Saturday, December 10, 2011

Salah ke tegakkan apa yang betul???Isu Adik Amira

.




Assalamulaikum..

Panas cuaca sekarang nie makin panas jugak lah isu isu yang melanda Blogger K-Pop sekarang nie..Ramai yang gigit jari malah ingin sekali memohon seribu kemaafan ke atas keluarga Adik Amira Afiqah.Doa Wan semoga dengan budi bicara yang baik kes ini akan selesai dengan cara yang baik..Tanpa melibatkan isu isu yang besar.Amin.Ramai yang membuat aduan kepada Wan..Kenapa Uncle dia nak besarkan besarkan hal sebegini.Kenapa Uncle tu macam mengugut??


P
ernahkah korang sedari akan kebenaran..Tahu tak Ugutan ALLAH lebih teruk dari nie.Balasan Dosa bagi yang berbuat murka dan kejahatan.Tapi banyak lak yang wat macam tak tahu kan..Dah tertulis sesuatu tu berdosa tapi tetap gak lanyak..Nak langgar perintah.


Kalau uncle nie memperbesarkan hal nie..Kalau macam tu..Kenapa lak tak tanye pengomen kat situ persoalan yang sama??dari mana mereka tahu Blog tu dan facebook adik amira nie..Kenapa mereka orang perbesarkan isu yang sekadar beberapa patah ayat je kat blog tu??tak terfikir ke??sapa yang mula dulu..Makan cili tersa pedas.Tu lah orang cakap..Matlamat tak halalkan cara yang salah...Wan tak bela sesapa..Sapa yang salah tetap salah..Sapa yang betul tetap betul..Allah ada untuk balas semua kejahatan dan undang undang ada untuk tegakkan keadilan..Kalau lah anak saudara kalian terkena macam tu..apa perasaan kalian??

Sekadar pandangan dari Wan,,,Tak de niat nak jatuhkn sesapa ..dan nak malukan sesapa...

Mungkin ramai lagi yang masih tak faham..Dan ramai lagi yang tertanya tanya kenapa nak salah kan tukang komen yang mengutuk tu???jadi bermula lah satu persoalan..Jika itu kalian..Adakah kalian akan memafkan dengan seadanya..

Wajarkah kemaafan kami berikan kepada mereka yang membuat hidup anak saya menderita?

Wajarkah kami melupakan begitu saja pada semua komen yg menghentam (lebih dari 1000)itu?

Wajarkah kami menutup sebelah mata…oh kerana mereka itu semua anak-anak yg rata-ratanya berumur 9 tahun – 18 tahun?

Wajarkah saya hanya mendiamkan diri sahaja dan berharap semuanya akan reda nanti?

Wajarkah saya menutup kes, tutup cerita?

Saya yakin, kebenaran itu akan tiba. Allah itu Maha segalanya.Kami memang cukup bersabar dan redha. Sebagai seorang Islam dan seorang ibu juga saya amat sedih dengan sikap anak-anak ini. Mungkin keluarga mereka pun tidak tau. Ya, biarlah Undang-undang mengadili mereka sebagai pengajaran kepada semua.Selebihnya di sini, biarlah Pihak Polis melaksanakan tugas mereka kerana kami masih yakin dan percaya kepada pihak Polis dengan kesungguhan mereka.

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…….TIDAK TERKATA-KATA DIBUATNYA.

Sumber dipetik dari
http://www.facebook.com/notes/suterabiru-amyra/tolonglah-hentikan-semua-inianak-kami-teraniaya/2552710309782

Wan turut berbual bual dengan mama dan aunty adik Amira Afiqah di medium Facebook..Semoga adik Amira bersemangat kembali dari Trauma..


Salam. Terima kasih wan. Untuk makluman wan, FB amira tidak lagi dibuka oleh amira tetapi oleh kami (ibu/ayah & beberapa orang bapa serta ibu saudaranya) untuk pemantauan dan proses mendelete messages atau posting di wall yg agak ekstrim.

Oya...amira menerima friend request setakat ini melebihi 800 orang! dan maaf juga kami tidak dapat accept friend request tersebut atas isu keselamatan. Maaf sekali lagi kerana kami terpaksa delete semua friend request tersebut. Walaupun mungkin ada yg benar2 jujur mau berkawan atau ingin mengenali amira...tetapi bagi akak secara peribadi...enough is enough. Kami pun tidak mau nanti mereka dimalukan atau nanti keluarga akak hati panas bila membaca komen mereka di fb. Insya Allah kalau ada rezeki mereka mau berkawan dgn amira, mungkin di lain masa tapi bukan sekarang dalam keadaan yg agak kelam kabut.

Tolong ya wan, kalau ada yg bertanya maklumkan begitu.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kita sendiri.

Semoga anak-anak itu semua dirahmati Allah juga. Insya Allah. Amin.
Secebis perbualan dengan mama Amira


Bagi Wan segala yang terjadi ada hikmah dan ada pengajaran yang perlu kita telan.Hadam secukup cukup nya dan kunyah lumat lumat sebelum ditelan..."bahasa melambangkan Bangsa..Sebegitulah yang berlaku kepada Bangsa Melayu sekarang dek kerna kemodenan Dunia.


Dan ramai yang juga yang mula menunding jari terhadap ibu bapa dan menunding ke era era yang sebelum ini..Namun adakah dulu punyai medium medium seperti ini..laman sesawang..Isu Hacker , Isu fake , Isu surat berantai???Pernahkah dulu mempunyai kemodenan seperti ini..kenapa nak samakan dulu dengan zaman sekarang..Jenayah lampau dan jenayah masa kini berbeza beza.


Sehingga kehari nie kita disesatkan oleh kaum yahudi tanpa sedar..Semoga kehidupan kita dirahmati..Bagi semua yang menyokong Adik Amira Afiqah , sekalung ucapan Terima kasih dari Mama Amira untuk kalian...Tapi ingat..jangan lah korang lak yang nak wat isu melabel tukang komen di entri fake blog adik Amira sebagai manusia yang kejam..Jangan biarkan isu nie menjadi lebih besar..

Aib mengaib tetap salah dalam Agama..

"MATLAMAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA YANG SALAH"

peace

Isu Adik Amira Afiqah sebelum ini :

http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/isu-hangat-amira-afiqah-difitnah-gara.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/luahan-hati-keluarga-amira-afiqah.html
http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/isu-adik-amira-afiqah-telah-mendapat.html


Lain lain yang menarik


.Link





Friday, December 9, 2011

Isu adik Amira Afiqah telah mendapat perhatian dari Pihak Polis..



----------------100% disalin dari Blog uncle Amira Afiqah
Gambar dan nama pada printscreen dari Blog uncle Amira Afiqah telah dipadam bagi mengelakkan ke aiban berlaku..

"I used to brawl face to face with underage kids like me. it was reminiscing tho. but kids nowadays fight on the internet like a real thugs." twitter dari rakan saya, @hellioz666.

I could not agree more on this.

If it is not one of my favourite nieces, I will not spent half of my day today at the police station. But knowing she is an adorable niece and being an adorable uncle (ehem), I know I should be there for her.

The opportunity to drive to the new Ibupejabat Polis Kulaijaya is something that I shouldn't miss at all. Sebabnya, sejak ia dibuka pada Mei lalu, masih tak ada kesempatan untuk menjenguk rakan-rakan di sana terutama Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintenden Zulkefly Yahya.

Beliau sendiri berjanji akan memastikan kes ini akan diberi perhatian sewajarnya sebagaimana kes-kes lain iaitu mendapat penyelesaian. Itu komitment beliau. Terima kasih Supt Zul !



My adorable niece yang sangat jarang bukak facebook, Amira Afiqah pergi dengan her parents for their statement to be recorded by the Investigating Officer (IO).
Blog yang dimaksudkan secara jahat menggunakan identiti Amira Afiqah adalah di sini.


Individu yang menggunakan identiti Amira Afiqah dipercayai mencuri fotonya dari laman facebook. Lihat pada cara penulisan yang secara terang terang provokasi untuk mencetuskan kegusaran kepada Amira Afiqah. Motif sangat jelas.

Dan sehingga sekarang, Amira Afiqah masih trauma selepas membaca semua ugutan-ugutan jenayah. Dia masih lagi menangis ketakutan menyedari perbuatan individu ini.


And one thing that I still laughed eversince the news of an individual impersonating my niece reaches me last nite, was the comment by some of the underage children and some even from adults saying that - polis tak boleh buat apa apa sebab benda remeh temeh.

Tak apalah, mungkin mereka bercakap untuk menyejukkan hati yang resah dan gelisah.

Saya rasa, apa yang berlaku menimbulkan sedikit kegusaran kepada kita sebagai golongan dewasa.

Anak-anak kecil kita sudah pandai untuk menjadi thugs/gangster/samseng. Potensi yang mereka yang gambarkan melalui cara mereka memberi komen di blog menyamar itu sudah cukup merisaukan kita semua. Saya tak tahu jika ada yang tak bimbang, tapi saya pasti ada di kalangan kita yang bimbang.

Mungkin ramai akan berkata, dahlah biarlah bebudak kan. I will not blame the children in totality. But as i said, parenting. Ada yang menyalahkan internet yang membudayakan anak-anak mereka mudah maki hamun, ingin kelar muka, ingin bakar rumah dan banyak justifikasi yang defensif yang aku rasa sangat memualkan.

Biar saya tanya - siapa yang berikan mereka akses internet? Kedai runcit depan rumah sebab menang tikam? (i sound so old sebab cakap permainan tikam, yes I am old).

Ingin tahu betapa seriusnya masalah ini? Lihat komen di bawah ini oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Ia antara ratusan screen grab yang kami ambil selama berjam-jam semalam selepas mendapat tahu mengenai kewujudan blog ini. Ya, mudah untuk mendapatkan maklumat mereka.



Tak lama selepas itu, komen pelajar itu dipadamkan. Malangnya ia sudah dicapture terlebih dahulu.

Ini hanya sekelumit dari banyak lagi komen yang sangat membimbangkan dan ia datang dari kalangan remaja berusia awal belasan tahun.

Justifikasi bahawa ibu bapa tidak mengajar anak-anak mereka menjadi sebegitu rupa - is a lame excuse to avoid being responsible / accountable for their kids behaviour.

Hakikatnya, hari ini, ada kalangan ibu bapa lebih selesa untuk menyalahkan pihak lain apabila anak mereka menjadi rosak. Mereka lupa, di mana kawalan? Adakah cukup kawalan yang mereka gariskan dalam memastikan anak mereka tidak terjerumus kepada perkara perkara yang negatif?

Saya simpati sebenarnya melihatkan bagaimana anak-anak berusia 11 tahun, 12 tahun malah ada yang berusia 9 tahun dengan mudah menulis sial, fuck, mati kau, kelar muka kau dengan pisau dan bakar rumah kau.

Apatah lagi ada yang manis bertudung menutup aurat malangnya mungkin ibubapa mereka lupa untuk mengingatkan kepada anak-anak kecil mereka ini - menjaga aurat itu termasuk tidak mencaci orang lain. Tidakkah kita terfikir jika kita biarkan perkara ia berleluasa tanpa kawalan dan sedikit pengajaran, satu hari nanti, kefahaman bahawa tudung itu hanya satu hiasan buat wanita?

Saya sangat teruja untuk memaparkan komen komen berkenaan sebelum dipadamkan semalam, tetapi saya rasa mereka sudah belajar apa itu 'berfikir sebelum menulis.'

Apapun, ia adalah satu yang sangat gila. Sangat gila.

Satu lagi, adakah ibubapa anak anak yang datang memberi komen di blog ini dalam posting terdahulu terlupa untuk beritahu, jika kita bercakap dengan orang lebih tua daripada kita, budaya Melayu itu indah dan penuh dengan adab? Salah siapakah jika anak-anak kecil ini tidak beradab malah merasakan diri mereka tidak ada keperluan untuk menitipkan sedikit rasa hormat pada orang tua?

Hanya segelintir kecil yang masih tampak hormat dan ini tentunya hasil didikan yang baik dari ibubapa.

Apabila membaca komen komen kebanyakan mereka, saya bertanya diri saya: bagaimana agaknya anak anak kecil ini berinteraksi dengan ibubapa mereka di rumah? Adakah dengan memanggil nama sahaja? Hi Jamil. Hi Mastura, kalau ibubapa mereka bernama Jamil dan Mastura.

Saya minta maaf jika ada yang tersinggung tetapi berfikirlah secara terbuka, dan melihat bagaimana kita dididik dulu.Sama

Adakah ibubapa mereka akan menyalahkan internet jugak sehingga menyebabkan anak mereka menjadi begitu? Berapa jam anak anda duduk depan komputer melayari internet? Berapa jam anak anda bersama dengan anda berbual seperti sebuah keluarga yang siuman?

Jika anda menyalahkan pengaruh internet, ia bermakna tiada kawalan di pihak ibubapa dan membiarkan anak-anak belajar membesar dan erti dewasa melalui internet. Sebab itulah jadi apa yang kita lihat hari ini. Adakah kita lupa akan nasihat orang tua kita - yang baik dijadikan bimbingan, yang buruk dijadikan sempadan?

Salahkan diri sendiri sebab tiada censorship / control on your part.

Apapun, laporan polis sudah dibuat dan saya sentiasa yakin setiap laporan polis yang dibuat masyarakat akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa.



Kepada anda semua di luar sana, saya hanya mampu mengucapkan good luck manakala kepada individu yang bertindak mengwujudkan blog itu dan tinggal di ******, Johor Bahru, harap anda akan terus ketawa untuk hari ini. Nasihat untuk memadamkan blog sudah saya berikan sebelum ini tetapi anda berdegil. Good luck to you!

Dan nasihat saya kepada adik-adik di luar sana, janganlah bersikap seperti kita memiliki akhlak yang sangat rendah dalam meniti kedewasaan. Bagaimana kita ingin menjadi dewasa jika kita sendiri tak menunjukkan kita boleh dewasa dari tingkah laku kita?

Kepada ibubapa Haiziq Haiqal yang meninggalkan komen pada posting terdahulu, saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendidik Haiziq dengan adab dan sikap yang baik. Saya lihat hanya dia sahaja yang berhemah di kalangan rakan sebaya mereka di posting terdahulu.

Haziq seharusnya menjadi contoh kepada rakan sebaya lain.

Harapan saya, akan ada pengawalan yang lebih baik di kalangan ibubapa kepada lebih 1,500 anak-anak mereka yang meninggalkan komen sangat membimbangkan. Dan, jangan salahkan internet semata-mata. Punca masalah adalah dari kita sebagai ibubapa.


----------------100% disalin dari Blog uncle Amira Afiqah
Gambar dan nama pada printscreen dari Blog uncle Amira Afiqah telah dipadam bagi mengelakkan ke aiban berlaku..


entri sebelum ini..

Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.


Luahan hati keluarga Amira Afiqah mengenai fake blog yang mengutuk K-POP




Lain lain yang menarik


.Link




Tutorial Post Stories dalam profile korang kat Churp Churp..

.



Assalamualaikum...

Camne hari korang hari nie..Jangan lupa jawab salam Wan tu taw..hehehe..Hari tu Wan dah kongsi macam mana nak Follow Churp Churp member Kita yang ada Churp Churp nie kan..Kan Wan dah kasi taw Churp Churp nie dah macam Twitter..Tapi Churp Churp nie ada limit jugak kot nak post kat situ..Tak leh lah nak main main post something tu.Rasanya lah..Tapi Churp Churp nie lebih menyerupai Blog Dashboard korang..Korang leh tengok update..erm..Macam Twitter and Facebook jugak lah..Sama je semua tu..Korang post lah link blog korang yang korang rasa nak share tu..Sama macam nak ping Blog lah..Korang klik entri kat bawah nie untuk Tutorial cara nak Follow Churp Churp member korang.


-Tutorial Follow Churp Churp kengkawan


Bila korang dah Follow dan suruh lah kengkawan Follow korang gak..Wan baru sikit je yang follow..Tengok lah gambar kat bawah nie..dan kat anak panah kat dalam gambar tu lak apa yang Wan share..Tu untuk contoh yang Wan wat..Nak try tadi so letak lah entri sebelum nie..Sapa yang dah Follow Wan tu dapatlah tengok Update post Wan tu..ada tak???




Disamping tu kita leh gak borak borak kat situ , Kat bawah story yang kita shared tu..Sebab Applikasi nie disertakan dengan posting dari Facebook..macam kat dalam gambar bawah nie..Bila korang dah klik dekat anak panah macam dalam gambar kat atas tu..


Kalau korang nak try nie ..Jom tutorial

Mula mula korang kena lah follow or difollow oleh member churp churp korang dulu k..Law tak tak de lah orang nak tengok profile korang tu..ehehe..

Langkah pertama korang kena Log in Churp Churp korang..


Dan lepas tu korang dapat tengok kat page tu ada Read Story..Korang klik lah Read Story tu.macam kat anak panah dalam gambar bawah nie..Dan dekat kotak yang Wan kotakkan tu..Kat situ lah korang paste kan link korang..Contohnya link entri korang..



B
ila dah ..Korang klik lak Post..Dan nanti korang akan dapat lihat pop up macam kat bawah nie..Yang kat bahagian Tags tu pandai pandai korang lah nak tulis apa..ehehe..


Dan lepas tu submit...



Selesai...

Senang je kan..Selamat mencuba


-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik
-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog
-Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR
-Menabung dengan Churp Churp_satu hari RM0.20 pun dah cukup
-Satu Klik berlambak tabs ADS keluar
-Kenapa Income tak naik naik??
-Tutorial Follow Churp Churp kengkawan


Lain lain yang menarik

.



Thursday, December 8, 2011

Luahan hati keluarga Amira Afiqah mengenai fake blog yang mengutuk K-POP

.


Assalamualaikum...

Masih lagi tak habis pasal Blog fake adik Amira Afiqah Masih hangat lagi kan isu tu..Dan masih ramai lagi yang tak tahu Blog tu adalah Fake..Bila dah tahu baru nak ternganga..Entri kat bawah nie membongkar semua tentang adik Amira Afiqah.Bacalah kalau korang belum baca.




Jujur Wan cakap...Kat dunia nie memang bermacam ragam manusia..dan kadang kadang kita tak sedar sapa lawan dan sapa kawan kita ..Sampaikan yang kita anggap kawan pun turut menjadi musuh dek hasutan ngauman Syaitan yang bertahta dihati mereka mereka semua..Ketika nie Wan rasa tension sangat....Kalau difikirkan Wan bukan lah artis malahan tak terkenal pun..hmm..Semoga segala nya berjalan dengan lancar dan baik baik saja..Amin..


Manusia akher Zaman kan..Sekecil Zarah pun boleh menjadi api..Adik Amira Afiqah kita nie lagi teruk bencana yang dia lalui..Skang barulah Wan tahu siapa lawan dan siapa Kawan..Sekuat mana pun kita pertahankan sesuatu yang betul sederas tu jugaklah bahang yang patut kita tempuhi..Liku kehidupan bukan sekadar banyak cabang malahan dicampuri onak duri..




Kat bawah nie Wan salin dari luahan hati keluarga Adik Amira Afiqah nie..Kat atas tu print screen komen keluarga Amira Afiqah nie kat entri yang sebelum nie.Bagi sesapa yang tak leh nak baca kat dalam gambar tu..korang baca lah kat bawah nie..


Assalam Hi Wan..tq very much for ur kindness dear..For ur information..Amira afiqah ni ramai sgt kwn n xde musuh rasenye..n kami as aunty n uncle harusla ambil tindakan walaupun beribu2 yg komen kat situ..Polis kata ini adalah jenayah Siber and x salah mmg ada akta utk kesalahan tersebut termasuk jenayah juvana..her uncle knows well about undang2 thats why kami amek tindakan n yg komen pun kira bersubahat n akan ambil tindakan kpd yg ade unsur ugutan dan kencaman...Curi gambar,fake id smua tu...Ksian pd Amira,rase nye dia PEMINAT Kpop...bkn benci kpop..tu yg kami sekeluarga terkejut..dia pn jarang berfacebook ape lagi berblog ni..lgpun buang masa kan berblog ttg Kpop je pun..

Anyway,Wan n all ur frens..Allah saje dpt membalas jasa baik kamu...Kami telah mmbuat laporan polis dan siasatan telah dilakukan dan Ip address telah dikenalpasti..Juga Solat hajat petunjuk dr Allah utk Insan yg difitnah dan teraniaya...doa org teraniaya InsyaAllah dimakbulkan Allah..Wallahualam..Sesungguhnya mengaibkan sesama insan SubhanaAllah...skali kite mengaibkan,10 kali Allah akan membalas aib itu kpd kite yg melakukan..Wallahuallam..SubhanaAllah...tq tq tq...Assalam


So bagi sesapa yang ada Wat ugutan dan komen kat FB atau entri dia tu Wan pun tak taw nak jadi apa kat korang..Pandai pandai lah korang selesai kan..Setiap yang terjadi ada hikmah..Kita mampu belajar dari pengalaman.Sebab semua tu lah yang mencorakkan kehidupan kita..Perkara nie boleh selesai dengan budi bicara yang baik...Semoga semua pihak bertimbang rasa..


S
ebab tu lah orang kata cakap siang pandang pandang , cakap malam dengar dengar..Semoga segala nya dijadikan tauladan dan pengajaran..


Walau macam mana pun korang cabut paku yang ada didinding tu,kesan paku tu tetap ada...

"MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA YANG SALAH"


Yang baik tu datangnya dari ALLAH dan yang buruk tu datangnya dari diri Wan sendiri



Lain lain yang menarik

.



Wednesday, December 7, 2011

Isu hangat : Amira Afiqah difitnah gara gara isu K-POP di sebuah Blog yang menyamar sebagai Amira.

.

Assalamualaikum...

Apalah nak jadi ngan dunia nie kan..Kadang kadang terfikir gak..Dunia Blog ada peraturan yang perlu kita tahu dan ambik tahu..Bukan main hentam je..Mula mula Wan rasa kesian sangat kat adik Amira Afiqah nie..Tak tahu lansung mengenai bencana nie tetapi ramai yang lontar kecamuk isi hati yang berbau hanyir tanpa berfikir setanak tanak otak..Rasanya kalau korang pun mesti rasa hairan tetiba je korang kena serang akibat dari perbuatan orang lain..Kawan makan kawan sekarang nie makin berlambak...



Maaf mengambil tanpa meminta kebenaran..Wan cuma nak bukakan mata ramai pihak..Kalau benda nie berterusan alamat nya Melayu akan hilang dimuka bumi..Kalau korang dapat lihat kat wall adik Amira Afiqah mungkin korang dapat lihat kata kata cacian dalam Wall adik Amira Afiqah , kesian tak..Ada yang serang terus terusan tanpa berfikir kita nie se Agama..Sebab tu orang kata dan ramai sangat yang kata..Wanita bertudung nie lebih hipokrit dari yang tak bertudung..Lelaki pun sapa..Sembahyang je lima waktu tapi topik kutuk kutuk dia lah nombor satu.Skang sapa nak salahkan sapa..Walaupun ramai yang tak macam tu.Ingat kerna "nila setitik rosak susu sebelanga".Lepas nie orang nak hentam Wan lak..Tak pe Wan wat nie pun nak buka kan mata ramai pihak je..Tak kisah lah kalau lepas nie orang nak hentam Wan..Orang kata.."terlajak perahu dapat diundur , Terlajak kata??"..


Skang baru korang nak ternganga kan..Pak cik Amira Afiqah nie nak saman korang semua..Kan dah susah sendiri..Kutuk lah lagi kutuk sangat sangat ..Pasal K-POP pun nak marah sangat..Padahal ramai lagi yang buat hal kat dunia Blog nie korang tak kutuk lak..Yang post gambar dengan pakwe dengan mak we..Padahal belum kawen lagi korang tak kutuk lak..Mana agama korang??yang betul tak nak tunjuk yang salah nak sangat ikut..Fitnah dunia ..fitnah dajjal..


Wan tumpang simpati dengan adik Amira Afiqah .Hope lepas nie perkara nie tak kan terjadi lagi kat dunia Blog nie..Korang semua adik adik abang abang kakak kakak bloger kena ingat dalam dunia teknologi , dalam dunia blog nie ada akta yang perlu korang ikut..Wan sebagai tenaga pengajar membina laman blog dah berbuih mulut kasi taw tapi tak diguna pakai kan..


L
agi satu yang suka aib aib kan orang nie lah yang patut disaman..Sapa yang sebarkan Blog fitnah adik Amira Afiqah walaupun bukan adik Amira Afiqah nie yang Wat..Yang sebarkan Profile Facebok adik Amira Afiqah sebab sengaja nak kengkawan dia kutuk adik Amira Afiqah..Korang tu yang patut kena saman..K-POP punya pasal pun nak jadi camtu.. Agama korang kena main buat dek je...Ingat sikit Agama korang...Ada batas dalam agama..Islam pegangan hidup..Post dekat Wall facebook macam kuat sangat agama tapi bab nak kutuk orang hilang semua Agama kan..


K lah korang .. Malas nak cakap panjang pasal nie..cepat cepat lah korang semua minta maaf kat adik Amira Afiqah nie..sebelum semua nya terlambat..Dosa sesama manusia hanya manusia je yang boleh maafkan..


Papai

Lain lain yang menarik

.



“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

.
Klik banner untuk terus ke blog penganjur
6 Dec - 31 Dec

Assalamualaikum...

Hai korang kali nie Wan nak join lak kontes nie..hadiah paling pergh memang pergh..nak Wat camne memang gempak giler lah hadiah nie..Dan juri yang mengadili kontes nie amcma biasa lah Encik random..So kalau ade rezeki Insya Allah boleh dapat salah satu hadiah dari sponsor yang berlambak lambak tu..

Kat bawah nie Wan sertakan cara nak join kontes nie k.


----------------100% disalin dari blog penganjur



SYARAT / PEMBERITAHUAN UMUM :
  1. Terbuka kepada followers blog Saya Suka Menaip ini. Tidak kira lelaki atau perempuan.
  2. Wajib mempunyai blog, bergelar blogger.
  3. Tak perlu tag kawan-kawan untuk join, cukup sekadar promote aje.
  4. Pemenang akan dipilih secara random.
    WAJIB patuhi semua syarat.
BAGAIMANA MENYERTAI ??

1. Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

2. Letak banner giveaway dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, korang pergi COPY BANNER TU KAT SINI.

3. Letak link sponsors dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, untuk copy link kat bawah, korang perlu select link-link kat bawah dan tekan Ctrl + C

4. WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!

5. Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.

6. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.

7. LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di sini - https://www.facebook.com/nisamenaip

8. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas.




Giveaway berlangsung dari 6 DISEMBER hingga 31 DISEMBER





----------------100% disalin dari blog penganjur



Tutorial Photography : Fatwa Sesat dalam Photography

.


--------100% disalin dari Ejad Fotopoyo


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini aku nak kongsi beberapa fatwa sesat yg telah aku dengar drpd pelbagai golongan photographer.

  1. Jangan guna kitlens utk shoot macro, nanti lens boleh rosak. Kita mesti guna lens macro utk shoot macro
    • Hebat! Lens tu sgt intelligent sampai dia boleh tau kita tgh shoot apa. Gila kentang!


  2. Bila gambar gelap je, naikkan ISO - sifu Bulb
    • Usik la shutter speed & aperture dulu bang. Unless kalau mmg nak efek grain/noise, boleh lah.


  3. Gambar bunga pd dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan - sifu Bulb
    • Gambar bunga tu digunakan kalau kita nak shoot macro atau close up la. Ape plak kena mengena dgn hutan?


  4. Jenama 3rd party (Tamron, Sigma, Tokina) tak bagus, cepat rosak. Gunakan brand yg original utk lens dan flash, baru tahan lama dan gambar lebih lawa - group jurufoto Facebook
    • Dlm group di facebook, group Jurufoto, ada 1 guy ni post, lens sigma dia rosak, dia tanya nak hantar repair kat mana since lens tu dah tamat warranty.
    • Then dgn confident nya ada la mamat lain reply;
      "Lain kali jgn beli 3rd party, cepat rosak. Beli brand yg original, baru la tahan lama"
    • Kalaulah 3rd party brand tu tak bagus dan cpt rosak, camne diorang boleh bertahan lama dlm industri?
    • Guna brand original, gambar lebih lawa? Ha ni sape ajar nih?
    • Setiap brand, coating lain-lain. Lawa tak lawa tu pulak subjektif pd yg melihat.
    • Andaikata aku upload 2 gambar yg sama, tp menggunakan lens yg berbeza, 1 original (Nikkor/Canon) dan 1 lg 3rd party, boleh ke dgn mata kasar anda tu, anda jwb gambar tu diambil guna lens apa? Boleh?
    • Just because anda ada bad experience dgn 3rd party brand pd 1 masa dulu, anda tak boleh buat kesimpulan mcm tu.


  5. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR - sifu Bulb
    • Lebih power camne tu? Ce cite ce cite
    • Megapixel utk kamera compact tak boleh di compare dgn DSLR, kerana masing-masing mempunyai saiz sensor yg berbeza.
    • Sepertimana DSLR 12MP APS-C dgn DSLR 12MP Full Frame, walaupun sama-sama 12MP, tp disebabkan full frame mempunyai saiz sensor yg lebih besar, so lebih detail, tak sama dgn APS-C.


  6. Makin tinggi megapixel, gambar makin sharp
    • Fatwa ni antara yg terfeymes. Ramai berpendapat semakin tinggi MP, gambar semakin sharp.
    • MP (megapixel) hanya berperanan dlm menentukan saiz gambar.
    • Semakin tnggi MP, semakin besar saiz/resolution gambar tersebut, TAPI semakin besar tak bermakna ia semakin sharp.
    • MP yg tinggi berguna jika anda nak crop gambar tu tanpa nmpk pecah/pixellated, serta printing yg lebih besar.
    • Sharp atau tak, depends pn lens yg digunakan - focal length, bukaan aperture, serta setting dlm kamera utk sharpness.
    • Kalau guna kamera 800MP sekalipun, lps tu guna lens 50mm F1.8 pd aperture f/1.8, soft jugak gambar tu.


  7. Pro ramai guna Nikon. Canon tak bagus, sbb dia baru masuk industri kamera
    • Brand war adalah debat yg takkan setel sampai kiamat.
    • Statement yg datang drpd fanboy Nikon. Dia kata dah guna Nikon 10 tahun, sejak zmn filem lagi.
    • Then dia kata ramai pro guna Nikon sbb Canon ni baru je menceburi industri kamera.
    • SERIOUSLY?? Canon baru dlm industri kamera???
    • Ye ke pro byk guna Nikon? Semua brand sama-sama fight la. Statistik mana yg tunjuk pro byk guna Nikon, meh kasi tunjuk kat aku.


  8. Lens prime 35mm F2.8 ketinggalan zaman, tak bagus. Skrg org gunakan kitlens 18-55 - sifu Bulb
    • 35mm F2.8 tak bagus? Hoih, tu antara wide lens terhebat masa zaman full-frame analog, dgn hasil yg sgt sharp dan distortion yg sgt minimal.
    • Lps tu, bila kita nak compare something, biar ada genre. Bagus/tak bagus dari segi apa, bukan main belasah je ckp bagus/tak bagus.
    • Contoh - Lens 300mm F2.8 bagus utk sport, tp tak bagus utk shoot indoor wedding


  9. Shutter speed memainkan peranan dlm penghasilan bokeh
    • Apa plak kena mengena dgn shutter speed nih?
    • Bokeh ialah hasil drpd DOF yg sempit, yg mana disebabkan oleh aperture.
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/bokeh.html


  10. Kalau lens tu takde VR/IS, gambar confirm blur sbb gegar
    • Kalau mcm tu, org-org lama yg guna lens without VR/IS tu semua gambar gegar la?
    • VR/IS tu mechanism utk MENGURANGKAN risiko gegaran, bkn MENGHILANGKAN.
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/mari-belajar-fotografi-11-shake.html


  11. Kamera akan cpt rosak kalau selalu tukar lens
    • Kalau fatwa ni betul, dah lama dah kamera aku jahanam.
    • Kalau kita ni jenis yg gelojoh, jgn kata tukar lens, masa tukar bateri atau memori kad tu pn boleh menyebabkan kamera rosak.


  12. Org yg gantung DSLR kat leher tu nmpk cool!
    • Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
    • Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.
    • Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.

      PS - aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun :(


  13. "Gambar saya tak lawa sbb original, tak edit"
    • Biasa jwpn ni diberi oleh budak baru yg tak reti edit dan gambar tak lawa.
    • Bila org kritik/komen skit, ha tu lah jwpnnya.
    • Persoalannya, kalau edit, confirm lawa ke gambar tu?
      http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/02/editing-satu-kewajipan.html


  14. Kalau guna DSLR, gambar confirm cun!
    • Means in contrary, kalau guna kamera selain DSLR, gambar confirm tak cun la?
    • SKILL + KNOWLEDGE la bang. Sendiri mau ingat.


  15. Penggunaan filter dpt menghalang penumbuhan fungus
    • Filter - efek (CPL, ND, Color Filter), melindungi elemen hadapan lens
    • Fungus - tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi
    • So, mcm mana plak penumbuhan fungus yg disebabkan oleh kelembapan tu boleh dihalang dgn memakai filter yg tujuannya takde kena mengena langsung dgn kelembapan?


  16. Bokeh itu BULB - sifu bulb
    • Aku - "Bokeh tu ape eh?"
    • Sifu bulb - "Bokeh? Oh, ni bokeh" (sambil menunjukkan setting shutter speed BULB pd kamera beliau)
    • Aku - "Erk? Ye ke? Mcm langsung takde kaitan je"
    • Sifu Bulb - "Betul la bokeh tu bulb. Aku tak tau la fakulti kau ajar guna term apa, tp fakulti aku guna bulb"


  17. Kamera akan cepat rosak kalau selalu guna format RAW

    • Ni pun takleh blah gak. Meh aku story skit mcm mana penghasilan gambar itu berlaku, dari saat anda menekan shutter sampailah gambar tu disimpan dlm memori kad. Jika aku salah, tolong betulkan.
    • Setiap kali gambar diambil, originally formatnya adalah RAW (tanpa sebarang pemprosesan)
    • Kemudian, kamera akan check setting kita, sama ada kita pilih RAW atau JPEG
    • Jika kita pilih format RAW, maka gambar RAW itu tak akan diproses apa-apa, terus disimpan dlm m.kad
    • Jika kita pilih format JPEG, gambar RAW kita td akan dimasak mengikut 'ramuan' megapixel, sharpness, contrast, saturation etc etc, then disimpan dlm format JPEG di dlm m.kad
    • So technically, setiap snap, jadi ke tak jadi, OE ke UE, blur ke sharp, adalah RAW.
    • Dan dari RAW lah ia jadi JPEG. Bahan mentah (RAW) mesti wujud dulu, barulah ada makanannya (JPEG).
    • Kalaulah fatwa ni betul, means mmg kamera kita confirm akan rosaklah!


  18. Gambar Canon lebih sharp drpd Nikon (salah 1 drpd cabang Brand War)

    Awak, awak guna Canon & prime 50mm, lepas tu compare sharpness dgn Nikon & kitlens 1855, hilang akal ke apa?

    Plus, berapa sharp ko nak? Sampai luka mata tgk gambar ke?

    Dah teracun dgn Canon punya 'sharpness', dia pun jumpshiplah ke canon.
    Lepas tu bising gambar tak sharp mcm member, sbb guna kitlens je.

    Lain kali kalau nak compare, sama-sama la body APS-C/FX, guna lens yg sama, baru fight.

    Kalau korang masih nak fight mana bagus antara Nikon ke Canon ke kamera enset ke ape ke, lantak koranglah.

    Kami photographer yg bertauliah ni kerja kami senang je - we let our pictures do the talking.


  19. Lens 70-200 F2.8 lebih sharp drpd kitlens 18-55


    Ok, first of all, its a stupid comparison.

    Kitlens ialah antara lens termurah dan termudah yg kita dpt masa beli DSLR.
    While lens 70-200 F2.8 pulak adalah portrait/wildlife/sport lens yg berharga at least RM4000 (3rd party) dan RM6000 ke atas (original manufacturer).

    Range pulak tak sama: 1855 covers landscape and mid-range zoom, 70-200 pulak cover telephoto zoom.

    So, kedua-dua lens ni mmg tak boleh nak dicompare, sbb range, kegunaan, harga, semua tak sama langsung.

    2nd, komen ni berlaku pd gambar landscape. Bukan niat nak mengutuk mereka yg ada lens 70-200, tapi kalau korang rasa betul-betul hebat sgt dgn lens yg besar bagak tu, mai kita outing landscape, aku bwk kitlens, kau bwk 70-200, ok?

    Duh, kalau ye pun nak kutuk kitlens, compare la dgn lens yg sama range, mcm Tamron 17-50mm F2.8 ke, Sigma 18-50mm F2.8 ke. Ada pergi compare senapang gajah dgn pistol air.

    Tambahan: majority gambar aku diambil guna kitlens. Kalau korang rasa kitlens tak sharp, tu bkn salah kitlens, tu salah diri sendiri yg masih belum mahir dlm asas photography. Jgn asyik nak salahkan tools je. Practice makes perfect.


  20. Mode BULB boleh merosakkan lens

    A'ah, especially jika lens tu tiada VR/IS, dan itu wide lens, ia akan cpt rosak jika mode Bulb digunakan.

    WAKLUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

    Dey, bulb tu shutter speed dlm body kamera. Apehal boleh kasi lens rosak lak?
    If sensor rosak tu mcm logik la sikit, sbb jika mode Bulb tu lama sgt, sensor boleh jadi terlalu panas, tapi kemungkinan ini sgt jarang berlaku.


  21. Guna ISO tinggi boleh buat kamera rosak

    Ish, semua benda boleh buat kamera rosak. Jgn main kamera lah!


  22. "Gambar mana leh rotate, tu pun kira edit jugak. Lomo mana leh edit"

    Apakah yg cuba nak disampaikan sebenarnya nih? Hahahaha!
    - SosTiram: Bob


  23. Penggunaan macro filter seperti Raynox boleh merosakkan autofocus kamera
    * added on 7.16am 23 Aug 2011


    Ha'ah, boleh rosak. Bukan autofocus je, flash aperture memori kad semua rosak sekali.
    Duhhh! Common sense la adik abang kakak sekalian.
    Habis tu kalau macro filter dipasang pada body SLR filem yg manual focus, manual focus pun akan rosak jugak la?


  24. Sensor rosak bila guna reverse lens - dipetik dari group Saye Fotografer Baru Belajor!
    * added on 8.42am 09 Sept 2011


    Aih aku hangin betul la dgn budak bajet sifu ni. Kejadah pe sensor rosak? Kau mount reverse lens tu sampai langgar sensor ke? Duhhhhh!


  25. Kalau nak shoot gambar panning, kelajuan subjek mesti sekurang-kurangnya 100 km/h. Kalau tak, nanti gambar blur.
    * added on 7.31pm 01 Nov 2011


    Ajaran ni diberi oleh seorang budak-bajet-sifu dlm event MotoGP baru-baru ni. Dia pakai Nikon D700 + 70-200mm F2.8 + monopod. Terus-terang la aku cakap - BODOH. Ingat pakai D700 tu hebat la? Kalau tak tau tu diam-diam sudah la, takyah la nak bajet hebat.

    Kalau asas shutter speed kau tu kukuh, even orang tgh berjalan pun kita boleh panning. Ada paham?


Kenapa diwujudkan topik fatwa sesat ni?
Sebab aku tak sanggup melihat budak-budak yg baru join photography ditipu hidup-hidup oleh rakan taulan yg mereka anggap sbg SIFU tapi bg maklumat yg salah.

Ada yg panas & terasa? Siapa yg terasa, inilah masanya utk anda membetulkan semula ajaran yg dah silap tu.

So jika anda ingin berguru, memanglah kita pun tak sure segala maklumat yg diberikan tu betul, tapi jika ada benda yg boleh fikir common sense, please, fikir sikit. Jgn telan je bulat-bulat.

Sifu ke master ke, mereka still manusia, aku pun manusia yg tak akan lepas drpd membuat kesilapan. Tapi jgn lah ikut je cakap tu bulat-bulat. Kita hidup di zaman yg serba canggih, internet boleh di access melalui handphone. So rajinkan diri meng-google, buat homework sikit, ok? Guna common sense tu betul-betul.

Dan pesanan bg anda yg merupakan trainer atau tenaga pengajar dlm bidang ni, termasuk aku sendiri, tak semua benda kita tahu. Andai ada someone tanya aku psl underwater atau wildlife photography, mmg aku zero dlm genre ni.

But instead of memberikan jwpn yg ntah hape-hape, aku ckp je yg aku tak tau, sila tanya pd mereka yg lebih arif.

So kalau tak tau, ckp je tak tau. Takyah malu. Baik malu tak tau drpd malu sbb kantoi bg ajaran sesat.

Sekiranya anda merupakan seorang photographer yg prihatn, sebarkan artikel ni supaya tiada lg mereka yg bakal disesatkan oleh seafood/siput yg tak bertauliah.

Jika anda pun pernah dgr apa-apa fatwa yg meragukan atau menyesatkan, sudi-sudilah share kat sini ye.

Yg poyo & tak berapa sesat,
Ejad Fotopoyo

--------100% disalin dari Ejad Fotopoyo


-Teddy pun comel kalau nak belajar Photography
-Tutorial Photography : Brand DSLR yang mana paling baik untuk dibeli
-Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR
-Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity
-Tutorial Photography : Shutter Speed
-Tutorial photography : apa itu "Aperture"
-Tutorial Photography : macam mana nak ambik/snap gambar "Candid"
-Tutorial Photography : Belajar "bokeh" atau blur blur
-Tutorial Photography : Belajar dan kenali "Rule of Third"
-Tutorial Photogrpahy : Ketahui cara ambil gambar sukan
-Tutorial Photography : Kenali Tripod_kepentingan dan jenis
-Tutorial Photography : Cara ambek gambar Sunset
-Tutorial Photography : Light Painting / Light Graffiti / Lukisan malam
-Tutorial Photography : ambil gambar waktu malam
-Tutorial Photography : Singakatan yang sering digunakan
-Tutorial Photography : Editing gambar dalam Photography boleh ke??


So ada tak yang terasa dan ada tak yang pernah jumpa dengan Otai yang salah dan ada tak yang bajet Otai..Renung renungkanlah..


Lain lain yang menarik

.