Photog : wan hazel|Sony alpha a55
Assalamualaikum...
Suatu masa Dulu aku pernah berjanji, bahawa tidak akan ada lagi coretan sebegini , tak akan sekali lagi aku mencalari teratak ini. Dan hari ini malahan hari hari yang lalu aku memungkirinya dengan karya hati . Ya ,kerna aku tahu cinta bukan permasalahan dunia untuk dikongsi kongsi.. Dari sepuncak ubun ke tumit kaki, aku merendah diri agar maaf terlurut dari hati. Dan kini baru ku tahu siapa aku untuk menolak fitrah ini.
Usai ku melurut wajah ku dengan tadahan doa yang hanya akan ku kongsikan dengan Si Pemilik cinta , Maha Suci ALLAH . Detak jantung ku berketuk beribu sesaat membuatkan jalur nafasku terputus-putus. Berbatuk aku menjahitnya semula . Segala jari tangan dan kaki berjangkit pucatnya wajah, jentera darah segan berkejaran. Aku terketar-ketar menggigil kedinginan. "Demam apa pula kali ini" Rungut hati ku melipat sejadah subuh ku..
Tuhan, Kau lebih tahu pedih yang kulalu. Butir kilauan cilik yang tertampung sedari tadi di bucu mata, lambat mengesot. Lalu membasahkan permukaan bantal yang menanggung kepala. Jika demam rindu ini menghapuskan dosa dosa ku dengan linangan air mata ku , pasti saja ku ikut rentak nya , namun aku khuatir demam ini usikan syaitan yang berkerangka di dasar hati ini.. Ya ALLAH aku benar benar rindu pada nya . bukan pula aku melebihkan rindu ku pada MU.. Aku hanya hamba MU yang hina disisi MU.. Sesekali aku tarbiah kan diri dengan kematian semakin aku rindu dengan Cinta MU. Dan semakin itu aku gusar Diam Diam simpan cinta ini kerna ALLAH.
Andai benar ini rindu ,cukuplah perasaan ini ku kirim melalui doa ,biar rasa ini berlagu dihati .. ku coretkan dalam warkah sepi yang isinya cuma ALLAH yang tahu.. Jangan kerna aku , kau gugur dari perjuangan mu mencari redha NYA .. Jangan kerna aku , kau terus lena dalam kealpaan dunia...
Ya ALLAH Pautkan lah jua rindu ku ini pada MU ..
.