Friday, May 8, 2009

Jumaat ...kau datang lagi

Salam...

Hari jumaat sudah,penghulu segala hari. Semakin hari semakin cepat masa berlalu, namun apa adanya. Ada kisah untuk dijadikan pengajaran kerna saya tahu pengalaman banyak mengajar erti kehidupan. Entah dari sudut mana dan sekarang saya mula merasai hikmah atas kejadian yang lalu. . . Kisah yang lampau...



Akhirnya disini,
Ada kasih,
Ada rasa cinta,
Ada yang bercinta,
Dan ada yang mencintai,
Rasa bahagia bersilang kasih,
Rasa lara bertukar gembira,
Senyuman terukir dibibir malah terukir jelas dihati,
Itu buktinya,

Dulu,
Benar,
Dahan ini amat rapuh,
Entah sejak bila dahan ini semakin teguh,
Mampu menempuh liku liku kehidupan...
Mungkin kerna ada nya dia atau kamu...
Ya kamu,
Siapa lagi jika bukan kamu...

Semestinya hidup ini adalah
"SEMULA JADI"

Amat bermakna bagi yang mengetahui,
Ada yang tersurat pasti lebih lagi yang tersiratnya...




Hazel noktah...



Thursday, May 7, 2009

Hari ini dan selepas ini

Indah perkhabaran moga indah lagi rupa nya,


Salam


Bertemu kembali dalam ruangan ini,
Berkesempatan jua saya menjejakkan kaki di sini. Alhamdullillah kondisi saya disini baik baik aja. Gak usah khuatir ya ibuk ibuk bapak bapak.hehehe. Hari ini,cuaca agak panas,entah mungkin diri ini yang hanya merasa panas dibumi sarawak ini. Hampir mencurah curah peluh keringat,hampir mahu lebur hendaknya,huhuhu,melampau betul kepanasan,tipu aja itu dong,,mana mungkin panas sebegitu rupa jika hanya duduk di dalam air-cond...


Saya teruskan dirangkap ini,rangkap rangkap yang menceritakan tentang kehidupan. Esok hari terakhir saya belajar disamping pensyarah,minggu depan final exam mula mengetuk suasana kehidupan saya... Dengan harapan moga dipermudahkan menjawab. Doa kalian amat amat diharapkan. Owh ya,tidak sabar hendak nya menghabis bulan peperangan ini, apa tidak nya, habis sahaja bulan ini, maka saya akan cuti, but i think i gonna miss she... Tapi nak wat ape kan. 3bulan bercuti. Dalam masa 3bulan itu saya akan bekerja. Tengok lah nanti kan.


Hm,hendak mengadu sdikit disini. Saya amat2 tidak memahami subjek litar elektrik. Hampir gila hendaknya. Sesiapa yang sudi tolonglah beri kan panduan.help me,hampir lemas diri ini.tolong tolong.


Saya rasa Cukuplah setakat ini,entry yang tiada warna warni ini,malah susun atur ayat yang bergelimpangan ini. Nah sambut korang salam kasih salam rindu wat semua pembaca sekalian.







Hazel.
Titik noktah.
Papai.
Doakan kejayaan saya.



Monday, May 4, 2009

Aku dan aku jua

Jauh melangkah,
Melakar masa depan,
Hari hari yang dilalui menjadi warna warna dlm khidupan,
Ada terang ada gelapnya,


Salam wat semua pemblogger,maaf kerna jarang mengupdate blog,
Insya Allah after final exam saya akan meluangkan lebih masa lagi diteratak saya ini. Pentingkan yang lebih penting dari yang terpenting. Semoga bertemu lagi dalam ruangan waktu yang lain. Doaka kejayaan saya ya,semoga dipermudahkan menjawab exam