Saturday, September 29, 2012

Apa..!! Kiriman SMS dari yang tersayang :3

.



Assalamualaikum...


Bagaimana hari hari yang lain sebegitu jua lah hari ini.. Hari yang berlalu aku lakarkan dalam sejarah lipatan entah sudah beribu daging buku ku siatkan untuk melakar segala yang menjadi kenangan..Kadangkala, masa berlalu dalam hidupku terlalu perlahan. Entah apa adanya di sekitar hidup aku kurang aku maklumi. Dunia yang agak sempit. Pada keremang-remangan senja yang hadir. Pada kemunculan langit fajar pagi, pada langit senja nan merah. Pada putihnya awan kumulus, pada deruan angin, pada rintikan hujan hadir silih berganti. Dan pada panasnya sang matahari saling berucap rasa terima kasih. Maknanya , Aku terlampau rindu lipatan hari yang sebelum ini..

Usai menyiapkan beberapa keping gambar wedding sahabat ku yang ku photoshoot sejak dua minggu lalu .. Aku dikejutkan dengan nada jeritan telefon bimbit ku.. Memang jadi ragam ku melayan kiriman SMS dengan sekali kilas . Kadang aku balas dan kadang akan ku biarkan terperuk berjam jam . Maaf jua pada customer aku berserabut lesu menunggu balas. Hati keruan , lidah kelu dan fikiran ku menerawang di awan genawan "Selamat pagi sayang" . arh.. cepatnya ada yang mengirimkan aku kiriman sebegini.. tangkas saja jemari ku membuka ruangan SMS tersebut.. Namun apa yang ku hajatkan tidak seperti yang disuratkan..Rupa nya SMS dari 28444 .


"RM0 .Tambat hati yang tersayang dengan kata2 yang romantik dengan madah cinta. Pastinya menyentuh sanubari si dia. Hantar ON MC ke 28444"


Degupan jantung berganti kecewa.... masakan membaca pula aku tersilap.. Baru ku tahu SMS itu jua pengubat rindu dikala kekosongan dan keseorangan. Dan berharga sebuah senyuman. YA ALLAH rindukan lah aku pada Mu dalam setiap hela nafas ku..







Halwa telinga yang sering aku dengari saban hari.. Moga ia mampu menjadi penenang jiwa jua untuk kalian

Pada semuanya, kepada pencipta makhluk sekalian ada seisinya, aku memohon daripada keesaanNya, tenangilah hati ini, cekalkanlah jiwa ini, murnikanlah setiap detik fikiran akal ini, agar sentiasa diri ini berlapang dada, pada ketentuan qada dan qadarMu.



: : :  Kalaulah ada alat perakam waktu dan masa, boleh aku memimpin tangan makmun(isteri) ku masuk ke alam waktu itu, alam persekolahanku, alam kehidupan kecil ku , menyaksikan keseluruhan kehidupanku . Kerna aku amat rindu saat itu (ini hanya berupa ayat angan ku :3)







.




Friday, September 28, 2012

Jangan pernah kecewa dengan kegagalan

.


Assalamualaikum...


"Kalau hendak menjadi yang hebat tak semesti perlu ke Universiti" 

Semena mena ayat ini terpancul kembali dimedan otak ku.. Dulu pernah ku semat sebaris ayat betul betul dihadapan persimpangan kehidupan ku dan suatu ketika dulu jua ku jadikan ia ayat pengasak semangat bagi adik adik ku..Dan kini boleh jadi ia sepotong ayat yang akan kalian semat didalam setiap jiwa..


Percayalah kalian..Kegagalan pada hari ini hanya lah satu juzuk dalam kehidupan kalian.. Kegagalan pada hari ini bukan lah kegagalan untuk keseluruhan kehidupan korang. Ramai yang berjaya dalam pelajaran tapi tidak berjaya dalam hidup.. Hidup bukan saja jadi doktor , jurutera , cikgu dan sebagai nya..Hidup nie luas..Kejayaan jadi ayah , ibu , isteri , suami dan jadi hamba ALLAH yang terbaik..


" ia kanak budu wa i' ya kanas ta in"  
 hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan 


Ramai yang bertanya.. bagaimana dari dunia kejururteraan elektrik aku menceburkan diri dan mencuba dunia yang lain.. aku menjawab

Aku cintakan ilmu

Bukankah setiap dunia yang kau ceburi itu masing masing punya kritikal nya.. Maka aku menjawab lagi

Buku kan ada..


Malah sekarang ilmu itu dihujung jari



Peringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang menuju ke menara gading, belajar sampai habis dan usah berhenti di pertengahan jalan! Persampahkan mentor-mentor yang kamu tampal wajahnya di dinding kerana agungkan tindakan mereka keluar dari universiti untuk mengejar misi. Kerana sesungguhnya, bila kamu tanyakan pada mereka tentang kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta,  jawapan mereka tetap tidak pernah berubah, cuma satu, iaitu;


Tidak menghabiskan dunia ilmu .


Jadi buat kalian yang terasa gagal dalam kehidupan .. Percayalah ada sesuatu yang manis menanti anda..usaha dan usaha..Insya ALLAH kejayaan itu milik anda.. Siapa yang percaya jika aku kata..Aku dahulunya tidak sehebat sperti apa yang kalian fikirkan..Jika kelapangan boleh lah membelek warkah "Harga sebuah kehidupan"


Jangan pernah kecewa dengan kegagalan,
Itu Hanya satu juzuk daripada kehidupan anda yang panjang,
Nabi Muhammad diusir keluar kaumnya namun akhirnya kembali menjadi pemimpin dunia,
Nabi Yusuf dihumban ke penjara namun akhirnya memerintah seluruh Mesir..




.





Thursday, September 27, 2012

Meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya

.




Assalamulaikum..


Bila puas kita menadah dan meluah kepada ALLAH.. Sering kali hati setiap jiwa jiwa manusia memerlukan teman untuk meluah.. Meluah amarah,air mata malahan rasa Cinta..


"Jika kita inginkan Cinta tapi kita enggan jatuh cinta 
ia sama saja seperti meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya.."


Dan seperti mana mana fitrah manusia..Rasa cinta itu wujud dan kadang aku jua perlu doktor Cinta..Aneh bukan.. 

Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,

Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada
ditangannya.
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,

Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan..

Dulu aku penuh yakin dan bersemangat bila berdoa.. Segala apa yang ku pinta ada yang hadir tanpa diduga..Dan bila mana kali ini aku enggan hilang akan sesuatu itu. Doa aku berubah dari daerah yang yakin berubah ke daerah yang merayu , merintih.. YA ALLAH.. dengan nada yang penuh pengharapan bukan lagi nada keyakinan..Bukan aku tidak yakin akan ketentuan NYA..Namun kali ini Doa aku penuh dengan sejuta pengharapan.. ALLAH mengajar aku berserah diri pada NYA..Semoga ALLAH masih sudi mendidik diri ku yang hina ini. 

Jika angan ku ini jua berupa Doa.. ALLAH,makbulkan jualah angan ku


Tidak kusanggah kakiku yang terhayun deras, seakan lincah macan yang laparkan rusa. Tapi, sesak tetap bersarang di dada bila aku dilabel seorang insan yang serabut kepala. Setiap butir kata yang aku lontarkan, dikata orang sedang gelojoh menjolok mimpi yang masak ranum di rimbunan langit.  Benarkah? Atau sebenarnya sang masa yang berlari-lari?      

Aku cuma seorang anak muda.  Perkataan ‘cuma’ itu harus kubuang jauh-jauh.
.





Wednesday, September 26, 2012

Rahsia itu jua berupa satu kepercayan

.




Assalamualaikum...


Saban hari saat usia menginjak tinggi, lebih-lebih lagi diri ini bakal tidak bersendiri lagi (Entah bila dan dengan siapa). Sesekali aku bertandang ke daerah di pinggir dasar yang paling dalam didasar hati. Sekonyong konyong kelopak mata ku buka selepas merehatkan diri di petak empuk belapitkan bantal.. Seharian yang memenatkan sudah jua terbalas.


"jangan kau uji setia ku" 
"jangan kau uji keiklhasan ku"


Sering jua aku bermonolog sendirian . apa pula setia dan apa pula iklhas ..?

Kesetiaan dan keikhlasan itu namanya kepercayaan. Seperti itulah iman. Kau setia menganutnya. Kau ikhlas mentaati-Nya. Dia saja yang layak menguji kita.


Dan kerna iman jualah aku berahsia..Seperti mana aku simpan cinta kerna ALLAH. Dan aku percaya pada NYA.


"Rahsia itu jua berupa satu kepercayan"


Aku penuh percaya, kalian yang membaca ini masih setia di sekelilingku. Namun masih juga ada yang terkorban, pastinya yang tidak kalian sengajakan. Bagi yang mengenaliku, ampuni aku andai selama ini kesetiaan dan keikhlasan kalian pernah kucalari. Kuingatkan diriku, biar melaras ikhlas dan setia ke angka sifar. Yang terkubur kita nisankan. Yang hidup kita talkinkan. Kita Kembali kepada fitrah.


Aku tidak pasti tentang kalian, aku fikir salah satu kelemahanku ialah aku akan mengingati kata kata yang diucapkan oleh seseorang dalam tempoh yang begitu lama.  Mengerti? Maksudnya sesiapa yang berkata kata sesuatu perkara yang mengesankan hingga ke lubuk hati aku, aku akan pasti ingat kata kata itu sampai ke lubuk hati atau mungkin sampai mati pun aku tidak boleh lupa.  Mungkin ia kata kata yang menyakitkan hati, atau kata-kata yang berinspirasi atau apa sahaja yang mencuit hati yang aku peroleh dari mana-mana, tetapi tetap sangat jelas dalam ingatan aku.

Maksudnya, aku mungkin akan mengingati kata kata kalian pada bila bila masa sahaja. Kata kata yang menyakitkan yang aku simpan jauh ke dalam, dan menjadikannya sebagai azimat untuk menafikan dan tidak membenarkan kata kata itu menjadi darah daging ku. Kata kata yang barangkali mengesankan yang akan ku jadikan mantra ketika aku hilang inspirasi . Atau, kata kata yang sentiasa terimbau seolah olah terngiang ngiang seperti mengimbau lagu lagu nostalgia lama di corong radio.Kerna itu lah aku mengenggam potongan bara..

"Rahsia itu jua berupa satu kepercayan"





.





Tuesday, September 25, 2012

Kiriman peminat rahsia di hari lahirku

.




Assalamualaikum...


Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'aza bannar
Ya Allah kurniakan kami seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta jauhkan kami daripada api neraka


Aku melabuhkan solat Maghrib ku dengan Doa yang sering kali aku laung laung ditiap kali solat ku . 25 september semakin berganjak . . Tiap tiap minit yang ku lalui hari ini aku benar benar mencari kebaikan dan hampir setiap jam aku berfikir entah apa kebaikan yang telah aku lalui untuk aku peringati dan mensyukuri nikmat hidupku diusia ini.. 

Hari ini aku dikejutkan jua dengan kiriman dari "peminat rahsia" mudah untuk ku ungkap sebagai peminat rahsia.. Lihat saja gambar diatas.. sekotak cupcake + t shirt bersize "L" + Istikarah Cinta dan sepucuk kad ucapan .. Siapa pernah merasa dari berdiri terus terduduk . sepangkal tiap tiap ayat yang mengamit perasaan.. Masya ALLAH .. hanya engkau lah yang mendetikkan setiap jiwa jiwa manusia .. Dan hanya engkau lah mengetahui setiap pengaturan kehidupan.. Semoga dengan redha Mu ia menjadi kemanisan ..Jika tiap tiap baris ayat doa itu berbentuk tangkal pasti kan ku rantai didahan tangan agar sering ia bersama ku.. Namun ia hanya sepotong ayat kaku tak bersuara. Tiap baris nya punya jentera yang mengentarkan jiwa.


Istikarah Cinta .. entah apa maksud nya dengan kiriman tersebut.. Mungkin jua ramai yang ingin melihat aku melangkah ke alam kekeluargaan.. Cinta pun aku belum kenal sebenar benarnya..apatah lagi ingin melangkah ke dunia kekeluargaan.. Owh ya.. umur ku sudah 24 tahun.. Aku tetap berpegang  dengan satu ranting ayat yang teguh "Jika Kita kejar Cinta ALLAH Insya ALLAH ..ALLAH akan beri kita cinta yang terbaik .."

Walau dimana anda berada..Seiklhas ucapan Terima kasih yang hanya mampu ku ukirkan.

Hingga saat ini ruangan muka buku ku dihujani ucapan "happy b'day" , "Sanah helwah !" , "HB" .dan beberapa ucapan yang buatkan aku teresak esak memuji kekuasaan ALLAH.. .. Maaf , aku tidak mampu lagi membalas tiap tiap bait ucapan dari kalian semua.. Jadi disini aku rangkumkan semua sekali.. TERIMA KASIH buat kalian.. Semoga kehidupan kita di rahmati ALLAH dan diberi manfaat ..


P/S: Insya ALLAH suatu masa nanti tajuk diteratak ini kan ku ubah jua nanti.. (Wadah Madrasah) atau kalian ada tajuk/idea yang lebih hebat.. :) ..Teratak ini jua semakin matang dari masa ke semasa Insya ALLAH dalam mencari redha NYA.

Tulisanku dianggap luah rasa yang jujur, kerana ada kata yang tak terucap di lidah, lalu di sinilah tempatnya ia tercurah. Maka, orang di sekelilingku sangat berhati-hati dalam bergaul mesra denganku, kerana bimbang hal perilaku mereka akan menjadi cerita . Kepada yang berhati-hati itu, usahlah menjadi plastik lagi. Jadilah diri sendiri, kerana itulah tujuannya perkataan ‘sahabat’ dicipta. Lagipula, peringatan ini adalah tamsilan kepada diriku, juga buat renungan kita semua.










25 september

.



Assalamualaikum...

Syukur aku disini.Kini usia ku menjangkau 24 tahun.Setiap hari adalah hari-hari yang sarat dengan ilmu yang baru. Insan-insan yang aku temu punya laut ilmu yang harus aku ceduk satu persatu. Lalu dicurahkan kembali buat telaga kering yang tergali. Bukan jua hanya untuk ku , malahan biar kalian bersama mencapai nikmat ilmu yang ada moga nanti menjadi yang soleh dan solehah..Semoga ALLAH redha.

Terima kasih semua kerna memanjatkan lafaz "happy bday" hinggakan kadang aku mula risau kerna suatu hari nanti aku tidak pula melafazkan perkara yang sama kepada kalian... Untuk kalian semua

Jazakallahu khairan kathira ..

Saat aku melayari madrasah pengalaman , pelbagai peristiwa yang aku lalui.. Lebih lebih lagi ditahun ini.. Di saat Ramadhan yang lalu dan aku lah salah seorang yang kira nya beruntung mengahadapi liku liku Ramadhan di tahun ini.. Alhamdullillah aku tidak tersungkur di pintu terakher Ramadhan...

Putaran masa tu buatkan kita rindu..dan rindu itu buatkan kita berfikir . Adakah yang semakin hampir dengan kita Kiamat atau kematian dan adakah kita risau akan kematian/kiamat atau kita risau akan IBADAH kita yang masih belum cukup...


Hingga saat ini aku berpegang dengan satu ranting ayat yang teguh "Jika Kita kejar Cinta ALLAH Insya ALLAH ..ALLAH akan beri kita cinta yang terbaik .."


Aku sering bertanya diri..Dimana letak kehidupan sebenar ku..??atau aku hanya berfikir


 Owh ..Rupa nya aku sudah 24 tahun... :)



.