Saturday, April 17, 2010

mampukah REDPAPA bersaing dengan REDMUMMY




Sebelum ini kita dihangatkan dengan isu Redmummy di 'Harian Metro' yang mampu menjana pendapat RM10K dalam masa sebulan. Isu ini semakin menular dikalangan pemblogger di Malaysia. semasa saya melepakkan diri diruangan Redmummy memang tidak mustahil ruangan berkenaan mampu mencecah nilai RM10K dalam masa sebulan, gaya penulisan yang senang difahami dan amat menarik perhatian dikalangan rakyat... klik untuk keruangan Redmummy REDMUMMY



Namun kini kita dikejutkan lagi dengan isu hangat di 'Harian Mingguan Bulanan'. Redpapa dapat kalahkan Redmummy, jana pendapat RM10K dalam setengah bulan. Jana pendapat dengan hanya menulis blog.





Redpapa atau nama sebenar Adrin Ardinary Wan Hazel mula berjinak jinak dalam dunia blog pada tahun 2008 lagi. Hanya sekadar suka suka kata beliau, disamping meluahkan bicara sastera beliau, beliau turut mempamerkan kretiviti beliau dalam dunia Photography dan Graphic Editing. semasa menjalankan interview bersama Redpapa. beliau sempat menunjukkan ruangan blog beliau yang pernah memasuki ruangan majalah YEZZ kepada kami,



Tidaklah seperti nama nya REDPAPA



Berkebolehan menulis dalam satera beliau amat amat kami respect. dengan susun atur gaya bahasa menarik minat kami lagi untuk menjelajah ke ruangan blog beliau. Bukan sahaja bersastera beliau turut melakarkan pelbagai kisah fantasi kehidupan beliau, pelbagai kisah lucu dapat kita temui di ruangan beliau. Beliau turut mengikuti Contest Contest yang dianjurkan oleh blogger blogger. "itu untuk menghargai peminat saya" kata beliau sambil tergelak kecil.


Beliau kini membahagikan masa beliau disamping pelajaran beliau yang kini memasuki semester ketiga di suatu kolej( beliau merahsiakan kolej berkenaan). beliau yang mengikuti program kejuruteraan elektrik ( kuasa) .


Akhir kata dari beliau Wan Hazel atau lebih dikenali dengan panggilan REDPAPA


"menulis dengan kretiviti masing masing dan berfikir secara inovatif atau diluar lingkup kehidupan mampu menjana pendapat RM10K sebulan, yang penting tidak menggangu hak privasi orang lain"


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Hahahhaha..hangat tak isu tu...aku reke reke je k.. yang REDMUMMY tu betul..aku dah kasi link dah..


Sekali lagi saya tekankan hanya untuk bicara bisu saja.. sambil up traffic perlu kretif dan inovatif. Tiada niat untuk memperlekehkan sesiapa


Photo diatas (REDPAPA) hanya edit semata mata...


Software editing:
Adobe Photoshop CS3
Photoscape




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Sabtu muncul lagi, nape tak langkah je sabtu terus ke ahad law tak pun esok terus isnin??? Aku slalu terfikir macam mane nak dapat RM10K dalam mase sebulan law tak dapat sebulan, RM10K untuk setahun pun aku tak kisah.hehehe. Boleh ke aku jadi macam REDMUMMY . REDPAPA kot aku boleh.hehehe. Law tak pun aku nak masuk mentor4,tv3.huhuhu.Up traffic up traffic, blogwalking blogwalking, nuffnang nuffnang. Macam mane nak up traffic? Aku pun tak taw. Wat biase biase je lah kan. Ataupun wat isu hangat..hehehe...Huhuhu. saje nak up traffic camtu lah kan. so aku wat kisah rekaan aku tak de kene mengene ngan orang idup atau mati ke..



Mohon ampun andai ada yang tidak menyenangi entri saya...




.



superb snap diatas bangunan

Up traffic tu. Wan hazel Wan hazel. Tu pembuka kate je. . .


Semalam aku dapat meseg nie dari preslly... Tengs sangat...



Tegur aku jika aku mulai sombong..
Tegur aku jika aku mulai angkuh..

Tegur aku jika aku mulai salah..

Kerna aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu

Hari ini, esok dan selamanya..

'Selamat Hari Persahabatan Sedunia'.

Kirim ini,ke semua teman yang kamu sayangi,
jika aku salah 1 nya,kirim balik ya.!

Lihat berapa banyak kamu dapat balasan.
Kalau lebih dari 7,
berarti kamu patut di sayangi.



And aku dah send kat kawan kawan aku gak, sorang je yang send balik kat aku, tengs Carlderk, dari sini baru aku dapat taw,aku tak patut disayangi. Itulah aku kan... Wan Hazel. . . Nak wat camne kan orang dah tak hiraukan aku. Tapi aku tak kisah semua tu. Biarlah, and si preslly balas balik lepas aku send meseg yang same kat die semule..


"Hahaha, ya la 2... Sy bukan gay, week!! Haha"


Okey,lupekan tu...




☺☻☺☻



Tadi dok belek belek punye belek folder photo aku. Aku ade jumpe satu photo nie. Aku dan kawan aku si preslly,yang send mesej kat aku tu, budak sabah course same ngan aku and semester 3 same gak ngan aku.


Teringat aku mase tu. Kite orang naik tingkat teratas bangunan wisma seberkas kat kuching sarawak, kire kire jam 6.45 petang,ari sabtu. Aku lepas men skate mase tu. Skateboard tak kan tak taw.huhuhu. Kawan aku si preslly nie samseng skit
Tatu sana sini,telinge bertindik. Huhuhu. Tapi hati baek punye.

Owh ye,time kite orang nak snap photo nie,aku snap set timing 10saat. So aku kene cepat cepat bergaye kat tepi bangunan tu, gayat gak aku, jujur aku cakap aku memang takut tinggi, dup dap dip dup jantung aku. Nak ambik superb snap punye pasal, aku beranikan diri, so hasilnye amat mengkagumkan. . .




Nie lah superb snap diatas bangunan.



Aku takkan lupekan saat tu, and tu lah yang pertame and may be yang terakher aku snap photo camtu. Huhuhu.



Aku lah Wan Hazel hidup di alam fantasi dan mimpi jadi tempat bermain ku.


K lah korang,
Salam sabtu.
Papai





.



Friday, April 16, 2010

krete kakak aku rosak (teringat kisah J aka JPJ)

Semalam krete kakak aku rosak tepi jalan, lepas tu sape jadi mangse,aku gak jadi mangse.huhuhu. Mase tu ujan rintis rintis, ape yang diharap dengan aku, diploma kejuruteraan elektrik (kuasa). Aku bukan mekanik, alek alek aku pergi bengkel jemput tauke cina tengok tengok kreta kakak aku. Huh,nasib bek tauke tu kawan aku, senanglah kan, waktu malam tu, bayangkanlah.





Mase tu aku teringat mase aku dulu dulu,mase aku maseh gune motosikal. Motosikal aku memang dah tak bleh kua jalan dah, law kua mesti kene saman. . .



"J,sowie ah J,aku tak sempat beli ah"dengan muke slamber aku.

"eh,tak de sowie sowie,nape tak pakai lampu"


"alah J,ape gune lampu jalan J,banyak J,terang terang je J"sambil aku menepuk nepuk bahu J.


Beberape minit lepas tu, tayar motosikal aku dipancet oleh J.



"wow,wow J. nape pancet tayar aku. Lu jangan cari pasal J" aku tunjuk buku lima aku.


"jangan marah brother, ape gune angin sane sane, banyak angin nie brother" J buat muke berlagak nye..


last last aku kene saman,,huhuh





Terkena lagi aku,hm, ape lah aku. Maaflah J. nape erk aku kene saman tempat yang jalan nye lengang erk,,hm... aku pun tak taw.undang2..huhuhu... tapi yang aku taw..kisah J tu rekaan aku je..hehehe..


Owh lupe plak,J tu sebenarnye JPJ . Hehehe.
K lah geng, hati hati k.






.



Thursday, April 15, 2010

aku benci ke buku UPSR,PMR,SPM dan STPM



Dulu aku slalu tertanya tanya, kenapa lah aku suka apa yang aku ukir diteratak ini. Menulis dan berfikir dalam sastera. Pernah jua aku termenung seorang diri memandang gunung santubung di desktop lappy ku, semata mata ingin mengupas persoalan ini.

Syukur,hari ini baru aku sedar,rupanya banyak yang mengikuti perkembangan teratak aku ini. Harapanku, agar apa yang aku sampaikan menjadi ilmu didada bagi setiap pembaca. Adik adik kecil bacalah,kerna membaca jambatan ilmu. Andai diberi peluang, diberi rezeki yang melimpah luah, pasti akan ku hadiahkan sebuah buku kepada adik adik diluar sana. . . Agar membentuk generasi yang berilmu.



Owh, aku tidak lah membenci buku buku pelajaran yang dipenuhi koleksi koleksi soalan UPSR,PMR,SPM dan STPM. Cuma tidak begitu menyukai pabila seorang mama atau papa menengking anaknya.

"hey, tak perlu baca semua nie, habiskan dulu buku buku soalan kamu itu"

Setiap bacaan itu ada kelebihannya.





Sastera tetap bermain dijiwaku , walau sistem penulisan ku kian berubah...



adeq Damia(tak taw)

adek Damia law tak taw tu tanye Mama k..





.



maut saat kelahiran







carian google



Saat ini jatuh lagi sehelai daun dari pohon pokok maut. Aku hanya dapat memerhati bukan bermaksud merelakan namun aku tak terdaya. Kali ini aku duduk jauh disudut kasih sayang seorang mama dan papa.


Aku kedunia namun itu untuk sementara lalu terus kelanggit dan akhirnya barulah aku ketanah semula. Teringat saat aku duduk empuk di rahim mama, seorang insan yang ingin benar ku tatap wajahnya.


G
arau suara papa, kasar menolak permintaan Mama. Maaf Mama,adek nak sangat rasa buah asam, adek minta maaf,sebab adek Mama kene marah. Lepas nie adek janji tak minta yang bukan bukan lagi. Dulu aku pernah dengar suara Mama. "I love you dear" manje sangat, papa pun sayang mama.


Saat adek lahir kat dunie, mama balut adek dengan balutan kain, terima kaseh mama, adek sejuk mase tu. Mama memang sangat memahami adek. Adek sempat tengok mama, adek cakap adek sayang Mama, tapi nape Mama tak suke adek. lepas tu adek disambut oleh papa, kasar sangat, kenape adek dibungkus dalam beg hitam. Mama,Mama mane Mama, Papa nak wat ape kat adek. Adek tak nak men dulu, adek nak belaian Mama.


Hari tu, adek rase indah sangat sebab dapat tengok dunie, Papa letak adek tempat yang selamat. Satu bilik, sejuk, betul betul muat badan adek. Adek rase sejuk sampai adek tak dapat nak bernafas. Nape Papa wat camnie, nape Mama tak marah Papa. . .


P
apa tinggal adek sorang sorang, adek sakit,adek nak jerit, adek sayang Mama dan Papa. Adek ade wat salah ke? Maaf Mama,maaf Papa, adek tak de niat pun nak susahkan Papa dan Mama.


Adek sayang Mama dan Papa, tapi kenape adek sakit macam nie. Selamat tinggal Mama, selamat jalan Papa.



Wednesday, April 14, 2010

kisah aku men belon buih sabun

Salam satu malaysia.


Kelmarin,lepas aku balik dari Lab kat kolej aku. Kire kire jam 6.35 petang camtulah. Aku petang tu,tetibe je nak men belon belon, belon buih tu, yang pakai air sabun tu, korang taw kan. So aku wat lah skit air sabun, aku campur skit serbuk entah,aku pun tak taw,serbuk ape tu. Yang aku taw bau die semacam je. Siap semue skali, aku ajak lah adik adik aku men. Nak ajak kakak aku men,aku taw mesti kakak aku tak nak punye. Men budak budak... Aku maseh budak budak ke... Hm..


Aku and adek aku men kat kawasan lapang depan umah aku. Aku tak taw plak yang kakak aku nie snap photo kite orang time nak men nie. So,dapatlah korang tengok kejadian malang mase aku and adek adek aku men belon nie.


Aku memang gembire bile tengok adek aku gembire. "bang,tiup besar besar bang,tiup besar bumi"adek perempuan aku siap wat aksi skali sambil meloncat loncat, ape lagi adek lelaki aku, siap kembungkan mulut nak jadi belon.




Aku memang nak tiup pun besar besar, tanpa aku berlengah ,aku pun tiup sampailah besar besar. Tetibe je waktu tu, boom,belon tu meletup, habis kite orang semue,tak de kepale dah. Meletup sekali ngan belon.

Bile kite orang dah sembuh semule,baru lah aku taw,yang serbuk yang aku campur tu, serbuk peledak untuk wat bom. Huh,bahaye betol.





Pesanan aku, jangan men bende yang berbahaye k. Ingatlah orang yang menyayangi kite. Peace.




.



harga diri atau wang ringgit




"Ah, kemaik.kampung apa ndak kedak tok"(Ah, kotor,perkampungan apakah ini). Aku mengeluh dengan muka yang bengis. Setelah lama aku tidak pulang ke perkampungan di daerah Asajaya.

Terhinjut hinjut pacuan empat rodaku, proton saga akibat lopak lopak yang terbentang besar dijalanan. Naik bosan aku, nada nada kotak suara semakin hilang frekuensi nya, sekejap ada,sekejap hilang. Hampir saja aku biarkan dahan kesabaranku rapuh.

Perkampungan jenis apakah ini, aku memperlahankan kenderaanku memasuki lorong sempit, berbonjol bonjol. "Habis bumper aku"aku mendengus. beberapa budak kecil berseluar pendek dengan muka yang terpalit tanah dan hingus yang kering dimuka berlari lari.


Dush, seketika aku terkesima, bodoh detik hatiku, apakah hebatnya mandi di sungai saat ini, air pasang yang mencecah paras jambatan. Dasar budak kampung.


Aku memberhentikan kenderaan bersebelahan warung makan. Beberapa orang gadis lalu memberi senyumam justeru berbisik bisik, mengumpat agaknya atau jarang melihat manusia seperti aku. Kemudian datang seorang tua memegang tingkap belakang kenderaanku. Aku sedikit marah,mengetap bibir."nak pa dimaok kitak? Tetangga tangga"(apa kau mahu, tengok tengok nie).


D
ia terketar ketar tertunduk."assalamualaikum nak, pak cik ambik upah cuci kreta"dia bercakap dengan pandangan tumpah ke kaki, tertib ketakutan. Ditangannya ada sehelai kain koyak, dan baldi berisi sabun. Bajunya hanya dibutang dua menampakkan dada nya yang leper, seluar hitam yang lusuh, berselipar jepun dengan kuku yang hitam dan kaki yang reput menjijikkan."basuh jak sia, p ingat mun skres kreta kamek"(basuhlah, tapi jangan sampai calar kreta aku). Tahu lah macam mana aku nak ajar kau,berkata sambil mata aku meliar mencari bungkusan roti dirak luar warung.


A
ku duduk dengan pepsi tin dan roti yang aku beli. Aku meneliti bait bait kehidupan masyarakat kampung. Wajah berconteng peluh, hipokrit ada yang berlagak seakan kaya.


"sudah nak"setelah 15minit berlalu, baki wang setelah aku membeli sebungkus roti aku berikan kepada dia. Aku rasa itu sudah cukup berbaloi bagi fakir seperti dia. Aku harapkan dia terus pergi meninggalkan aku namun dia menggenggam kuat duit itu tertunduk hiba mengalirkan airmata. Mengelap airmata dengan lengan baju kemejanya, menangis tersedu sedu.


"kenak gik tok, gila ka?"(kenapa nie, gila ke?)


"nak,seumur hidup pak cik masuh kreta,ngambik neo,nebas kebun,sik pernah pak cik nrimak upah banyak tok, spuloh ringgit,paling banyak pun duak ringgit jak"
(Nak,seumur hidup pak cik,mencuci kreta,memetik kelapa,menebas dusun dusun buah,belum pernah pak cik menerima upah sebanyak ini, sepuluh ringgit. Paling banyak pun dua ringgit je nak.) sungguh melihat kedalam mataku, timbul pula sedikit simpati dibenak hatiku. Aku terdiam dan membiarkan. Aku memandang jauh dengan pandangan kosong. Ini warna kehidupan,kemiskinan,aku tidak pernah melihat,aku dibesarkan dalam hutan batu,hidup dilimpahi wang ringgit,dimanja oleh ibu bapaku,mahu itu diberi,mahu ini dituruti. Kemudian keluar dengan segulung ijazah.



◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘ ◘



Tepat jam 5.30 petang. Aku beredar dari warung tersebut hendak pulang ke bandar. Kemudian aku melihat kelibat orang itu menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,tak kan lah dengan sepuluh ringgit yang aku beri tadi dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil atau dia memang mewah dan berlagak seperti fakir.


Aku mendekati pak cik tersebut kerut dahi ku dibalas senyum oleh nya.
"haii pak cik, banyak beli barang,banyak betul duit"nadaku seakan menyindir. Pak cik itu seakan terkejut. Dia tertunduk, meletakkan beg besar hitam itu ditanah, membukanya satu persatu, perlahan lahan aroma busuk menusuk kehidungku,aku terkedu,terkejut dan malu.


Pak cik itu mengeluarkan lipatan sepuluh ringgit."nak,pak cik tahu kami nie orang susah, hidup seperti najis, ditolak tolak,kalian pekup hidung melihat kami,ambillah ini semula, pak cik juga ada maruah". Pak cik memegang tanganku,meletakkan lipatan wang yang tadinya aku beri sebagai upah. Aku menolak berkali kali. Aku sudah mula menangis,meminta maaf berkali kali. Hinggakan wang itu terjatuh ke kaki. Pak cik kesana tadi hanya ingin memungut sisa ikan yang pecah perut yang nelayan buang.






Moral form da story.

Harga diri lebih penting dari wang ringgit.

Lain lain cari sendiri.hehehe,

Kisah rekaan je k. Aku tak nak sambung kisah tu.huhuhu.

Mama and papa kat luar sane jangan terlalu manje kan anak anak. Ajar mereka hidup susah. Wang itu amat bernilai andai kita ada harga diri.


Salam prihatin dari aku.



Hanya sebuah cerpen.
.




Tuesday, April 13, 2010

GIVEAWAY FROM DAMIA




GIVEAWAY FROM DAMIA




klik banner untuk ke contest


tarikh tutp 25 April 2010




♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



Hari nie aku join lagi contest yang camnie..kali dari Ibu Damia (Nana + Amrul=Damia).. comel sangat adeq Damia nie. bile aku tengok photo adeq Damia nie..teringat aku kat adeq kecil yang aku kenal dulu.. tetibe plak rindu. Dengan ape yang aku pandai skang,tak lah hebat sangat edit edit and posting entri, tapi aku nak gak wat special entri untuk adeq Damia.


S
o, sebelum aku join contest nie.aku de wat special photo untuk Adeq Damia nie.. hope mama Damia suke and adeq Damia nie pun suke..korang pun taw kan, kehidupan aku nie banyak dalam alam fantasi..bace entri aku sebelum nie pun korang taw.. teratak aku nie dipenuhi dengan alam fantasi ku,,


Ehem,kali nie aku ajak adeq Damia join aku kat alam fantasi aku nie..jom adeq Damia kite jenjalan kat alam fantasi abang wan nie,,nak tak..jom..hehehe.. korang jangan jelez..ehehhe..wan ngan adeq Damia je taw.. mama n papa adeq Damia tengok je..huhuhu..



adeq Damia yang comel


Aku pun belum kenal familly nie.. so,nak explain kat korang pun aku tak taw.. contest nie lah yang first aku join bagi kategori familly yang camnie.. i like it..huhuhu.. law familly Damia nak g bercuti tu.. korang g lah kat Sarawak,Kuching.. a city like no other..hehehe...siap promote tu...peace


Lastly,mama Damia sile lah ambik pic adeq Damia yang Wan edit khas tu k.. law nak gune untuk Header blog pun ok.. Hak milik adeq Damia ..sah..wan kasi Hadiah camnie je untuk adeq Dania sempene birthday damia pada 13 April nanti, Wan wish awal tak pe kan....dari jauh (sarawak) wan ucapkan selamat hari jadi adeq Damia.


adeq Damia(tak taw)


adeq Damia law tak taw tu...tanye mama k..hehehe




sekian
papai




.



aku sarawak bloggerian

Sua suey gud mownink, sua suey gud mownink, Istimewa raja, Ular lidi asyik ketawa melihat kambing membasuh kaki, Sapa kata Wan Hazel tak lapa, Sila jemput makan K.F.C.


Berdendang sudah irama diperutku,disulam irama rap papan kekunci lappy ku.


Pagi nie, tetap sama dengan hari hari lain,minggu nie aku akan update entri pepagi camnie, minggu depan memalam lah update,macam biase...


Aku pun tak taw nak update ape pepagi nie. Skang handphone aku dah nazak, dah dua tahun aku pakai handphone nie, nokia n95, skang aku biarkan je lah, bagi aku asal dapat mesej cukuplah. Dulu aku beli dalam RM 1.8K ++. First model handphone tu kluar aku beli. Tapi skang harga handphone tu pun dah turun. . .




A ha, teringat aku mase kecik kecik dulu. Aku suke sangat men kat luar rumah. Dulu yang aku taw hidup nie amat menyeronokkan, aku suke men ngan papa aku.




Korang pasan tak, muke aku dari kecil sampai besar nie pun tetap same je.hm, susah nak cakap. Hehehe. Tu lah kan, orang cakap muke comel nie, sampai dewase pun tetap comel. yang atas tu gambar lame... maaf lah tak berwarna.. time tu aku men baling baling bola ngan papa aku.


Bile dah dewase nie, semue nye berubah, aku tak sangke sangat, kenape aku ditakdirkan jadi macam nie. Patutlah mase kecil dulu mate aku slalu je gatal and berdarah, dah takdir kot, aku memang tak taw, and tak sangke, rupe nye aku sebahagian dari naruto, aku terpaksa lindungi sarawak, dari ancaman puak puak lain.



Sharingan eyez


Korang jangan risau, aku tak belasah orang yang baik dengan aku. Ok lah korang skakat nie je, aku nak g jumpe kakashi lepas nie. Hehehe.




____________
hope papa aku tak marah
bile tengok photo aku ngan papa aku tu..
hehehe

adeq sayang papa

papai


.



Monday, April 12, 2010

mentor musin ke empat..

Salam korang.
Salam satu Malaysia.


Semalam Wan tengok mentor4 kat tv3. Wan geram tengok mamat sorang tu, ape entah tak faham bahase kot. Nie Wan nak kasi taw nie. Dekat dunie nie semua orang pandai menyanyi, kene faham tu k. Tapi yang membezekan semuenye, sumbang atau tak je, vokal semua sekali tu kene taw dulu. Geram lah, malas nak cite pasal mamat tu. Yang peserte len suare ade lagi tak kene pilih. Huh...

-----------------------------------------


Pagi nie baru aku teringat mase aku nak try masuk pertandingan yang macam mentor nie. Punyelah yakin aku nak kene pilih, dengan baju aku,kasut aku, semue nye mantap,hip hop kot..aku dapat nombor 514.




betol ke aku nie nak masuk bertanding nyanyi


Mase datang kat tempat pertandingan tu, kire pemilihan lah erk, macam mentor gak ade pemilihan. Mase tu aku bedebar sangat. Semue orang sekeliling aku hebat hebat je. Aku je yang tak.



Giliran aku, mase tu aku dah gelabah dah. Dah nyanyi semue skali. Dah selesai dah.


carian google image




"adik wan erk?" tanye si penilai tu.

"eh mane ade,saye wan,bukan adik kepade wan"aku jawab sambil garu kepale aku yang tak gatal pun.

"ok,ok wan,tadi bawak lagu sape?" dengan muke blur sambil menunding pen kat aku.

"lagu scorpion"aku jawab simple.

"owh ok, ada pape soalan nak tanye?"juri tu tanye.

"saye dapat masuk tak"aku menyoal.

"awak layak ke pusingan seterusnye,taniah"juri tersenyum.

"next soalan?"juri tanye lagi.

"scorpion kale ape erk?"aku tanye sambil tersengeh sengeh.

"hm,kale?"juri kehairanan.

"a ah,scorpion kale ape?"kali nie aku tahan ketawe aku.

"scorpion kale itam lah, tu semue orang tahu.." juri dah rase hebat sangat mase tu.

"hahahaha"aku ketawe terbahak bahak sambil bergoleng goleng atas lantai, aku dah tak dapat kontrol ketawe aku.

"scorpion kale jengkinglah!!!" aku maseh ketawe tergoleng goleng.

Pap,bunyi meje kene pukul,

"you,get out from here, i dont 1 2 c u face" dengan nada yang amat menakutkan.


Last tu,aku dah tak dapat nak masuk pertandingan tu. Hm, susah payah aku datang,aku bleh dikeluarkan sebab "scorpion kale jengking"



Tips nak masuk bertanding, jangan wat lawak gile sangat taw, hati juri tu kene jage.peace.



kisah suke suki (rekaan je erk)


papai




.



The Planet of The Monyets


http://planetofthemonyets.blogspot.com

Welcome to the Planet of the Monyets.
This site is meant to serve as a forum for rational discussion
on environmental issues affecting
our country and the planet.
I hope you have an interesting time at this site and I look forward to your comments.
Although the site has been designed for monyets,
human are very much welcome
(although you need to show proof that you are indeed human).






Blog yang memaparkan kepentingan alam semula jadi , dan info info yang penting bagi mengekalkan Flora dan Fauna. untuk mengetahui lebih lanjut sila klik Lip Lap LIp Lap dibawah




Sunday, April 11, 2010

“Hidup Untuk Memberi“ Acer Aspire One anda miliki dengan percuma

contest aspire
klik untuk ke contest berkenaan




Saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog Sakura




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Sekali lagi aku join contest..minggu nie memang minggu untuk aku join contest.. syok sangat join mende camnie,,aku terkesima bila tengok kat dashboard aku ade orang nak tawarkan laptop acer percume nie.. aku try tengok diblog sakura.. upenye contest, so aku joinlah.. tengs to Sakura,, Sakura Peace..


Mule mule aku memang tak faham camne contest nie berlansung..lepas tu bace entri kat blog penganjur contest,,(klik lip lap lip lap untuk ke contest nie)Hidup Untuk Memberi. bace punye bace..syarat syarat nye korang cek kat situ k.upenye contest nie senang je..rugi korang tak join.. korang cume wat REFERRER
paling tinggi je..korang promosi lah blog nie.. and satu lagi korang boleh jadi top pengomen kat blog Denaihati nie. boleh menang gak taw.


Ok law korang nak join contest nie..korang jangan lupe letak Name aku taw..ini untuk mengetahui dari mane korang dapat taw contest nie.. jangan lupe Wan Hazel . aku nak kongsi hadiah nie kat korang,,so kite tengok sape yang menang nanti,



Rezeki orang tak bagi kalau kite tak berusahe..






Kalau korang yang tak join tu ..jangan jelez tengok aku menang taw..aku dah dapat bayangkan kalau aku menang..aku memang nak menang..hehehe..join jangan tak join.. mari join beramai ramai






owh ye yang nie aku suke


Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya. Perhatian katogeri referral yang dimaksudkan di sini adalah apabila blog ANDA menjadi referral kepada contester baru.



kasut yang boleh panjat dinding bangunan

.






Hari nie ahad, kelmarin sabtu. Maaflah korang belakangan nie aku agik asyik sangat dengat contest sane sini. Aku join untuk suke suke and hope boleh menang coz bleh gak kurangkan beban aku time study nie.. Ok,lupekan semua tu, skang aku nak cite pasal hari kelmarin.


Kelmarin aku upgrade aku punye kasut yang dah nazak. So aku wat lah ape yang patut, tambah itu tambah ini. Mule mule lepas aku upgrade, kasut aku meragam berasap asap plak. Susah nak caye, aku dah wat betul betul dah.





"Omaigod,omaigod nape nie"aku dengan muke yang penuh kehairan.


Cek punye cek, upenye ade satu litar yang aku tak letar IC. Patutlah aku nampak kasut aku macam tikus kene gigit,eh macam kene gigit tikus. So, aku try baiki and try cube lagi, kali nie kasut aku dah ok.



Aku tak nak cite banyak pasal kasut aku. Skang kasut aku hebat sangat dah bleh bwak panjat bangunan. Huhuhu.bez, jangan jelez taw. Aku suke kasut aku. . . . Tak nak lah pakai kasut baru, kasut lame aku nie lagi syok. Lepas nie nak try jalan kat bangunan tinggi. Tunggu di muke depan Utusan Malaysia k.hehehe.





Kisah rekaan je k.
Papai.

salam ahad


.

.