Saturday, October 20, 2012

Owh...Siapakah yang bertuah itu... :)

.



Assalamualaikum..


Aku seringkali bertanya. Bertanya itu dan ini. Namun , Kadang yang ditanyai itu bukanlah yang benar - benar dimaksudkannya. Benarkah aku "benar-benar" bertanya? Atau sekadar mengisi ruang kosong. Atau sekadar menghabiskan sisa rindu . Jika kiriman pesanan ringkas itu alat penghapus rindu terlampau murah lah harga sebuah kerinduan.. Jeda..


Hari hari ku kini ibarat menantikan untuk mengkagumi keindahan langit petang bersama pelangi ciptaan, yang tidak pernah tamat. Persisnya, begitulah lagaknya diriku, yang masih mentah untuk mengenal sejauhmana kematangan diri dalam meniti hari - hari di dunia ini. Walau terasa sejumlah besar hati ini terlalu sensitif pada patah patah kata yang terluah mungkin kerna angka hidupku sudah melepasi 24 tahun... Atau sayang itu semakin merebak .

Aku tidak seperti orang lain. Tidak mempnyai impian dan harapan yang tinggi. Tidak juga terlalu spesifik.Cuma rindu itu semakin berkarang dilubuk hati.. Dia mungkin tidak pernah tahu..Ya.. tidak pernah tahu...


Sudah menjadi lumrah hidupku bermain dalam angan , menjadi pengarah dalam angan ku , aku yang mengarah aku jua pelakon nya.Angan ku itu berupa harapan dan boleh jadi ia sebuah Doa hadapan ku.Aku mahukan sebuah rumah yang indah lanskapnya. Mungkin dipagari dengan pagar kayu yang bersilang dengan tona warna kayu yang alami. Punyai tembok dinding yang kasar dan berbatu. Punyai pohon pohon hijau yang rendang , Pohon bunga kertas pelbagai warna , boleh bersemayam atas selasar pangkin kayu. Waktu itu, aku dengan DSLR ku dan dia Suri hidup ku...


Owh...Siapakah yang bertuah itu... :)







.






Free download Adobe Flash Professional CS6 Portable

.




Assalamualaikum...


Kali nie nak kasi korang Adobe Flash Professional CS6 plak.. Tak perlu banyak cakap..Sapa yang nak leh je download.. Free nie..bukan trial dah..Jadi enjoy k..ehhehe


Korang download Guna link kat bawah nie k.. .. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang...nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..Acc 4shared tak leh guna dah..Maaf sangat ye.
Selamat mendownload


Download 







.



Thursday, October 18, 2012

Free download Autodesk AutoCAD Architecture 2012 portable

.



Assalamualaikum..


Kali nie Wan nak kongsi Autodesk AutoCAD Architecture 2012 .. Sebab ramai yang cari software nie.. sampai kan Wan sendiri pun susah nak cari.. So kali nie Wan dah ada dan Wan nak kongsi untuk semua..Makna nya kepayahan Wan untuk kesenangan semua..ehehehe..




Korang download Guna link kat bawah nie k.. .. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang...nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..Acc 4shared tak leh guna dah..Maaf sangat ye.
Selamat mendownload


Download from DF: 1 - 2 - 3 - 4 - 5 -



Download from UL: Folder






  .



Wednesday, October 17, 2012

Penantian bukanlah satu perkara yang sia-sia

.


Assalamualaikum...


Sebahagian cinta dan kasihku tertinggal di blog ini. Ditinggalkan seketika tidak bermakna mahu melepaskan buat selama-lamanya. Cuma, ada sahaja, barangkali berhibernasi lantaran kesuntukan waktu dan urusan. Terima kasih kerana tetap setia di sini.


Dan kadang ingatan kebiasaan seseorang itu bisa meruntun jiwa jiwa yang tenang..


Bertahun-tahun diri telah menghimpun masa dan waktu. Masa yang telah menjadi saksi penantian. Dan, masa seperti melewat lewatkan penantian yang hanya penawarnya adalah semata-mata kepada KESABARAN.  Sabar adalah segala galanya. Sabar menentukan jatuh bangunnya kehidupan seseorang. Sedikit lagi kita bersabar pasti diganjari ganjaran yang berlipat ganda, sedangkan hanya selangkah kaki sahaja kita seolah olah mahu masuk ke dalam gaung give up


Penantian bukanlah satu perkara yang sia-sia. Penantian telah memberikan ruang yang seluas - luasnya untuk kita mengubah kompas kehidupan. Merubah aspek aspek yang jumud dan kolot kepada yang lebih segar dan malar. Dalam penantian yang bertahun-tahun itu, segalanya telah diserahkan kembali kepada yang Esa.


Tidak lah mungkin akan ku sia sia kan penantian selama ini..




.



ketenangan itu bernilai 34

.





Assalamualaikum..


34 itu nilai ketenangan..Aku tertarik dengan status friend ku dimuka buku dan aku membukukan nya diwadah madrasah ini sebagai peringatan kita bersama.



"Dari usrah tadi, diberitahu, lelaki yang tenang itu, adalah lelaki yg menjaga solatnya. 34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.

Sebab tu wanita, kalau tak boleh solat, emosi tak stabil. Sebab tak dapat 34 kali sujud setiap hari dia 'cuti'.

Solat 5 waktu = 34 kali sujud. Jumlah sujud ni, cukup untuk beri ketenangan. Jadi, terjaga solat, terjagalah ketenangan.

Menjaga solat, bukan

saja solat 5 waktu, tapi solat di awal waktu. Sujud yang dapat pada awal waktu, itu yang menyumbang pada ketenangan.

Ustaz ada cakap, lelaki yang selalu asyik panas baran, barangkali, puncanya adalah dari solatnya yang tidak dijaga.

Jadi, resipi ketenangan, adalah solat cukup 5 waktu..dan solat pada awal waktu. Jangan lewat2kan. nasihat untuk diri and semua." -Nur Arina Mohd Amin-







Download free Adobe Premiere Pro CS4 + CS6 Portable

.



Assalamualaikum


Kali nie Wan nak kongsiAdobe Premiere Pro CS 4 dan CS 6 lak kat korang..

Kalau korang nak download CS6 Laptop or Pc korang seharusnya 64 bit k.. yang nie hanya untuk 64 bit je..

Dan untuk CS4 lak untuk 32 bit


Korang download Guna link kat bawah nie k.... Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang..Pilih je taw..nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..Acc 4shared tak leh guna dah..Maaf sangat ye.



Selamat mendownload


Download CS6 x64 64-bit:


Download CS4 x86 32-bit:  
Pilih salah satu .
DF - UL





.



Tuesday, October 16, 2012

Download Free Adobe After Effects CS4 Portable

.




Assalamualaikum..


Kali nie Wan nak kongsi Adobe After effect portable lak untuk korang..Harap ada yang boleh guna k..



Packs Added (­­by RedGiant):
EFFECTS SUITE
-Composite Wizard
-Image Lounge
-Holomatrix
-ToonIt v2.1.1
-Text Anarchy
-Psunami
-PlaneSpace
-Knoll Light Factory
-Warp
KEYING SUITE
-Key Correct
-Primatte Keyer v5
-Warp
MAGIC BULLET SUITE
-Cosmo
-Instant HD
-Looks
-Frames
-Colorista II
-Mojo
-PhotoLooks
TRAPCODE SUITE
-Horizon
-Echospace
-Soundkeys
-Lux
-Form
-Particular
-3D Stroke
-Starglow


Korang download Guna link kat bawah nie k.. Korang pilih mana yang korang leh guna k.. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang..Pilih je taw..nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..

Selamat mendownload



Download:
DFUL


New Link

DOWNLOAD ADOBE PHOTOSHOP CS3 




.



Sunday, October 14, 2012

Kerna pada hari ini hati itu lebih penting dari silaturahim

.




Assalamualaikum...


Bila mana aku terlampau gembira.. Aku cepat cepat beristighfar .. Hujan pagi ini di daerah Samarahan Sarawak..Rahmat ALLAH yang begitu bernilai.. Tanpa hujan manakan hidup pohon pohon yang mendamaikan dan tanpa air mata manakan teguh iman didada ...


Seketika aku terkenang , tahun ini, ketika khutbah Hari Raya AidilFitri di tempatku, Imamnya sebak apabila membicarakan tentang kepermegian Ramadhan.Bayangkanlah, imam itu memberhentikan seketika bacaan khutbahnya apabila menuturkan sepangkal ayat


"Adakah kan ada lagi Ramadhan untuk kita pada tahun hadapan"


Entah mengapa, pada ketika itu aku begitu sebak hingga menitiskan air mata menuruti air mata yang turun bersama beberapa para makmum yang lain.


Dan sepanjang Ramadhan itu bagaimana setiap doa ku berlalu dengan pelbagai nikmat yang ALLAH berikan.. Di datang nikmat SAHABAT , Diambil nya kembali beberapa nikmat . Dan didatang dengan pelbagai ujian.. Sehinggalah kehari ini.. Dimana aku yang kini sedikit sebanyak memperjuangan ISLAM .. AGAMA ku .. Semoga AGAMA ku bukan hanya kerna atau pada nama ku.. Dan bagaimana secebis Doa ku pada waktu itu berupa hadiah yang bernilai dalam hidupku pada hari ini.. Ku mohon ke Redhaan MU YA ALLAH.. Dan biarlah ia seiring usia ku .



" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 
"Kami telah beriman" 
sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan, sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang Benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang Dusta. "  
Al – Ankabut : 2-3


Dan aku kekadang risau..


Benar kah perbuatan yang baik itu hanya untuk orang yang selayak layak nya.. ??


maka apa yang aku lakukan sepanjang ini adalah sesuatu yang terpesong dari AGAMA ku... ??


Jika benar , selepas ini hanya untuk SURI ku sajalah yang layak .. dan keluarga ku..


Belajar lah menasihat diri dan memperingati diri kalian sendiri ... Kerna pada hari ini hati itu lebih penting dari silaturahim ... Jika Rumah ALLAH itu tempat dimana kita memperkukuhkan Silaturahim namun pada hari ini , setiap kali usai solat ..semua pasti berlalu terus tanpa bersalam teman yang saling mengingatkan... 


Renungkan..






.