Thursday, January 29, 2015

Rotan anak ...





Assalamualaikum .

Aku curi sedikit masa rehatku ..

Rotan anak .. Ibu ayah dipenjarakan ..

Isu yang sedang hangat hari ini .

Pada aku ... Jika tidak kerana pukulan ibu .. aku tidak akan berjaya pada hari ini .


Mungkin
Jika tidak kerana pukulan deras ibu itu aku kini sedang hanyut dengan duniawi

Intitusi sebuah keluarga berbeza beza

Jika hanya dengan rotan , ibu ayah meringkuk dipenjara .. Siapa pula yang akan membesarkan anak mereka.. Kerajaan ... argh .. persampahkan saja mitos mitos bantuan kerajaan ..

Dahulu kan dulu keagamaan dalam perkahwinan . Agama dalam keluarga .. titik beratkan agama untuk ibu ayah .. kerana agama jualah yang membezakan pukulan kasih dan penderaan . setiap agama mengajar tentang kasih sayang .

Aku tidaklah membangkang peratusan tinggi . Cuma kadang .. Aku lebih suka berbalah dengan sesuatu yang aku rasa perlu . Ibu ayah yang merotan anak nya adalah ibu ayah yang sentiasa mengambil tahu perihal anak nya . dari ibu ayah yang hanya ada gadget ditangan ..

Aku risau .. Jika nanti anak yang dididik manja akan jadi seorang yang tidak patuh pada undang undang malah agama . Sedangkan mereka jualah pewaris negara .












Jika rotan anak dihukum penjara.. kenapa tidak menengking anak jua dipenjarakan .. mana yang lebih memberi trauma kepada anak .. ironi bukan ..



Mungkin rotan anak boleh diganti dengan mendera fizikal dan mental anak .. Itulah selayaknya dihukum penjara


Walau sejahat mana ibu dan ayah .. Mereka tetap yang melahirkan kita .. Kita wajib hormat pada mereka.. lahir nya kita diluar pinta .. Dan mungkin dari doa ibu dan ayah .. Jika tidak kerana mereka.. Kita tidak mungkin berada didunia .

owh ya .. Aku semasa bersekolah rendah .. Aku pernah dirotan guru besar .. Hari ini .. aku serendah hati ingin berterima kasih buat guru besar SK dato Traoh 1999



.






Tuesday, January 27, 2015

Kita merancang dengan cita cita namun ALLAH merancang dengan Cinta NYA

.
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t1.0-9/p526x296/10360452_10203792905092051_2641711105379075659_n.jpg?oh=e97c5238ee4b6cfbc47ac0d8d5ca8fae&oe=5560914C&__gda__=1432217874_adc130c6273fbf69ceb50c450aa7dd42
Assalamualaikum ...

Jika dikira kira .
Aku bukanlah ahli politik mahu berkempen menghebahkan setiap sisi diriku yang maha hina disisi ALLAH..Cukuplah sekadar apa yang ada..Inilah batas batas kehidupan yang aku lalui.
Cuma ...

Kadang berkongsi pengalaman untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan.
Hidup biasalah .. ALLAH kan Maha Adil .. jika tidak diberi rezeki Wang yang banyak, Allah berikan kenderaan yang jarang jarang rosak , telefon yang jarang rosak atau mungkin ketenangan hati yang tidak memikirkan hutang . Indah bukan rancangan ALLAH . Ayat yang sering kali aku ucapkan kalau kalau ada yang berduka dengan kehidupan.

" Kita merancang dengan cita cita namun ALLAH merancang dengan Cinta NYA "


Alhamdullillah
Malam ini punya kelapangan untukku mengukir lembaran diwarkah tak bersuara ini .

Saban hari
Hati sering gusar memikirkan setiap kata yang dilontar . Siapa tahu dengan gurauan atau dengan perkataan yang kita luahkan mungkin ada yang menguris perasaan seseorang.. Sedangkan dengan tingkah laku tak bersuara lagi memberi kesan yang hebat inikan pula percakapan .

Belakangan ini
Begitu banyak ujian yang datang , mahu saja hati ini memberontak , menyumpah seranah setiap yang datang .. Syukur iman masih kuat menjengah hati . mungkin ini jua ujian tanda kasih dari ALLAH .

Siapa sangka wajah yang kelihatan tenang menyimpan seribu satu kekalutan .

Aku diam bukan bereti bodoh untuk dipijak pijak bila aku bersuara aku dianggap sang pengumpul harta si mata duitan ..Jeda  ...

Aku jenis yang tak suka bersuara .. Kalau aku tak punya maka aku tak punya.. kalau aku ada maka itu saja yang aku punya .. ya kadang memang berimpikan sesuatu .. bagi aku tidak salah mengharapkan sesuatu yang aku belum punya namun apa yang ada hari ini.. itulah harapan .

Aku mungkin sentiasa dengan pakaian yang sama , fesyen rambut yang ketinggalan zaman . kadang aku lebih senang berselipar jepun dan inilah aku .. cara hidup yang sederhana dahulu saya bawa terus ke alam kini.

Kadang aku hairan .. Segelintir manusia bila diminta pertolongan pelbagai alasan yang diberi .. kalau diajak makan , bermain dia lah yang paling cepat .. apatah lagi kalau duit ..

Ada sesetengah manusia tak pernah berubah. berlagak mewah.. berlagak serba tahu . Berlagak dia lah yang hebat .. paling aku tak suka.. Bila bersuara bumi terus dilupa .   ya ..aku tahu. aku bukan sapa sapa .

Aku sentiasa sama . Kalau aku kata aku akan lakukan.. aku akan lakukan .. mungkin aku jua pendendam namun aku suka melupakan .. Jika punya alat perakan waktu untuk ku jenguk kembali detik hidup yang berlalu mungkin ada perkara yang aku dah lupa tapi menyimpan dendam .. risau juga kala nya .. kalau kalau nanti diam diam itu akan jadi bom jangka yang meletup ... hahaha


Setakat ini buat kali ini..

owh ya.. terima kasih kepada pembaca setia laman madrasah pengalaman ini .

Timm bill

Sudilah kiranya andai kalian jua meninggalkan jejak diruangan komen





.