Monday, November 25, 2013

Sponsor hilang Pemenang bagaimana

.



Assalamualaikum ...

Entri kali ini mengenai sponsor yang hilang
Dan bagaimana dengan pemenang
Kejadian seperti ini sering berlaku dikalangan blogger
Bukan sahaja pada blogger newbie malah blogger yang otai pun terkena
Dan semestinya pernah terkena pada saya sendiri
Seperti kontes saya yang lama dahulu
yang menawarkan 

HADIAH BAGI PEMENANG

Pertama RM300
Kedua RM200
Ketiga RM150
Empat dan Lima RM80

Dan sponsor untuk kontes berkenaan tidaklah menghilangkan diri
Tetapi cuba lari dari memberi hadiah
Hampir berpuluh kali saya menghantar PM ke facebook beliau
Namun PM hanya sekadar PM tak berbalas
PM pertama dibalas dengan masalah yang lain
PM kedua dibalas dengan masalah yang lain
Tunggu nanti dan nanti
Apakah yang cuba dibuktikan oleh mereka meraka ini
Bukan nak mengaibkan cuma mengapa tak bertanggungjawab

Bagaimana pula dengan pemenang ?


Pemenang saya telah emailkan dan telah selesai mendapat hadiah
Maaf jika saya tak mengembar gemburkan pemenang
Ini kerana saya mengeluarkan wang saya sendiri untuk memberi hadiah kepada pemenang
Maaf jika kontes dari saya memeningkan beberapa pihak

Mohon beribu ribu kemaafan mungkin khilaf saya
Janganlah pula buruk sangka terhadap saya
Tiada niat untuk mempermainkan peserta

Bagi sponsor yang sering menipu blogger 
Silala berhenti dari membuat perkara seperti ini
Tidaklah perlu saya list-kan nama nama mereka yang menipu
Mungkin nanti diruangan komen akan ada blogger yang list-kan .. hehehe

Apalah diharap follower yang ramai
Jika menipu saban hari
Apalah diharap blog didatangi ramai
Jika hati tak seiklhas rupa 


SAYA BENCI SPONSOR PENIPU 




.





Sunday, November 24, 2013

Subuh ini

.





Assalamualaikum ....

Subuh pagi ini bangkit
Sekonyong konyong kelopak mata dibuka
Selepas merehatkan diri di petak empuk belapitkan bantal
Subuh pagi ini seperti subuh subuh yang lain
Namun ada sesuatu yang mengusik hati
Ada sesuatu yang mengimbas kala dulu
Kala hatiku remuk dipukul badai kekecewaan

Setelah lama kubiarkan diri keseorangan tanpa sebarang pesanan buat ingatan
Tiada lagi karangan hati buat menghias kini
Melainkan berbatil rajuk yang melecunkan hati
Terkadang
Seperti ingin dikubur saja perasaan rajuk ini tidak bernisan
Kerna aku benci akan kenangan pahit yang jadi sisa ukiran kehidupan

Biar payah
Tapi cuba untuk berdiri semula
Moga moga ALLAH permudahkan jalan nya
Biar suatu masa kita semua tahu dan rasa
Yang bahagia itu jua turut bermula dari duka dan kecewa


Walau tidak mudah menelan duka
Namun percayalah ia pelajaran kehidupan
Jika hari ini aku mampu tersenyum kembali
Jika hari ini aku mengapai bahagia ku
Maka
Buat kalian
Ia perkara yang sama
Tidaklah selamanya kekecewaan itu sentiasa ada

Solat dan solatlah
Berdoa dan berdoalah
Bersabar dan bersabarlah
Berusaha dan berusahalah
Ganjaran pasti manis akhirnya
Dan yang pasti
Takdir itu akan jatuh elok pada tempatnya

Jika tidak jua hari ini
Esok masih ada
Jika tidak jua didunia
Syurga pasti ada




.