Assalamualaikum...
Aku sekali lagi dengan tangisan doa ku. Sebak ku kadang terkeluar didengari ketika makna doa tentang ALLAH segala pengampunan kubacakan. Barangkali yang menghayati turut merasai sebaknya . Barangkali tahun ini mempertemukan cinta yang sangat sejati. Tangisan itu terbit daripada dalam hati yang cintakan ALLAH. Malu dengan kemurahan hati ALLAH yang terlalu pemurah untuk mengampunkan dosa - dosa hamba Nya.
Masyaallah, bagi aku yang berbuat dosa ‘ hitam’ yang terpalit dalam sejarah hidup tidak mampu membersihkan daki kotoran itu. Tetapi, sebaliknya ALLAH dengan rahmat cintaNya masih mahu mengetuk pintu hatiku untuk sentiasa berbicara tentang cintaNya.
Siapalah aku ketika disapa tuhan dengan segala nikmat yang diberikan?
Kadang hidup ini penuh dengan rasa bimbang , takut dan gelisah.. Padahal yang berlalu pasti saja berlalu. Namun tiap kali teringat , pasti saja segala nya berputar kembali . Aku tahu dia juga manusia aku juga manusia.. Kehidupan insan di dunia ini sangat berbeza. Dan, kerana perbezaan itulah yang memungkinkan kita mampu melengkapi antara satu sama lain. Namun, kadangkala kita tidak sedari perbezaan yang ada itu telah membuatkan kita jauh daripada orang lain. Jadi dimana kita? aneh bukan kehidupan ini. Keanehan itulah yang membuatkan dimana kita kini.. Alhamdullillah..
Dan kerna itu lah aku bersyukur selayak layaknya dengan ketentuan ALLAH .. Perjalanan ini nyata lebih panjang dan pasti saja penuh dengan gelombang kehidupan..
Aku tidak pernah rugi sekali pun bila menghambakan diri kepada ALLAH.. Jiwa tak kan merasai nya bila tidak mengalami nya..
Demi sebaris ayat .
Alhamdullillah
.