.
Disalin dan disusun semula
Sumber :
http://www.beritasemasa.com.my/mlm-double-stemcell-scam-penipu
Bisnes MLM Double Stemcell SCAM &
Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi
ubatnya. Jikalau sakit jantung, makan ubat sakit jantung. Kencing manis,
makan ubat kencing manis. tetapi dengan produk MLM, satu produk boleh
rawat pelbagai penyakit.
Hebat, geleng kepala Pakar Bedah Neuro, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah seperti yang beliau (
KECAM DI SINI) melihat situasi yang di berlaku di Malaysia hari ini dengan lambakan produk MLM yang ada….
Jikalau disingkap semula sejarah di
China, kalau-kalau ada yang masih ingat lagi di China sekitar tahun 1998
berlaku rusuhan yang bandar-bandar besar di China, semuanya angkara isu
syarikat-syarikat MLM yang buat “pyramid-selling” – downline cari
downline cari downline, dapat komisen up and up and up. Akhirnya…apa
jadi?
Bisnes MLM : Beza Kawalan Negara China VS Malaysia?
China haramkan terus semua MLM, walau
pun kemudiannya “direct-selling” dibenarkan pada tahun 2003. Itu pun
disebabkan China mahu join WTO dan syarikat MLM lintah-darat
kebanyakannya pulak semua datang daripada US, terpaksa jugalah China
mengalah pasal isu ini.
Rakyat China sehingga ke hari ini cukup gerun dan ketakutan untuk buat skim piramid. Walaupun pasaran ada lebih 1 billion umat :
“a really huge market – piramid sheme almost zero!”
Siapa sahaja buat skim piramid di China, dapat tangkap dan sabit kesalahan, hukumannya tembak sampai mati
– very simple? Ya….begitulah penghabisan riwayat kalangan yang cuba
mengaut keuntungan hasil penipuan ke atas rakyat China sendiri.
Dan…bagaimana pula dengan di Malaysia?
Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu. Satu Lagi Skim Piramid?
Jikalau sistem perniagaan ada syarat
menaja orang, dan setiap ahli yang join ada syarat yang sama
(duplikasi), maka ianya jadi “pyramid-selling” apabila jumlah ahli
meningkat secara eksponensial dan crash/collapse akhirnya akan berlaku
bila bilangan ahli sudah mencapai peringkat tepu. Dan terbaru, rakan
pembaca Berita Semasa berkongsi satu lagi skim MLm yang terbaru yang
sedang hangat & semakin ramai yang terjerut dengan skim MLM ini.
Semak satu persatu gambar-gambar di bawah ini isu melibatkan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu ini….
Apabila bercakap mengenai MLM, Berita
semasa sedih sangat terutamanya ramai bangsa melayu yang mudah
terpengaruh. Pokok pangkalnya nak kaya cepat katanya. Kononnya niat
suci, kongsikan pemakanan sihat sambil berbisnes dengan dijual pada
harga yang sangat-sangat tidak munasabah, semuanya disebabkan skim piramidnya.
Sedangkan sebenarnya produk kesihatan yang diiklankan itu tiada
faedahnya melainkan sama seperti air minuman berperisa buah-buahan.
- Penyumbang terbesar hutang kad kredit
ialah MLM yang jatuh bankrap muda-muda lagi. MLM ini memang perosak
masyarakat. maaf bercakap.
- Dek kerana mahu mengaut keuntungan,
sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan downline, dan
mempengaruhi orang ramai termausklah dnegan cara menipu dan memburukkkan
orang lain.
- Ambil kesempatan pada orang baik dan lurus
Bisnes MLM ini adalah budaya yang dibawa
dari US yang mana kita tengok seperti dalam movie Stockbroker di
Wallstreet/Telemarketing yang aggresif buat jualan tanpa hati perut
tanpa peduli soal moral/halal haram untuk capai sasaran (mungkin bagus
juga anda tonton sendiri filem Wolves of Wall Street)
Kebanyakannya produk MLM akan dinaikkan
harga kepada 200%-300% daripada harga sebenar, Bukannya nak bagi orang
sihat sebenarnya tetapi lebih kepada bisnes untuk bayar kalangan
downline dan agen.
Orang yang join MLM ini, biasa yang Berita Semasa perhatikan:
- Tayang kereta & pegi melancong sahaja
- Tetapi belum pernah, Berita semasa
tengok orang MLM tayang kereta sekali geran, rumah sekali geran? Tunjuk
bayaran cukai kepada LHDN
- Hakikatnya ramai yang terpengaruh
dengan MLM ini sebab mahu jadi kaya dengan cepat. Sebenarnya tiada jalan
cepat untuk jadi kaya melainkan dengan kerja kuat berniaga produk
sendiri, bukan produk orang lain. Jikalau jual produk orang lain, memang
sampai ke sudah pun tidak akan kaya, yang kaya hanya 2, 3 kerat sahaja.
Contohnya di bawah ini kalangan jutawan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu mendapatkan kemewahan & kereta mewah :
Nasihat Berita Semasa : Bisnes MLM Hai-O, Sila Tinggal Tinggalkan. Tidak Rugi Tanpa Hai-O
Akhir sekali, Berita Semasa ingin nasihatkan kepada semua, bukannya kalau boleh tetapi lebih baik tinggal Hai-O. Mengapa?
- Mlm terlampau lampau
- Berdasarkan semakan Berita Semasa dalam senarai bank negara, Hai-o
adalah syarikat yang punya securities (finance) yang non syariah
compliance. Maksudnya? Securitiesnya haram.
- Hai-O turut jual samsu. Medicated samsu yang orang ramai minum masa
Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain perayaan bukan islam. Profit
samsu adalah sangat besar dan accumulated dalam group business.
Jadi renung-renungkan. Pilihan di tangan anda
P/S : Berita Semasa tidak kecam semua
MLM, tetapi disebabkan mekanisme MLM inilah ramai yang menindas dan
menipu orang ramai atas kehendak mahu mencapai kemewahan dnegan cara
mudah dan cepat.
Disalin dan disusun semula
Sumber :
http://www.beritasemasa.com.my/mlm-double-stemcell-scam-penipu
.