Monday, December 31, 2012

Dekat dengan ALLAH

Assalamualaikum...

Jika diperhatikan dalam dunia nie semua akan menyangka yang bergelar ustaz itu pasti terlalu dekat dengan ALLAH.. Sebenar nya tidak.. Nak dekat dengan ALLAH tak perlu berkopiah, tak perlu berserban , tak perlu berpurdah dan tak perlu bergelar ustaz mahupun ustazah..Cukuplah sekadar kita menjadi yang soleh dan yang solehah.. Dekat dengan ALLAH dinilai berdasarkan jiwa nya yang dekat dengan ALLAH sekalipun dia seorang yang biasa.. Patuh perintah ALLAH jauhi larangan ALLAH .

ALLAH lah yang selayak layak nya menilai siapa kita dengan NYA.. Boleh jadi yang menderma RM1 lebih besar nilai nya dari yang menderma puluhan ribu ringgit dengan riak mahu diperbesarkan sumbangan tersebut.. Lihat lah bagaimana ALLAH menilai seseorang. Bukan dari rupa tapi dari jiwa.. Siapa tahu antara kita siapa yang lebih dekat dengan ALLAH. Barang kali ada wanita yang tidak bertudung itu lebih dekat dengan ALLAH dari yang bertudung.. Gembira nya bertemankan ALLAH,sedihnya bertemankan ALLAH, kerna DOSA itu bukan kita yang tentukan dan memberi hukuman..Di akhirat nanti ALLAH yang menimbang nimbang dosa dan pahala kita, secepat mana kita ke syurga atau sepantas mana kita ke neraka... Tidak lah bermakna aku menyokong wanita yang tidak bertudung.. Tidak bertudung itu telah nyata DOSA nya dan balasan nya..Seharusnya kurangkanlah DOSA itu..

Dunia..Bila kita lihat dari sudut Akhirat pasti perpekstif kita berubah 100% ... Maha suci ALLAH..KAU mencampakkan rahmat pada siapa yang KAU pilih..

Friday, December 28, 2012

Giveaway 27 dec 2012 - 7jan 2013 (yang pasti hadiah istimewa)

Assalamualaikum...

Hari nie Wan nak lancarkan Giveaway kat korang... Cara nya mudah je. Buat entri. Korang ambik banner kat atas tu dan link kan terus kat ruangan entri nie..Tulis tajuk "Give Away Wan hazel" dan link kan entri ke ruangan komen k.Pasti kan korang kasi taw kalau dah like.tarikh dan hadiah pun dah tercatat kat dalam banner tu . Dan hadiah istimewa dalam bentuk wang (bergantung dengan keadaan)

Tarikh mula : 27 . Dec .2012
Tarikh tamat : 07 . Jan . 2013

Pemenang pertama : keychain couple Domokun
Kedua , ketiga dan keempat : keychain DSLR

Hadiah tu seperti dalam banner atas tu..

Syarat syarat pun mudah .. Korang cuma perlu LIKE gambar Wan kat ruangan nie RINDU DAN CINTA. .Korang pergi ke applikasi tu. Mungkin loading agak lambat sikit..tak pe tunggu je taw. Korang LIKE setiap hari taw.. sapa yang paling banyak like dia lah yang menang.. Cara nya mudah..Korang like lepas like korang komen kat entri nie kalau dah like.. Wan akan monitor kat ruangan tu..Jangan menipu bab Wan akan Monitor brapa like dan brapa komen korang pada hari tu. Senang kan.. lagi banyak korang LIKE lagi banyak peluang korang nak menang dan pemenang pasti akan dapat hadiah yang istimewa sekiranya wan tercalon ..Dalam bentuk wang taw.

Dan Terima Kasih... Ajak member member join dan Like k.Tag rakan rakan di ruangn entri turut digalakkan.Kalau yang tak nak join tapi nak tolong LIKE je pun boleh..ehehhe..terima kasih

LIKE disini

https://www.facebook.com/NissanMalaysia/?sk=app_174868949318958&app_data=P306

Tuesday, December 25, 2012

Ebook Photoshop . Percuma adobe master collection + 74Brush + 126fonts

Ebook Photoshop  Percuma adobe master collection + 74Brush + 126fonts

Assalamualaikum...

Kali nie Wan sediakan Ebook untuk sesiapa yang berminat dalam bentuk DVD..Penghantaran adalah percuma (pos laju)

Bagi sesapa yang berminat boleh lah membuat tempahan ke email

Wan_scremohazel@yahoo.com atau PM terus ke https://www.facebook.com/wan.hazel

Seterus nya Wan akan berikan detail yang perlu

Terima kasih

Sunday, December 23, 2012

Tutorial Drop Down menu CSS3

Assalamualaikum...

Hari nie Wan akan ajar korang cara buat Drop Down menu..Senang je... Korang just tambah kod kat bawah nie kat Menu bar yang Wan dah wat Tuto sebelum nie... Jangan risau Wan akan ajar korang camne nak tambah tu..ehehe..

Kalau ada sesapa yang nak..

Jom Tutorial...

Mula mula korang ambik  Dan pasang dulu kod Menu Bar korang..Korang leh tengok Tutorial nie k... Baca betul betul..senang je..Kalau dah pasang sebelum nie so korang teruskan ke langkah yang seterusnya..

Tutorial CSS3 Tab menu _ mudah dan kemas

Kalau korang dah pasang Tutorial kat atas tu...Korang copy kod kat bawah nie dan masuk kan dalam Koding yang korang dah buat tadi...

MENU

SUB MENU 1

SUB MENU 2

SUB MENU 3

SUB MENU 4

SUB MENU 5

SUB MENU 6

Korang  copy dan paste kan kat bawah kod nie dalam koding yang pertama tadi..

Betul betul di bawah koding tu... Korang leh je try n error nak letak koding tu kat mana..Tapi pastikan jangan letak kat atas kod yang kat atas nie k..Contoh seperti dibawah..Kat anak panah merah tu korang pastekan kod tu taw..

Bila dah selesai..Korang masukkan lah tajuk dan link korang..senang kan...

Selamat mencuba

Kalau korang ada Tutorial yang korang nak Wan wat... Sila komen k.. Insya ALLAH Wan akan buat..Tapi pastikan Tutorial tu Wan belum buat lagi...

Peace

Wednesday, December 19, 2012

Tutorial adobe photoshop : warna warni kan brush

Assalamualaikum...

Hai ..skang Wan nak wat tutorial macam mana nak buat brush adobe photoshop berwarna... Nie permintaan dari seorang blogger..So wan buat..Cara yang Wan slalu guna...Kalau korang nak cuba jugak...

Jum tutorial..

Mula mula buka Adobe korang k.

Dan buat background Wan guna latar hitam..Untuk menampakkan kesan warna tu.. Jadi mudah untuk korang tengok dan faham..

jadi korang cari lah brush yang korang nak guna k..

Dan korang perlu buat new layer kat file korang tu...Klik kat anak panah no 1 tu macam kat dalam gambar kat atas tu k.. Nanti akan kluar lah pop up box macam dalam gambar dalam petak tu..dan Korang klik ok..Jadi lah macam kat bawah nie...

Kalau korang dah dapat layer macam kat anak panah dalam gambar kat atas tu...Makna nya korang dilandasan yang betul..ehehhe

Selepas tu korang klik kanan pada layer tu dan pilih Blending option macam kat anak panah dalam gambar kat atas tu k..

Dan korang akan dapat pop up box macam dalam gambar kat atas tu.. Lepas tu korang klik pada anak panah macam dalam gamabr atas tu k... Gradient overlay..

Dan korang pilih lak warna...Warna yang korang nak...Klik kat no 1 tu dulu nanti kuar box kedua dan klik kat no 2 tu... Wan guna warna pelangi..Nak warna warni...ehehhe..Bila dah pilih.korang klik ok dan ok..hehehe

Dan mula lah korang brush kan file tu...selesai...Faham tak??kalau tak faham..cuba sampai dapat..ahahha...nanti akan dapat gak tu..

Selamat mencuba...

Sunday, December 16, 2012

DSLR Sony a350 untuk dijual

Assalamualikum...

Hari nie wan nak let go DSLR a350 Wan..

Item :

Body A350
Lens 18-70mm
Lens 17-300mm
Memory card 4gb
Set dalam box
Condition 8/10 seperti dalam gambar

Alasan jual : Dry box dah penuh...

WTS : RM1800 skali postage .

Ada tak sesapa blogger yang berminat.

Kalau berminat PM wan di  FB k..PM terus
https://www.facebook.com/wan.hazel

Saturday, December 15, 2012

kehidupan _ masa itu kejam

Assalamualaikum...

Tik tok tik tok jam bergerak tanpa henti.. tik tok tik tok jam bergerak tanpa henti.. Kehidupan ini bukan bergantung pada jam di dinding atau ditangan tapi kehidupan bergantung pada waktu/masa. kejam bukan.. walaupun saat jam kalian terhenti walaupun jam kalian berkecai.. masa tetap berjalan sedangkan masa yang kalian luangkan diteratak ini turut berjalan..kejam bukan... setiap hela nafas kita adalah masa kehidupan kita. setiap saat kita semakin tua. Setiap kejayaan yang kita genggam semakin itulah kematian menghampiri kita.. kejam bukan..Atau boleh saja aku katakan masa itu perkara yang paling kejam..??

Kadang kita membandingkan diri kita dengan seseorang yang lain.. kenapa dia begitu jadi begitu..kenapa dia begini jadi begini sedangkan dia tak lah sebaik mana..sedangkan dia tak lah sepandai mana.. Adilkah kehidupan?? Itulah kehidupan..kita harus bersabar menghadapi nya.. namun sesabar mana pun kita ..persoalan yang akan timbul..Adakah kita bersyukur???

#Aku fikir kemandirian dan keberadaan aku sekarang adalah hasil perkenannya doa-doa orang lain terhadap aku. Doa-doa yang tulus dan ikhlas yang telah diperkenankan Allah Taala. Orang bijak pandai pernah berkata, jangan cuba memperlekehkan usaha berdoa itu. “Bukankah, berdoa itu senjata bagi orang mukmin!”

Monday, December 10, 2012

Sekali lagi gambar terpilih diruang Aperture dis 2012

Assalamualaikum...

Sekali lagi gambar diruangan Aperture dua muka surat... Syukur sangat... Gambar sebenar kat bawah nie.. dalam Tema perayaan... Sesiapa yang minat photography ..Majalah nie amat lah digalakkan untuk korang beli.. Ok... amat membantu

Ok.. Tu je... tema seterusnya Jalanan... Sapa nak hantar kat ruangan aperture ni..korang beli majalah nie k..hehehe

Alhamdullillah banyak perkara indah sepanjang bulan ini... Syukur..

Thursday, December 6, 2012

Demi sebaris ayat

Assalamualaikum...

Aku sekali lagi dengan tangisan doa ku. Sebak ku kadang terkeluar didengari ketika makna doa tentang ALLAH segala pengampunan kubacakan. Barangkali yang menghayati turut merasai sebaknya . Barangkali tahun ini mempertemukan cinta yang sangat sejati. Tangisan itu terbit daripada dalam hati yang cintakan ALLAH. Malu dengan kemurahan hati ALLAH yang terlalu pemurah untuk mengampunkan dosa - dosa hamba Nya.

Masyaallah, bagi aku yang berbuat dosa ‘ hitam’ yang terpalit dalam sejarah hidup tidak mampu membersihkan daki kotoran itu. Tetapi, sebaliknya ALLAH dengan rahmat cintaNya masih mahu mengetuk pintu hatiku untuk sentiasa berbicara tentang cintaNya.

Siapalah aku ketika disapa tuhan dengan segala nikmat yang diberikan?

Kadang hidup ini penuh dengan rasa bimbang , takut dan gelisah..  Padahal yang berlalu pasti saja berlalu. Namun tiap kali teringat , pasti saja segala nya berputar kembali . Aku tahu dia juga manusia aku juga manusia..  Kehidupan insan di dunia ini sangat berbeza. Dan, kerana perbezaan itulah yang memungkinkan kita mampu melengkapi antara satu sama lain. Namun, kadangkala kita tidak sedari perbezaan yang ada itu telah membuatkan kita jauh daripada orang lain. Jadi dimana kita? aneh bukan kehidupan ini. Keanehan itulah yang membuatkan dimana kita kini.. Alhamdullillah..

Dan kerna itu lah aku bersyukur selayak layaknya dengan ketentuan ALLAH .. Perjalanan ini nyata lebih panjang dan pasti saja penuh dengan gelombang kehidupan..

Aku tidak pernah rugi sekali pun bila menghambakan diri kepada ALLAH.. Jiwa tak kan merasai nya bila tidak mengalami nya..

Demi sebaris ayat .
Alhamdullillah

Wednesday, December 5, 2012

Tutorial extract file.. Download Winzip.

http://www.topsofts.com/pop/file-compression/img/winzip1.gif

Assalamualaikum..

Kali nie Wan nak buat Tutorial macam mana nak Extract file.. Ramai sangat tanya kat ruangan komen kat keseluruhan bahagian entri download.. Sebenarnya mudah je.. Korang perlu download winzip nie dulu k.. Lepas tu install.. dan lepas tu korang leh lah extract File korang.. senang tak.. bagi yang perlu download 3 part file tu..korang extract part 1 je.. nanti dia akan auto gabungkan ketiga tiga file tu menjadi satu..ehehhe..senang je kan..

Kalau korang dah install tu..Korang leh lah extract dah..cara nya macam nie.. Korang klik kanan pada file yang korang nak extract tu..dan pilih Extract here..macam dalam gambar kat atas tu. Bila dah korang akan dapat lah proses yang macam kat bawah nie...dan selesai..

Selesai..Selamat mencuba dan mendownload.. Klik download bawah nie k..

Download

Sunday, December 2, 2012

Download Adobe InDesign CS6 Portable

Adobe® InDesign® CS6 software is a versatile desktop publishing application that gives you pixel-perfect control over design and typography. Create elegant and engaging pages for print, tablets, and other screens. Use Adaptive Design Tools to easily repurpose layouts to look great on a variety of pages sizes, orientations, or devices.

New Features
Use Adaptive Design Tools to easily repurpose layouts to look great on a variety of pages sizes, orientations, or devices. Improve productivity with recently used fonts, grayscale preview and split window.

Liquid LayoutLiquid Layout

Alternate Layout
Apply liquid page rules to automatically adapt content when you create an alternate layout with a different size or orientation in InDesign.

Alternate Layout

Linked content
Efficiently create and design multiple versions of a layout for different devices and print needs, all within a single InDesign file.

Linked content

Link content within or across InDesign documents so that changes (including interactivity) made to the parent text or object are applied to all linked children objects.

Content Collector toolsContent Collector tools

Grab text and objects from an existing layout using the Content Collector. In a new layout, use the Content Placer to add items in the order you want them to appear.

PDF forms within InDesign

PDF forms within InDesign

Pages panel enhancements
Create form fields directly within InDesign before you export to PDF. You can also assign the tab order in InDesign using the Articles panel.

Pages panel enhancements

Display alternate layouts in the Pages panel to organize content efficiently.

Split window

Split window

Persistent text frame fitting options
View two side-by-side layouts within the same document to compare the look and feel of the layouts and help ensure consistency.

Persistent text frame fitting options

Set frames to grow with additional text, based on simple parameters. Expand and shrink frames automatically for headlines, callouts, or other variable content.

Korang download Guna link kat bawah nie k.. .. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang...nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..Acc 4shared tak leh guna dah..Maaf sangat ye.
Selamat mendownload

Download:
DF - UL

Tuesday, November 27, 2012

i'm never letting you GO

Assalamualaikum...

Wahai sidia yang sedang membaca entri ini. Tahukah kamu betapa perasaan cinta ciptaan Allah ini begitu rahsia sekali? Ternyata setiap hari ini adalah perkenalan buat kita . Setiap hari ada saja perkara baru yang kupelajari tentang dirimu.nanti kita bercinta selepas Nikah ye.. hehehe.. :)

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/486254_374248169332224_2057712113_n.jpg

Mempunyai kekasih calon isteri tidak semestinya sama dengan bercouple. Ibarat orang yang sudah bertunang, maka tunang itu adalah calon isterinya dan juga kekasihnya. Selagi mereka tidak berdua duaan dan melanggar batas batas syarak, maka hukumnya harus. Bercouple yang berkepit ke sana ke kemari berdua duaan itu yang haram.

Ini saja yang mampu kulakukan setakat ini, walaupun tidak sempurna. Kerana kita ketahui juga, hasil kerja Allah tidak pernah sia-sia.

Bila aku cukup bersedia untuk menjadi Imam untuk diri nya dan cukup persediaan semua dunia dan akhirat.... akan ku lamar dia dengan cara yang terhormat ... Insya ALLAH..:)

Beringatlah kawen tu bukan try n error  , Kita mencari pasangan menuju ke syurga bukan mencari cinta dunia semata mata.. Ini realiti yang aku sendiri alami.Yang aku sendiri sedari. Hensem dan cantik tu bukanlah ukuran keimanan seseorang .. Perkahwinan ialah masjid yang kita bina.. jadi mana letak tiangnya?? Tiangnya terletak pada solat.. runtuh solat , maka runtuhlah masjid .. Bercinta kerana agama , hilang agama ,hilanglah cinta..

SEMOGA ALLAH REDHA

Sunday, November 25, 2012

Assalamualaikum...

Lama benar kalian menanti, bukan? Kalian yang menanti aku menulis secebis kisah kehidupan aku. Maaf andai kita tidak bertemu acapkali di sini. Bukan merajuk atau menghilang, tetapi masa dan kehidupan telah dibelah-belah kepada beberapa bahagian . Kali ini aku memfokuskan lebih kepada jahitan . Manakan lagi pintu rezeki itu jika tidak dicari cari . Sebarang pertanyaan kalian boleh ajukan di https://www.facebook.com/wan.hazel .. Boleh saja PM/inbox/mesej . :) .

Kekadang kehidupan ini begitu sukar untuk kita duga. Kita sangka hari ini adalah yang terbaik , kita sangka ini adalah yang terbaik..Namun segala nya tidak seperti yang kita sangka..Segala gala nya tidak seperti yang kita rancang .. Dan perancangan ALLAH itu lebih baik dari apa yang kita sangka.. Pengaturan ALLAH membuatkan aku terpegun.. Suatu masa dulu mungkin ia hanya kebetulan.. Dan hari ini kerana peristiwa itulah aku merasa apa yang aku rasa pada hari ini.. Kerna aku jumpa dia walaupun secara kebetulan disuatu tempat itu.. Alhamdullillah.. Aku tak kan jemu berbicara tentang "kebetulan itulah suratan ". .

" Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.  Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. "

Tuesday, November 20, 2012

Alhamdullillah

Assalamualaikum...

Mana lagi tempat ku panjatkan Syukur jika tidak pada ALLAH.. Rezeki yang ada pada hari nie semua nya milik ALLAH.. Rezeki yang ALLAH bentangkan tunggu sahaja untuk kita kutipkan satu persatu..Alhamdullillah..

Sudah hampir seminggu kepala ku masih bedenyut kepeningan mecengkam teras kepala selirat wayar wayar darah terasa serabut bercampur campur. Boleh saja jentera jentera darah tersangkut sangkut . Ya ALLAH , nikmat sakit yang kau turunkan ini membuatkan aku terfikir entah berapa ribu dosa yang telah aku lakukan. Ya, benar kata nya . ALLAH mahu aku berehat seketika. Mahu aku insaf akan nikmat sihat sebelum sakit. Namun , setiap kali sakit melanda teriak hati meruap ruap .."Ya ALLAH mengapa tidak saja kau tarik nikmat sakit ini .. "

Sesekali aku terfikir , tidak .. bukan sesekali namun hampir setiap sekali .. bagaimana lebih nya kesakitan saudara se Islam kita di Gaza . Rutin harian bermain dengan najis najis bom . Dan kita disini berlari lari bersorok dan berdiam malah ada yang berlakon dan bernyanyi.. Israel pula tersenyum nampak gigi bertopengkan dermawan dengan muka simpati... KITA???

Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui akan perancangan kehidupan.. Daun gugur pada sekian sekian waktu juga telah dirancang-Nya . Namun Doa itu senjata .. mari kita berdoa...

Ya Allah..please help ur believers in Gaza..

Ya ALLAH lindungilah aku , limpahkan lah kesihatan yang berpanjangan terhadap ku.. Ya ALLAH aku bukan menolak perancangan Mu namun jika mudarat ia bagi ku maka Kau ambillah ia kembali..

P/S : semoga kesakitan ini hanya sementara ..

Wednesday, November 14, 2012

Rindu :)

Assalamualaikum...

Bagaimana satu patah kata itu menjadi nilai pengukur disetiap jiwa jiwa manusia.. Serasa benar mahu menulis. Rindu dan kepingin sungguh. Kerana menulis itu bagi aku satu luahan hati aku. Tetapinya, aku mahu berterima kasih kepada Allah yang kudus, kerana masih mampu setia di sini. Betapa ujian dan dugaan datang mendesah kiri dan kanan. Namun, masih berupaya mencelikkan mata saban pagi.

Kadang contengan doodle menjadi penawar luahan. haaaa... kan ...aku memang suka berangan dalam lakon layar ku di pentas ciptaan ku... Jangan pula ditanya siapa gerangan doodle diatas .. Masa ini belum berkesempatan lagi memberitahu kalian.. Pada wajahnya seribu ketenangan, pil sedatif bagi setiap keresahan dan kebimbangan aku. Pada setiap kali keluh kesahku ucapkan, pada setiap kali itulah kata-katanya mententeram dan menyuluh jiwa. argh, Si Doodle comel.. dia kah bakal suri ku... hahaha.. Berjumpa lagi kan jarang apatah lagi bersua muka.. erm... hehehe.. Rupa nya aku semakin berusia..  :)

YA ALLLAH . . .

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku terlalu rindu pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu..

P/S: salam tahun baru untuk kalian yang beragama Islam

Tahun baru bagi kita.. Azam??

Assalamualaikum...

Aku mengaku tiada satu azam pun yang aku persiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, aku berkongsi rasa dungunya aku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang , Kerna bagi ku... Esok biar lebih baik dari hari ini. Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimain kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang.

Kategorikan azam mengikut tingkat. Bermisi jangka pendek dan panjang bukan petanda seseorang itu teliti yang melampau. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Aku merancang berumah tangga sebelum umur menjejak 28. Telitikah aku? Hahaha

Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri. Maka hasilnya, bertandanglah rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam sebelum tiba waktunya. Oh, apa yang perlu dirisau, buku tiga lima kan ada. Baki azam tahun lalu masih boleh dibawa ke tahun depan, bukan? Tapi, jangan pula sewenangnya memasang riba’ yang berbentuk hukuman pada diri sendiri, kelak azam itu berstatus hutang lapuk pula.

Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal upaya diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita.  Tapi, jangan dilupa. Mengatasi kelemahan diri itu suatu jihad. Cumanya sasaran itu jangan dipisahkan sejauh bulan dengan bumi. Kita kan punya akal yang bijak bestari.

Salam Tahun baru untuk KITA yang beragama ISLAM.

Azam tahun baru..  Ritual tahunan yang menjadi ikut-ikutan. Supaya dada sama boleh didabik, hingga terkadang lupa menilai kemampuan diri, terlupa akan hutang azam yang tidak terlunas. Hutang azam walau boleh di bawa ke depan, tetapi kekadang tetap mengusik hati. Setahun masa berlalu, namun masih ada azam yang terbengkalai, adakah aku sekali lagi kufur dengan nikmat masa yang telah Tuhan berikan, sedang mati menuntut janji di muka pintu

Saturday, November 10, 2012

Si anak kecil itu...

Assalamualaikum...

Di perut tamu, sekejap-sekejap kalih dari skrin television ke buku, atau sebaliknya hingga tengkuk serik membengkok. Tanpa menoleh kertas, tangan masih bisa berlari sendirian mencalit patah kata. Tulang yang berjiran laluan nadi di pergelangan tangan, makin mengeras dan menghitam, sehitam dahi mereka yang rajin bersujud di sepertiga malam.  Argh... Begitulah situasi ku menghadapi liku liku perang Final Exam sebelum ini.

Terkenang aku ketika itu , selesai peperiksaan .. Aku menuju ke masjid rumah anak anak yatim berjemaah mendirikan asar ..bagaimana seorang anak kecil tersenyum berlari lari hendak mendirikan solat , membuatkan aku sedikit tersentuh .. Jika derita yang kau tanggung itu ALLAH berikan pada ku, pasti saja aku meronta menangis hampir gila mengenangkan pemergian kedua ibu bapa ku.. Namun dirimu si anak kecil begitu tabah menjalani kehidupan ini..

Sebelum mendirikan solat aku duduk melihat gelagat si kecil mengambil wudhuk..  Saat itu hati ku menyatakan hasrat nya kepada sang fikiran..

" Wahai sang pemikir.. si kecil itu membuatkan aku kepingan gelaran ayah "

Apatah lagi selesai solat tangan ku ini dikucup lembut si kecil , Ku usap dahi nya .. Ya ALLAH jadikan lah anak kecil nie hamba Mu yang soleh.. justeru ku hulur sejumlah wang untuk nya..

Ya ALLAH mohon maaf ku jikalau ku terlampau ego didunia .. Terima kasih syukur ku pada MU akan kehidupan dan hidayah yang kau berikan.. setiap jalan hidupku biar sekecil zarah pun ia punya pengajaran dalam diam... ALhamdullillah...

Begitulah hidup kita di dunia. Seperti yang selalu aku bebelkan pada adik-adikku, hidup di dunia takkan lari dari dua istilah keramat ini. “Terima kasih” dan “minta maaf”. Tanpa terima kasih, jangankan kau layak tegukkan jasa mulia dari orang. Menjilatnya pun cuma mimpi. Tanpa minta maaf, usah dicandu belas hormat seisi bumi di sekelilingmu. Menghidunya saja sudahlah racun. Kedua-duanya adalah jampi mantera yang mesti kau tangkalkan selalu, supaya bisa hidupmu tidak dihurung sepi, atau dikata sedungu sapi.  Berterima kasihlah tika selayaknya, mohon maaflah pada tempatnya.

Argh... Aku kepingan gelaran ayah... :)
Ok...stop... hahaha...

Thursday, November 8, 2012

Download Office 2013 Portable (Customer Preview) (Pro Plus) [out july 19]

A new Office has arrived. It’s a powerful service that helps you unleash your best ideas, get things done and stay connected on the go. Simply sign in for a personalized experience and all the most up-to-date Office applications, with new and enhanced features continually being added. Be one of the first to try it today.

Experience Office at its best on Windows 8 devices

• Access what matters from the start with a fast and fluid interface that puts your most-important documents, applications and people right up front
• Discover new and better ways to create, edit, and browse—using a keyboard, pen, or touchscreen.

Your documents and settings roam with you with Office in the cloud

• Sign in to your account and your Office applications, documents, and personal settings are right there, just the way you left them.
• Save your work online in SkyDrive or SharePoint where it’s easy to access, edit, and share on the go.

Keep your social networks and contacts well connected in Office

• View multiple email accounts, Facebook updates, and LinkedIn feeds all in one place with Outlook.
• Get ongoing updates on specific documents, sites and people delivered to your activity feed and stay connected in real-time by chatting with co-workers right within Office.

Discover better ways to create, read and share documents

• Capture and organize all kinds of information in OneNote—notes, pictures, web pages, voice memos, and other media—and easily share them with others.
• View Word documents in the new Read mode for a clear, focused, and easy-to-navigate reading experience on large and small screens.
• With your documents saved online in SkyDrive or SharePoint, you can review and edit simultaneously with others, with the latest changes and comments accessible to the group*.

Talk with family, co-workers, and friends virtually anywhere

• Coming soon, with the full release, talk to anyone using Skype, including 60 minutes of free international calls every month to landlines in over 40 countries and to cell phones in 7 countries. (Skype account required. Excludes special, premium and non-geographic numbers.)
• Transform meetings with presenter view and high definition video conferencing. (HD video camera required)
This portable includes:
Access, Excel, Infopath Designer/Filler, Lync, OneNote, Outlook, PowerPoint, Publisher, Word.

Korang download Guna link kat bawah nie k.. .. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang...nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..Acc 4shared tak leh guna dah..Maaf sangat ye.
Selamat mendownload

»Download: DF - UL

Wednesday, November 7, 2012

Kesenangan yang kita minta, kesusahan bagi mereka

Assalamualaikum....

Masih bedenyut kepeningan mecengkam teras kepala selirat wayar wayar darah terasa serabut bercampur campur , namun hakikat nya kerisauan itu semakin surut . Apakan daya aku jua manusia.. Kadang aku terfikir sepeninggalan teratak ini adakah ramai jiwa yang menanti dan adakah aku boleh saja seperti ini "Jarang ada tapi bermakna"  .. Hahaha... Aku hanya penulis kerdil.. Sering ada jarang bermakna..

Alhamdullillah .. Final exam ku telah berlalu..Terima kasih buat kalian yang mendoakan... Syukur, Jika bukan doa ku pasti itu doa kalian yang ALLAH makbulkan... Segalanya dipermudahkan... Terima kasih...

Sepanjang aku menduduki peperiksaan.. pelbagai kisah yang aku lalui dari sekeping senyuman , dari sehelai jabat tangan , menjadi sejuta doa kehidupan... Manusia tidak pernah puas akan nikmat dunia.Termasuklah aku..Aku pun seperti orang lain juga, punyai impian, kehendak dan kemahuan, untuk itu dan ini. Tetapi, pabila memikirkan orang yang sentiasa di bawah kita, barulah keinsafan dan nikmat kesyukuran itu kita peroleh.

Hari itu cuaca terlampau panas penghawa dingin kereta lansung tidak membantu..Aku keluar melangkah ke block D pusat peperiksaan ku..

"panas betul hari nie kan pak cik.. Harap harap hujanlah petang nie.. "ku mengomel kepada pak cik tukang kebun. Memulakan perbualan.

"janganlah macam tu nak..susahlah pak cik nak buat kerja" katanya seakan merayu..Banyak lagi yang perlu pak cik selesaikan selepas ini..

Aku terlupa rupanya. Kesenangan yang kita minta, kesusahan pula yang diperoleh oleh mereka. Betapa aku pentingkan diri sendiri... segalanya membuatkan aku terkenang kembali apa yang aku pinta pinta selama ini adalah derita bagi yang lain.. Berbaloi kah perjuangan kita pada hari ini jika segala nya punca derita bagi yang lain...

Seketika kalian renungkan lah persekitaran kalian.. segala yang kalian nikmati pada hari ini..Adakah kalian masih tidak puas.?? Ada sesetengah dari rakan facebook meninggi diri hanya sekadar kenaikan gaji , hanya sekadar secebis rezeki yang ALLAH berikan.. Jangan sampai nikmat itu ALLAH ambil balik..Bagaimanapun kita nak bersyukur pada ALLAH..tak perlu lah kita nak menunjuk yang kita punya segala nya.. Cukuplah dengan ucapan ALHAMDULLILLAH dengan nikmat yang diberikan...

Bersyukur itu jangan dilingkari dengan sifat menunjuk..

P/S : tidak sabar pula aku ingin mengarang entri yang seterusnya.. Setakat ini sajalah untuk hari ini..

Tutorial entri berpasword

--------Disalin 100% dari entri
http://bicarafarah.blogspot.com/2011/07/tutorial-72-entryposting-berpassword.html

Assalamualaikum..
Hai semua!.. Hari tu ada seorang reader bagi mesej kat aku minta tutorial berpassword.

Kali ini aku akan tunaikan permintaan beliau. Sorry lambat. Sebenarnya malas nak buat tutorial tapi just nak tolong reader. Tak salahkan ? selagi termampu dan tangan pun boleh dipaksa-paksa menari di atas key board ni so go on jer..
Apakah kegunaan entry berpassword ni?

- Orang tertentu je boleh baca.
- Entiti untuk bergosip.
- Taknak bagi orang sentap-sentap baca entry kita sebab dia banyak minum cili api.
- Bagi orang tertanya-tanya sampai mereka tak boleh tidur malam.
- Rahsia peribadi sesangat. dan bermacam-macam lagi kegunaannya...
- *buat duit, kalau nak baca kena bayar seploh engget.. ( sah-sah reader reject korang )
Cara-caranya setting :

1. Sign in Blogger > Design > Edit HTML
2. Cari code ini, nak mudah tekan ctrl F je dan pastekan code di bawah dalam kotak find..

3. Lepas itu, korang copy code di bawah, dan pastekan di bawah code yang dicari tadi.

4. Sekarang setting ini telah settle. Aku nak ajar korang cara-cara nak posting entry berpassword pula.

CARA POSTING ENTRY BERPASSWORD

1. Setelah korang pasang setting di atas, korang hanya perlu gunakan cara ini sahaja untuk posting entry berpassword, tak perlu buat lagi setting di atas yerr..

2. Sila ke web ini,  JavaScript Encryption and Decryption 2.0

3. Ikuti step seperti gambar di bawah,

Perlu tulis :
1. Key : Password Korang.
2. Plain Text : Entry/Posting yang korang nak passwordkan.
3. Lepas tulis, click Encrypt
4. Copy HTML code dan paste di posting blog korang ( entry la )

*pastikan keadaan standard

4. Masa nak tulis entry/posting pastikan :

Sila rujuk gambar

- Pastikan, click Edit Html sebelum menulis entry.
- Entry biasa, entry yang semua reader boleh baca.
- Entry Berpassword adalah HTML yang korang copy tadi.
- Show encrypted text, boleh tukar dengan perkataan sendiri seperti sila bagi password atau sebagainya.
5. Preview dan SAVE.

Entry korang akan jadi macam ni :

Kalau korang nak view full entry korang kena click  bagi password. So kena mintak kat tuan punya blog ler. No password no read!

Kena isi password ke dalam kotak ini yerr..

waahhh panjang betul tutorial ni rasa nak tidur la pulak..k baiii..nanti komen yer kalau nak tanya. Pastu silalah tekan LIKE!

P/s : kalau nak pasang entry berpassword ikuti sahaja cara ini berulang kali di setiap entry rahsia kamu.

--------Disalin 100% dari entri
http://bicarafarah.blogspot.com/2011/07/tutorial-72-entryposting-berpassword.html