Jari telunjuk pun berjalan, mengunjuk setiap baris baris kata Tuhan yang Esa (Al-Quran). Semuanya dibaca hati, tanpa sepatah pun bersuara. Walau anak mata bergerak rancak. Khalimah yang tercetak kadang membuat leher lenguh membengkok.
Sesampainya disuatu rangkap (bacaan ku punya pengertian 'arab ke melayu'), sekonyong konyong cetakan itu kian berkabus. Pandanganku berkaca kaca. Satu persatu manik cairan menghentam helaian yang sedang terbuka. Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.
~dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: "limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu", (mereka penghuni syurga) menjawab. "sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya keatas orang kafir (Al A raaf 50)

Salam korang..
Kali nie update entri tanpa gambar..Tapi Wan lakarkan rangkap untuk kita sama sama renung(seperti diatas)..Entah mengapa kebelakang ini asyik terhantuk ke hidung sendiri akan persoalan yang lama terpendam.Entri nie dah berkali kali Wan draftkan...kadang kadang rasa susah plak nak sampaikan sesuatu melalui penulisan nie..Sebab setiap antonasi dan pemikiran manusia berbeza..
Skang nie bila ditengok tengok kat blog blogger or kat facebook memang banyak dah perkara yang tak betul nie..macam macamlah..isu skang nie..budak yang hina Nabi kita..itulah inilah....Wan bukan nak bercakap or ulaskan pasal budak tu..Wan tak kisah lah budak tu nak wat ape ..nak kutuk ape..biarlah dia tanggung Dosa dia sendiri..yang Wan heran lak..mengapa ramai antara kita yang nak menyumbatkan Dosa kita sendiri..dan dah macam lalang..terekot ekot sangat..
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Macam mana agama lain nak hormat agama kita..Kalau sikap kita macam nie..Wan ISLAM...Betul lah apa yang orang salu cakap.."kebaikan berjuta tak kan pernah nampak..tapi keburukan sebesar debu yang nampak"..Entah lah korang..Sikap masing masing ..dan lepas nie berbalah lah kita dengan isu nie..Dan apa tanggapan yang lain bila kita wat post yang macam tu??Wan taw niat korang baik tapi bende dan cara nie tak betul..Brapa banyak dosa dah kita dapat bila orang baca entri tu dan sumpah seranah...Ada ke Nabi kita ajar kita kutuk kutuk nie???Cara Nabi tak macam tu..Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)
Law ada yang sangka Wan sebelahkan pihak yang lain..Maaf tu bukan niat Wan..Wan cuma nak kita sama sama berfikir ..Dan pernah tak kita berfikir yang sebenarnya kita sendiri yang telah malukan Agama dan Nabi kita..Lihat korang sekarang..Lihatlah sekeliling korang..Adakah korang bersolat 5 waktu sehari??menutup aurat??dan selebihnya sebagaimana yang dituntut terhadap kalian..Mungkin ada diantara kita tak pernah pun..Dan kenapa plak kita yang pandai berkata kata nie tak pernah nak tunaikan perkara yang wajib??
So hentikanlah perkara yang tak ok k..Berblog lah dengan cara kita..Law nak berdakwah...dakwah lah dengan cara yang betul..
Aku Berbicara masih bercermin diri..
.