Saturday, March 20, 2010

ari nie aku nak bertanding badminton

Fuh,penat nye petang kelmarin.malam tadi pun tak de mimpi menarik yang menjengah..petang kelmarin aku berlatih men badminton,coz hari nie ada pertandingan. So aku berlatih tak kira siang malam,tahun berganti tahun,hari berganti hari. Sungguh lama masanya berada di alam goku. Tengs to my sifu son goku.



Carian Yahoo image



Skang aku nak cite pasal latihan aku plak. Walaupun agak lambat nak berlatih, sehari g nak bertanding baru wat latihan. Macam nie kisah nye. Aku punye kawan preslly ajak aku join pertandingan, kawan aku nie pun satu,nape lah baru nak ajak aku masuk. Nape tak dulu g.huh...pelik betol kawan aku nie.


Tatkala peluh aku mengalir membakarkan lagi semangat aku. Aku mula terdiam,angin sepoi sepoi bahasa menyapa lembut pipiku lantas aku terfikir. "hm,daripada aku wat latihan yang tak tentu pasal nie,baik aku fikir strategi je".




Aku tersenyum dengan wajah seorang penjahat. Hahahaha,ketawa terbahak bahak. Aku mula fikirkan strategi. Strategi yang aku nak gunakan ialah strategi DOTA "cover me,cover me","fire in the hole" aku dah set nak berpakaian tentera. Senang nak tangkis serangan lawan.




Malam nie plak aku nak ajak kawan aku bertapa kat gunung santubong. Nak tuntut ilmu pengapung badan plak. Senang sikit nak lompat tinggi,and wat hayunan golf macam tiger wood.

Hope korang dapat kasi semangat kat kita orang. Terima kasih semua.

Omaigod omaigod,lupe plak aku nak tanye,korang ade tips tak nak kasi menang,tak kira lah tips baik atau jahat..law ada tips jahat lagi baik punye.hahahaha... Hidup satu Malaysia. Pasnie nak minta tolong kat doremon plak. Susah betul lah bila jam power rangers aku nie masuk air. Camne lah nak menang. Huh...

Doakan aku berjaye k.



Friday, March 19, 2010

you copy my style...you copy again



klik untuk paparan lebih jelas

Malam tadi tak de mimpi yang menarik nyenyak sangat tidur...hehehe..so ari nie aku nak cite skit..cite pasal pe pun aku tak taw... mule mule aku tak taw plak yang word dalam aku punye blog nie ade orang copy....nie watkan aku marah nie...law copy tu cakap lah...aiyo aiyo...hahaha...aku tak marah pun..law korang nak copy.copy lah sebanyak mane pun..aku tak kisah yang penting jangan mencabul hak asasi masyarakat je..hehehe.owh ya law korang gune word aku..korang jangan lupe kreditkan name aku...n jangan lupe plak Link blog aku..hahaha..












biar semua bisa bicara....



Diam diam tanpa bicara,
Namun terukir kata kata,

Diam diam aku hilang,
Namun wujud dialam maya,


Jauh jauh aku berlari
Namun kekal jua disini,
sakit hati ku tanggung sendiri,
tanpa diluah tanpa dikongsi.....





Salam dari langit dikirim melalui angin,
Tenang rasa kiriman rindu itu,
Burung terbang kesarang tatkala senja menjelma,

Aku merenung sang Pelangi,
Bertanya
kemana dirimu selepas Senja,
Nyata persoalanku hanya terpaku dihempas bayu,

Aku terdiam,
Merenung diri,
Aku tetap disini,



Thursday, March 18, 2010

kisah photographer dengan canon 50D yang canggih

Hari nie hari khamis banyak orang makan kismis...baik untuk otak.hehehe.


Hari nie aku terjaga agak lewat dari hari biasa. Jam menunjukkan tepat 7.30 pagi alamatnye lambatlah aku ke kuliah. Aku pelajar harian dari rumah aku ke kolej (I.C.A.T.S) 36minit 45saat perjalanan, taklah jauh sangat, disebabkan kesesakan jalan raya lah aku ambik masa yang lama... Aku drive aku bukan mat rempit.




Selalu nya kalau dah lambat bangun aku terbang je. Coz aku nie dapat terbang, macam superman. Law korang nak taw, satu hari tu aku jumpe pakaian superman . . .so aku try pakai, automatik aku boleh terbang. Tu kisah lame. Skang aku jarang nak terbang sebab cuace tak mengizinkan. Tiap hari je nak ujan kat sarawak nie. . . G pun aku malu nak pakai spender merah kat luar.huhuhu.



A ah lah,aku belum crite g nape aku lewat bangun ari nie...malam tadi aku mimpi aku beli canon 50D, pakej sekali dengan tripod,lens 180meter giler panjang,bateri grib, memory card 650gb,gler besar...

Dalam mimpi aku nie,banyak yang aku tak sangke sangke, DSLR aku nie boleh snap photo orang terapung apung...hm,camner nak terangkan erk. Camnie, bile aku snap photo kengkawan aku yang berdiri atas lantai, DSLR nie boleh watkan kengkawan aku terbang. Omaigod,memang canggih.




Aku pun mule nye tak caye, suara latar dalam mimpi aku nie cakap,"DSLR melihat perwatakan"ala ala antonasi dan suara doremon. Aku try lah kat diri aku sendiri. Aku set time snap 10saat. Aku berlari cepat kat depan DSLR aku yang aku dah pasang tripod. Dalam jarak 12 kaki,lepas tu aku eksen eksen lah cool... Flash bunyi flash berbunyi tande nye photo aku dah kene snap. Aku lantas berlari mendapatkan DSLR aku nak tengok ape perwatakan aku. Camner DSLR nie nak tunjukkan perwatakan seseorang tu. Aku view lah photo aku. Aku memang dah tak sabar dah waktu tu.




Sungguh aku tak sangka. Omaigod omaigod. Rupe rupenye aku nie berpewatakan seperti pari pari pakej bersayap plak tu. Owh... Tengs my DSLR. Sungguh canggih diri mu.




Lepas tu aku try lah kat kita orang familly, aku pun heran nape aku je yang berwarna dalam photo tu. Aku kehairanan, suare doraemon pun dah tak de dah waktu tu. Aku buat buat epy je lah waima famlly aku black and white je.

Aku seronok sangat dengan DSLR aku. Tapi hakikat nye aku mimpi je. . . Tak sangke plak DSLR aku secanggih tu. . .

Orang kate mimpi tu mainan tidur, tapi bagi aku,mimpi tu tempat aku bermain. Hehehe.

Papai. Jumpe lagi di next entry.







Wednesday, March 17, 2010

alice in wonderland @ abram in wondergirl

Abram in wondergirl


Skang aku nak cite pasal alice in wonderland, kengkawan aku kata boring,sebabnye terlalu kartun sangat...hm... Camne erk,aku pun belum tengok g.

So aku cite sal cite aku je lah erk. Abram in wondergirl (gambar yang aku edit,aku letak muke kawan aku kat situ,maaf abram...hehehe).

Movie abram in wondergirl nie mengisahkan seorang laki laki...eh,laki laki ke perempuan erk...hm,ekot koranglah erk... Story moly nye camnie. Pada satu hari tu, budak nie jenjalan keliling pokok kelapa entah lah sebesar mane ntah pokok kelapa tu. Jalan punya jalan, keboom,dia terlanggar seekor siput khinzir,besarnya sebesar tapak tangan je.("heng heng heng" bunyi muzik latar ala ala seram gitu). Dari tu lah budak tu kene sumpah jadi katon masuk ke dunia wonderworld.

Kire kene sorok bunian lah kot,tapi bunian nie versi orang puteh. Cakap semua english... Omaigod omaigod... Yang aku taw teng kayu je. Budak nie same je macam aku,sepatah haram bahasa orang puteh pun tak taw, faham tu may be adelah sikit. Law tak silap budak nie salu cakap. "LOL..OMG.." justeru dia mengangkat tangan dan menunjukkan dua batang jari nye...peace peace...

Law betol lah ape yang aku ingat. Budak nie nakal sangat tak dengar cakap ibu bapa. First tu dia kene sumpah jadi avatar,tapi masih gak macam nie. Nie lah akibat nye law tak dengar cakap ibu bapa. Kan ke dah kene sorok dek bunian orang puteh.

Dalam movie nie gak banyak unsur pendidikan, ajar kite camner nak sebut omaigod ngan betol. Huh, tengs kayu kat production nie koz wat movie ala ala malaysia.hehehe

Eh eh. Ending movie nie aku belum cite g kan. Sebelum tu aku nak cite camner budak nie lawan ngan raksasa penjahat kuat giler kat dunia tu. Aku terkesima ketika menonton cerita nie. Ape tak nye, saat saat genting time raksasa tu nak attack,fire fire...tetibe je budak tu bertukar jadi power rangers biru. What going on,what going on aku hilang akal terus menggaru kepala ku dengan garpu yang telah ku gunakan untuk menyenduk maggie didalam mangkuk. Rupe nya barulah aku sedar budak nie anak kepada tommy rangers hijau yang panggil robot die pakai parang tu. Budak nie plak tanpa segan silu panggil die punye robot sambil korek idung. Punye lah lucu die punye robot. Susah aku nak terangkan,korang bayangkan je robot tu macam optimus prime tapi pakai spender superman yang warna merah, robot nie pun pakai selipar jepun. Mase robot nie kluar je terus tergelincir akibat terlalu licin,terus robot nie menghempap raksasa jahat tu. Camtu je lah dia melawan raksasa tu. Aku tengok pun penuh mendebarkan...

Lepas tu budak nie tekad nak keluar dari wonderland nie. Budak nie melangkah terus melangkah. Satu hari tu dia sampai kat satu tempat nama tempat tu ala ala jepun sikit "ekzosaited takamiya sedapnyamnyam". Kat situ dia jumpe tikar terbang. Memang aku dah sangke sangat budak nie mesti pandai jampi menjampi. Memang tak silap tafsiran aku, rupe nye budak nie taw camner nak gune tikar tu. "Zam zam ala kazam" terkumat kamit mulut budak tu membaca abc sampai z. Ahernya dapat gak budak tu kluar dari wonderland tu..

So,camtulah kisah movie tu....


Sekadar rekaan...hehehe



Monday, March 15, 2010

FACEBOOK_-_Hukum sertai facebook (renungkanlah)




Hukum Sertai Facebook - Renungkanlah



SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had


KESIMPULAN


Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.






Kredit

Ditulis oleh: Zaharuddin Abd Rahman
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM
Metro Ahad - 10 Januari 2010
Sumber Asal




SEKS MELAMPAU , PANAS PANAS , PENGALAMAN SEKS

Pergh...

Cantek siot...

Panas panas...

Meliur aku...

Tak tahan tak tahan...

Pengalaman seks...

Lucah...

.................................................






Buang mase je kan. Kat laman teratak aku nie tak de porno porno seks nie...awek melayu boleh,awek telanjang semua tu, tak de kat sini. Sesape yang tertipu dengan carian sesawang yang aku wat nie maaflah hajat kalian tak kesampaian.



..................................................


Dunia tanpa sempadan banyak membantu kita pada hari ini, namun semuanya tetap tidak selamat. Bagi ibu bapa yang jarang mengambil tahu akan anak anak nya dalam permainan laman sesawang nie,haruslah ibu bapa mengambil tindakan yang drastik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini belaku. Cek cek lh "history" tu sikit. Mane lah taw kot kot kan...

.................................................

Aku mula kembali mengingati uji kaji ku dalam satu laman sesawang yang aku tampilkan dengan entri hangat hangat seperti tajuk yang aku pahatkan diatas. Aku terkesima melihat jumlah traffic yang mendadak memasuki laman sesawang entri palsu yang aku karangkan. . . Entahlah seberapa ramai tidak pula aku membuat statistiknya...


Nafsu nafsu...kau kini jadi kehendak dari kemahuan. . .


Zaman moden,dunia dihujung jari...kau lah jua punca banyak tercetusnya perkara maksiat...

Diam atau tidak, aku hanya mampu melihat dan memerhati