Thursday, August 9, 2012

Ramadhan kian pergi meninggalkan kita

.






gambar carian google


Assalamualaikum...


Tak sabar ye nak raya...  minggu hadapan + beberapa hari lagi Insya ALLAH kita akan sambut Raya.. Skang Wan sibuk je tengok iklan raya yang dulu dulu kat youtube..hahaha.Korang skang dah pasang lagu raya ke?? ecece..


Ramadhan akan berlalu pergi..Sedih bila Ramadhan semakin berlalu..Bulan dimana pahal kita dikira berlipat kali ganda..Rahmat Ramadan tu luas sangat... Kalau boleh Wan tak nak bulan semulia ramadhan nie berlalu..Terasa cepat je masa nie kan..Sahur > berpuasa > Berbuka > Teraweh .. kita ulang berkali kali dan bila tiba masanya Syawal menjemput.. Rutin bulan Ramadhan kita pun kita tinggalkan.. Semoga ada lagi ramadhan untuk kita di tahun yang akan datang..


Memang kita boleh buat beberapa ibadah tu di bulan yang lain cuma keadaan yang akan membezakan nya.. faham kan maksud Wan.. Jadi hargailah malam malam kesepuluh terakher dalam bulan Ramadhan nie.. ramai yang sedar tapi ramai yang tak buat..Banyakkan ibadah k..Kalau korang betul betul rasa kemuliaan bulan Ramadhan nie pasti korang akan bersedih akan kepemergiannya tak lama lagi..


Gembira bila sambut hari kemenangan kita Syawal tapi sedih bila hari dimana pahala kita digandakan berlalu..Adakah cukup sudah pahala kita adakah terhapus sudah dosa kita ATAU ADAKAH KITA SEORANG YANG RUGI DIBULAN YANG MULIA INI dimana kita men sia siakan bulan RAMADHAN INI.Ramai Blogger yang tak teraweh sebenarnya kan.. Blogger retis ke tak retis ke..Korang sama je disisi ALLAH.. Tak de ubah pun.. So Blogger blogger semua , retis retis semua pergilah Teraweh .. Banyakkan yang sunat dan kekalkan yang wajib .



Setakat nie je untuk hari nie..


Papai


Salam Ramadhan

.













Aku si pengemis mimpi

.



Assalamualaikum..


Saat mata terpejam,disaat itu angan ku terbit...Mula mencipta bongkah bongkah kebahagian rekaan yang penuh pura pura atau senang dengan samarannya yang bernama "PLASTIK".Suasana dalamnya penuh dengan permintaan yang bisa kutunaikan,yang mampu menciptakan setiap impianku.jarang untuk ku berfikir secara rasianol,kerna disitu ku tahu,itu alamku,tempatku,,,bukan sama sekali tempat kamu,tempat itu hanya singgahan kamu yg wataknya aku ciptakan,yang aku perwatakan,yang aku berikan dialog,seolah olah disitu,akulah pengarah.akulah yang mendondangkan syair permainan hati,tanpa bantahan,tanpa sempadan,dan tanpa menunding jari walau sesaat.


Kian lama ku bernaung di alam angan angan.kini lena mula menjemputku.membwaku berlayar,entah kemana,bukan inginku,dan bukan jua pintaku.kadang kadang di ajak nya ku pantai,ke hutan,malahan ke laut,hampir terlemas aku,tercekik tanpa udara secara am nya,oksigen secara khususnya,namun kekadangnya aku tak mengerti,kemana nya membawa aku berlayar.Merantau,aku terlalu asing berhadapan dengan suasana yang sukar untuk kutafsirkan.Mungkin ini yang dinamakan permainan tidur..."mimpi".Aku terlalu kekok berhadapan dengan suasana dialam mimpi.Seakan nya aku dijadikan dagang yang merantau,disini bukan aku yang memerintah,bukan aku yang mengawal semuanya.kian wujud diri kamu,malah kamu,kamu dan juga kamu,hidup dalam alam mimpiku,sekadar menyinggah atau aku yang merantau jauh menyinggahi alam mimpimu.aku tak pasti.



Tersedarku disekerat mimpiku,dipertengahan jalan mimpiku,kemudiannya,aku cuba memejamkan mataku.mengingatkan kembali pada mimpiku,ingin saja niat hatiku menyambung rangkap rangkap mimpiku,namun disaat terlena ku semula.aku dibawa menerjah ke destinasi lain.jauh melencong dari yang sebelumnya...


Aku sering bermimpi dia berulang kali..Ya ALLAH jika ini mimpi kesejahteraan ,kebahagian , jodoh dunia dan akhirat yang kau beri ..ingin sekali ku, KAU makbulkan namun jika ini mainan syaitan dalam lamunan mimpiku maka jauhilah aku dari nya..Aku hanya si pengemis mimpi..












.




Contest: Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack...

.

100% Disalin dari Blog penganjur





 
Send a Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in no more than 50 words ................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................

Rules
1. This contest is open to all followers/fans of www.eqbalzack.com.
2. Contest starts 8 August 2012 (Wednesday) and ends on 12 August 2012 (Sunday), 11:59 pm.
3. All entries received after 12 August 2012, 11:59 pm will not be entertained.
4. Winners list will be posted on www.eqbalzack.com by 14 August 2012 (Tuesday, 10.00 am).
5. Blog about this contest (tag at least 1 blogger) on your blog with a link back to this post.
6. Ucapan Selamat Hari Raya to Eqbal Zack in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris should be submitted via CONTACT FORM within this site. It is better to use a CONTACT FORM for this purpose to avoid plagiarism.
7. Winners will be selected based on the most creative message (no more than 50 words).
8. Hamper cannot be exchanged for cash.

PRIZE x 2
AEON BASKET HAMPER (RM50) + Duit Raya (RM50)
 

Good luck guys!
 
 
Wan dah join dah..Korang lak jangan lupa join ye..Mudah je..Mari ramai ramai join..Kalau ada rezeki boleh lah menang nanti..ehehe..Ucapan Wan simple je..Korang mesti lebih kreatifkan,Jadi cepat cepatlah join ye...
 
 Dan wan nak tag : Miz Ruha (http://bird7842.blogspot.com/)


.




Wednesday, August 8, 2012

Insya ALLAH... Pilihan yang terbaik ..


.



Assalamualaikum...

Dua hari nie Wan asyik men-dolly je..Doodle kurang sikit dah..ehhehe..tapi Wan masih kekalkan Doodle wan.. Wan cuba nak asah lagi bakat Dolly Wan yang dah lama tak di asah..Makin tumpul dah nie..ahahha.Nampakkan kartun wan tu tak de garis tebal.hehehe..Comel tak wanita dalam gamabr tu??hehhee.. Sapa tak nak Isteri macam tu kan.. Insya ALLAH kalau kita baik kita dapatlah yang baik jugak..Mana lah taw kan.. Jalan keinsafan dan jalan yang diredhai tu sentiasa ada..


Comelnya... 





 




Tuesday, August 7, 2012

Adakah benar ramai yang kutuk BORNEO (SABAH/SARAWAK) atau hanya fitnah

.


Assalamualaikum..


Hah makin riuh lak pasal status orang kutuk kutuk SABAH nie kan..Kepulauan BORNEO... Ada yang kutuk SARAWAK ada yang kutuk SABAH..Kalau di tanya kat warga semenanjung adakah benar korang memang tak tahu lansung pasal BORNEO...?? Korang semua dah pandai IT mesti tahu kan.. Jadi adakah semua nie betul..Adaka korang benci sanagt kat Borneo nie??


Seperti yang korang lihat dalam gambar kat atas tu..Tu FB blogger http://kisahemasputih90.blogspot.com/ .. Korang nampak tak apa yang berubah?? Blogger sabah sendiri kutuk sabah..Siap Wan nye komen pun kene edit..ahhaha.. Perkara nie senang je taw nak buat..Contoh satu lagi..Nie wan print skrin dari status apit.Blogger http://www.fizgraphic.com/ .





Yang atas tu status sebenar..Dan Wan ubah jadi kat bawah nie..



Nampak tak?? senang je wat nie..jadi perkara fitnah fitnah dalam Dunia Internet nie mudah..Edit nie tak perlu pun guna Adobe Photoshop atau Applikasi yang editing yang hebat hebat pun.. Korang hanya perlu google Chrome je.. dah boleh buat...Semua nie..Senang je nak fitnah orang skang nie.. Dah siap edit Print skrin dan sebarkan kat semua..LEpas tu kalau ada dianatar korang yang dakit hati dan senang nak terpengaruh dan KORANG YANG SUKA NAK AIBKAN ORANG tu..Hah ..Beribu ribu lah share ngan kengkawan kan..SUKA LAH NAK MENGAIBKAN ORANG.. Alah jangan nak tipu.. Kalau nak buka aib orang tu korang paling suka lah.. Terasa?? ..hahaha


Jadi Sebelum bertindak apa kata kita kaji atau pun kita tutup je aib orang tu..kalau kita tak sebarkan ..Mesti perkara tu jenuh kat situ je.. Faham kan..

Kemungkinan ada yang benar..


Kalau Wan nak fitnah semua orang Wan leh je wat dengan Google Chrome... SENANG JE.edit >print skrin



MAAF ye Wan tak nak ajar..Sesapa dah tahu tu..Simpan je untuk bekalan korang..Kerna bila sesuatu yang tak perlu kita kongsi kemungkinan perkara tu akan jadi perkara yang terburuk..Ada ilmu yang perlu kita kongsi dan ada yang perlu kita simpan..


Jadi fikirkan dan renungkan..



.






Menang saguhati pertandingan fotografi "tak nak Merokok"

.



Assalamualaikum...


Ingat lagi tak gambar nie??sesapa yang ingat tu..Tengs..Sebab gambar yang Wan hantar nie telah mendapat tempat saguhati dalam pertandingan fotografi "Tak Nak Merokok" Pertandingan nie berlansung pada tahun lepas..Lama dah..Wan pun dah lupa sangat pasal nie..Tengahri tadi cek cek email dapat email dari pihak kementerian kesihatan .. 




Rezeki dari ALLAH .. Alahmdullillah dapat tempat saguhati..Rezeki jugak kan.. ALLAH bagi rezeki tu dalam pelbagai rupa, yang penting kita Usaha.. Dan majlis nie Wan tak dapat hadir and Wan pun tak de wakil nak hantar ,  jadi Wan terus comfirmkan kat pihak kementerian tak de wakil dan tak dapat datang akibat jarak yang jauh.. Dan hadiah mereka akan hantar .. Insya ALLAH..Hadiah berupa Wang...Tak tahu lak nilai dia..Dan Wan tak pasti jugak adakah hadiah berbentuk Wang..Kalau betul dapat lah Wang raya untuk tahun nie..ehehhe.. Nak kasi kat mama jugak ..Insya ALLAH... 


Terima kasih kat semua yang beri sokongan.. 



Selamat menyambut lebaran tak lama lagi...



.




Monday, August 6, 2012

Syawal titik kerinduan dari perantauan

.




Assalamualaikum..


17 Ramadhan ... Terkedu sebentar aku menghitung hari hari berlalunya Ramadhan..Sedih akan pemergian Ramadhan yang kian berlalu.. Syawal yang bakal menganti membuatkan aku terasa lebih sunyi.. Dongyang Technical College, South Korea tempat dimana aku berdiri sekarang .. menghabiskan liku liku Ramadhan ku sendirian ..Insya ALLAH kali ini tahun terakher untuk ku menyambut lebaran di perantauan.. Semoga tahun depan aku bisa bersahur bersama keluargaku di Malaysia , Meraikan Syawal bersama keluarga dan bersalam salaman memohon keampuanan ibu dan ayah tercinta.. Kekadang bila difikirkan terasa begitu gembira untuk pulang ke Malaysia namun terselit kesedihan meninggalkan rakan rakan, adik adik junior di Dongyang Technical College.. Namun itulah kehidupan.. Pasti ada yang akan merobek kenangan lampau..


Teringat aku.. Mungkin sudah kebiasan bagi aku sebaik saja menjelang Ramadhan .. Aku mula mengenang kembali arwah Shasa yang suatu ketika dulu menjadi peneman ku dikala duka dan gembira.. Hati siapa tidak menangis, Hati siapa tidak berduka , Hati siapa tidak tertusuk..Pemergian arwah benar benar menguji syawal ku.. Tatkala yang lain bergembira aku hanya mengalun lagu duka yang ku sembunyikan disebalik senyuman.. Takbir raya ku dikejutkan dengan pemergian shasa.. Hampir 5 tahun sudah berlalu .. Namun ingatan ku terhadap arwah masih segar di ingatan.. Setiap kali takbir bergema tangis ku laju merintih pilu.. Entah sampai bila , Entah adakah lagi untuk syawal kali ini.. Sering kali aku bergomel sendirian .. Bila akan ku relakan permergiannya dan sampai bila aku bersikap acuh tak acuh dengan cinta yang lain.


Tanpa kusedari, dipipi mengalir air mata, menitis membasahi papan kekunci lappy ku. Aku terlampau cengeng ketika ini. Teresak esak nafasku.Hampir sahaja aku melarikan pandang dari keratan entri ini.

"Shasa..kamek dah berjaya kinektok..Kamek dah nak habis study dah di korea tok... kedak pa dijanji kamek dolok..Kitak dengar sik?"
(Shasa..Saya dah berjaya sekarang..tak lama lagi saya akan habis study di korea .. Seperti yang saya janji dulu..Awak dengar tak?)


Ayah Ibu.. adeq benar benar rindu ayah dan ibu.. Maafkan adeq . Adeq rindu.. Ibu.. kali nie rendang adeq tak kan hangus lagi.. 5 tahun ibu .. 5 tahun.. jarak masa yang sungguh lama..



Aku rindu semua kenangan ..


Salam perantauan


Kisah rekaan
.