Saturday, January 18, 2014

PhotoManipulation : Heliza Helmi

.




Assaalamualaikum ..

Petang tadi
Akibat tension sikit nak buat tempahan
Jadi ambik masa sikit untuk tenangkan fikiran
Gambar nie Wan ambik masa dalam 30minit untuk siapkan
Yang lama nya adalah cari gambar yang nak digunakan



Ada yang tanya macam mana nak wat gambar nie
Wan pun tak tahu macam mana nak ajar
Sebab banyak step yang digunakan






Apa yang Wan boleh beritahu adalah
Korang boleh rujuk pada tiap tiap tutorial kat page nie
http://wanhazel.blogspot.com/p/graphic-editingadobe-dll.html
Bila korang faham asa edit adobe photoshop
Korang akan mudah untuk buat gambar manipulation

Sila komen dan beri tunjuk ajar untuk penambah baikan










.






Friday, January 17, 2014

Guess The Emoji Answer | Jawapan untuk Guess The Emoji

.



Assalamualaikum


Kali nie Wan nak sediakan jawapan untuk semua 
Guess The Emoji 
Kala sesapa nak kan cabaran 
Tak payah tengok k
Tapi kalau yang payah sangat nak dapat jawapan
Boleh lah rujuk sini.. 
hehehe






























Semoga berjaya..hahaha
Dah kompem berjaya dah



.



Wednesday, January 15, 2014

Hawa usah kau jadi mawar berduri

.



Assalamualaikum

Hawa
Mungkin kalian sering dengar
Jadilah seperti mawar berduri
Biar cantek dipandang
Namun sukar disentuh

Hawa
Persampahkanlah kata kata itu
Mengapa perlu menjadi mawar berduri
Jika kecantikkan mu itu mudah untuk diperlihatkan
Namun hanya sekadar sukar untuk disentuh

Ketahuilah
Mawar itu terlihat cantek
Setiap mata memandang
Mungkin kerna itu jua lah
para hawa yang berniqab bertudung berpurdah
Pada hari ini sering kali mempamirkan wajah mereka
Dilaman mukabuku tanpa segan silu

Jadilah seperti semalu
Hawa aku tahu aku juga pendosa
Jadi aku tak mahu menambah dosa
Ambillah sedikit masa
Luahan kami dari lelaki yang hidup dengan mata
Yang sering terbuka

Hawa
Kau kata aurat mu terjaga
Kau berpakaian longgar
Kau berbaju kurung
Tapi kau lupa
Rambut mu
Aurat yang kau tak jaga

Hawa
Kau kata
Kau dah jaga semua
Kau bertudung cantek
Kali ini kau bertudung fesyen entah siapa
Adakah kau lupa
Sepatut nya bertudung itu menutupi paras dada
Atau kau mula cipta hukum sendiri
Cukuplah semua dibalut rapi

Hawa
Adakah kau lupa
Adakah dulu kau tidak dipersekolahkan oleh ibu bapa
Untuk memahami dua beza

Hawa
Kau kata semua kau dah jaga
Kau bertudung biasa
Seperti yang biasa biasa
kau silangkan tudung mu kekiri dan kekanan
Baju mu berlengan pendek
Tapi kau tahu juga
Kau guna "handshocks" agar aurat mu terjaga
Adakah kau lupa
Membalut dan menutupi itu punya banyak beza

Hawa kalau aku kata
Aurat mu masih belum terjaga dengan sempurna
Kau mula kata
Aku lelaki yang kuno hidup dizaman purba
Adakah kau juga lupa
Dulu manusia tidak berpakaian apa
Jadi adakah aku atau kau yang semakin purba

Hawa
Ya.. kau yang sedang senyum
Saat aku mengata mereka tak sempurna
Adakah kau sudah menjaga auratmu dengan sempurna
Kau cantek berpurdah bertudung labuh jua
Tapi wajah mu jadi tatapan si pemuja cinta
Kau juga lupa
Cantek kau berpurdah senyum dimata
Tapi kau jua bermain mata
Dengan mata mu yang mengoda
Walau wajah tak terlihat semua

Hawa
Kau yang bepurdah
Hari ini mungkin berwarna jingga
Esok mungkin merah menyala
Cukuplah dengan mata mu yang menggoda
Tak perlu kau tayang setiap masa
Kalau jua kau kata auratmu terjaga dengan sempurna
Mengapa kami lelaki yang punya mata
Tak bisa memejam seketika
Adakah itu sudah kau kata
Aurat mu terjaga dengan sempurna

Jadi wahai hawa
Mula lah nilaikan diri
Sudah cukupkah aurat mu terjaga
Kerna bukan sekadar kami yang perlu menjaga mata

Sedarlah wahai hawa
Seindah indah hiasan didunia
Ialah wanita yang solehah
Yang bakalan menjadi isteri kami yang berupa bidadari dunia

Pada suatu hari,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.






.



Tuesday, January 14, 2014

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli ‘ala Muhammad wa Ali Muhammad 

ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)

13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)

14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)

15. Mula-mula Qarin yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya Qarin tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wallahua'lam...

P/S : Jika terdapat kesalahan, mohon ditegur :-)

Terima kasih kepada mereka yang menegur kesilapan saya

.




Monday, January 13, 2014

Alhamdullillah... Kerajaan turunkan harga kangkung

.




Assalamualaikum

Entri hanya sekadar pengusik jiwa dikala harga barang lain naik
Senyum senyum


Pagi pagi lagi dah tersenyum kambing dah
Lepas nie tak lah berikat perut sangat nak makan
Khasiat gula dalam kangkung memang terbaik
Boleh lah lepas nie buat air dengan kangkung
Sebelum nie berjimat sangat apakan daya harga kangkung naik masa tu
Sekarang nie dah turun

Bila harga kangkung turun
Tarif elektrik mesti akan turun
Tol pun turun
Dulu harga kopi secawan RM1.50
Sekarang dah boleh dapat RM1.00

Nampak tak perkaitan antara naik turun harga kangkung

Alhamdullillah
Syukur sangat
Lepas nie boleh lah jalan jalan dengan kereta
Tak lah fikir sangat kehabisan minyak
Sekarang dah boleh jimat dah
RM7.00 kangkung dah boleh guna 2 hari ulang alik

Sebelum nie memanglah marah
Akibat kenaikan harga kangkung
Ye kami rakyat yang tak fikir pun
Kangkung bukan tumbuh dikawasan merata
Nak dapat kangkung bukan senang
Nak kena cari gali
Buat tu buat nie
Barulah dapat kangkung yang berkualiti

Kami tak kisah harga minyak naik
Harga barang lain naik
Asalkan kangkung turun harga
Dulu RM50.00 mana cukup nak beli kangkung 
Nak bagi makan arnab lagi
Kesian kat arnab

Lepas nie masih lagi ke nak kutuk kerajaan
Tak adil bagi kerajaan
Kalau naik harga barang korang kutuk
Nie turun harga kangkung
Sama sama lah kita puji ..

Sebelum nie tak boleh makan kangkung
Sekarang dah boleh makan kangkung
Macam macam boleh buat dengan kangkung

Kangkung kan makan harian kami

Terima kasih

Kat bawah nie saya sertakan khasiat dan manfaat kangkung



  • Mengobati mimisan: Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian ditumbuk sampai halus, tambahkan sedikit gula, lalu seduh dengan satu air panas, setelah dingin saring dan minum ramuan tersebut sebanyak 2 kali sehari
  • Mengobati sakit kepala: Seikat daun kangkung segar direbus dengan 2 gelas air hingga 1 gelas, kemudian minumlah hasil air rebusan tersebut.
  • Mengurangi nyeri haid: Siapkan kira-kira setengah kg daun kangkung, kemudian ditumbuk sampai halus tambahkan air setengah gelas, kemudian saring dan tambahkan satu sendok makan madu. Minum satu kali sehari.
  • Mengobati ambeien: Siapkan segenggam akar kangkung, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa setengahnya. Setelah dingin, minum setengah gelas sebanyak 2 kali sehari.
  • Mengatasi insomnia: Bagi anda yang susah tidur malam,  segeralah makan daun kangkung yang ditumis tanpa batang, cara ini sangat mujarab bagi penyakit tersebut.
  • Mengobati sakit gigi: Siapkan segenggam akar kangkung tambah cuka sebanyak setengah sendok teh, kemudian rebus dengan air sebanyak 1 gelas .Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.
  • Melancarkan buang air kecil: Ambil segenggam akar kangkung, lalu rebus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusan tersebut satu kali sehari.
  • Menghilangkan ketombe: Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya selama satu malam, gunakan air tesebut untuk keramas ketika lagi mandi, sebaiknya dilakukan setiap hari.
  • Mengatasi sembelit dan mual pada ibu hamil: Ibu hamil dianjurkan untuk sering mengonsumsi tumisan sayur kangkung, karena banyak mengandung vitamin untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
  • Mengobati kulit yang gatal karena eksim: Ambil daun kangkung yang segar, lalu direbus dengan air secukupnya selama 5 menit, setelah hangat pakai air rebusan  tersebut untuk mencuci bagian yang terkena eksim, lakukan setiap hari hingga sembuh.
  • Mengatasi gusi bengkak: Ambil 200 gr akar kangkung yang dicuci bersih, tambahkan 200cc cuka, rebus dengan dengan air sebanyak 200cc. Air rebusan tersebut dapat digunakan untuk berkumur, lakukan setiap hari higga sembuh.
  • Menghilangkan kapalan: Bagian kulit yang menebal dapat dihilangkan dengan mengoleskan getah kangkung dan lakukan setiap hari.



.



CUSTOM MADE STICKER KERETA

.

1x1.trans Contest SEO Car Stickers Malaysia

Assalamualaikum dan salam persaudaraan

Bagi car lover/pencinta kereta
Memang tidak dinafikan lagi penggunaan sticker pada kereta
Juga salah satu sudut kreatif yang boleh mencantikkan lagi kereta
Stance , Fitments , Hellaflush , Slammed, JDM culture
Semakin menjadi jadi diMalaysia
Dan disini jika anda ingin CUSTOM MADE STICKER KERETA pada body kereta anda


Anda boleh saja ke link atau menelefon keterangan dibawah


No Telefon : 010-2255485 / 012-6953385
Instagram Car Stickers Malaysia : car_stickers_malaysia
Servis : Printing Biasa, Bussines Card, Flyers,Banner, Sticker Kereta


Kalau boleh nak satu CUSTOM MADE STICKER KERETA nie
Biasalah kalau peminat 
Stance , Fitments , Hellaflush , Slammed, JDM culture
Pasti dan akan memandu dengan perlahan
Akibat daripada ketinggian kereta yang melampau rendah nya
Boleh letak kat cermin belakang kereta macam kat bawah nie
Bawah nie kereta wan
Sebab Wan upload gambar kereta wan nie
Sebab nak tunjuk
Bagaimana sticker kereta memainkan peranan
Untnk mencantikkan kereta
Lagi pun boleh buat peringatan

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/560844_10201017197181088_491635447_n.jpg

Letak sticker 
Kat atas yang kuning tu
You think im slow ? 
I can go slower
Jadi orang boleh tahu
Kereta Wan memang gerak slow punya

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1604595_10201478986205525_1555296815_n.jpg

Dengan ketinggian kereta Wan kat atas tu
Agak agak nak bawak laju tak ??? hehe
Jadi betullah apa yang tertera pada sticker berkenaan

You think im slow ? 
I can go slower

Nak slow lagi
Drop lagi body kereta
hehehe

Bukan sekadar Wan
Pak cik mak cik pun boleh guna
Sticker tu
Kira macam pemberitahuan awal
Kepada pemandu kat belakang


Jadi
Bagi peminat kereta
Korang boleh CUSTOM MADE STICKER KERETA korang
Nak macam mana sekali pun kasi taw je
Boleh jugak wat sticker untuk group kereta masing masing
Tak yah fikir banyak dah
PM terus kepada mereka
Mudah sangat
Kalau nak buat banyak sekali
Boleh deal dengan harga yang berpatutan dari mereka
Sekadar berkongsi

Kita sama sama dalam arena kereta
Sama sama lah berkongsi apa yang menarik


Make ur car low
Drive Slow
Respect others

.