Wednesday, March 3, 2010

Jam 2.35 pm,aku berbicara dengan sahabatku,lebih senior dariku... Aku hanya terdiam,membiarkan petah nya dia berkata. Sesalan,peringatan, apa yang harus dan apa yang tidak harus. Aku membenarkan segala antonasi antonasi masuk terus ke telingaku.

Ada kaitan dengan cara ku dibalik kata nya. Dari awal semester hinggalah ke saat ini. Terima kasih Mildred a.k.a Mudin kerna memberiku buah fikiran untuk berbicara lagi diteratak usang ku ini.

Disini aku melunjurkan kakiku setelah kepenatan menyerang akibat lama nya aku bersimpuh. Sebelum ini aku sudah berbicara tentang sahabat,tentang kenangan dan kini izinkanlah aku berbicara pula tentang kehidupan seorang pelajar di Intitusi Pengajian Tinggi. (benar atau tidak terpulang pada diri yang mengertikannya)

K
ulemparkan jauh sudut pandang ku, bermula diawal semesta, aku bergelar budak junior masih mentah lagi dalam alam pengajian tinggi. Kesana sini aku keseorangan,biasalah budak junior kata kan. Hm...lebih baik aku diamkan cerita tentang aku sebagai junior.

kembali ceritakan tentang kisah dari kaca mataku. Kini aku di semestes 3. Memerhati sekalian junior junior ku. Apa yang akan kulakarkan itulah dari sudut pandangku, tiada niat jahat hanya ingin berkongsi kisah.

Junior semesta pertama, minggu pertama, melilau lilau mata memerhati persekitaran, ada rasa takut pada tingkah laku nya,pakaian biasa biasa sahaja, minggu kedua pula,sudah ramai sahabat,suara gelak tawa pula sudah mengalahkan pensyarah, namun disebalik itu masih ada jua yang terdiam. Ada juga yang mengalami kejutan budaya...

Semester kedua pula,yep,kejutan budaya, fesyen mula berubah,"ekot trend katakan". Melayari laman sesawang facebook,friendster,tagged membuatkan mereka ketagih. Siang dan malam berjaga hingga mengabaikan pelajaran.

Aku tidak mengata dan menghina,aku masih bercerminkan diri.

Cukuplah rasanya aku melakar setakat ini. Yang selebihnya aku serahkan kepada kalian untuk merenung. Ingatlah sahabat belajarlah selagi termampu.


Noktah



Monday, March 1, 2010

diwajah yang Usu ku


Sayu ketika itu, wajah pilu seorang wanita kuratap. Sukar untuk kuselami, mungkin aku masih kebudak budakan jika dibandingkan dengan nya yang sudah berkeluarga mempunyai dua orang cahaya mata. Siapalah aku lelaki yang jauh sekali tidak sama dengan sifat nya. Aku tidak secengeng dia. Mungkin tidak setabah dia. Kugelarkan dia dengan panggilan usu. Adik paling bongsu dikalangan adik beradik ibu ku.

Cahaya mentari yang tadi nya terik kini ditutup awan hitam, mendung dikemudiankan pula renyai, seakan akan faham hiba yang tertanggung oleh usu ku. Mataku melilau lilau memerhati sekeliling, disebelahku hutan tebal yang dulu nya dusun. Dihadapan ku pula usu ku yang berpura pura tersenyum tertawa bersama ku. Aku hampir memuntahkan kemarahanku lava yang agak panas dari dalam sifatku,syukurlah lava itu mampuku bekukan dengan Istifar ku.

Saja ku ukir wajah reaksi ku, marah agak nya. Aku biarkan keadaan mengusaiku sesekali, "apakah janji andai tidak tertunai...."kasihan usu ku bagai meratap simpati terhadap hak nya.

Rumahku syurgaku...indah bukan...namun bagi usu ku itu hanya mainan kata.. Rumah yang selama ini sudah dibayar kepada si penjual masih lagi disewa kepada penyewa...wang sudah dibayar,tempoh sudah diberi... Apalagi...


Jangan bertopengkan janji andai tak kesampaian,cukuplah dengan lafaz Insya Allah.


Sejenak aku berfikir. Biar benar,mengapa pula usu ku yang pula menjadi seakan penumpang yang merayu diberi tempat tinggal. Disini aku berbicara tentang hak. Tentang janji, tentang tempoh jangka masa yang sudah diberi. Mana letaknya sipemikir.?



Sejauh mana pun ukiran senyuman kita ditempat lain,takkan sama seindahnya dirumah sendiri...



Noktah




Sunday, February 28, 2010

sahabat persekolahan

Segar lagi diingatan tika itu. Bahasa angin yang berbisik menjadi melodi halwa telinga. Aku duduk dengan segelas air yang menampakkan wap yang terkondensasi. Panas teramat ketika itu, syukurlah sekali sekala bayu menyentuh lembut tubuh ini.

Siang berganti malam irama nyanyian cengkerik membuatkan aku terus menghayati suasana malam itu. Indah, hingga sukar untuk ku catit dengan sebatang pena,sukar jua untuk kulukiskan diatas helaian putih. Kini yang ada hanya tinggal kenangan.

Siang pasti berganti malam.Pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Perlukah perpisahan itu tercipta. Menyelak kembali diari fikiran lama ku, 2007 pengakhir pencarian ilmu ku dengan pakaian seragam sekolah. Riang tawa teman, suka duka dikongsi bersama. Zaman sekolah sukar ditukar ganti, tiada tolok tanding nya.

Kini teman masing masing membawa hala sendiri, ada di timur,ada di utara, dibarat jua selatan, apa khabar agaknya kalian semua. . . Harap akan ada nya pertemuan semula kita.





Zaman persekolah bersama kalian sukar ku cari ganti..
Terdetik dihati merindui kalian






Merindui sahabat lama, terkenang akan hari semalam, disana kita bermain namun kini tempat bermain ku diteratak usang ku ini, tanpa teman bersuara hanya nurkilan yang bisu jadi pengubat dikala sepi.




Noktah
Didraftkan:12.30AM