Tuesday, January 8, 2013

Freebies kalender 2013 kawaii

.


Assalamualaikum...

Hari nie Wan nak bagi kat semua yang nak ... Kalender 2013 nie... Korang boleh je ambik klik pada gambar tu dan lepas tu klik kanan dan Save image ..OK... Senang je.. dah save korang leh lah edit dan tulis apa apa je yang korang nak kat dalam tu.. atau pun korang boleh print out dan kongsi kongsi kan kat kawan kawan korang.. Disetiap bawah kalender bulanan tu Wan masukan beberapa hadis Al Quran.. jadi kita leh lah sama sama beringat..Insya ALLAH.











OK... Terima kasih semua.. Kongsi kongsi dengan rakan rakan FB yang lain k.. Boleh klik Like untuk entri ini dan bagi sesapa nak Follow Blog Wan dipersilakan jugak...Terima kasih..





.



Sunday, January 6, 2013

Pertemuan itu...

.



Assalamualaikum...

2012 berlalu dan tak kan kembali , kini 2013 berpangkalan dalam masa  .Aku dan usia ku semakin hari semakin meningkat dewasa.. 25 tahun . Angka yang meningkat saban tahun.. Aku mahu kamu tahu betapa rasa dan getaran yang sangat hebat menziarahiku tatkala mataku singgah pada pasangan pasangan halal seusiaku(Sahabat sahabat ku). Apalagi bila melihat anak anak kecil bermanja dengan ibu ayah mereka. Namun aku juga percaya bukan sengaja Allah melambatkan pertemuan indah kita, namun Dia kan yang  menciptakan kita lalu kita tercipta dengan apa adanya kita hari ini. Biarlah aku terluka asalkan aku tak membelakangi Dia dalam mengatur perjalanan kehidupanku. Kamu juga punya rasa yang sama kan bakal SURI ku? Aku percaya itu. :)





Ku mulakan tarian notaku ini dengan nama Allah Yang Maha Berkehendak. Agar segala yang ku lafaz dan coretkan bukan berlandaskan nafsu yang bertindak menceroboh. Tapi atas dasar agama dan benteng iman yang jadi kekuatan insya Allah. Langkah telah ku ambil dan tiada lagi ruang untukku berpatah jalan. Maka doakan agar aku mampu untuk terus tetapkan langkah atas jalan yang telah ku pilih. Mudah mudahan Allah akan pinjamkan istiqamah sebagai bekalan sepanjang perjalanan. Benar aku tak sebaik yang diimpi, tapi aku sedang berusaha menjadi dan mencari cinta Dia untuk diletakkan di tempat tertinggi dalam kerajaan hati.Yang bakal menjadi Imam untuk mu. Insya Allah.





Dan aku percaya dengan yakin kerana Cinta kita pada NYA lah kita dipertemukan.. Bakal SURI ku yang dicintai Allah.  >.<   Perjalanan yang bakal kita teroka ini bukanlah satu perjalanan yang mudah seindah angan angan yang bermain di fikiran atau juga seperti lakaran pelangi yang kita lakarkan di layar putih. Perjalanan yang bakal kita tempuh dan lalui ini sangat mendambakan pengorbanan dan keikhlasan yang tinggi  dari hati hati kita. Dan perjalanan yang bakal kita lalui ini juga bukan hanya ditaburi haruman mawar mawar indah yang kan jadi teman tetapi juga dengan duri duri yang bakal melukakan.  Hidup ini akan selalu buat kita bertemu dengan banyak hal yang tak pernah kita duga. Tapi percayalah dan yakinkan hatimu sendiri. Walau sehebat mana juga ujian yang kan datang menduga imanmu nanti, kekuatan dalam dirimu ada untuk terus teguh berdiri menghadapinya insya Allah. Bukankah janji Dia, tak diuji insan di luar batas iman? :)


Sering ku dengar kata,

" Ku cintai kamu kerana agama yang ada padamu. Jika hilangnya agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cintaku yang ada padamu".

Sungguh betapa bimbangnya hatiku bila agama dan taqwa yang jadi nilaian di mata Dia hilang dari daerah hatiku kerana bukan sekadar kehilangan kamu yang aku fikirkan. Tetapi yang ku takuti adalah masihkah akan ada lagi tangan Dia menghulur bantuan padaku setelah cinta-Nya aku khianati? :') Dengan hanya secebis taqwa dan iman sebagai bekalan, adakah aku kan dapat pertahankan cinta? Maka kerana itu bakal SURI ku, yang ku harapkan darimu adalah kamu kan terus setia di sisiku kelak, menggenggam erat tanganku sambil membawaku menuju cinta Dia. Kerna ku sentiasa tahu tempat seorang isteri itu di sisi suami nya..



Dan jika satu saat nanti insan yang memiliki separuh jiwaku ini menangis kerana mendambakan cinta-Mu. Ambillah dia dan dakaplah dia erat dalam pelukan-Mu agar dia sentiasa berasa amannya dalam lindungan dan jagaan-Mu. :')


Ku coretkan di wadah madrasah ini agar aku sentiasa mengingati MU ya ALLAH..

7september2012


.