Edisi monolog sendiri
Kali ini aku duduk betul betul disudut penjuru. Entah, untuk apa, kadang aku terlelap membiarkan segala permasalahan membebankan aku.
Dunia memang tidak adil buat kita atau mungkin hanya buat aku, atau aku yang slalu bertenggek didahan yang rapuh menanti untuk rebah..
Lalu aku berhenti dipersimpangan...kaki mana yang patut aku dahulukan...
♥ ♥ ♥
Ketemu lagi di daerah ini, terima kasih kerna sudi menjelang ke teratak ini. Hari ini ukiran kenangan yang dilakarkan agak berbeza dari hari sebelum nya. Ada cela dibalik sinar mata. Kata nya indah khabar dari rupa. Agak penat dan serik membohongi diri ini. Kata si kecil hati "aku agak muram disini" namun hakikatnya diruang wajah satu kepalsuan menyinar bersama gelak tawa ku. Alangkah hina nya aku. Jahil rasanya diri ini. Maaf atas kesalahan diri ini. Singgah ku ini pun hanya untuk seketika. Seketika cuma di daerah ini.
Hari ini ada resah yang meneraju, ada rantaian kata yang tak terikat, ada maaf ku pohon, ada rindu yang bertambah, ada kasih yang makin bercambah namun ada porak peranda dibalik kebahagian.. Tahu kah aku, menghilang bukan jalan nya? tahu kah aku, tangis bukan penyelesai nya? tahu kah aku, merenung bukan memikirkan nya dan tahu kah aku diam bukan bermakna aku mengakui.
Hari ini bukan semalam, kelmarin langkah ku berbeza dari hari ini. Jauh benar beza nya. Kini aku melangkah mengundur agar mampu aku melihat silam yang kian ku tinggalkan. Kini baru ku sedari, rupa nya ada silam yang bahagia,tersenyum dan tergelak bersama nyata mampu mengalirkan aku hangatnya aliran air mata. Indah bahagia itu sedih pula terbit nya, kini ada racun dalam madahku, mungkin selepas ini pemergianku tiada yang memperingati.
.