Saturday, September 4, 2010

Tutorial adobe photoshop wat gambar hitam putih dan berwarna hanya pada tempat yang kita nak..











.



Salam korang...


Malam nie Wan nak ajar korang "Tutorial adobe photoshop wat gambar hitam putih dan berwarna hanya pada tempat yang kita nak.." pergh...panjangnye tajuk..hehehe..


So jom Tutorial...


Mula mula korang open lah Adobe Photoshop korang k..


Owh ye..Tutorial nie hanye bagi orang yang belum taw k..


Law korang dah open...korang open lak gambar yang korang nak gune k..




So dah open ...



Lepas tu korang klik kan bahagian yang No 1 tu k..pastu korang akan tengok pop up box..dan korang kene lak klik pada Gradient map...


Lepas tu korang klik kat No 2 tu untuk ubah warna Gradient tu.. lepas klik korang akan dapat pop up box cam kat No 3 tu..korang klik lah yang warna hitam putih tu k.



Ok law dah korang ok ok je... Lepas tu korang klik lak kat pemadam tu..kat anak panah tu..Eraser tool k..



Law dah klik Eraser tool tu..korang padam lah mane mane bahagian yang korang nak kan berwarna...



Tu je senang kan...lepas tu save je lah...



Selamat mencuba k..








.



Friday, September 3, 2010

Hari hari terakhir Ramadhan

.






SalamKorang...





Salam pembuka kata. Cerita songsang kisah benar semua berbisik untuk berbicara. Pesanku, masih sempat lagi untuk kamu beralih ke entri lain atau halaman lain sebelum aku memulakan bicara. . . Kalian masih berkesempatan berhenti membaca setakat ini...


Baru kini aku sedari, malah lebih memahami setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, benar sebelum ini kata kata itu hanya penipuan di bibir yang berbicara, jauh benar hendak mengakui kebenarannya disudut hati. Entah mungkin itu caranya, atau itu kah kehidupan, kata nya jua teman ketawa senang dicari namun kawan berduka...? bila dah berjaya..jangan lupa yang dibawah..aku tetap bangga dengan kalian.. Kini aku semakin dewasa kian mengenali makna kehidupan. Memahami setiap sebab pasti ada penyebab... Dahulu jahil nya aku begitu tebal,hanya tahu mengeluh, menyalahkan sebab,dan marah yang teramat.



"Bangga aku pokok mula dah berbunga,
Dahan nya sik tahan bunga nya macam macam warna,
Mati kita,
Kuatkan dahan lok...
Siniey datang buah mun kita sik nanam pokok..."



Mungkin Ramadhan ini mengajar aku erti ketenangan, memberi aku lebih banyak masa mengimbau langkah yang telah terlakar. Alangkah indah nya dan bertuahnya aku andai hari ini detik ini aku berjaya menamatkan kisah duka dalam kehidupan ku. Namun aku tidak semampu itu, tidak sekuat seperti yang terlakar, untuk mengarang kehidupanku agar selepas ini, bermula dari detik ini,kehidupanku hanya disaluti kegembiraan happy ending.. .

Itulah kehidupan bukan hanya aku namun semua kita di sini. Yang berkumpul di teratak ini...tidak akan tahu apa yang seterusnya.


Kehidupan umpama kita melangkah anak tangga, kita fikirkan anak tangga itulah yang terakhir, rupa rupa nya dalam samar wujud satu anak tangga lagi, tatkala kaki melangkah melayang di udara lalu terhentak pada sesuatu yang tidak kita duga, kita berhenti seketika membiarkan diri terbiasa justeru terdiam, dalam diam ada yang tertawa malah ada yang marah...namun itulah kehidupan... Pasti ada parut kerna langkah peninggalan kita. Siapa kita,kita yang tentukan, mengapa jalan itu yang dipilih...itu pilihan kita.







Kalian Bagaimana???


.





Jari telunjuk pun berjalan, mengunjuk setiap baris baris kata Tuhan yang Esa

.







Mungkin hari ini, nostalgia Ramadhan terakhir buat kita. Barangkali...



Salam korang..


Seminggu lagi nak raye..So camne persiapan....Wan...Wan persiapan sederhane je...tak de nak gempak gempak sangat..Bagi Wan Bulan Ramadhan lagi syok dari Raya kan..tol tak???and yang bez hari sebelum Raya...Nak wat persiapan terakhir sempena Raya tu lah yang paling bez..Dok kemas kemas umah...


Korang lak camne???


Lepas nie kene tunggu setahun g baru dapat poce g...Baru leh jumpa Bulan Ramadhan g...Bulan poce nie cuma LIMA kali je Wan g bazar....Tak slalu pun g..Kadang kadang je...


-------------


Jari telunjuk pun berjalan, mengunjuk setiap baris baris kata Tuhan yang Esa (Al-Quran). Semuanya dibaca hati, tanpa sepatah pun bersuara. Walau anak mata bergerak rancak. Khalimah yang tercetak kadang membuat leher lenguh membengkok.


Sesampainya disuatu rangkap (bacaan ku punya pengertian 'arab ke melayu'), sekonyong konyong cetakan itu kian berkabus. Pandanganku berkaca kaca. Satu persatu manik cairan menghentam helaian yang sedang terbuka. Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.


~dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: "limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu", (mereka penghuni syurga) menjawab. "sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya keatas orang kafir (Al A raaf 50)





-----------







.



Renungan Jumaat

.






Salam korang




Tinggal bape hari je lagi nak raye kan..Poce kali nie Alhamdullillah tak pernah ponteng lagi... Poce skang nie dah senang je..Mungkin dunia dah diakher zaman kan..


Macam macam dah kite bleh tengok skang nie...Macam macam kes...wanita bertudung tapi sanggul tertonjol..macam bonggol unta...pun dah ade...Wan pun Heran..sape lah yang mencetus fashion tu???Yahudi ke??? or Islam sendiri???


“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).



Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.




Rasulullah s.a.w bersabda:


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.



Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.



Dekat blog blog pun dah macam macam cite dah..Mengaibkan sesame umat..bukan kite nak sorokkan keburukan kite sesame umat tapi memperluaskan keburukan kite sesame umat..


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)


“…Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nuur: 19)



Semua dah nampak dah... Apa yang perlu kite wat beramal lah sebanyak banyak nye..








Buat renungan

Wan pun bukan nya seorang Hamba Nya yang baik..Masih hidup dalam penuh kekhilafan..







.



Thursday, September 2, 2010

Perhatian kepada semua NUFFnangers......!!!!!



.







Seperti yang anda mungkin sudah tahu, ada 2 jenis kempen dari Nuffnang: meteran (MCPM) Kempen, yang membayar sesuai dengan jumlah pengunjung yang melihat iklan, dan Kos-Per-Klik (BPK) kempen, yang membayar blogger berdasarkan pada jumlah klik yang dihasilkan pada iklan.


Ia telah memperhatikan kami bahawa kumpulan-kumpulan tertentu telah melakukan penipuan klik, yang ditakrifkan sebagai mengklik iklan BPK sengaja hanya untuk menghasilkan pendapatan bagi pemilik sebuah blog. Apakah perhatian bahawa tindakan ini merupakan penyalahgunaan Keperluan & Syarat di bawah Bahagian 6.



Iklan Banner hanya seharusnya jika diklik pada penonton tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen iklan, dan bukan untuk tujuan mendapatkan wang tambahan. Jika situasi ini memburuk, frekuensi promosi iklan boleh dikurangkan secara signifikan kerana kami hanya akan dapat menjual ruang iklan di blog tanpa nota penipuan klik.


Sistem kami mampu menjejaki tindakan menyalahi undang-undang yang didokumentasikan dan jika perlu, akan digunakan sebagai bukti untuk keperluan undang-undang. Di masa lalu, Nuffnang telah diskors dan dilarang pelbagai individu dan kumpulan untuk melakukan pelanggaran ini. Namun, karena jumlah blogger yang melakukan tindakan egois telah berkembang dalam tahap yang membimbangkan dalam masyarakat kita, kita dituntut lebih waspada dan akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan ahli lain kita komuniti yang tidak terlibat dalam seperti bertindak untuk menderita dalam jangka panjang.



Jika anda menyedari adanya teman-teman anda atau siapa pun yang telah terlibat dalam tindakan seperti itu, kami akan sangat menghargai jika anda boleh baik cadangkan mereka untuk menahan diri dari melakukannya, sebagai blogger yang terjebak dalam pelbagai aktiviti penipuan klik akan dihukum berat, baik oleh penggantungan atau penamatan.






Terima kasih atas perhatian anda.
Selamatkan Iklan Kita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!












Artikel copy 100% dari Cik Su






.



Wednesday, September 1, 2010

Tutorial wat banner/gambar/ayat bergerak gerak

.





Salm Korang ...


Kali nie Wan nak kongsikan camne nak wat banner/gambar/ayat bergerak gerak..





blogger sarawak logo





Senang je..

Korang copy je kod Bawah


-----------------

<marquee direction=”up” scrollamount=”1”>LETAK BANNER/GAMBAR/AYAT KORANG </marquee>

-----------------




direction=”up” tu korang leh ubah dari bawah ke atas or atas ke bawah so tukar lah ke down kiri and kanan lak korang Ubah letak right or left


scrollamount=”1” plak kelajuan bergerak tak yah ubah pun tak pe k..


Dan lebih Sarankan law korang Wat gambar/banner korang dalam pergerakkan kek kiri ke kanan or kanan ke kiri..so tak mencacatkan sangat bile page korang diview k...

Owh ye law korang nak keseragaman dalam Banner/gambar korang ..korang adjust lah size gambar/banner korang k...

Klik untuk ke Tutorial

Adjust Size Gambar



SELAMAT MENCUBA



Selamat mencuba kepada yang bertanye





.



Tutorial nak wat scroll Box





.




Salam Korang


Hari nie wan nak ajar care wat scroll Box








Camne nak wat scroll Box




So Jom Tutorial


Care nye mudah je....Korang copy je kod kat bawah nie and korang letak lah kat mane mane bahagian dalam blog korang...


------------

<div style="border: 1px solid rgb(153, 255, 255); overflow: auto; width: 210px; height: 160px; text-align:; "> LETAK AYAT OR KOD GAMBAR DALAM NIE </div>

------------

CTRL+C serentak untuk copy



rgb(153, 255, 255) nie adalah kod warna untuk garisan Box korang..korang ambek kod warna nie dari posting entri korang k..jap g wan ajar care nye..tengok kat bahagian bawah nanti.


width: 210px; height: 160px; nie adalah tinggi and lebar box korang..so korang leh adjust ekot kesesuaian..


____________________________
Cara ambek kod Warna dari posting Entri
____________________________




Cam biase je..korang nak Wat entri..korang tulis ayat or taip satu huruf lepas tu pilih warna yang korang nak k...




Lepas tu korang klik Edit HTML and korang ambek kod kaler korang..contoh Cam dalam gambar kat ats tu...So tu lah kod warna korang..




Tu je...



Selamat mencuba bagi yang bertanye kat Wan pasal scroll Box nie





.





Tuesday, August 31, 2010

Tutorial tukar Icon Shout untuk Ajax Float Shoutbox

.





Salam Korang...


Hari nie Wan Nak ajar korang camne nak tukar Icon Shout korang (bagi pengguna Ajax Float Shoutbox)


Senang je....


Bagi pengguna blogger template/layout korang g lah kat mane korang letak kod Ajax Float Shoutbox korang tu...

Bagi pengguna classic template plak korang masuk je ke ruangan Template korang .

Lepas tu korang cari



<!-- Start Shoutbox -->

CTRL+F serentak..copy kod <!-- Start Shoutbox --> dan korang paste keruangan find.


Lepas tu korang cek kat atas kod tu <!-- Start Shoutbox --> korang akan jumpe kod yang camnie...contoh kat bawah


</style>

<ul><center> <a href="#wanhazelshoutbox" name="modal"><img src="http://i921.photobucket.com/albums/ad52/wanhazel25290988/shoutoutz.gif" border="0" /></a> </center> </ul>

<div id="boxes">

<!-- Start Shoutbox -->



Law korang dah jumpa...Korang ganti kod yang bewarna pink tu dengan kod icon yang korang nak kat bawah nie...


So jum tengok Icon Shout ..

-------------------------------





"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_EOmXa_qlsgJATaIehirLi7XIHIlpm8quyR7PZoPXIC5uI8Usk8rFnccc0D4QDHSiT7ioQXu_nGqJ8KKqvswKYLOa8pOAFgEvgAA3FV5FT0TvzUwGHPbUONLnIu73_ZSHn2WPbCoLb7uM/s1600/mary+icon+shout.png" border="0" width="250" height="250"




"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1m9U4i8gElweXDqqHQxfCDIhvkiLy0Vd2vL9rtraVfmQ5dG9TIxX_NgD65s_bwp-eR-8r95vGqRTlP3N1S5KqnJ0LxGBq4TVC7ltmji9PUBS7vOulFnk2TxzFP4avYuXdLwtSOKihHZ5T/s1600/icon+rainbow+shout.png"border="0" width="250" height="250"




"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh90g-F61P82CqcuHWWbTAzRwq3dYXro2PyyRNv21VBHjSo4bf96ahy39PrBEGbZUZAoxLV6-KuBlTYa5PoqhdbC-kP6fQsinp5wKbiaU3I1GDCqR0NOJmqcJYXpvZc1tA2B2lfn5Q2qKlY/s1600/icon+shout+rainbow.png" border="0" width="250" height="250"




"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBqOdvbkLz1p4cOLifHXZZkITtXax8q2DicBw94u0NgPo_rkK65JoBhRjDU0lAGTYUCrGX3LpDUahVobBR5r2xLHZUv5J7E804kbriQImo9cawZ9qIs9eo5NFtsvuetwyMBEitEoqyL1Bh/s1600/tikus.png" border="0" width="250" height="250"



"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW_2CDV8xOoUi5X4qyd3rdwASl_p_oBMIPHDe0Dr8fqBIpJFwIjRXsP0DCB5kHPVSoucStE48E6B3tE6eiNvLq_CAOtWrWi_f_jVdacIuIevH3Mm1CR8o54hyphenhyphennTgS-3daYhf9BmbX0p1sv/s1600/icon+teddy.png" border="0" width="250" height="250"



"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCn6IeVc5l9gyIfTvK9ijMio7-_KHWp8oB8_1mtthbYIo4KrjHhUedcT463uC5hKpiaZtQ7mUdxmMtNOhJ0xek1llJ2JbLnKaQCj_yMQjVZSSVxQ93l3XuZZ0R1xsjrXi6qXcyJ3z3xBqp/s1600/icon+meow.png" border="0" width="250" height="250"


-----------------------------------


Korang copy kod Icon Shout tu and gantikan je

Owh ye width="250" height="250" tu korang boleh adjust ekot kesesuaian blog korang k..



Selamat mencube k..


Pastikan korang bace betul betul ye..jangan silap..ehehhe.






.



Kenangan MERDEKA 2007









.








Merdeka 2007






Salam Merdeka korang..



Time time MERDEKA nie teringat lak Wan sambutan kemerdekaan kat Sarawak dulu 2007 kot...Memang best sangat...mase tu Wan tingkatan 6...STPM pun dah dekat...Klaz Wan je yang sibuk nak join aktiviti nie..klaz klaz lain semua dah mula nak sambut hari STPM.hahaha.






Mase tu lah dalam satu klaz Wan tu jadi macam keluarga...Syok sangat ... memang Wan tak leh lupe lah saat tu..Penat tak berase pun.. Pagi jam 3 dah kua untuk wat latihan..balik jam 9 malam camtu..




Skang Wan rindu lak kat kengkawan semua...Memang skang lansung dah tak jumpa ..Semua dah bawa haluan masing masing ..mungkin ade yang dah kawen...sape taw kan..Hope raya nie bleh jumpe ngan korang..




K lah tu je...hehehe...cari Wan kat photo atas tu k...




.



Monday, August 30, 2010

Apa itu Alexa rank dan Tips untuk meningkatkan alexa rank





.







Salam korang hari nie nak kongsi mengenai Alexa lak



Apa itu Alexa rank?

Alexa rank adalah sebuah alat yang dibuat oleh Alexa.com untuk menganalisa seberapa besar trafik atau page views dari sebuah website berdasarkan jumlah pengunjung yang memasang alexa toolbar pada browser mereka. Setelah itu, data-datanya akan dikumpulkan dan kemudian dirangking berdasarkan trafiknya. Semakin besar trafiknya semakin rendah rangkingnya.


Tengok rank Wan kat side kiri..


Tips untuk meningkatkan alexa rank


Pasang widget Alexa rank

Selain nak tunjuk rangking alexa blog korang. Cara ni pun dapat menyenangkan Alexa.com bagi mengumpulkan data trafik di blog korang.


Sering-seringlah membuka blog anda

Selain trafik, alexa rank juga dipengaruhi oleh jumlah page view pada blog korang. So , sering-seringlah korang buka blog korang. Cara nie bleh tambahkan jumlah page views blog korang.


Tingkatkan trafik blog

Seperti yang kita ketahui bahwa alexa rank ditentukan oleh jumlah trafik. Semakin tinggi trafik blog tentu semakin bagus pula rangking alexa-nya.



Dapatkan Alexa rank korang kat sini

Alexa




Selamat berblogwalking...







.



Friendly blogger of the month (dari kak Fina) sangat terharu



.





WM kak fina

Klik Untuk ke page Kak Fina



line Pictures, Images and Photos



Friendly blogger of the month
(Dari Kak Fina)

Today, i felt like going to reward someone. I dont have any like a reward banner or what, i'm really stuck at doing that. I just want to say thank you and keep writing. Hwaiting! This award is dedicated to:


WAN HAZEL


purple-green dot Pictures, Images and Photos Firstly thank you for being such a nice blogger. He is someone who will reply any question u asked him whether he knows the answer or not.

purple-green dot Pictures, Images and  Photos A very kind young man. I asked him to design a watermark for me and he did that without demanding anything and is done absolutely fast. (actually i'm just kidding asking him that, but now look, the watermark has become my header)

purple-green dot Pictures, Images and  Photos I love his site. He always change the look of his blog, maybe because he wanted to cheer up the visitors, so that they wont feel bored looking at it.

purple-green dot Pictures, Images and  Photos He puts shoutbox mix on his blog and i believe he replied to each and everyone who dropped by (some bloggers dont even put shoutbox because they are so called probloggers and dont need them)

purple-green dot Pictures, Images and  Photos Very polite. You will notice them if u read his entries

purple-green dot Pictures, Images and  Photos Wan Hazel, u worth being my blogger friend



line Pictures, Images and Photos



Wan dapat nie dari Kak Fina...Memang tak caye je..Terharu lah..1st time dapat yang camnie...Slalu nye orang kasi award ...Kasi Award tu semua orang boleh dapat..Tapi yang dari Kak Fina nie special je..Untuk Wan sorang je...Memang memang sangat terharu lah...Susah nak cakap...

Tengs Kak Fina...Walaupun Kak Fina Jarang Blogwalking Ingat gak Kak Fina kat Wan erk...amat amat Wan hargai...




.



Sunday, August 29, 2010

Asmara Drama Baru Di Slot Lestary TV3/Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle





.











Asmara adalah drama terbaru yang akan menemui anda pada 31 Ogos ini mengantikan drama muzikal iaitu Hotel Mania yang hangat di kaca TV3 sekarang.

Drama Hotel Mania akan tamat pada minggu depan. Bagi yang meminati drama Hotel Mania yang bagi aku macam pelik tu, jangan la lupa nak tengok minggu depan.Sebab dah episode terakhir.

Berbalik kepada drama terbaru ni, aku menyangkakan drama Asmara ini mesti adalah drama yang mengetengahkan unsur percintaan dan pesahabatan diantara lelaki dan perempuan.



Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle


Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa.


Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.


Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.


Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).



Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.


Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.


Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.


Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.


Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.


Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Slot Lestary di TV3 yang berkisarkan kehidupan dan percintaan remaja. Menerusi drama bersiri ASMARA ini, pihak TV3 telah mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja yang semakin merunsingkan akibat pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama. Kami juga ingin menyarankan kepada golongan muda ini supaya tidak mengabaikan tanggungjawab dan juga menghormati nyawa walaupun nyawa seorang bayi yang belum dilahirkan. Semoga penonton kami dapat pengajaran selain terhibur dengan lakonan Shaz Jazle dan Faezah Elai.”










.



Saya tetap SAYANG awak

.



Wan suke tengok video nie....Sedih sangat...








Sumber dari Utube.






Hayatilah betul betul k..



Ia nya cuma mengambil masa seminit untuk jatuh cinta pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tapi ia mangambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...







.