ambik gambar manusia nie lain sikit mungkin tak minat sangat kot..lain orang lain lah rasanya....ahaha. jadi pagi nie terus ke kebun bab nak lepaskan kerinduan ambik gambar..ehehhee.. Ada dua tiga gambar je.. Orang lain rasanya syok tidur dengan cuaca yang lepas hujan sejuk sejuk .. Wan lak syok habis g ambik gambar..ahahhaa..

Jadi apa kata korang layan je gambar nie k..Semua gambar diambil menggunakan Sony alpha a55|sigma 28-135mm


Bunga nie adalah bunga rumput yang tumbuh kecil .. kecil tak besar taw


 Titisan hujan di deaun serai...


 Nie pulak bunga cili .. hehee


 cendawan ( biar reput tempat ku bertahan ku cekal dengan harapan untuk terus hidup)

Tu je...

Perasaan masa ambik gambar dan tengok hasil ciptaan ALLAH nie susah Wan nak gambarkan..Terlalu hebat.. subhanallah .



.