Thursday, October 11, 2012

Tapi tak pe mak.. Kita kumpul saham Akhirat

.




Assalamualaikum...

-----

"Sik kempang mak jual mun sik bersedekah "
(tak sampai hati mak jual kalau tak bersedekah)


"sik pat berbisnes lah kita mak .kalau dah hari hari bersedekah ... hahaha" aku mengaru kepala ku yang tidak gatal..

(tak dapat berbisnes lah kita nie mak kalau dah hari hari bersedekah...hahaha)


----

Tapi tak pe mak.. 
Kita kumpul saham Akhirat seeloknya begitu lah.. 


Perbualan itu telah mengetik minda, membuatku sedar bahawa rupanya setiap yang kita lakukan boleh saja jadi saham akhirat seiklhasnya kita kepada ALLAH..


Dan mungkin akan ada segelintir suara sumbang ..


"Rugi lah kau macam nie... Buang masa je lah semua nie"


Kamu tahu? Biarpun benar telahanmu itu, usahkan setitis kesal pun yang menitis kerana bersedekah/memberi. Ya, silakan didik anak cicitmu membakulsampahkan kerugian itu, aku tak halang. Tapi ketahuilah, dengan katamu yang meracun itu, mencermin taring prejudismu yang membunuh.


Namun, mewariskan berapa pun nilainya sesuatu harta, tidak sama dengan mewariskan ilmu dan kasih sayang. Bila tiba satu saat di mana kau terpaksa melepaskan ia, dengan seribu harapan generasi warisan kedua itu dapat menyambung tumpuan kasih sayang, seperti mana kita menjaganya pada awal kita memilikinya.Semoga boleh saja bagi mereka meneruskan sisa kehidupan yang panjang.


Begitulah perasaan seorang ibu yang pada akhirnya, atas sebab yang tak dapat dielak lagi, dengan berat hati terpaksa melurutkan ikatan sayang akan anaknya kepada orang ketiga. Jerit pekik melahirkan anak comel itu diimpi berbayar dengan doa secara tunai, agar anak itu membesar sempurna, bak sebutir benih yang tumbuh menjadi pulau suatu hari nanti. Amin. 



P/S : perkara yang paling sukar kita lakukan ialah bersedekah harta bila saat kita memerlukan nya.. Jadi ambil lah peluang yang ada selagi kita mampu..





.



Freebies Doodle pening/blur depan komputer

.



Assalamualaikum ....


Korang korang semua kali nie Wan wat freebies doodle yang tengah blur or pening kepala lak..hehehe..Lama dah kan wan tak wat freebies nie....Freebies lain korang leh tengok kat sini k Freebies Doodle ehehhe..Kalau korang nak wat untuk header blog korang pun boleh jugak..

Kat bawah nie ..Korang ambik lah warna apa yang korang nak...Selamat memilih













Papai dan enjoy


.



Wednesday, October 10, 2012

sisipan kenangan

.



Assalamualaikum...

Benarkah kita boleh mengulang masa lampau kita? Masa yang meliputi kenangan silam kita?


Atau, pernahkah kita mahu mengubah satu sisipan kenangan supaya kenangan itu menjadi kenangan paling manis dalam hidup kita?.


Usai solat ku , Sesekali aku merenung hamparan sejadah ku.. Sahabat solat ku , Sahabat yang membiarkan dahi ku kejung mencium hamparan nya. Kadang setiap butir kenangan itu menerjah . Dan aku hampir pasti setiap kenangan dari setiap episod berlalu dengan sisipan kenangan yang berbeza .. Dari saat aku tertawa lalu menangis .. Ku sisipkan pula kenangan saat ketawa kembali lalu menangis kembali.. Sehinggalah ke hari dimana aku kini.. Setiap sisipan itu punya pengajaran yang bermakna.. Itulah madrasah pengalaman..


Sebagaimana hari ini , saat ini aku mula menyisipkan setiap sisipan untuk dijadikan kenangan ku agar menjadi sisipan yang paling manis dalam hidup ku. Kerna aku pasti kali ini kenangan itu akan menjadi yang termanis dalam hidup ku selagi aku berpegang dengan CINTA ALLAH..

Mudah-mudahan impian ini boleh drealisasikan. Kerana sebuah kenyataan itu bermula dengan impian dan citra cita yang menggunung.


Dalam hati berbisik,

" Akan adakah teman dan kalian nanti mengapai impian ku hanya semata-mata mahu menjejaki pengalaman ku? Hanya semata-mata kerana cerita-cerita manis di mulut aku yang sentiasa bercerita kepada kalian tentang kehidupan aku ? Akan adakah diantara kalian akan mengejar nikmat CINTA ALLAH yang senantiasa aku laung laungkan dengan bangga nya..."


Aku semakin teruja dengan pengaturan ALLAH.. Setiap ujian itu ada manisnya.. Dan jika ditakdirkan kemanisan ini hanya untuk seketika aku redha akan aturan NYA... namun Aku mahu kemanisan ini hingga ke syurga.. Semoga ALLAH redha..


Teman Doakan aku . Aku perlukan kekuatan menghadapi angka 13/10/2012.





.




Tuesday, October 9, 2012

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya ♥

.







Parempuan : Awak.. Kenape awak tak penah ajak saya tengk wayang atau keluar jalan jalan macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awak malu nak kuar ngan saya?

Lelaki : Mana ada.

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam malam macam pasangan lain?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..


Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..



Lelaki : Saya tak penah ajak awak keluar tengok wayang dan jalan jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak kuar ngan saya dan saya nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Macam macam boleh jadi kan? Saya tak nak gayut dengan awak malam bukan sebab saya nak save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awak.. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya.. Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai ape yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..


Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal Imamku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"..





.





Monday, October 8, 2012

Nikmat sakit

.

Nampak...Kucingku bernama monyeng sedang memerhati aku bermain dengan cahaya.


Assalamualaikum....


Beribu nikmat yang ALLAH telah beri pada ku..Salah satu nya ialah Nikmat sihat sebelum sakit...Kali terakhir aku sakit adalah awal tahun yang lalu.. bermakna sudah lama sakit tidak menjenguk ku.. Risau pula dosa kecil ku tidak terbasuh .. Dan kekadang aku mula takut bila mana sakit tidak menjenguk ku..adakah ALLAH tidak rindu pada ku atau adakah ALLAH sudah lupa pada ku..


Lantaran itu, tidak semena-mena, aku jadi tidak keruan. Air mata mengalir laju. Menangis tersedu-sedu, kepiluan dan rindu. Dalam hati berdoa, " Ya Allah, aku mensyukuri nikmatmu, terima kasih kerana membenarkan aku merasai bagaimana rasanya menjadi orang yang sakit, (jiwa mahupun tubuhku)"


Aku yang menangis penuh hiba seperti anak kecil. Pada aku, dalam hati yang jauh itu, nikmat itu sesungguhnya hanya dapat kita hargainya apabila kita telah kehilangannya. Ironi bukan?



P/S: Aku sedang mengatur jalan hidupku..Doakan segalanya dipermudahkan.. Semoga ALLAH redha..



.