.
8. STRUKTUR DEBAT
8.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.
8.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan kerajaan (pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.
8.3 Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.
8.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
8.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut:
Ucapan Substantif:
Perdana Menteri / pencadang pertama 8 minit
Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit
Anggota Pertama Kerajaan / pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang /pembangkang kedua 7 minit
Anggota Kedua Kerajaan / pencadang ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga 7 minit
Ucapan Gulungan:
Gulungan Pembangkang 5 minit
Gulungan Kerajaan 5 minit_
Keseluruhan 53 minit
8.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
8.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
8.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti.
9. PERANAN SETIAP PASUKAN
9.1 Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap usul mereka.
9.2 Peranan Pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi Kerajaan dengan hanya sama ada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah tidak dibenarkan. Pembangkang juga perlu membina hujahan/kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan.
10. PENGHAKIMAN
10.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh seorang panel hakim. Bilangan ahli panel hakim mestilah ganjil.
10.2 Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang DiPertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang DiPertua. Dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang DiPertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim.
10.3 Yang DiPertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan.
10.4 Para Hakim mestilah:
a. Mencapai keputusan menang/kalah, keputusan seri tidak dibenarkan.
b. Tidak menyampuk atau membuat sebaran komen semasa perdebatan berjalan.
10.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.
10.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan sendiri.
10.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi.
10.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.
10.9 Keputusan hakim adalah muktamad.
10.10 Kedudukan Pasukan dan keputusan setiap perlawanan akan dipaparkan dalam blog rasmi Kelab Debat Bahasa Melayu UPM di alamatwww.kdbmputra.blogspot.com dan akan dipaparkan di papan-papan kenyataan sekitar kolej kediaman UPM.
11. PEMARKAHAN
11.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada:
Isi 40 markah
Gaya/Penyampaian 40 markah
Tatacara 20 markah
11.2 Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan.
11.3 Tatacara akan diadili dari segi:
- Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat.
- Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan.
- Kesinambungan hujah/fakta.
- Kerja sepasukan.
11.4 Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ia membantu hujahan).
11.5 Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang disebut diatas.
11.6 Kriteria utama pemarkahan adalah nilai hujahan (isi) yang diberikan iaitu sejauh mana hujahan itu relevan kepada tajuk perdebatan serta nilai bujukannya yang meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul yang diperdebatkan
11.7 Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan lain-lain) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
11.8 Semua peserta hendaklah berkelakuan dengan tertib dan penuh sopan semasa pertandingan.
12. FAKTA BARU
Tiada sebarang ‘fakta baru’ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira ‘baru’kecuali:
- ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu
- ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan
13. DEFINISI
13.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan.
13.2 Pihak Pembangkang boleh:
a. menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak, atau
b. menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.
Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika;
a. definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul.
b. definisi pihak Kerajaan adalah ‘truistik’: iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional’
c. definisi pihak Kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal.
14. PENJELASAN
14.1.1 Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.
14.1.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.
14.1.3 Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta merta.
14.1.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.
14.1.5 Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan sebagainya).
14.1.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.
14.1.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima.
15. BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG
15.1 Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang DiPertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti:
a. penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau
b. pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan/atau ucapan gulungan, atau
c. mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.
15.2.1 Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang DiPertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
15.2.2 Jika bantahan diterima, Yang DiPertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.
16. RAYUAN
16.1 Sekiranya ada mana-mana pasukan ingin melakukan bantahan, seelok-eloknya bantahan dibuat sebelum perlawanan perdebatan berlangsung khususnya apabila pasukan lawan melanggar mana-mana syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
16.2 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin dalam bentuk bertulis yang tidak menimbulkan keraguan.
16.3 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.
PEMARKAHAN
10.1. Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 markah berdasarkan kepada:
10.1.1. Isi : 40 markah
10.1.2. Gaya/ penyampaian : 40 markah
10.1.3. Tatacara/Kaedah : 20 markah10.2. Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan tehadap hujahan pihak lawan.
10.3. Tatacara akan diadili dari segi:
10.3.1. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendebat.
10.3.2. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan.
10.3.3. Kesinambungan hujah/ fakta.
10.3.4. Kerja sepasukan.
10.4. Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat; ia membantu hujahan).
10.5. Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang tersebut di atas.
10.6. Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu benar-benar meyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul pasukan dan konteks perdebatan.
10.7. Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah, dan selainnya) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
10.8. Semua peserta hendaklah berkelakuan sopan dan penuh tertib semasa pertandingan.
.