Wednesday, May 7, 2014

Moga semua nya kerana ALLAH kerna aku punya Tuhan ...

.




 Assalamualaikum


Semalam aku belajar sesuatu
Daripada masa laluku
Dari seorang kawan
Dari kisah dia 

Sedang aku duduk sendirian
Fikiranku jauh melayang

Aku terfikir
Kalau berkata soal jodoh
Soal perkahwinan
Pasti ramai yang kata

Kalau mahu yang baik, harus jadi baik dulu
Kalau mahu yang dekat dengan Tuhan
Kamu harus dekat dengan Tuhanmu dulu

Lantas aku terfikir
Apakah aku harus jadi baik hanya untuk jodoh yang baik?

Aku terdiam
Berkerut
Aku tinggalkan keramaian
Fikiran jauh ku luaskan

Apakah kerana itu sebenarnya ramai yang tersalah langkah?
Malah apa mungkin aku juga?

Aku sekadar bisik perlahan.
ALLAH tunjukkan.
ALLAH berikanku jawapan.

Duduk bilik, aku kemas meja
Buku buku kertas kertas.
Tika aku angkat muka
Aku lihat satu kata kata.

" Bila Allah sudah jadi sebab untuk segala galanya, maka segalanya adalah untuk Dia. "

Kalau hatiku kata cinta DIA
Kenapa harus aku lakukan sesuatu kerana manusia?


Dan ku perbaharui lagi niatku Tuhanku.
Untuk-MU.
Aku bimbang.
Aku tahu bila aku melakukan sesuatu untuk manusia.
Ia sangat menyakitkan bila manusia pergi meninggalkan aku.

Sedang bila aku laku untuk-MU Tuhanku.
ENGKAU ada selamanya.
Selagi aku tidak pernah berganjak meninggalkan-MU.





 .





Sunday, May 4, 2014

Saat Gaji Pertama kuhulur




Assalamualaikum...

Kepada ibu,
Buat julung kali kutitipkan pemberian yang tidak seberapa demi gembirakan dia.
Bersama sedikit hasil dari gaji bulan pertama,
Kusalami tangan Ibu sambil berbisik halus,    

Ambillah ini, Ibu.  

Siapa lagi bisa menebak,
Hati si ibu yang sekonyong-konyong sebak.
Air terjunan matanya lantas tersimbah deras,
Hingga dia sendiri tak bisa menyeka.
Ibu sedia maklum raih bulananku hanya secukup rasa.
Dia malah arif berapa jumlah yang tersisa di dalam poketku.
Dia lagi berkira-kira,
Mengukur jauh mana hala tuju anak-anaknya untuk tahun-tahun yang mendatang.
Lantas soalan Ibu mematikan segala tindakanku,    

Simpananmu bagaimana?

Selirat ragaku meluruh, syahdu,
Saat Ibu menggenggam keras kedua tangannya,
Tanda menolak hadiah dari huluran salamku.
Sungai tangis di pipinya tidak terempang lagi.
Andai kuselami irama sendu itu,
Semestinya dapat kubaca perasaan Ibu,
Bahawa bukan dek kepudaran sudi yang rajukkan rezeki.
Mungkin inilah kalimah yang sedang dibisikkan kepadaku,    

Cita-citamu masih jauh, nak.
Ketahuilah olehmu wahai Ibu,
Anakmu ini sanggup berlapar ke senja demi sekuntum senyum darimu.