Friday, June 28, 2013

Kita jua bakal jenazah

.


Assalamualaikum..

Seawal pagi saya dikejutkan
Dengan berita kematian ayah sahabat
Suasana tenang
Mendung
Silau mentari pun tak kelihatan
Seperti langit sedang bersedih

Tiba di sana saya masuk.
Saya ambil tempat berhampiran jenazah.
Tak lama lepas tu anak jenazah datang duduk sebelah saya.
Dengan mata basah.
Saya bersalaman dengan dia.
Ada sendu bersisa.
Saya raikan. 
Mata merah menahan duka
Kuat nya budak nie bisik hati saya
Atau mungkin air mata telah kering sejak subuh tadi
Saya duduk diam
Mulut bisu tanpa bicara 

Bacaan Yassin mula berirama sendu
Sungguh  ..
Tatkala merenung baringan jenazah
Hati mula tertanya tanya
Adakah nanti pemergian diri
Akan setenang hamba NYA yang soleh.
ALLAH
Saya nak syurga.. :(
Saya nak pergi setenang kekasih MU
 
Perancangan Allah itu sangat rahsia.
Kita datang di luar pinta kita.
Mungkin dengan doa ibu bapa.
Tapi semuanya atas izin DIA.
DIA yang mahu kita hidup atas dunia.
Dan bila bila masa.
Kita akan balik jumpa DIA.

Semoga kita yang masih hidup bisa buka mata.
Ambil pengajaran.
Terima mesej ALLAH.
Bahawa mati itu pasti.
Ia akan tiba.
Bila bila.
Semoga perginya kita nanti dengan banyaknya bakti.
Biar langit menanti.
Biar bumi setia menangisi. 

Semoga bertambah taat.
Semoga jauh daripada maksiat. 



ALLAH..
Kematian itu memang pasti
Tapi kita tetap bersahaja 
Kenapa??



.



Tuesday, June 25, 2013

Andai awak tahu

.



Assalamualaikum


Hari ini bermula dengan hujan.
Sejuk.
Menyenangkan.
Saya mengambil ruang di suatu sudut.
Melepaskan kepenatan.
Penat dengan rasa.
Kesakitan menyerang teras kepala
Migrain

Hujan

Kadang hujan banyak ingatkan tentang kenangan lama
Semakin saya nak lupa semakin tu ingatan menjadi makin kuat
Aneh kan

Saya masih ingat peristiwa itu.

Suasananya masih segar dan dekat dalam ingatan.


Masa tu saya hantar awak balik

"Wawa .. nanti kita beli rumah , kereta vios sebuah.. ok tak? "

Awak iye kan je ..

"Kita ambik rumah yang paling hujung nanti leh renovate "

Awak senyum ..
Saya tak tahu apa dalam fikiran awak
Sebelum nie pun awak ada mengadu mengenai hubungan kita.
Saya kata

"Kita usaha sikit lagi , Kita doa "

Awak diam.. Sepi ..
Perlahan suara awak

"Insya ALLAH.. Saya sedang usaha.. "

Masa berlalu.
Sangat cepat
Awak kata awak perlu masa
Saya beri awak masa
Banyak sangat perubahan kat awak
Usahkan hendak bercakap
Bertemu pun umpama menunggu hujan sepanjang kemarau

Bulan berganti bulan
Tak terdaya dan upaya untuk saya jaga.
Saya berdiam
saya pertahankan
Saya usaha
hakikat nya tetap sama

Hari jadi awak hampir tiba
Saya tekad persiapkan semua
Masa tu baru saya sedar.
Wang ringgit bukan lah lambang kebahagian.
Saya persiapkan semuanya
Tempah tempat untuk kita makan
Dan rancang akan ajak familly dan kawan kawan kita datang

Awak tahu tak ?
Saya nak melamar awak .
Saya tak nak hilang awak
Pilihan yang saya buat bukan saja saja
Saya mohon dalam isthikarah
Saya mohon petunjuk ALLAH
saya melihat awak  di balik istikarah
Saya  sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur
Gembira kerana saya bakal memiliki zaujah yang hebat

Tapi ...

Belum sempat saya nak rasa kebahagian
Belum sempat saya buat kejutan
Rupa nya saya yang mendapat kejutan terlebih dahulu




Awak pergi tinggalkan saya
Tinggal tanpa pesan
Tinggal tanpa saya tahu apa kesalahan saya

Mungkin ini perancangan ALLAH
Saya redha
Saya tak cukup kuat untuk semua ini
ALLAH lebih sayangkan awak
ALLAH berhak ke atas awak
Saya sayangkan awak
Tapi sayang saya tak dapat dibandingkan dengan sayang ALLAH
ALLAH ambil awak dari saya
Saat saya rasa sinar kebahagian


Hari nie awak muncul lagi dalam ingatan saya
Andai saja awak tahu rasa ini
Pasti awak tahu setinggi gunung tak dapat menyamai rindu ini
Saya redha dan bersyukur
Kerna perancangan ALLAH itu yang terbaik

Alhamdulillah.
Ucaplah berjuta kali.
Takkan pernah dapat menandingi.
Apa juga nikmat yang DIA beri.
Yang DIA telah beri, sedang beri, dan akan beri.

Dalam hati ini punya banyak rahsia.
Dan rahsia itu akan selalu tersembunyi tanpa ada yang ketahui.
Melainkan DIA.
Kerana pada tiap rasa kerana pada tiap ketika.
DIA yang pertama kan tahu.
Tahu tentang semuanya. Apa saja. :')





ALLAH

Aku mahu katakan sesuatu lagi sebelum aku berhenti kali ini
Terima kasih kerana menitipkan dan pinjamankan dia seketika buat ku sepanjang perjalanan
Malah biar jasad dipisahkan jauh dari jasadku di jalanan ini hingga kau biar ku sendiri.

Bersabar itu payah, namun sedikit mudah berbanding redha. Benar?







Kisah rekaan :(
Andailah semua boleh selami rasa :(

.






Monday, June 24, 2013

Dalam dakapan Rasullullah

.



Assalamualaikum..

Puasa tak hari nie?
Kalau puasa
Alhamdullillah
Untung untung leh dapat rahmat ALLAH
Tu janji ALLAH
Janji ALLAH tu pasti
Insya ALLAH kalau semua kerna ALLAH
Dan Insya ALLAH kita semua dipertemukan dengan Ramadhan.


Sendiri lagi malam tadi
Tatkala ramai mata yang terlena
Terfikir
Saat merintih pada ALLAH
Alangkah indahnya menjadi sahabat Rasullullah

Saat bersedih dalam dakapan Rasullullah
Menangis dihadapan Rasullullah
Cemburu dengan sahabat sahabat Rasullullah
Cemburu dengan insan sekeliling Rasullullah

Nak tahu bagaimana pujukan Rasullullah
Nak rasa bagaimana dakapan Rasullullah
nak tahu nasihat apa yang Rasullullah akan beri
Nak tahu zikir apa yang Rasullullah akan dendangkan
Nak tahu Ayat Al Quran mana yang Rasullullah akan berikan
Saat hati ini menangis.
Saat dunia bertindak kejam.
Rindu Rasullullah

Pernah jugak saya doakan macam nie

"Ya ALLAH sebelum aku dimasukkan ke mana mana pintu pembalasan Izinkan aku mendakap kekasih MU Nabi Muhamad S.A.W"



.



Sunday, June 23, 2013

Persiapan Perkahwinan

.



Assalamualaikum..

Cepat kan masa berlalu
Kalau ada yang tanya lagi bila nak kawen
Rasanya saya tak nak jawab dah

Sebelum tu nak tanya nie
Pernah tak kalian hadapi perkara macam nie
Korang ada crush 
Korang minat kat seseorang nie dalam diam
Atau pun korang ada sesorang yang korang anggap kawan
Atau seseorang yang korang kadang kadang je ambik peduli

Dan lepas tu seseorang tu update status

"Alhamdullillah , dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri/suami dia"
"Syukur , Dah kawen "
"Aku sah menjadi milik mu"
"Persiapan Perkahwinan"

Dan masa tu baru lah korang rasa
Rupa nya korang benar benar sayang dan cintakan seseorang tu
Dalam tanpa korang sedar..
Namun hakikatnya dah terlambat..
Pernah tak ??
Jujur?

Kan.. lambat sangat sedar.
Tapi semua nya ada hikmah..
Mungkin ada yang terbaik untuk korang.

OK..
Persiapan perkahwinan nie cuma tajuk je
Saya belum lagi nak kawen..
Calon pun belum ada . :)
Saja nak suprise ..
Nak gembirakan hati sebenarnya ..


Cinta
Bagi saya mudah
Sekali kau lafaz cinta
Biar ia bersama ALLAH
Pilihlah dengan istikharah
Jika benar
Maka luahlah
dengan redha ibu dan ayah

Pastikan masa tu kita dah betul betul bersedia
Umur dah cukup untuk bercinta
saya tak galakkan pun orang bercinta melebihi cinta ALLAH
lebih lebih lagi yang masih bersekolah

Sebenar nya persiapan perkahwinan nie
Persiapan kita melengkapi diri dengan agama
Cari cinta ALLAH
Cari agama


Kadang kelakar.
Saya sebenarnya tak suka orang tanya benda macam gini.
Semakin saya tak suka semakin kerap saya ditanya.
Tapi bila orang tua yang tanya takkan saya nak balas jahat jahat pulak kan.
Lagipun saya tau tentu semua orang sebaya dengan saya pun dah banyak kali ditanya macam gini.
Tentu kawan kawan saya pun dah biasa diusik dengan perkahwinan.
Kan best kalau kita jumpa tu sembang pasal perancangan masa depan.
Apa nak buat lepas nie.
Macam mana perancangan nak cari duit untuk kawen.
Bercakap pasal iman nasihat bla bla.

Itu lagi best.
Sebab bila kita faham agama tentu insya ALLAH kita akan seimbangkan semuanya.
Perkahwinan pun merupakan satu tanggungjawab.
Untuk teruskan perkembangan zuriat.
Bila faham agama
Insya ALLAH akan lebih banyak buat persediaan untuk berkawen ni.
Tak nak nanti nak kawen je beria ria.
Tapi apa benda pun tak tau.
Semua nak harap ayah ibu.
Kesian ke isteri kesian ke anak anak.
Kan kan kan.


Makin saya elak bercakap pasal kawen
Makin banyak memerlukan saya berfikir tentang ia sebenarnya.
Maha Suci ALLAH yang lebih tahu tentang segalanya.
Yang lebih hebat perancangan NYA.


kalau ada yang bertanya lagi
Tak nak cari calon lagi ke?

Tungggulah nanti kalau ada pertandingan cari jodoh kat sarawak . 
Baru la syok nak join.


hahahahahhaa
Sebenar nya tak nak




.