Saturday, May 25, 2013

Rahsia itu jua berupa satu kepercayaan

.



Aku penuh percaya, kalian yang membaca ini masih setia di sekelilingku. Namun masih juga ada yang terkorban, pastinya yang tidak kalian sengajakan. Bagi yang mengenaliku, ampuni aku andai selama ini kesetiaan dan keikhlasan kalian pernah kucalari. Kuingatkan diriku, biar melaras ikhlas dan setia ke angka sifar. Yang terkubur kita nisankan. Yang hidup kita talkinkan. Kita Kembali kepada fitrah.

Aku tidak pasti tentang kalian, aku fikir salah satu kelemahanku ialah aku akan mengingati kata kata yang diucapkan oleh seseorang dalam tempoh yang begitu lama. Mengerti? Maksudnya sesiapa yang berkata kata sesuatu perkara yang mengesankan hingga ke lubuk hati aku, aku akan pasti ingat kata kata itu sampai ke lubuk hati atau mungkin sampai mati pun aku tidak boleh lupa. Mungkin ia kata kata yang menyakitkan hati, atau kata-kata yang berinspirasi atau apa sahaja yang mencuit hati yang aku peroleh dari mana-mana, tetapi tetap sangat jelas dalam ingatan aku.

Maksudnya, aku mungkin akan mengingati kata kata kalian pada bila bila masa sahaja. Kata kata yang menyakitkan yang aku simpan jauh ke dalam, dan menjadikannya sebagai azimat untuk menafikan dan tidak membenarkan kata kata itu menjadi darah daging ku. Kata kata yang barangkali mengesankan yang akan ku jadikan mantra ketika aku hilang inspirasi . Atau, kata kata yang sentiasa terimbau seolah olah terngiang ngiang seperti mengimbau lagu lagu nostalgia lama di corong radio.Kerna itu lah aku mengenggam potongan bara..

"Rahsia itu jua berupa satu kepercayaan"

Jika kita percaya pada Qada’ dan Qadar-Nya insya ALLAH setiap yang berlaku ada kemanisan nya... Jika ada yang bertanya.. "Bagaimana pula dengan Cinta?"

Adakah kalian hairan, bagaimana aku sendiri, saat ditanyakan oleh sahabatku,

"Wan, maaf tanya, kenapa kau memilih gadis ini?"

Aku sekadar tersenyum. Tidak pula kujawab ianya kerna ALLAH, seperti yang 'cliche’ kita dengari.Aku mengucap syukur pada-Nya. Kerna aku sendiri belum pasti semua nya ...

Aku percaya dan yakin akan ketentuan NYA... jika betul pilihan dengan lafaz bismillah ku Insya ALLAH pilihan itu jua bernisbah 100:0 .





.



Thursday, May 23, 2013

Allah mahu mentarbiyah jiwa kita


.




Semua orang pernah rasa kecewa.
Rasa sedih rasa duka.
Biasa bila ada tawa ada juga airmata.
Tapi bagaimana hadapi rasa itu yang berbeza pada tiap jiwa.
Kadang rasa kuat kadang rasa lemah.
Kadang rasa nak bercerita kadang rasa nak banyak berahsia.
Itu juga biasa.
Kerana kita manusia.
Manusia yang selalu terbatas kemampuannya.
Yang tiada apa tanpa Dia.

Susah sebenarnya nak jumpa orang yang kita betul betul yakin dan percaya untuk bercerita.
Sebab terkadang respons tak macam yang kita bayang.
Sebab terkadang hati masih tak tenang.
Dan kemudian rasa macam menyesal sebab ceritakan.

Tapi kejap je.
Sebab nanti akan ada rasa macam.
Ini sebenarnya saat Allah mahu mentarbiyah jiwa kita.
Mahu kita bergantung sepenuhnya pada Dia.
Dia je yang dapat faham kita.
Dia je yang mampu merawat semula luka.
Dia je yang boleh tenangkan hati kita.
Sebab tu takde orang yang betul betul dapat kasi apa yang kita nak.


" Allah,
Sesungguhnya dunia telah menyakitiku.
Aku tak mahu rasa ini.
Ambillah jiwaku, dan rawatlah aku dengan izin-Mu. "


Tiap kali rasa nak menanges nak bazirkan airmata, fikirkan dulu.
Kenapa kita nak menanges.
Kalau sekadar benda biasa yang takde apa, berhentilah sekejap.
Kawal hati daripada sedih beria ria.
Sebab hati yang sedih kan mudah dipengaruhi syaitan.


" A person who sheds tears when he repents.
SubhanaAllah.
Tears of apology are very valuable in the sight of Allah.
Once Jibreel came to the Prophet SAW and said,

O Messenger of Allah,
We angels weigh every act of man.
But we are unable to weigh the tears of man.

The Prophet SAW asked Jibreel, Why?

He replied,
Because Allah gives so much reward for them.
So that, they are unable to be weighed on the scale. "

:')
Masakan tidak.
Hanya setitis airmata taubat diperlukan.
Hanya setitis airmata kerana benar benar mahu kembali pada Dia diperlukan.
Untuk memadamkan lautan api yang terhasil kerana dosa kita.
Masakan tidak malaikat katakan begitu.
Masakan malaikat mampu menghitung ganjarannya.
Kerana nilainya sangat besar.
Kerana nilainya hanya Allah yang tahu.


Jadi kuat bukan boleh sekelip mata.
Bukan boleh sekadar kita cakap nak kuat terus jadi kuat.
Tidak.
Kuat itu subjektif.
Jadilah kuat dengan diri kita sendiri.
Sebab pada mana mana kekurangan, Allah sudah pinjamkan kita dunia.
Melalui dunia, carilah kekuatan.
Binalah kekuatan.
Supaya nanti kita bertemu Allah semula dengan kekuatan :)

Jangan takut berdepan masalah.
Melangkahlah dengan gagah.
Kita ada Allah.
Dia akan temankan.
Takpe.
Cubalah untuk jadi kuat.
Sebab bila kita jadi lebih kuat, Allah lebih suka.
Yakin.
Kuat hanya akan ada bila kita yakin dengan Allah.
Bila kita melihat dunia dengan mata hati.


Bila kita rasa, kita benar benar mahu untuk bawa hati jadi lebih baik.


:)




.