Dengar dengar di keheningan pagi ini, azan subuh mendayu dayu memecah suasana pagi. Sungguh menyentuh perasaan,terasa begitu berbeza dengan sahutan azan ditingkat waktu yang lain. Sejuk benar keadaan pagi ini. Sesekali terkenang dizaman menengah rendah, waktu ini pastinya sudah bersiap untuk ke sekolah dengan menaiki bas. Ketika itu berjalan kakilah untuk ke perhentian bas. Rindu nya zaman itu. Pabila perjalanan dipayungi bintang bintang biru...
Dedaun tingkap dibuka, terasa pipi ini disentuh lembut oleh udara embun subuh. Saat itu mata terpejam,sambil menekup muka dengan kedua telapak tangan. Berjalan jalan jauh dalam angan angan,bermain main disana,ah,indah nya disitu. Saya pengarah saya jualah yang melakonkan wataknya. Apa yang saya mahu semua saya mampu miliki, namun itu hanya angan. Saya tahu saya hanya mampu berangan...
Tepat jam 7.15am. Saya memandu untuk ke kolej. Sedikit sahaja sarapan dijamah bagi mengalas perut. Biasa nya,memang sebegitulah. Tidak biasa untuk bersarapan. Kalau bersarapan alamatnya jambanlah menanti. Setiba sahaja dikolej, terasa asing sekali. Seperti selepas ini tidak akan menjejakkan kaki dikolej ini lagi. Aneh nya,sejauh itu perasaan ini. Kaki mula melangkah,sambil mengatur topi yang saya gunakan sedikit ke kanan dan sedikit menyerong. Hip hop?entahlah.hehehe
Selesai sudah kelas,agaknya jam 12 tengahari. Apa tidaknya perut sudah mula menjerit jerit. Lapar agaknya.hehehe. Kali ini saya tidak pulang seperti biasa. Saya dan rakan rakan terus ke kantin, kaki melangkah sambil memicit micit dahi, seperti sedang memikirkan sesuatu. Namun itu hanya tindakan tanpa tujuan.
Hari ini,sahaja Mahu menghabiskan masa dikolej. Masa ini saya meng'update' entry di kantin. Ada cerita untuk ditinggalkan. Agak nya inilah yang terakhir untuk minggu ini. Atau mungkin untuk bulan ini. Tidak tidak, mungkin untuk sepanjang bulan sebelum saya final exam.hm,entahlah kurang pasti. Dirumah ada masalah internet, kerna itulah saya meng'update' entry saya kali ini di kolej. Menghabiskan masa yang ada dengan berblogging. Owh ya. Assgnment hubungan etnik saja yang masih tergantung,yang lain semua sudah beres. Lapang ruang dada. Dapatlah bernafas dengan lega.hehehe.
Selasa,itu esok,esoklah selasa. Seperti entry yang sebelum ini, saya sudah pahatkan yang saya akan mengikuti program B.T.N selama 4 hari. Esok,rabu,khamis dan jumaat. Tiba sudah masanya saya meninggalkan teratak ini. Tinggallah ruangan ini untuk dirindui. Pasti sunyi selepas ini,maaf andai ada komen komen dan msg yang ditinggalkan di cbox saya tidak berbalas...Insya_Allah jika ada masa saya akan membalas. Jika ada yang sudah berbalas, itu memang tuah kamu.hehehe. Doakan keselamatan saya, selamat pergi dan selamat datang. (ENTAH JADI KE TAK PROGRAM NIE)
owh owh.. jadi lah program ...tapi pergi santubang...hm..seronok tak seronok ...tengoklah nanti...berangkat jam 9.00am
Mala,Ayu and Ezzah
THANKZ YA...TAHU TAHU SENDIRI,,,
and
welcome to da club..hehehhee..
(lucu kitak orang eh,,len kali kita lepak gik k)
P/S:Ezzzah boh lah ktk jadi pendiam...xbez alu jak..hehhee...ktk jgn terlalu sosial glak jak...so..take care k..peace.boh nangis slalu glak hahahha..THANKZ YA...TAHU TAHU SENDIRI,,,
and
welcome to da club..hehehhee..
(lucu kitak orang eh,,len kali kita lepak gik k)
Rasanya setakat ini sajalah bual bicara kita.jika ada umur yang panjang,pasti kita berjumpa lagi diwarkah yang lain. Itu pun andai tiada aral melintang.
Hazel hari ini