Thursday, July 4, 2013

Ramadhan datang lagi

.




Assalamualaikum...

Ramadhan Ibarat menempa bakal tahun yang baru
Purnama yang mulia hadir menyinggah dan bertakhta di hati sekali lagi
Ketinggian syafaatnya memberkati seluruh manusia jelata yang tahu menghargainya

Menghitung hari pun tidak
Pantas nya masa berlalu
Ramadhan bakal menjelma.
Ramadhan kali ini
Dengan harapan tidaklah lagi
Ada rongak setiap waktu teraweh

Bacaan Tadarus
Mana sahaja tempatnya
Atau bila sahaja waktu yang terluang
Dalam kereta, menunggu berbuka inilah azam utama
Diselitkan dengan bacaan tafsir sedikit sebanyak
Insya ALLAH





YA...
 Ramadhan nanti
Tak sabar hendak menghidupkan kembali
Amalan bertukar tukar juadah (sedekah)

Orang berpuasa ini ada dua jenis kegembiraannya
Satu, gembira tika berbuka
Dan satu lagi gembira tika menemui tuhan NYA
Kan kan kan... :)

Semoga Allah membezakan Ramadhan
Kita dengan pahala amalan berganda-ganda
Siapa boleh menjangka dan meramal
Tahu - tahu
Ramadhan tahun hadapan kita tidak berpeluang lagi
Inilah saatnya.


ALLAH...
Sungguh tak tahu lagi
Bagaimana lagi harus diri ini mengucapkan syukur



.