.
Sambungan entri Apa itu takdir part 2
http://wanhazel.blogspot.com/2014/03/apa-itu-takdir-part-2.html
3. SOAL HATI
Baiklah aku pergi perlahan-lahan,
Sebenarnya bolehlah di buat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah
telah tetapkan atau takdirkan kepada semua orang, dan korang semua akan
dapat 4 perkara ini yang mana bukan 4 perkara ini yang menentukan shurga
dan neraka tetapi ‘soal hati’ yang bakal menentukan hari akhirat
kelak..!!!
a).KESENANGAN
b).KESUSAHAN
c).PAHALA
d).DOSA
Korang
tentu tak paham bukan? Jika semuanya telah di tetapkan kenapa perlu
kita ajak orang buat baik? Kenapa perlu kita mencegah mungkar?
OK,
macam nie, Allah pernah tegur Nabi Muhammad SAW yang sedih kerana dah
banyak kali ajak bapak saudara dia masuk islam tapi tak dapat kerana
Hidayat di tangan Allah.. dan sudah di takdirkan yang Abu Talib tak
masuk islam kerana Allah dah tengok hati dia memang tak nak!! Ini adalah
soal hati!!
Jika korang nak tahu apabila ummat jahiliah minum
arak dalam tengkorak berdarah, tawaf kaabah dengan berbogel, sembah 360
tuhan, apakah perkara pertama sekali yang Allah buat pada nabi sebelum
jadi Nabi?
Ya! Allah hantar malaikat jibrail a.s supaya "
cuci" HATI Nabi saw..
Dan Nabi bersabda lebih kurang maksud: dalam diri manusia jika hatinya baik, maka selamatlah dia!!!
Maka kerana itu apabila Nabi ajak sahabat masuk islam, perkara pertama yang Nabi saw ajar adalah SHUKUR!!!
Syukur dengan nikmat IMAN!!
Syukur kerana tanpa iman korang akan kekal dalam api nereka selama-lamanya!!
Tapi
jika korang ada iman walaupun sebesar zarahpun akan masuk shurga
akhirnya..Syurga yg paling kecil.. tapi luasnya adalah 10x ganda
dunia.Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman as.Yg mana
rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam
shurga selama-lamanya..
Dan Nabi SAW pernah solat sampai bengkak
kaki, bila di tegur aisyah r.a, kenapa tuan solat sampai bengak kaki?,
bukankah tuan takde dosa..?
NAbi bagitahu aku ingin jadi hamba Allah yang bershukur!!!
Apa itu syukur, keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain!!
Kerana
itu semua sahabat bila dapat kalimah Tauhid terus nak kongsi dengan
orang lain, terus dakwah orang lain , itulah shukur, macam korang jalan
jalan tiba tiba nampak pemandangan cantik maka korang akn ajak orang
lain sama, lainlah jika korang tamak,
Hari ini ummat islam tamak
dengan nikmat islam bila tak nak ajak orang kapir masuk islam (macamlah
aku buat,,oh.. tentu celaka pada diriku sendiri bila cakap benda yang
tak amal..is..isk..)
.................
a) KESENANGAN
Perkara
pertama kita pergi bab kesenangan yang telah di takdirkan…Jadi bila
korang di takdirkan SENANG, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan,
pejabat, ladang yang bagi senang, semuanya dari Allah!! Dan jika korang
bershukur dengan nikmat itu, itulah jalan yang membawa korang ke
shurga!!
Dan jika korang sombong dengan nikmat tu pasti masuk
neraka!! Jadi orang kaya jangan nak berlagak!! Tsunami datang tak sampai
10 minit habis musnah harta korang, jangan nak berbangga dengan takdir
tuhan, buat buku rahsia kejayaan, bla bla bla bla .. ingat orang yang
ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka, kerana
sombong ini adalah ‘pakaian’ Allah, dan Allah tak benarkan mana-mana
hamba dia pakai ‘pakaian’ ini..
Jadi secara kesimpulanya masuk
shurga bukan sebab korang miskan atau kaya, kerana itu sudah di
takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang
iaitu SHUKUR atau SOMBONG !!
Ingat!! Shukur dan sombong adalah SOAL HATI!!!!
................
b) KESUSAHAN
Begitu
juga jika korang susah, miskin, anak kecik mati, suami curang, muka
hodoh , tak pas exam, dan lain-lain..jangan nak menangis atau melolong
macam orang gila!! Semuanya dah di takdirkan Allah, Jadi bila korang
sudah di takdirkan SUSAH, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan,
pejabat, ladang yang bagi susah, semuanya dari Allah!!
Dan jika
korang bersabar dengan kesusahan itu, itulah jalan yang membawa korang
ke shurga!! Dan jika korang berburuk sangka dengan tuhan yang bagi
korang susah tu pasti masuk neraka!! Jadi secara kesimpulanya masuk
shurga bukan sebab korang miskan .., kerana itu sudah di takdirkan
Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SABAR
atau BERBURUK SANGGKA!!!BERKELUH KESAH!!!
Ingat!! SABAR dan BERBURUK SANGGKA adalah SOAL HATI!!!!
Kerana
itulah terdapat kisah seorang ahli neraka apabila hendak dilontarkan
kedalam neraka lalu ia berkata, sesungguhnya aku berbaik sangka dengan
Allah.. maka Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, kerana di
dunia dulupun mungkin dia kurang amal ibadat, tapi setiap keputusan
Allah dalam hidup dia berbaik sangka.. semuanya dari Allah, langsung tak
komplen..
Dan aku pernah cerita dulu, jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yg berlaku? Muka buruk tu jugakyg korang nampakkan?
Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..
Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
Sepatutnya korang doa macam nih…“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi org yg muka lebih buruk dari korang)
lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yg berlaku?
Kalau doa ‘sabar’korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”
Jadi
perkara yg patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah
KESABARAN!!!Apa yg Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal,
jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada
benda lain lagi yg patut korang doa sampai kelaur air mata
darah!!!Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..Ini SOAL
HATI!!!
.............
c) PAHALA
Berkenaan
pahala pulak, aku dah malas nak cerita, Cuma aku nak bagitahu jika
korang dah buat amal sebanyak manapun, janganlah nak berlagak, kerana
itu adalah pilihan Allah atau dalam takdir Allah, sebab masuk shurga
bukan kerana banyaknya amal, tapi semata mata rahmat Allah, Setan lagi
banyak amalannya dulu sebelum jadi iblis, sebab tu bila korang buat
amalan kebaikan tak semestinya korang boleh berpuas hati sebab bila
korang RIAK.. alamak celakalah padahnya, kerana hanya amalan yang ikhlas
sahaja di terima Allah…
Apa itu riak? Buat kerana ada kepentingan lain, nak orang puji dan bla bla blahhh
Jadi
secara kesimpulannya masuk shurga bukan sebab korang banyak amal..,
kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di
tentukan oleh hati korang iaitu IKHLAS atau RIAK!!!
Ingat!! IKHLAS atau RIAK adalah SOAL HATI!!!!
.........................
d) DOSA
Berbalik
pada dosa, pun sama!! Jangan hina orang yang buat dosa, kerana dia
telah di takdirkan oleh Allah, Allah boleh buat korang pulak terlibat
dengan dosa yang di buat mereka, dan Allah bagitahu jika dosa korang
banyak manapun Allah akan ampunkan, dengan syarat korang taubat, apa itu
taubat? korang NIAT tak nak buat lagi..
Jadi secara
kesimpulannya masuk Neraka bukan sebab korang banyak dosa, kerana itu
sudah di takdirkan Allah, masuk neraka di tentukan oleh hati korang
iaitu korang ada NIAT tak nak buat lagi yang bermaksud TAUBAT… so ini
soal hati, ada orang yang buat dosa dan rasa bangga, dan ada orang yang
buat dosa lalu beristigfar dan menangis, so, ini soal hati !!!!
Ingat!! BANGGA dengan dosa atau menyesal dengan dosa adalah soal hati!!!
Adakah korang rasa menyesal dengan dosa korang atau adakah korang bangga dengan dosa korang? Isk..isk…
----
Jadi
, secara mudah fahamnya, bila Allah ciptakan roh dulu-dulu..Allah telak
letakkan hati kedalam setiap diri manusia, melalui pengetahuan Allah
yang Maha Bijaksana, maka Allah telah tahu apa soal hati korang
masing-masing, maka dengan pengetahuan Allah maka diperintahnya kalam
menulis masa depan korang masing masing, dan NAbi SAW bagitahu, pena
menulis takdir telah di angkat dari buku takdir dan dakwat di buku itu
juga sudah kering yang bermaksud, segalanya sudah tidak berubah lagi!!!!
Lalu
bila jasad korang berumur 4 bulan maka sekali lagi Allah perintahkan
malaikat menulis segala perjalan hidup korang termasuk, rezeki, jodoh,
amalan kebaikkan, keburukkan, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, cuma
satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu
SOAL HATI…
Dan
bila korang start baligh maka dua malaikat di kiri kanan akan di
tugaskan sekali lagi menulis apa yang korang dah buat samada baik
ataupun buruk dan sudah tentu perkara itu adalah sama dengan apa yang
sudah tertulis di kitab takdir, , cuma satu jer malaikat tak tulis dan
malaikatpun tak tahu iaitu
SOAL HATI…
Oleh yang
demikian, Ada riwayat menyatakan bila mana seorang hamba Allah di
hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli
neraka, sebab buku amalan kejahatannya tebal.. tapi Allah buat keputusan
dia adalah ahli shurga, dan ada seorang pelacur yang bagi minum air
pada anjing tapi masuk shurga, kerana ini adalah SOAL HATI.
Riwayat
yang lain pula menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke
muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli shurga, sebab buku
amalan kebaikkannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli
Neraka, sebab tak ikhlas, ikhlas adalah SOAL HATI.
Ada pembunuh
yang telah membunuh seratus orang dan malaikat faham dia adalah ahli
neraka, sebab tak pernah buat baik.... tapi Allah buat keputusan dia
adalah ahli shurga, walaupun dia seorang pembunuh kerana ini adalah SOAL
HATI…(rujuk ustaz)
Bermakana secara mudah nak bagi faham:
Malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah, namun keputusan kat
akhirat adalah berdasarkan hati korang…ini adalah soal hati!!
Jadi oleh kerana malaikat tak tahu soal hati korang, dan Nabi SAW telah ajar sahabat tentang soal hati…
Maka buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat2 hati yang membawa ke shurga
seperti :Shukur, Sabar, khusuk, khuduk, tawadduk, Husnul Zon, Ikhlas, Redha dan lain-lain lagi soal hati, dan..
Hindarilah
dan doalah di selamatkan dari penyakit hati yang boleh membawa ke
neraka seperti Kufur, Buruk Sangka, sombong, riak, ajub, takkabur, dan
lain-lain lagi soal hati..oh..
Ketahulah bahawa hati korang yang
sama itulah akan di bawa ke hadapan Allah dan akan di putuskan kelak
samaada hati itu mendapat nikmat shurga atau mendapat azab Neraka…oh…
Untuk
4-NIAT
Sambung dientri yang lain
Sumber :
http://keretamayat.blogspot.com/
nak baca part 1 dan part 2 klik bawah nie
Apa itu takdir .. part 1
http://wanhazel.blogspot.com/2014/03/apa-itu-takdir-part-1.html
Apa itu takdir .. part 2
http://wanhazel.blogspot.com/2014/03/apa-itu-takdir-part-2.html
.