Saturday, August 24, 2013

SMS dari Malaikat Maut

.




Assalamualaikum...

Kalau lah ...
Dengan kuasa ALLAH
Dengan Izin ALLAH
Secara tiba tiba
ALLAH berkehendak agar Malaikat Maut
Hantar pesanan ringkas pada kita..
Entah bagaimana perasaan nanti ..

Hari ini selepas zohor
Cuaca agak panas
Sangkakan hanya nak rehat kan badan dikatil
Namun tertidur lena
Tidur kali ini bukan tidur saja saja
Kali ini mimpi nya agak menakutkan

Mungkin juga peringatan dari Tuhan
Atau hanya mainan syaitan
Ya..
Aku takut akan kematian..
Gigil tubuh bukan kerana kesejukan
Tapi kerana ketakutan
Apakah kalian tahu
Bagaimana perasanku mendapat SMS dari Malaikat Maut

"manja nya engkau .. Sedikit masa lagi kita kan berjumpa "

Kalian tahu
Dalam mimpi itu
Aku menangis mencari ibu ku
Ku sentuh erat tangan ibu ku
Ku rasakan kedut kedut tua tangan ibu
ALLAH ..
Teresak esak aku menangis

ALLAH
Ampunkan aku
Kerna aku lalai menjaga ibu ku
ALLAH
Ampunkan aku
Kerna aku terlupa mati sentiasa menunggu ku..

ALLAH
Jika ini peringatan akan kematian ku
Aku mohon pada MU
Jika pergi ku
Bawa aku ke syurga MU..

Benar
Aku masih belum bersedia mahu mati... :'(

Kalau lah bisa
Mahu saja aku berdoa
Agar ALLAH beri peringatan yang sama pada semua ..



.



Hawa aku mahu kau tahu , Ini luahan aku

.






Hawa aku tahu aku juga pendosa
Jadi aku tak mahu menambah dosa
Ambillah sedikit masa
Luahan kami dari lelaki yang hidup dengan mata
Yang sering terbuka

Hawa
Kau kata aurat mu terjaga
Kau berpakaian longgar
Kau berbaju kurung
Tapi kau lupa
Rambut mu
Aurat yang kau tak jaga

Hawa
Kau kata
Kau dah jaga semua
Kau bertudung cantek
Kali ini kau bertudung fesyen entah siapa
Adakah kau lupa
Sepatut nya bertudung itu menutupi paras dada
Atau kau mula cipta hukum sendiri
Cukuplah semua dibalut rapi

Hawa
Adakah kau lupa
Adakah dulu kau tidak dipersekolahkan oleh ibu bapa
Untuk memahami dua beza

Hawa
Kau kata semua kau dah jaga
Kau bertudung biasa
Seperti yang biasa biasa
kau silangkan tudung mu kekiri dan kekanan
Baju mu berlengan pendek
Tapi kau tahu juga
Kau guna "handshocks" agar aurat mu terjaga
Adakah kau lupa
Membalut dan menutupi itu punya banyak beza

Hawa kalau aku kata
Aurat mu masih belum terjaga dengan sempurna
Kau mula kata
Aku lelaki yang kuno hidup dizaman purba
Adakah kau juga lupa
Dulu manusia tidak berpakaian apa
Jadi adakah aku atau kau yang semakin purba

Hawa
Ya.. kau yang sedang senyum
Saat aku mengata mereka tak sempurna
Adakah kau sudah menjaga auratmu dengan sempurna
Kau cantek berpurdah bertudung labuh jua
Tapi wajah mu jadi tatapan si pemuja cinta
Kau juga lupa
Cantek kau berpurdah senyum dimata
Tapi kau jua bermain mata
Dengan mata mu yang mengoda
Walau wajah tak terlihat semua

Hawa
Kau yang bepurdah
Hari ini mungkin berwarna jingga
Esok mungkin merah menyala
Cukuplah dengan mata mu yang menggoda
Tak perlu kau tayang setiap masa
Kalau jua kau kata kau auratmu terjaga dengan sempurna
Mengapa kami lelaki yang punya mata
Tak bisa memejam seketika
Adakah itu sudah kau kata
Aurat mu terjaga dengan sempurna

Jadi wahai hawa
Mula lah nilaikan diri
Sudah cukupkah aurat mu terjaga
Kerna bukan sekadar kami yang perlu menjaga mata

Sedarlah wahai hawa
Seindah indah hiasan didunia
Ialah wanita yang solehah
Yang bakalan menjadi isteri kami yang berupa bidadari dunia



.