Saturday, May 19, 2012

Saat hatiku termenung (2)

.


Assalamualaikum...


Kekadang segala yang ingin aku lupakan berputar kembali dalam angan. Sejauh mana pun aku berjalan, Bertahun lama pun masa yang berlalu ingatan itu pasti wujud..Sering kali aku jadikan teratak ini sebagai penghapus rindu namun segala ruang yang ada mencampakkan aku lagi ke dalam cerun kenangan lampau...Pernah seketika dulu aku biarkan teratak ini bersawang.


Ramadhan tinggal beberapa  bulan saja lagi.Semakin hari semakin takut untuk ku melangkah. Walau sudah bertahun tahun pemergian Sasha , Detik hitam itu tak pernah padam walau secebis zarah sekalipun..



"Shasa ,Saya tak setabah awak". 


Andai diri ini hilang pertimbangan ingin saja ku gores besi tajam mencengkam pergelangan tangan. Kenapa Tuhan beri ujian sebegini berat..??? Apa hikmahnya Ya ALLAH?.Mungkin aku bukan penikmat garam yang "TEGAR"..Rasa hati ingin saja dihempuk kelibat perasaan aneh yang terpampang dimaya fikiran..Tapi aku bukan sekeras tukul besi berkepala besar.Seketika aku hilang ketenangan, meronta ronta menyalahkan takdir seperti hilang Agama , hilang iman didada..


Andai hari ini aku bisa saja gerakkan setiap saat pasti akan ku undur setiap detik yang berlalu.Pasti saja aku hilangkan setiap pertemuan bersama nya agar aku tak merasa siksanya terseksa.Namun segalanya sudah tersirat dan tersurat . Hampir berpuluh kali aku draftkan entri ini menunggu untuk dipersembahkan. aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku.


Bukan aku hendak menolak atau aku hendak mempersoalkan perancangan Allah..Tapi sukar untukku terima kenyataan..Hakikat yang hari ini bukan mimpi...Yang hari ini mesti diteruskan seperti biasa..Aku sering bertelagah dengan minda.."mengapa aku di uji sedemikan rupa"..Mungkin bagi kalian senang hendak memuntahkan kata dari mengalami..Atau aku  tak setabah karang dilautan..Sapa yang mengerti??


Benar perpisahan itu punya nikmat yang perit..Dan perpisahan antara dunia dan alam seterusnya punya perit yang lebih..Mungkin perpisahan jarak atau tempat mampu berikan kita perit yang mendalam..Bayangkan perpisahan untuk selama lamanya di dunia..Tiada sapa yang mampu menduga bukan??Sanggup untuk merasanya??Jauh sekali tidak..
 

Kali nie biarlah Aku relakan pemergian nya dengan tenang..

Tabahkan lah hamba Mu ini Ya Allah..Biarlah aku mampu tersenyum seperti masa yang sudah sudah..Tapi janganlah Kau hapuskan kenangan ku.....

Al Fatihah..



Kisah rekaan



.




Doodle Story_My crush sudah berpunya

.



Assalamualaikum...


Hai korang..Ingat lagi entri nie -My Crush  .. Ramai yang bagi komen untuk luahkan..Jangan pendam.. Kalau dah luah dan kita dapat tahu crush kita tu dah berpunya..Semestinya kekecewaan kita makin bertambah..Dan akan wujud satu jarak pemisah..Bermacam macam lah perkara pelik yang kita fikirkan.Nak buat macam mana kan..Kita manusia insan yang lemah..


Atau korang tetap menunggu walaupun peluang untuk korang dapatkan crush korang tu agak tipis..Atau pun korang biarkan dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH..Berusaha + berdoa + bertawakal..Atau korang terus diam .. putuskan hubungan sebagai kawan tu secara diam diam.Tak hantar SMS , tak bertegur lagi dan korang menyendiri..


“Dan bukankah (Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”(An-Naba’:8)

Kalau korang ..Apa tindakan korang??


Percayalah setiap yang ALLAH dah tetapkan tu adalah yang terbaik untuk kita..Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..Elakkan dosa , elakkan keburukan..Jadi kita fikirlah secara positif.Yang penting kita kena tahu ALLAH akan beri yang lebih baik lagi untuk kita.


Sekuat mana pun kita..Kita tetap rasa kecewa dan sedih.. Walau tersenyum namun hati didalam Tuhan yang tahu..Kita redha dalam pasrah . . .


Kalau korang ada pendapat atau pernah alami sebegini kongsi kongsilah diruangan komen k.Wan perlukan pendapat..



P/S : LEBIH indah berCOUPLE, namun batas dan syariat diutamakan!
Semoga kita bertemu dengan pasangan-pasangan kita dan akan berkekalan sampai ke syurga


Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.





Papai


.




Thursday, May 17, 2012

Doodle Story_My Crush


.



Assalamualaikum...


Hai korang..Kali nie doodle story Wan satu gambar je..Bab tak sempat lak nak lukis dua tiga gambar..hehehehe ..Petang tadi pun dengar kat Hot Fm ada topik yang menarik..Bab tu lah terbuat plak doodle story nie..


Mesti korang pernah hadapai situasi nie kan..Manusia nie susah nak halang perasaan cinta . Tapi korang semua kena ingat taw.. Cinta tu ada batas nya..Sangat sangat terbatas.. Dan bagi yang memendam rasa tu..Cinta tak terungkap..Apa korang rasa??Adakah korang perlu luahkan perasaan?? atau simpan sampai suatu masa nanti..Kalau simpan korang tak takut ke terlepas..Atau korang percaya pada jodoh..?


Jadi apa pandangan korang??Wan pun nak taw jugak..Kekadang risau sangat kalau kita luahkan tu..Kita dan dia mula rasa terlalu jauh..Mula mula kawan seperti biasa pendam perasaan..lepas tu luahkan perasaan..Kalau lah cinta kita ditolak mesti hubungan kawan tu semakin renggang..Adakah korang berfikiran macam tu jugak atau Wan je yang fikir macam tu?


Dalam dunia yang serba canggih nie tak mustahil kita tersuka atau menyukai seseorang tu dalam diam..Contoh nya cinta muka buku dalam diam..Adakah korang akan simpan perasaan atau luahkan..??


Kalau korang ada pendapat atau pernah alami sebegini kongsi kongsilah diruangan komen k.


P/S: setiap manusia diciptakan perasaan sayang.


Biar airmata kita mengalir kerana rindukan syurga..
daripada terpesona dengan dunia hingga diri tiada harga



Kalau suka entri kali nie klik like/share atau klik link iklan churp churp dibawah  ..hanya bagi yang sudi dan iklhas.





Papai


.








DP Mogok Lapar Palestin: Muncul Satu Teori Baru yang Bodoh

.

100% disalin dari http://www.soutulmujahid.com/2012/05/dp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html .




Dengan pelancaran kempen DP facebook mogok lapar beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberika impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Namun, aku tegaskan kat sini, kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia hanya mencetuskan public awareness yang positif.

Apa yang aku nak tegaskan adalah, ia bukan jalan penyelesaian yang tuntas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi aku tetap memuji tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kes ini. Yang tak tukar DP macam aku, doa pun jadilah. Jangan perlecehkan usaha mereka sudah.

Tapi, lepas impak positif asbab daripada DP mogok lapar tu, muncul pulak dah satu teori bongok ala-ala teori konspirasi yang cukup bodoh yang amat dibenci. Aku tengok, blogger yang benci giler dengan teori konspirasi illuminati ni adalah Faiz Tapit. Ada-ada je entry sentap pasal teori dungu ni. Aku ingat teori konspirasi je yang meniti di bibir-bibir umat Islam, tapi DP mogok lapar pun turut 'diteorikan' mengikut kepala otak sendiri yang tak tahu hujung pangkal cerita.

Memetik teori bongok tersebut, ia berbunyi seperti:
"Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam."

Pertama kali aku baca kenyataan ni, memang memberi first impression yang sangat negatif. Ini merupakan kenyataan yang sangat naif lagi daif dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Nampak sangat diorang ni jenis yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7. Apa saja yang ditulis akan dikongsikan (share) kepada rakan-rakan lain selagi mana ia tampak menarik dan berinformatif.

Walhal, kenyataan dangkal seperti ini menunjukkan mereka tak cakna dengan isu-isu semasa dan pakai hentam mengikut nafsu dan kepala otak yang singkat. Punyalah banyak informasi-informasi berguna dari internet, yang sampah juga diorang ni suka ambik.

Kalau korang malas sangat nak membaca info berguna, biarlah aku yang bagi tau korang supaya fitnah yang tersebar tak disebarluaskan lagi. Memetik daripada sumber, blog szlihin.com,

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

Lantas, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, dengan tak malunya menulis "wallahu a'lam".

Emmm... entahlah. Aku tak tau nak cakap apa lagi dengan golongan macam ni. Bukan pertama kali aku tulis artikel sentap macam ni. Artikel yang bertajuk Apabila 8.9 Skala Richter Dikaitkan dengan al-Anfal ayat 9 (8:9) dan Kecelaruan Pemikiran Pengkaji Teori Konspirasi juga merupakan artikel yang sentap-menyentap yang aku tulis akibat terlalu ramai menjadikan teori yang carca-merba sebagai topik perbincangan menarik.

Lepas ni, kalau ada apa-apa info, pastikan korang selidik dulu apa yang disampaikan, termasuklah dalam blog soutulmujahid.com. Jangan memvavi-buta menyebarkan maklumat yang entah betul entah tidak. Kepada sesiapa yang menjadikan facebook sebagai rukun iman ke-7, bawak-bawaklah bertaubat :p






100% disalin dari http://www.soutulmujahid.com/2012/05/dp-mogok-lapar-palestin-muncul-satu.html .

Entri disalin agar semua buka mata dan minda..


.



Wednesday, May 16, 2012

KLMJ = Kenangan Lalu Mengusik Jiwa


.

Assalamualaikum...

Andai hari nie kita lembarkan sayap kenangan berpuluh puluh pautan ingatan menyingkap diminda..Ada yang dah lusuh di ingatan dan ada yang kekal tersemat di lubuk fikiran.. Hari nie teringat sangat kat seseorang .. Kalau tak kerana dia semestinya korang tak kan dapat baca entri nie..Sebab dia lah Wan mula ceburkan diri dalam dunia Blog.. Buat blog dulu pun sebab nak pikat dia je.hahaha..Lucu lak kan..Dulu masa muda muda..Bila ingat balik laucu lak..aiyoo..Dulu dia ada Blog skang Blog dia dah tak berupdate..so korang tak leh lah nak tengok dia kan..ehehehe.Link blog dia pun Wan dah lupa..Nanti kalau ingat Wan kasi taw k..


Kalau nak diceritakan panjang sangat .. Kenal dari FS > YM > SMS/MMS lepas beberapa ketika masing masing bawak hala tuju sendiri..Entah Wan pun tak tahu macam mana tetiba masing masing terus bawak hala sendiri.. Korang mesti pernah macam tu jugak kan..Lama sangat tak berhubung .. Hampir bertahun tahun ..


Tengahari tadi Wan kirimkan SMS kat dia rupanya dia masih ingat jugak kat Wan..Alhamdullillah dia tak buang nombor Wan..Rindu rindu suatu masa dulu.Hahahaha..jadi bermulalah sesi ingat mengingat..Rupa nya Banyak yang Wan dah tak ingat...Dia send sms kat Wan.. KLMJ...KLMJ mula mula Wan memang tak taw apalah maksud KLMJ nie..bila google rupanya KLMJ nie maksunya Kenangan Lalu Mengusik Jiwa..hahhaa..Kuno kan Wan..









TEringat gak lagu nasyid nasyid dulu..Bila dengar balik terimbau lak kenangan lalu.. Jujur Wan cakap..Wan rindu saat dulu.. 2008


P/S: Dalam hidup nie banyak sangat kisah duka dan suka..dan setiap calar itu mengingatkan Wan akan kenanagn adalah realiti.


Korang ada tak KLMJ??


.



Akhirnya Israel Tunduk, Persetujuan hari ini noktah hitam kepada Israel

.

--100% disalin dari http://www.informasi.my/akhirnya-israel-tunduk-persetujuan-hari-ini-noktah-hitam-kepada-israel/ 



V59r5.jpg (720×449)


Seorang anggota Knesset (parlimen Israel) menyifatkan bahawa persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.

Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi mewakili ‘الاتحاد الوطني’, persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan noktah hitam kepada Israel.

Mikhael mengungkapkan persetujuan yang dicapai itu memberikan kehidupan baru kepada mereka(tahanan-tahanan Palestin).


Israel tunduk kepada tahanan

Menukil dari web berita SAFA, setelah mengharungi 28 hari mogok lapar, Israel telah tunduk kepada tahanan-tahanan Palestin dalam penjaranya pada petang Isnin, 14 Mei 2012.

Para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara penjajah telah menandatangani satu persetujuan dengan Jabatan Penjara Israel bagi mengakhiri mogok lapar yang mana kesemua tuntutan-tuntutan mereka akan dilunaskan. Sewaktu persetujuan hari ini dimeterai, Duta Mesir ke Israel juga hadir.

Ketua delegasi tahanan yang telah dibebaskan, Ruhi Mushtaha yang berada di Kaherah sejak beberapa hari yang lalu bagi mengetuai delegasi dari Gaza telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Mesir mengenai mogok lapar.

Kata beliau, satu persetujuan telah ditandatangani antara Jabaran Penjara Israel dengan para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara yang turut dihadiri Duta Mesir ke Israel.

Persetujuan itu berhubung tuntutan-tuntuan yang telah dimeterai sepanjang rundingan yang dijalankan dan ada juga yang berkaitan dengan pelunasan janji Israel dalam agenda-agenda(bab kandungan) perjanjian penukaran tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى) antara HAMAS dengan rejim zionis.

Persetujuan ini menetapkan dalam tempoh 72 jam, kesemua tahanan Palestin yang meringkuk dalam kurungan asing(seorang diri) akan dikeluarkan kepada sel kurungan biasa.

Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu menjelaskan ketika menjelang waktu menandatangani persetujuan antara pemimpin gerakan tahanan yang mogok lapar dalam penjara dengan Jabatan Penjara Israel, adanya perkembangan yang positif. Jelas beliau, pertemuan(sesi persetujuan yang dihadiri Duta Mesir ke Israel dalam penjara Israel) diikuti secara langsung oleh Mesir dengan penyelarasan bersama kerajaan Palestin di Gaza.


Terima kasih semua

Menteri Tahanan Kerajaan Palestin di Gaza, Abu As-Subhi yang berada di Kaherah mengesahkan persetujuan antara para tahanan dengan Jabatan Penjara Israel. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mesir(terutamanya Badan Perisikan Mesir), masyarakat Arab dan umat Islam dan kesemua yang bersimpati terhadap para tahanan. Beliau turut menyeru agar membantu kepada kemenangan sehinggalah kesemua tahanan dibebaskan.

Dari sudut lain, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada para tahanan-tahanan Palestin yang berjaya mengharungi mogok lapar sehingga tercapai kesemua tuntutan mereka. Beliau memuji ketabahan para tahanan yang sanggup mengadakan mogok lapar.
Tambahan lagi, Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas berkata, persetujuan ini adalah langkah utama ke arah jalan membebaskan kesemua para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.


Situasi mogok lapar

Sejak 28 hari yang lalu, ratusan daripada tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel telah mengharungi mogok lapar atau disebut ‘pertempuran kosongkan perut’. Diikuti dua tahanan lagi, Saer Halahulah dan Bilal Ziab yang telah pun mengharungi mogok lapar sejak 78 hari sebelum ini. Demikian itu sebagai bantahan kepada keadaan keadaan yang mereka terpaksa lalui dalam penjara.
Para tahanan Palestin meletakkan syarat bagi menghentikan mogok lapara adalah dengan tunaikan tuntutan mereka, antaranya, selesaikan kes tahanan tanpa bicara(tutup kes), tiada lagi kurungan seorang diri serta membenarkan ahli keluarga mereka dari Semenanjung Gaza melawat anak-anak mereka dalam penjara-penjara Israel.

Israel telah menyahut sebahagian dari tuntutan mereka supaya mogok dihentikan tetapi para tahanan Palestin enggan dan nekad terus mengharungi mogok lapar sehinggalah kesemua tuntutan mereka dilunaskan.
Sumber 14/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps



--100% disalin dari http://www.informasi.my/akhirnya-israel-tunduk-persetujuan-hari-ini-noktah-hitam-kepada-israel/




.



Tuesday, May 15, 2012

Tanda sokongan "Love Palestin" . Ini Doodle Gambar FB untuk korang guna

.





Assalamualaikum...


Wan pun sayang sauadara saudara Islam .. Jadi Wan menyokong pihak pihak yang menyokong..Kita sama sama sokong..Dengan itu Wan buatkan doodle tanda sokongan untuk korang guna sebagai gambar di muka buku korang..Kat bawah nie sedikit info yang Wan sedut dari muka buku.

----------

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! —

-------

Walaupun tak bersua muka , tak mampu memberi pertolongan namun sedikit usaha sebegini jika dilakukan oleh kita semua diseluruh dunia Insya Allah segalanya akan beransur baik..Korang boleh lah guna ye gambar kat atas tu..Wan sendiri pun dah ubah gambar muka buku Wan...


P/S: setiap yang terjadi tu hanya ALLAH yang tahu penghujungnya... Semoga kita sama sama risau  akan hari pengadilan kelak...Entah bila ..



.





Monday, May 14, 2012

Nikmat ketika Sakit yang Allah berikan

.

Klik untuk besarkan gambar


Assalamualaikum...



Hari nie penat sangat bercampur gak dengan kepanasan badan tambah plak dengan pening kepala..Sakit sakit pun tetap online jugak ,hehehe. Tetap lakukan aktiviti seperti biasa.Biasalah kan ... hahaha..


Ketahui wahai rakan-rakan bahawa
Apabila seseorang hamba Allah itu jatuh sakit,
maka Allah akan utuskan 4 malaikat ini

- Malaikat pertama akan mengambil selera makan..
- Malaikat kedua akan mengambil rezeki..
- Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah(muka pucat)
- Malaikat keempat akan mengambil dosanya..

Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan
untuk hambanya supaya kembali sihat,
Allah akan menyuruh malaikat pertama,
kedua dan ketiga supaya memberi balik
apa yang diambil oleh mereka.
Tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat
supaya memberi balik dosa hamba tersebut.
Lihatlah, betapa sayangnya Allah terhadap kita,
tetapi kita tidak mengetahuinya.
Subhanallah! Allahu Akhbar..



Bersyukurlah kalau kita diuji dengan sakit yang mendatang..Allah sayang akan hamba  Nya dan tak nak hamba Nya menanggung lebih banyak DOSA..

K lah korang..Kalau ada yang nak share gambar kat atas tu silakan k..


Kalau suka entri kali nie klik like dan sudi sudilah jenguk link dibawah..Hanya pada yang iklhas..Terima kasih


P/S: Betulkan ..Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya..Sweetkan ALLAH.






.




Sunday, May 13, 2012

saya hargai pengomen diblog saya

.




Assalamualaikum...


Agak sedih bila setiap komen komen korang Wan tak sempat dan tak mampu nak balas , Kekangan waktu dan faktor persekitaran. Bila Wan tak balas komen korang bukan bermakna Wan sombong , Wan tak sombong .. Jadi bila Wan fikir fikir balik , Terasa macam Wan tak hargai korang yang komen kat entri Wan. Bukan senang nak olah ayat untuk komen kat ruangan komen bawah entri setiap kali Wan update..Ada yang sampai menahan tak ke tandas untuk melabur.. Sungguh terharu..


Jadi Kali nie Wan letakkan satu tempat dibahagian side blog Wan nie.."Top 20 pengomen tegar" .. Top 20 nie bukan bergantung pada banyak komen yang korang dah komen dalam blog Wan nie.Tapi ia bergantung pada komen untuk sesetengah jangka waktu yang tertentu.. Jadi sesiapa yang dah tersenarai tu mungkin akan turun dan mungkin akan naik. .Bilangan komen korang lah yang akan tentukan dimana kedudukan korang.. Eceh dah macam meraih korang untuk komen lak..ehehhe..


Insya Allah setiap rakan rakan yang datang kat blog Wan nie kemungkinan akan serang jugak blog korang..Mungkin tak sehebat mana cara Wan hargai korang . Tapi nie lah cara yang Wan rasa terbaik dan untuk kebaikan bersama.. sama sama meberi dan sama sama menerima..


Kalau ada yang nak wat macam Wan nie jugak..boleh lah rujuk Tutorial kat sini


-Pasang Top tukang komen/top commenter 
 


P/S: Allah tahu niat kita dan apa yang kita buat tu bukan bermakna kita nak rosakkan akidah kita.. Dan setiap apa yang orang lihat punya pernilaian sendiri.. "Matlamat tak pernah halalkan cara yang salah"





.



Tutorial pasang Top tukang komen/top commenter

.




Assalamualaikum..


Kali nie Wan nak ajar korang camne nak wat ruang untuk hargai tukang komen kat blog kita.top commenter.Wan dah pasang dah kat sebelah kiri side Wan nie...Kalau korang nak..


Jom Tutorial..


Add gadget > HTML




<!-- Top commentators widget v1 Start -->
<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
 document.write('<ol>');
 var i;
 for (i = 0; i < feed.count ; i++)
 {
 var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
 if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' +

feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
 document.write(item);
 }
 document.write('</ol>');
 }
 </script>
 <script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
 YourBlogUrl=http://LINK BLOG KORANG
 &ExcludedNick1=USER NAME BLOG KORANG
 &ExcludedNick2=ANON
 &ShowHowMany=5
 &_callback=getYpipe
 &_id=23022d7836bf2dd3c10a329feb9be26a
 &_render=json"
type="text/javascript"></script>
<span style="font-size: 80%; float:right;">

</span></div></center>





Bahagian yang berwarna tu korang ubah taw..

 YourBlogUrl=http://LINK BLOG KORANG ..NIe korang letak link blog korang
 &ExcludedNick1=USER NAME BLOG KORANG .. Nie nama yang kroang guna dalam profile blog
 &ExcludedNick2=ANON Nama yang kedua yang korang tak nak masukkan dalam list
 &ShowHowMany=...Bilangan list nama yang keluar



Atau korang boleh masukan widget terus dengan cara nie..Korang leh guna nie k..






Isi kan apa yang patut ..Kalau dah korang klik customize dan add to blog k..nanti korang akan masuk ke page blog korang k..


Selamat mencuba.





.