Lantang norma norma kehidupan aku bicarakan,
Namun aku tetap jua seperti ini,
Kata ku tiada sesiapa yang peduli,
Marahku,tangisku,senyumku mahupun tawaku,
Kasih masih jua kosong disudut itu,
Tiada siapa yg ingin berkongsi...
Memberi,aku menerima,
Menerima disaat aku memberi...
Kuterima itu andai belum takdirku...
Sabtu,kembali lagi aku dimedan nya,disini aku sedari masa ligat berputar,begitu pantas ku rasakan,benar bukan retorik.sepurnama lengkaplah sudah.terbitnya mentari esok maka bermulalah permulaan 01 MARCH 2009.
Pelbagai cerita yang terjadi,telah kita kongsikan.sana sini semua tercatat,ada yang ingin berubah,ada yang berubah,semuanya mengikut jajaran masa.tersenyum tatkala sejarah terhasil.aku,mungkin belum masanya aku berubah.matang...belum lagi,bahasa ku mengambarkan segalanya...taniah buat yang berubah kearah kebaikan,doa ku sentiasa mengiringi kalian...(wat kak Srisufi teruskan bkarya)maaf mengukir nama tanpa kebenaran..
bahasa itu indah andai ia diukir dengan pemikiran yang rasional malah penuh pengajaran.Pengajaran dikongsi,Permasalahan mula dibentang,kesabaran bagi yang terasa mula diuji...andai itu mahu kalian,itu cara kalian.teruskanlah,itulah blogger yang ku kenal,namun ada jua yang busuk hati,mengapi api kan antara blogger.entah mengapa terjadi sdemikian rupa.hanya yang busuk hati yang tahu...moga kalian yang ku kenal seindah khabar seindah jua rupa nya...
Hazel kirimkan bahasa..