.
Sila baca sambil pasang lagu raya..ehehe Salam Korang..
Ok Wan taw...Puasa pun belum lagi Wan dah bercakap pasal Raya lak..Kat TV pun dah wat iklan Raya tak kan Wan tak boleh nak cakap pasal Raya??Law tak boleh korang buat surat aduan dulu mengenai iklan raya kat TV tu k..Mega raya , sale raya semua tu k..hehehe..Dah dah..Tok sah nak marah marah..eh eh,,ade ke yang marah..??
Kad Raya.. semua dah pernah terima Kad Raya kan..???Bagi Wan law dapat Kad Raya nie rasa macam seronok sangat..Memanglah korang rasa macam dah tak
up-2-date kan..Tapi Kad Raya nie punya Nostalgia nya..Lebih lebih lagi kalau terima Kad Raya yang besar siap ada lagu lak bila bukak.."Selamat hari raya , Hari untuk kita bersuka Ria....bla bla bla..."..Kompom kompon lah orang tersayang yang bagi..hehehe..bukan pak we
or mak we je taw..orang tersayang luas makna nya..
admire ke...kawan rapat ke..kakak angkat ke..adik angkat ke..tul tak??
Zaman dah berubah manusia pun dah berubah..Dunia pun semakin moden..Yang lama akan ditinggal dan makin dilupakan..Hinggakan adat resam pun kita mula lupa..walaupun orang kata biar "mati anak jangan mati adat" tapi skang nie ramai yang buang anak dan tak jaga pun adat tu...Rasanya tak perlu dah pakai pribahasa tu...hmmm...garu kepala sikit..Zaman makin canggih dan mula lah terbit Ecard..card teknologi canggih tu..Orang nak bagi Kad raya pun dah rasa malu..Hairan..Kalau dibanding antara dua nie..Ecard dan Kad biasa..Wan lebih suka menerima Kad biasa dari Ecard..(
Law bagi Ecard pun Wan terima.Kelebihannya orang yang duk jauh pun leh bagi tanpa mengeluarkan modal)..Kalau korang dapat Ecard Raya mungkin
feel dia berbeza dengan korang dapat kad Raya yang biasa yang dibuat dari kertas keras dan dibalut dengan sampul putih..Owh..indahnya..Kekadang bila bukak dan baca isi kandungan Kad Raya tu kita mula rasa sebak,,,Rasa dekat dan kekadang memberikan kita senyuman lebih lebih lagi jika isi kandungan Kad Raya tu penuh keunikan..Paling best kalau Kad Raya tu datang dari jauh..Kedatangan Kad Raya yang tak diduga pun ada
feel yang lain...Abang Posmen senyum je kan bagi kad Raya nie..hahaha.
Dulu masa menengah rendah..Sanggup minta duit mak tak pun simpan duit kumpul sampai cukup dan ke kedai nak beli kad raya walaupun kedai jauh, ditambah lagi dengan dugaan bulan puasa..Nak pilih Kad Raya lak satu hal..Berjam jam dekat kedai tu.tauke cina dok jeling jeling je..menyampah bukan nak curi pun...Tak cukup satu kedai cari lagi kat kedai lain..hahaha..Sebenarnya nak cari Kad Raya yang murah "Lima duahengget"..Lepas kuar dari kedai tu mula lah mengutuk tauke cina tu ..masa tu tak kisah dah pahala puasa retak..hehehe
Nak bagi kad raya nie pun kekadang memilih orang..Pilih orang yang ada peluang nak balas balik kad raya kita..Sampaikan tulis kat bawah kad raya tu..
Ada ubi ada batas
Lepas baca harap balas.
Hahaha..macam dah tak iklhas lak nak bagi kad raya kan..tapi niat memang baik..Ayat penting dalam Kad Raya lak.."jangan lupa ang pau dan datang rumah" ataupun "datang rumah bawak kuih dan air sendiri" yang nie budak gila gila je yang buat..Law yang baik baik macam Wan nie..eceh prasan..Kita orang tulis "Kususun sepuluh jari memohon ampun zahir dan batin " ataupun "so skang nie kira kosong kosong k" ataupun kita orang akan tulis " jangan lupa datang rumah bawa keluarga sekali "
Bagi yang duk asrama lak..tak boleh nak kluar dia orang suruh lah pelajar harian yang belikan..Wan pernah lah belikan untuk pelajar asrama nie..Wan kan budak baik..beli lah kan kad raya..Wan pun dah tengok semua kad raya tu..Yang lucunya Wan dapat Kad Raya yang Wan sendiri beli dan yang Wan sendiri pilih tu..ahhaha..Tak terkezut dah..tapi paling bermakna adalah isi kandungan nya..Terima Kasih bab kawan kawan Wan masa tu semuanya baik baik..Rindu korang semua..Tingkatan 5 memang penuh kenangan..
K lah korang..panjang sangat Wan membebel nie..setakat nie je lah k..Korang lak ada pendapat yang lain tak..or ada cerita yang menarik mengenai Kad Raya nie..Law ada Jom lah kongsi..Nak jugak baca..Dah macam segmen Nostalgia Kad Raya lak..ehehhe..Yang nie bukan segmen k.
Teringin nak baca kisah
Kak Wansteddy mengenai Nostalgia Kad Raya..Korang pun sama jugak...cepat cepatlah Wat entri k..Law dah wat tinggalkan link..Pasti Wan akan terjah dan komen.
Skang nie musim ganti Puasa..Sesapa yang belum Ganti tu..Cepat cepatlah ganti k..
Papai.
.