Saturday, November 26, 2011

Vote untuk Wan dalam pertandingan "Tak Nak Merokok"

.

Assalamualaikum...

Salam awal Muharam korang semua..Semoga tahun baru nie azam kita semua dapat dicapai..Kelmarin Wan ada kongsi mengenai pertandingan Photography "Tak Nak merokok"..Wan dah join..Korang dah belum??kalau belum..korang leh lah tengok entri Wan kat sini..


Pertandingan Photography "Tak nak Merokok" lebih dari RM4000 untuk dimenangi



Hari nie Wan nak mintak jasa baik korang untuk Vote gambar Wan..mungkin agak payah sikit nak vote..Bagi sesapa rasa gambar Wan layak untuk divote korang boleh Vote..Kalau rasa tak layak..Wan tak paksa k..Seperti yang korang tengok gambar kat atas tu..Gambar tu lah yang Wan pertaruhkan..Dengan tema "Jika ini tabungan anda katakan "Tak Nak!"..Korang tengok pun mungkin faham konsep yang Wan cuba sampaikan..Sepuluh ringgit Malaysia tu memang hampir terbakar gara gara nak dapatkan hasil yang sempurna..Kat bawah nie ada Wan sediakan dibalik tabir pembikinan gambar tu..Satu gambar je lah..ehehhe..Nampak kan sepuluh ringgit tu dah hangus sikit kat hujung tu..




So dengan harapan korang sudi mengundi untuk Wan..Cara cara seperti dibawah..Korang log in facebook korang dan klik link kat bawah nie..

Tak Nak Merokok Facebook


Lepas tu korang LIKE page tersebut dan korang klik pada bahagian Pertandingan fotografi seperti gambar dibawah..



Lepas tu korang akan dapat page yang macam kat bawah nie lak.Sebab korang perlu bersetuju dengan aplikasi yang disediakan .Korang klik lak pada button Log in.



Dan lepas tu korang klik lak pada button Allow..macam gambar kat bawah nie..



Selepas tu korang akan dapat page macam kat bawah nie lak..Korang klik lah pada View Entries



Dan nanti korang akan dapat lihat gambar gambar peserta kat dalam tu..Kalau gambar Wan tak nampak korang klik pada.Show Older Entries dan nanti korang akan jumpa gambar yang Wan pertaruhkan..Dan klik lah pada button Vote..




Vote gambar Wan Hazel taw..
hehehe




Dan selesai...Terima Kasih diucapkan kepada yang sudi mengundi untuk Wan...

Terima kasih sekali lagi..

Lain lain yang menarik

.



Pesanan buat New Blogger ..jangan guna Shoutmix terbaru

.



Assalamualaikum...


Kali nie nak luahkan sedikit permasalah dalam dunia Blog nie..Kebanyakan Blogger baru menggunakan applikasi Shoutmix ..Padahal Shoutmix nie adalah satu medium pengantaraan yang terbaik antara semua Blogger..namun pada hari ini Shoutmix semakin menjengkelkan ..Makin melebih lebih lebih lak..


So apa yang Wan nak sampaikan ialah..Harapkan korang semua Blogger blogger janganlah guna Shoutmix yang terbaru nie..Sebab bukan semua nak membazir masa log in dan entah apa yang diperlukan untuk tinggalkan jejak kat dalam shoutmix tu..Dan ruang untuk tinggalkan URL blog pun tak de..So macam mana nak berkomunikasi dua hala dengan Shoutmix tersebut..


Apa cara yang terbaik kalau tak guna Shoutmix terbaru nie..Cara nya korang boleh guna Cbox walaupun Cbox nie agak menyusahkan...Tapi Cbox adalah yang terbaik dari Shoutmix yang terbaru nie..jangan merungut daripada takde baik guna Cbox kan..Ataupun Shoutbox macam yang Wan guna sekarang nie..Ataupun Shoutbox jenis lain.Klik link kat bawah nie untuk kenali apa itu iShoutbox


Pengenalan iShoutBox Penghubung terbaru dunia Blogger


Wan pun ada cari Tutorial cara tukar Shoutmix baru ke shoutmix lama..Cari Tutorial change new Shoutmix to classic shoutmix..Semua Wan cari tapi hasilnya hampeh..memang tak leh..sebab Kalau nak register kat Shoutmix lama/classic shoutmix acc tu dah kene tutup..Korang try jugak lah.Wan macam macam cara je try..Mungkin tak brapa pandai kot..Mula mula Wan daftar sebagai pemegang acc Shoutmix yang baru dan ambik ID shout acc baru tu untuk log in acc Shoutmix yang lama namun akher nya tak dapat jugak..Wan dah try semua..Pape pun korang yang guna Shoutmix baru nie better tukar je k..Tak kisah lah guna Shoutbox apa pun..janji shout tu tak melecehkan dan ada tempat nak tinggalkan link pengunjung...


So selamat menukar shoutbox korang..


hanya sekadar pesanan hikmat blogger je..

Owh ye sebelum tu leh tak korang Tolong Vote untuk Wan..Sampai 10/12/2011 je..Lepas tu tak yah Vote lagi..

Car cara nak Vote leh tengok nie..

Vote untuk Wan dalam pertandingan "Tak Nak Merokok".




Lain lain yang menarik

.



Friday, November 25, 2011

Pertandingan Photography "Tak nak Merokok" lebih dari RM4000 untuk dimenangi

.


Assalamualikum...

Buat warga photography dan blogger blogger sekalian..Kali nie Wan nak ajak korang join kontes nie..Tawaran hadiah yang menarik sangat..Kontes nie anjuran dari pihak Kementerian Kesihatan..So korang yang ada kamera or DSLR tu..tunggu apa lagi cepat lah cari idea dan snap...Wan skang dah start fikir nak snap gambar macam mana..




TERMA DAN SYARAT
  1. Pertandingan ini di buka kepada semua warga Malaysia
  2. Pertandingan ini di buka dari tarikh 22 November 2011 sehingga 10 Desember 2011
  3. Setiap gambar haruslah menyampaikan mesej Tak Nak Merokok tanpa melibatkan sebarang rokok mahupun kotak rokok.
  4. Gambar yang hendak dipertandingkan mestilah tidak menyalahi tatasusila dan sensitiviti masyarakat Malaysia
  5. Setiap penyertaan akan dinilai bedasarkan 50% undian dan 50% dari pihak Kementerian Kesihatan
  6. Pihak kementerian tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau tuntutan untuk menyertai pertandingan ini
  7. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan di layan
  8. Pihak kementerian mempunyai hak, mengikut budi bicara dan peserta bersetuju bahawa pihak kementerian boleh menggunakan semua nama, foto, dan maklumat penyertaan peserta/dan pemegang tanpa perlu mendapatkan apa-apa persetujuan atau tanpa apa-apa bayaran kepada peserta atau untuk tujuan publisiti, pengiklanan dagangan atau promosi dalam apa-apa media.
  9. Pihak Kementerian adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang telah dihantar oleh pihak peserta dan tidak boleh dipertanggujawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecatatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi kegagalan litar komunikasi, kemusnahan, virus dan sebagainya.
Semua foto, maklumat peribadi dan nama yang dihantar dalam Pertandingan ini, cap perkhidmatan, nama dagangan dan cap dagangan adalah harta kepunyaan Kementerian Kesihatan.



Kalau korang dah tak sabar nak Join..Klik je link kat bawah nie...



.
Lain lain yang menarik

.



Thursday, November 24, 2011

Tutorial Photography : ambil gambar Light Painting / Light Graffiti / Lukisan malam

.

Sony Alpha A350
ISO 100|F/4.0|30"


Assalamualikum...

Hai korang...Sihat tak??...Kali nie Wan nak kongsikan macam mana nak ambik gambar atau buat gambar yang macam kat atas tu..Yang tu jenis yang simple je taw..Kalau korang nak sangat belajar cara buat nie..Wan harapkan korang akan belajar tanpa jemu..sebab bende nie bukan senang nak buat dan bukan susah jugak nak buat..Kalau dah faham konsep dan apa yang perlu dibuat korang akan jadi pro menembak seni light painting nie.




Jadi apa yang korang perlukan ialah Kamera korang yang boleh adjust Shutter speed ataupun DSLR.Kamera yang boleh adjust Shutter Speed nie penting sebab masa kita nak buat pergerakan lampu atau cahaya kita nanti , kita perlukan beberapa saat untuk siapkan tulisan atau corak kita tu.Lampu kecil..Kalau ada yang warna warni pun ok..Lagi cantek corak korang nanti...Kalau korang hebat..Korang boleh buat reka lampu korang sendri..Macam yang Wan wat..Wan guna lampu break kereta dan ubah suai sikit untuk keselesaan..macam gambar kat taas tu..Lepas tu Tripod..kalau tak de tripod korang boleh lah letakkan kamera korang kat atas mana mana tempat..asalkan benda tu tak bergoyang.Kerusi meja atas lantai..Asalkan apa yang korang nak tulis atau lukis tu nanti boleh disnap oleh kamera korang..Jangan lak letak kamera tempat lain korang lukis dan tulis lak tempat lain..Kompem kompem lah tak masuk..ehhehe.


-Tutorial Photography : Shutter Speed
-Tutorial Photography : Kenali Tripod_kepentingan dan jenis


Ok kalau dah ada semua tu..Kita mulakan macam mana lak nak setting kamera korang untuk hasilkan Light Painting nie..Mula mula pastikan kamera korang dalam Mode Manula (M) dan Apperture korang di letakan pada apperture F/5.0 kebawah ..Shutter Spped korang lak letak pada kadar 30" ataupun BULB...kalau ada teman untuk tekan shutter korang , korang boleh lah guna BULB.BULB nie selagi korang tak lepas shutter korang selagi tu lah blade dalam Lens korang terbuka..Kalau dah lepas shutter so gambar korang akan di snap..Kalau korang sorang je Korang guna lah 30" . ISO korang letak 100.


-Tutorial photography : apa itu "Aperture"
-Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity


Selesai setting untuk Kamera korang..Skang korang cari lah kawasan yang gelap atau pun yang tak terang sangat..Pasang tripod korang atau letakkan kamera korang dekat tempat yang korang rasa ok.Dan pastikan korang fokuskan lens korang pada cahaya lampu korang dulu taw..Kalau dah fokus baru senang nak snap dan lighting korang tak kan blur.LEpas LEns korang dah Fokus korang tukar lak mode auto fokus kamera korang ke Manual fokus...Supaya kamera korang tak kompius nak fokus time gelap k.Lepas tu korang guna timing shutter letak 2 second pun ok..Bila kamera dah mula open blade dalam lens (ada bunyi taw) tu korang start lah menulis atau melukis dengan lampu korang tadi..Pastikan korang tak terkeluar dari frame lens korang , nanti sia sia lah apa yang korang tulis atau lukis tu..Korang tulis pun secara terbalik taw..anggap diri korang tu cermin..Bila korang dah dengar sekali lagi blade dalam lens korang tertutup so kamera korang akan proses tulisan atau lukisan yang korang buat tadi..nanti kan hasil nya..Praktis dan praktis untuk dapat hasil yang menggagumkan..



Bila korang dah pro setting Exposure korang ..Korang boleh lah bermain di tempat yang tak berapa gelap lak..macam gambar yang Wan wat kat atas tu..Try dan error k..Mula mula memang lah gambar korang akan nampak bayang bayang badan korang..nanti bila dah pro korang akan tahu macam mana nak dapatkan Light Painting yang melazatkan..ehehe

So tunggu apa lagi..Try lah ...ehhehe


Selamat mencuba..

Lain lain yang menarik

.





Blog diremove gara gara "Link" dalam kotak komen



Assalamualaikum...

Hai korang...Kali nie Wan nak kasi taw perkara yang sering kali korang buat dan kekadang perkara yang korang buat tu korang tak tahu apa risiko nya terhadap blog orang lain.Perkara nie sering sangat blogger blogger buat tak kira lah otai blogger ke newbie ke.Semua buat sebab kekadang mereka terlepas info atau perkara yang penting macam nie..Oleh kerana nak sangat traffic ke blog tu mereka sanggup bazirkan masa nak link kan sesuatu ke dalam kotak komen blogger lain..Bazirkan masa ke??hehehe


Bagi Wan..Kalau Blogger yang tinggalkan komen dengan LINK nie Wan secara auto akan delete komen tersebut..Sapa nak Blog diremove ???Wan tak nak..Korang nak??Mesti tak nak kan..



Ada tak yang tertanya tanya sekarang kenapa benda nie boleh menyebabkan blog di remove??


Ok benda nie sebenarnya korang dah tahu..Google kadang kadang ada masa jugak dia hilang ingatan taw..Sebab Link dalam ruang kotak komen korang mungkin dianggap sebagai SPAM..bila terlalu banyak Komen beserta LINK nie , maka terlalu banyaklah SPAM didalam blog seseorang tu..Bila terlalu banyak SPAM..maka tanpa segan dan silu Google atau pihak Blogspot akan me-remove blog tersebut...Dan hilanglah blog korang atau blog yang korang selalu tinggalkan LINK dalam kotak komen tu..


Sebab tu lah Wan pastikan Blog Wan komen di approve oleh Wan sendiri sebelum di publish untuk tontonan umum..Selain menapis kata kata jahat dari "Anon" .. Menapis komen Ber LINK nie pun dapat dilaksanakan..


Copy paste benda yang sama berulang kali bukan dianggap SPAM (nie info yang salah).


-Wat Comment moderation


Apa apa pun kalau Blog yang ber domain sendiri Blogspot tak kacau k..ehhehe..Tapi elakkan jugaklah approve komen ber LINK nie..Kalau setakat letak link macam nie tak kisah lah..

http://wanhazel.blogspot.com/


Sebab link kat atas tu tak boleh di klik dan terus direct ke website tu..Fahami apa tu SPAM k..SPAM bermaksud meletakkan link bukan dalam bentuk Text tapi dalam bentuk direct link (URL link)..Seperti contoh dibawah..Korang boleh klik..

Klik KLik


Informasi dari Google;
Please note that blogs are removed not only for hosting spam, but for potential TOS violations such as Copyright Infringement, linking to websites which provide illegal downloads, little to no unique content, scraped content / auto blogging, large blogs with multiple, unfocused / unrelated subjects, content and links referencing Affiliate / GPT / PTC / PTS activity, etc.



Lain lain yang menarik

.



Peminat K-POP ..2PM konsert Stadium Negara Jumaat ini

.


They sizzle.
They electrify.
They make girls go weak in the knees.
They are...2PM!
Rock with them this Friday at Stadium Negara,
8:30pm! K-Pop fans, don't miss this chance!

Assalamualikum...

Buat peminat peminat 2PM nie lah peluang korang nak tengok konsert 2PM kat Stadium Negara jam 8.30 malam,Bagi yang tak minat..Duk diam je lah k..tengok TV kat rumah..ehehhe..Wan tak minat cuma nak kongsi je nie..


Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi leh tengok poster or detail detail 2PM kat link bawah nie..Tengok dan tengok banyak jugak yang best dekat link bawahnie..Bukan sekadar 2PM je..lain lain pun ada..ehhehe...Jom terjah

Rock with 2PM this Friday!



Lain lain yang menarik

.



Wednesday, November 23, 2011

It was good time, we spent our days together

.
It was good time, we spent our days together
Sony Alpha A350|ISO 100|f/5.0|1/1000


Assalamulaikum...

Lama dah kan Wan tak update entri macma nie..Dua tiga menjak nie asyik dengan Tutorial je..Sampaikan tak de peluang nak update cerita seharian..Sibuk dengan tempahan pun makin berlambak higgakan terpaksa ditangguh tangguh...Kadang kadang perlu ajar adik sebab sedang menjalani SPM dan STPM.


Korang yang tengah baca entri Wan nie sihat tak??Diharap korang semua sihat.Jangan lak lepas baca nie korang semua terus deman.hahaha..Cuaca sekarang nie pun kadang kadang tak menentu..Kalau hujan tu hujan sesangat..kalau panas tu panas sesangat sampaikan nak buat kerja pun rasa tak tenteram..Kena pasang kipas full speed..Sampai semua katil katil dan selimut malahan bantal pun terbang menerbang..


Bila bercerita tentang kehidupan nie..Mesti ramai yang mengeluh..Bohonglah Wan kalau Wan kata Wan nie tak pernah mengeluh..Kekadang tersembul jugak perkataan yang tak sepatutnya. Kekadang hilang rasa bersyukur. Itulah yang dinamakan khilaf manusia...


K lah korang..Papai..

Semoga hari hari kita menjadi indah..


Lain lain yang menarik

.




Tutorial Bola bergerak (Teknik Motion Tween)_Adobe Flash



--------------------100% disalin dari AkuDD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Langkah-langkahnya...


BOLA BERGERAK (TEKNIK MOTION TWEEN)


1) Double-click ikon Adobe Flash CS3. Kemudian, klik File > New > General > Flash File (ActionScript 2.0) > OK. Korang akan lihat paparan tetingkap seperti berikut:-

PAPARAN TETINGKAP ADOBE FLASH CS3


2) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. DD tak nak ade yang meraung kalau tiba-tiba elektrik takde. So, wajib save hasil kerja korang terlebih dahulu.

3) Pilih warna bola yang korang suka dengan mengklik butang Fill Color. DD pilih warna biru gelap...(^_^)

KLIK BUTANG 'FILL COLOR'


4) Klik anak panah kecil pada butang Rectangle Tool. Kemudian, pilih Oval Tool untuk melukis bentuk bulat.

PILIH 'OVAL TOOL'


5) Klik Frame 1 pada Layer 1. Sekarang boleh mula melukis bola kat atas 'kertas lukisan'. Klik...tarik (jangan lepas butang mouse)...lepaskan butang mouse. Dah siap sebiji bola.

LUKIS SEBIJI BOLA


6) Klik Frame 40 pada Layer 1. Kemudian, tekan F6 kat keyboard korang untuk menambah keyframe.

TAMBAH KEYFRAME


7) Klik Frame 40 pada Layer 1 lagi. Kemudian, klik bola yang telah dihasilkan tadi...drag (jangan lepas butang mouse)...bawa bola tu ke penjuru lain 'kertas lukisan'...lepaskan butang mouse. Pastikan kedudukan bola yang baru ni, berbeza berbanding kedudukan asal seperti berikut:

KEDUDUKAN BARU BAGI BOLA


8) Right-click mana-mana frame di antara Frame 1-39 pada Layer 1. Kemudian, pilih Create Motion Tween.

CREATE MOTION TWEEN


9) Layer 1 akan kelihatan seperti berikut:

HASIL TERAKHIR PADA LAYER 1


10) Tekan Ctrl+S kat keyboard korang untuk Save. Kemudian, tekan Ctrl+Enter kat keyboard korang untuk melihat hasilnya.


OK...tamat tutorial kali ni. Harap korang faham baca tutorial panjang berjela ni. Honestly, DD rasa...Adobe Flash CS3 lebih mudah dipelajari melalui paparan video. Agak sukar untuk explain setiap langkah dengan menggunakan ayat. Kalau korang faham langkah-langkah ni...syukur alhamdulillah...\(^_^)/





Ni pulak rupa bentuk muka bumi kesemua layer dan frame yang DD gunakan untuk menghasilkan flash header kat atas ni. Jumlah Layer = 10 dan Jumlah Frame = 105!








Download Adobe Flash CS3 Portable (free full version)

.
A
ssalamualaikum...

R
amai yang dah cari perisian nie kan..Ada pun yang korang jumpa mesti yang trial...Dan kali nie ramai sangat yang nak cuba buat Flash header untuk blog dan banner dan banyak lagi lah..Masalahnya , tak de Perisian adobe flash nie..Tapi kali nie jangan risau..Wan sediakn Adobe Flash Portable untuk korang..jangan risau dengan Trial Version dan jangan risau nak install macam mana..Korang cuma perlu Download dan guna.

So kalau nak Jom Download.Klik Link kat bawah nie..


Download Adobe Flash CS3 Portable


Bila korang dah Klik Link tu..Korang akan terus ke page 4shared..Macam kat bawah nie..Dan korang klik lah button Muat turun macam kat anak panah kat dalam gambar kat bawah nie..





Dan bila korang dah klik korang akan lihat page tu berubah jadi macam kat gambar bawah nie lak.So korang klik lah macam kat anak panah dalam gambar kat bawah nie k..



Bila dah klik korang akan tunggu beberapa saat..Sabar lah menunggu..Jangan merungut lak menunggu..Bila dah selesai beberapa saat tu..Korang klik lak Muat turun sekarang..


Dan nanti akan muncullah pop up macam kat dalam gambar kat atas tu and klik lah OK.Bila dah selesai Download..Korang extract lah file korang tu k..Korang tengok kat youtube "how to extract File"..Kalau laptop korang dah ada winrar dan boleh extract tu..Korang klik kanan dan klik extract here..



Lepas dah extract tu..Korang double klik kat selepas di extract tu..Dan korang kene tunggu beberapa saat taw..Perisiaan nie tak terus terbuka tapi ambil beberapa saat untuk open..Double klik sekali je..Kalau dalam satu minit masih tak terbuka tu kroang double klik lagi..hehehe




Selamat mendownload..


Papai.



-malwareByte_Penting untuk yang suka online
-Donwload Xara 3D 6 portable (free full version)
-SAI paint Full Vesion/Portable free download
-Download Adobe illustrator CS5 Portable (free full version)
-Download Adobe Photoshop CS5 Portable (free full version)
-Download Adobe Photoshop CS3 Portable (free full version)
-Download Adobe Photoshop CS (free full version)
-Download Adobe Photoshop Lightroom v3.0 Portable (free full version)
-Download Game_Angry Bird portable





Kemungkinan pautan untuk memuat turun applikasi ini di 4shared tergendala atau telah disekat.. Sebagai langkah kedua disini ada pautan untuk applikasi di pautan yang lain.  download link dibawah
(maaf atas ralat yang terjadi)

 Flash CS6

Download


.



Tuesday, November 22, 2011

Tutorial Photography : Cara ambek gambar Sunset

.


Assalamualaikum...


Kali nie Wan nak ajar lak camne nak tembak Sunset ataupun hari senja..Sebenarnya tak de kaedah yang betul atau tepat untuk ambik gambar sunset nie..Kalau korang guna Mode sunset tu boleh lah jugak tapi hasil tak kan menarik dan tak kan seperti yang korang harapkan..bagi Wan lak apa yang perlu ialah Tripod.Korang dah tahu kan apa tu Tripod..

Tutorial Photography : Kenali Tripod_kepentingan dan jenis


Kalau ada Tripod hasil dan tugas korang akan lebih mudah..Kedua lak guna lah Mode Manual seperti Tutorial tutorial sebelum nie..Kalau ada DSLR guna lah Mode manual sepenuhnya untuk hasil yang terbaik.Dan tetapkan ISO kamera korang pada 100..Untuk hasil yang menarik dan tiada Noise.Selepas tu korang tengok keadaan persekitaran korang..Adakah cahaya masih terang atau telah beransur gelap..


P
asang tripod dan setkan kamera korang mengadap matahari..Tengok dekat kamera korang dengan live view.Adjust korang punya shutter speed dari 1/100 - 1/800 .Bergantung dengan keadaan cahaya pada waktu korang nak tembak sunset tu...Apperture lak F18-f30 pun bergantung dengan keadaan cahaya korang...Apa yang penting korang guna teknik cuba jaya sampailah korang tengok kat live view kamera korang tu ok dan menarik..Lepas tu korang klik lah snap..


Dan lihat lah hasilnya..Kalau masih tak memuaskan ..Korang try lagi dengan exposure yang berlainan..Sebelum nie pun kita dah belajar apa tu Exposure = shutter speed + Apperture + ISO..

Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity
Tutorial Photography : Shutter Speed
Tutorial photography : apa itu "Aperture"


B
ila korang kenal semua mengenai Exposure nie maka nya korang akan lebih tau exposure yang sesuai untuk menembak sunset.

Sebenarnya tiada Exposure yang begitu tepat untuk dapatkan sunset yang menarik..Sebab semuanya bergantung dengan keadaan cahaya dan persekitaran masa korang nak tembak sunset tu..Cuba dan jaya sahaja cara untuk dapatkan sunset yang terbaik..Tapi korang perlu cepat sebab sunset tak tunggu korang..Kalau lambat bulan lah yang timbul..ehehhe


So selamat mencuba..

Menarik untuk dikongsi

.