Sunday, February 24, 2013

Bersangka baik dengan ketentuan ALLAH

.





Assalamualaikum...

Musim hujan.. biar sebutir hujan yang pertama menyentuh tanah adalah yang bahagia..Namun rintis hujan yang disangka bahagia bertukar duka..tanah yang kering tadi nya basah bahagia kini berlopak banjir duka..Tapi... Tanah akan jadi lebih padat selepas hujan..bukankah begitu???


Kadang bimbang tutur kata ini menambah duka. Tapi, demi hati, siapa mahu lihat diri derita? Tangan ini masih kuat untuk dipaut. Paling tidak, hati ini nanti sedikit tenang. saat kita mengejar kebahagian pasti akan ada panahan syaitan yang menghasut segenap hati padahal segala nya tidak lah seperti yang disangka. Kehidupan kita penuh perancangan , penuh janji ,penuh angan dan impian..Namun  semua nya berupa kejutan yang ALLAH dah sediakan untuk kita.. Jodoh,rezeki, malah kematian.. Dan kerna itu lah hati ini sering kali risau . Selepas ini apakah yang bakal mendatang.. Adakah yang aku ada pada hari ini jadi peneman untuk ku hingga hujung nyawa atau ia datang hanya untuk sementara..sapa tahu bukan..??


Kadang kita risau dengan ketentuan ALLAH,
Sebab apa yang kita nak dan rancang belum tentu ALLAH makbulkan.,
Padahal kita tahu ALLAH akan bagi apa yang sangat kita perlukan dalam hidup,
Kejutan dari ALLAH tu pasti manis akhirnya,
Sama ada yang datang itu hanya bersifat sementara,
atau akan sentiasa bersama kita untuk selamanya...

Jadi sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH..
POSITIF POSITIF dan POSITIF..


Ya ALLAH semoga segalanya seperti yang kami rancangkan..AMIN..