Friday, June 15, 2012

Esok sabtu dan ahad bercuti di kampung...

.



Assalamualaikum...


Inysa ALLAH , esok sabtu dan ahad Wan akan bercuti di kampung..Sambil tu nak rehatkan jugak mata dan minda dari menghadap semua design design tempahan. Doakan perjalan Kami sekeluarga k..Semoga selmat sampai dan selamat balik..Amiin..


Gambar kat atas tu gambar 4 tahun lepas..Lama dah kan..Esok awal pagi dah berangkat.Perjalanan agak jauh..Nanti wan snap beberapa gambar untuk dikongsi kat korang k..Tak janji tapi Insya ALLAH Wan akan ambik..

Jadi entri nie adalah entri untuk 2 hari yang Wan tinggalkan..Sabtu dan Ahad..sambil tu Wan tinggalkan jugak kat korang nie..Sila lah lihat..Harap bermanfaat untuk dikongsi "satu perkongsian"..


K lah korang..Semoga semua dalam keadaan sihat..



Papai..
 Jaga diri


.



Thursday, June 14, 2012

Ramadhan Coming Soon..

.



Assalamualaikum..

Layan lagu dulu ye..hehehe..





Tinggal beberapa minggu je lagi nak puasa..Sejujurnya dunia akher zaman nie semakin cepat masa berlalu kan kan..Bukan nak menakutkan tapi nak mengingatkan..Wan tak sabar nak puasa..Sebab Wan nak banyakkan amalan dan nak dapat lebih pahala..Insya ALLAH Wan nak berubah lebih lagi ke arah kebaikan..Bulan Ramadhan nie lah ujian hawa nafsu yang paling besar kita tanggung dan dalam bulan Ramadhan jugaklah kita akan dapat tahu sama ada semua ibadah yang kita tinggalkan tu adalah hasutan Syaitan atau kesalahan kita sendiri..


Korang dah buat persiapan untuk Puasa..Ke korang siapkan persiapan Raya??ahahha..Persiapan puasa nie maksudnya kurangkan mengumpat,rendahkan pandangan,berjimat , lakukan ibadah,dan lain lain..Korang dah ready nak puasa??Tak sabar kan nak puasa..rindunya puasa..Rindu nya Ramadhan..


Alhamdullillah..Syukur sangat sangat dan Insya ALLAH kita sempat bertemu Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..Insya ALLAH..Wan doakan semoga kita sama sama boleh beribadah di bulan Ramadhan pada tahun ini..


Berpuasa adalah rukun Islam ke empat..Berpuasa di bulan Ramadhan.Sesapa yang belum ganti puasa tu..Cepat cepatlah ganti taw..hehehe..Bulan Ramadhan banyak banyakkan lah mengaji..Kalau siang kita bekerja ..tengah malam pun kita leh MENGAJI taw..tak kan tak leh kot..Tengok BOLA boleh je..Macam nie..Bola nie..kick kick..Kalau tak pun ambik sedikit masa baca dua tiga potong surah pun dah cukup..



Pada bulan Ramadhan pun kita digalakkan bersedekah..Bersedekah nie umpama menanam benih yang subur dan menanti untuk berbuah..Insya ALLAH kebaikan korang ALLAH akan balas berlipat kali ganda..Dan pada bulan nie lah kita menyelami hakikat kehidupan saudara saudara kita yang tak berkemampuan..Kesempatan korang leh lah diet kan kan..ehhee.


K lah korang,,

Papai..

Selamat menyambut bulan RAMADHAN yang bakal tiba..

Apa pula reaksi anda ? Ramadhan bakal menjelang..Jom kongsi diruangan komen.



Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih  
 
 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat




.



Wednesday, June 13, 2012

Semakin Ramai blogger boikot DIGI....Pilihlah biru

.



Asslamualikum..

Rasanya Ramai dah blogger boikot DIGi gara gara DiGi wowww awards! dimenangi oleh rata rata kaum cha ya nun alif.. Dan Wan pun mula rasa hairan..Kemana pergi kemenangan tertinggi Voting voting yang sedia maklum kita dah tahu siapa yang layak..Dan dari sini kita dapat tahu Digi mementingkan kelompok yang terpilih dan mengunakan strategi publisiti yang kejam..Voting..banyak Voting banyak lah publisiti yang DIGI dapat..faham kan..

Jadi kenapa masih ramai mengunakan DIGI??? Kenapa tak beraleh ke Celcom..atau biru..Korang leh lihat dulu tawaran dari CELCOM kat sini taw..Sebelum beraleh..memang best..Bonus pun best jugak..TAWARAN CELCOM.




Ceh dah macam promoter Celcom lak Wan nie..ahahha..


Percaya tak ramai jugak Blogger yang dah tutup acc Nuffnang..erm..Kerna nila setitik rosak susu sebelanga..


Jadi apa reaksi korang??nyataka pendapat dan komen mengenai award DIGI nie ye..


Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih  
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

 Meh klik saya






.



Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia.Pencipta Kamera Adalah Saintis Islam

.


Assalamualaikum..

Kali nie Wan nak kongsi siapa pencipta kamera pertama..
Sumber :www.isuhangat.net.



Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbitkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.




Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.




Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.





Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.
“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).
Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.

Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.


Sumber :www.isuhangat.net.




 Dan percayalah Ilmu itu milik ALLAH...

Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih  
 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

Bola Bola la
Terbang lak



.



Tuesday, June 12, 2012

Freebies Nyan Nyan Cat..


.



Assalamualaikum..

Korang..hari nie Wan nak kasi korang freebies Nyan Nyan Cat lak..kucing comel..ehehe...ada beberapa warna je.Ada yang minta kucing warana pelik pelik lak..tapi cute lak tengok kucing warna pelik nie.hahaha..korang pilih lah ye..kat atas tu korang leh warnakan sendiri.Freebies lain korang leh tengok kat sini k Freebie Doodle ehehhe..Kalau korang nak wat untuk header blog korang pun boleh jugak..tak de masalah..yang kat atas tu versi tak berwarna..korang leh lah warna sendiri..tak tahu camne nak warna korang leh rujuk entri nie.

-Melukis Doodle dan mewarna Doodle
-Wat tudung dan baju Doodle bercorak

Wan dapat inspirasi nak wat freebies nie dari sini..Bila tengok tengok perhati betul betul..Kucing nie memang sangat comel kan..Korang leh lah dapat inspirasi dari sini gak..SINI











Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

Korang leh lah dapat inspirasi dari sini gak..SINI
.





Tutorial Photography : Light painting HalfDome

.

 
Assalamualaikum...

Kali nie Wan nak kongsi macam mana Halfdome Light painting nie terhasil..Tutorial nie bukan ajar cara nak buat tool tapi nak bagi korang tengok macam mana nak menghasilkan benda nie..Korang tengok item rasanya akan faham camne nak buat..Kalau nak item nie , rasanya korang boleh tempah dengan sahabat Photog Wan di facebook Saudara Aizuddin Akhsan.  Item lain untuk Light Painting Saudara Aizuddin rasanya da jugak jual..Korang leh try tanya kat facebook dia k.. Aizuddin Akhsan. 

Sumber 100% disalin dari Blog saudara Aizuddin (http://lightpainting86.blogspot.com/p/halfdome-tutorial.html)



Di bawah ini adalah hasil dari lampu halfdome yang saya buat..OK tak?kalu Ok SHARE lah?
Jangan lupa jemput saya datang ke tempat ANDA 
 
Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3

 
 
Sumber 100% disalin dari Blog saudara Aizuddin (http://lightpainting86.blogspot.com/p/halfdome-tutorial.html)  

Gambar adalah milik seratus peratus dari Aizuddin Akshan.

Dan bagi sesapa yang berdekatan nak belajar Light Painting nie kroang leh lah ikuti kelas dari beliau..
 
 

Kelas kelas untuk hari yang selepas dari tarikh nie kroang leh tanya kat dia sendiri k..nie facebook beliau http://www.facebook.com/aizuddinakhsan?ref=ts



Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat
 




.




Monday, June 11, 2012

14 hari dah boleh cashout SAYS.my berbaloi tak?Berkongsi tips

.



Assalamualaikum...


Hai korang...Tak habis habis Wan nak cerita pasal SAYS.my nie kan..Dulu Wan terpegun sangat dengan income dari Churp Churp..Cara nak dapat income tetap sama..Macam nie untuk Churp Churp boleh klik kalau nak tengok..Kalau dah tahu tak yah tengok..Sama jugak RM0.20 perklik dan kekadang akan ada masa dapat RM0.40 perklik tu untuk Churp Churp . SAYS.my lak lain RM0.20 perklik dan ada limit setiap iklan.


Dalam masa 14 hari nie bersamaan 2 minggu Wan rasa amat amat terpegun dan terpegun dengan hasil yang mendadak..Jumlah dalam masa 2 minggu dah cecah RM50.40 . Percaya atau tak..Terimalah hakikat nya..Itu lah yang Wan dapat dalam masa 2 minggu..


Masih jugak ada yang tanya macam mana leh dapat income cepat sangat tu..Cara Wan..Wan kongsi setiap iklan yang diberi..Tapi bukan semua..Wan tengok tempoh iklan yang pendek.Macam dalam gambar kat bawah nie.Iklan yang ambik masa 5 hari je untuk bersiaran..



Jadi Wan utamakan tempoh yang pendek nie..Sebab nya kalau dah tamat tempoh so tak de dah iklan tu lagi..Pastikan iklan korang tu tak sampai limit..nak taw macam mana iklan sampai limit..Korang tengok Entri nie k

-SAYS.my begitu kejam (11 hari bersama SAYS.my).Limit setiap iklan tak perlu kongsi 

Dan korang pasang target iklan korang..Contohnya satu iklan korang target leh dapat RM 2.00..Bila dah dapat RM2.00 korang beraleh ke iklan seterusnya dan pusing pusing lah dengan iklan yang lain.


Perkara yang sering Wan buat ialah macam nie..Rasanya korang dah tahu..Sapa yang tak tahu boleh tengok.."Contoh"..Wan pasangkan link di setiap entri Wan..Nampak tak contoh tadi tu..Dalam entri kita try buat yang berkaitan..Erm.Ok..Wan bagi contoh mudah k.


"Puma pun ada permaianan..nak tahu siapa jadi kapten..Korang layak ke tak?hahaha.meh sini---PUMA


Cara yang seterusnya lak Wan banyak berkongsi link dalam facebook..Mungkin ada yang menyampah dengan cara nie Tapi kita kene buat dengan cara yang sangat sangat bagus..Contohnya kalau kita nak kongsi iklan nie..Korang leh tengok contoh iklan tu kat sini ---> Contoh iklan..Iklan tu mengenai PUMA kan..Jadi Wna akan update status Wan mengenai PUMA..Contohnya macam nie


"Puma pun ada permaianan..nak tahu siapa jadi kapten..Korang layak ke tak?hahaha.meh sini--->http://wanhazel.says.com/recommendations/puma-social-finale-party"


Yang seterusnya ialah masa yang tepat..Korang kongsilah saat kawan kawan korang banyak online..Dan kebanyakkan yang Wan kenal pasti ada yang bertukar tukar link supaya di klik..Awak klik saya, saya klik awak..cara nie Wan tak pasti lah membuahkan hasil ke tidak..tak pernah cuba...Kalau ada yang nak Wan klik boleh je Pm Wan di facebook...Insya ALLAH Wan akan jenguk iklan korang..Mari berbagi rezeki..Yang penting jangan SPAM k..FB wan "Wan Hazel".Setiap seorang 2 link je k..


K lah korang setakat nie je yang Wan nak kongsi..Owh ye..Sebenar nye Wan tak cashout lagi SAYS.my nie..ehhehe..nak tunggu sampai cukup target..Insya ALLAH..


Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 

Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat






.




Photography : Star Trail yang paling Menakjubkan

.



Trillium Trails © Nagesh Mahadev
Source: flickr.com  /  via: digitalcameraworld.com

The Time Traveler © Stephen Oachs
Source: flickr.com  /  via: digitalcameraworld.com

Star Light, Star Bright © Kevin L Cole
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

The Lake © Caras Ionut
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Bromo Before Sunrise © Weerapong Chaipuck
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Startrails © Gytis Vidziunas
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Night Lights © Gary Randall
Thanks Heaven © Andrew Whyte
Camp Trails © Bill Church
Source: flickr.com  /  via: digitalcameraworld.com

Stars © Song Hongxiao
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Sky Vandalism © Steven Christenson
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

© Alexander Drakon
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Abandoned © Caras Ionut
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Circling The Dead © Marsel van Oosten
Source: 500px.com  /  via: digitalcameraworld.com

Imagination © Stephen Oachs
Source: flickr.com  /  via: digitalcameraworld.com

66 Minute Star Trails © Steve MacKay
Railroad to the Galaxies © Ryan Wright
The Celestial Equator © Luis Argerich



Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 

Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat