Friday, April 19, 2013

Kerna ALLAH sentiasa ada.



.




Assalamualikum...


Hai korang..Kali nie nak update santai santai skit..hahaha..entah lah santai ke tak..? Sekadar update je lah kan.. Mana yang terbaik ambik, mana yang tak baik jangan ambik..hahaha.. Entri nie untuk orang yang single je ye..ahhaha.. ada lak camtu... Kisah cinta Wan.. Wan tengah usaha tapi dalam masa yang sama harus redha. .. Bab nak beri ruang sikit untuk hati nie..Payah sangat nak pujuk hati."bila dua hati pernah bersatu tak kan mudah untuk dileraikan" eceh eceh...ececece.. Ada lak camtu..hahaha.. Apa pun semua tu ada yang terbaik nya k..



Biasa nya bagi orang handphone yang jarang berbunyi tu.. Kalau ada SMS mesti datang dari celcom/digi/maxis tak pun iklan yang berlambak.. ada jugak SMS dari iklan yang entah pape.. hahaha..SMS dari kawan pun kadang kadang je kan.. mesti korang rasa sedih kan.. kadang kadang cemburu dengan orang lain.. Sesetengah orang pasti akan rasa macam tu.. Forever alone katakan.. hahaha.. TAPI..




ALLAH sentiasa buat panggilan untuk kita..Korang sedar kan?? or korang tak pernah jawab panggilan dari ALLAH?? Tepuk dada tanya iman.. Wan skang nie ALHAMDULLILLAH semakin dekat dengan ALLAH . Qiam malam malam . solat tahjud. Syukur sangat . nak dapat seorang yang kita idamkan yang baik agama nya jadi kena lah baiki diri dulu . nak jadi yang soleh . semua nya kerna ALLAH..




Percayalah ALLAH sentiasa mendengar luahan hati hambanya.. Korang luah lah kat ALLAH.. ALLAH akan dengar.. Kekakang apa yang kornag pinta pun ALLAH akan makbulkan... Jadi adakah kita masih kesendirian..??


INGAT..Semua nya Kerna ALLAH sentiasa ada untuk kita.


Handphone tak berbunyi tak pe..Kerna ALLAH sentiasa buat panggilan untuk kita..



Jadi.. Tak de lah istilah Forever Alone dalam diri korang lagi k.. Dan janganlah korang bersedih..


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN,
supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN,
setiap yang payah pasti ada KESENANGAN,
setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita ,
pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

 P/S : REDHA. Pasti dirimu akan lebih BAHAGIA. :)

Menulis macam nie senang je kan.. Kalau kita alami semua nie. jauh sangat apa yang akal dan hati kita lakukan. Orang tak pernah tahu perasaan kita. Sedih kita , beban kita ,impian kita , perancangan kita... bila semua nya musnah ada yang akan tersenyum tapi kita... :(



Walau apa pun jangan berhenti berdoa dan berusaha.. Kita tetap ada ALLAH..


.





Tuesday, April 16, 2013

persoalan jodoh

.

Cover Photo



persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi.. tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini). Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan takde kaitan dengan perbuatan manusia.. seolah olah nak menunjukkan yang Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.. Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yg ditentukan Allah.. semuanya bergantung atas manusia itu sendiri..

Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya dengan amalan manusia.. Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan planet2 dsb.

Berbalik kepada persoalan jodoh.. ia sama juga kaedahnya macam rezeki.. kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.. hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah, atau beriman dengan Allah.. Jika kita meyakini usaha kita mencari rezeki sehingga terlupa dari mana datangnya rezeki itu (dari Allah), maka kita akan menjadi seorang yang kufur nikmat, bongkak, busuk hati, kaki busuk dsb.

Jadi, oleh kerana jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar.

istilah ‘mengubah’ takdir tidak baik untuk digunakan, sebab kita tak tahu pun apa takdir kita.. jadi, bagaimana kita nak tahu ia telah diubah atau memang itu yang ditetapkan oleh Allah? Jadi gunalah istilah ‘memilih’.. Allah telah berikan kita akal untuk memilih.. nak pilih jodoh yang baik, ataupun nak pilih jodoh yang tak berapa baik.. itu adalah pilihan kita.





.