Friday, January 24, 2014

Sarawak mula salji ? boleh jadi satu anugerah atau petanda

.




Assalamualaikum ..

Subuh pagi nie
Mandi memang sejuk sangat
Dah rasa mandi ais plak
Cuaca skang pun mendung je
Hujang kadang kadang lebat
Selalunya rintis berpanjangan
Matahari plak susah nak nampak
Kalau ada pun waktu petang dah nak malam
Matahari keluar sekejap lepas tu masuk balik



Kalau selama nie ada yang merungut panas panas panas
Nah ..
ALLAH bagi cuaca sejuk
Rasalah kesejukan

Ada jugak berita yang menyatakan
Kelantan dijangka salji minggu hadapan
wallahu'allam
 
Skang
Pandu kereta bukak tingkap je
Tak perlu pasang akon .. hahaha


Salji boleh jadi satu anugerah atau bencana
Kalau disarawak salji
Jalan raya diliputi salji
Nak pandu kereta memang dah tak boleh
Air plak membeku
Nak mandi tak boleh dah
Kalau nak berwhuduk
Ambik ais kat lua masak untuk dijadikan air
Cewah... siap berangan salji tebal plak

Kalau ALLAH kata nak turun salji tetap salji jugak
kun faya kun
Kalau ditakdirkan salji
Mudah mudahan Salji hanya sekadar salji biasa
Tanpa meragut nyawa

Eh eh..
Suhu macam nie tak mungkin salji 
Kalau suhu makin sejuk barangkali
Banyakan amal 
Kita tak tahu apa nasib kita esok lusa
Barangkali mati lepas baca nie
Haaa..


Owh ye..
Buat peringatan semua

Bila mesir dah turun salji
Pasti akan subur kan kawasan sana nanti
Cuma untuk peringatan bersama



 “Hari Kiamat tidak akan muncul 
sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur)   
dan dipenuhi sungai-sungai”  




Benda yang orang susah nak faham

Tak menutup aurat tu bedosa
Tak solat tu berdosa

Tak faham lagi ke
Dosa bila banyak banyak jadi saham neraka


Isu barang naik
Semua nak heboh
Isu Kangkung turun
Semua nak jaja cerita

Tatkala Isu Kematian
Kiamat yang semakin hampir
Semua buat diam tak kisah
Amal pun buat sambil lewa

ALLAH ...
Bagaimana lagi untuk ku Sedarkan sahabat sahabat ku
Bahawa dunia ini semakin ke penghujung

Hawa
Dengan pakaian yang membalut
Adam
Dengan Solat yang entah kemana

Ampunkan Kami Ya ALLAH
Sesungguh nya kami hambu MU yang lemah

Dan moga ayat ini
Jadi bukti selamatkan aku dari api neraka
Aku sudah berpesan pesan pada mereka


Aha
Gambar kat atas tu 
summer mall salji tu edit je



.



Thursday, January 23, 2014

Malaysia mula turun salji ???

.



Assalamualaikum

Rata rata ramai diantara pengguna muka buku
Menyebarkan video yang bertarikh
Aug 9, 2013
Ambil tahu k
Video tu video tahun lepas


Ramai pula yang berkata

"Patutlah sejuk indonesia turun salji"

Sesungguhnya kejadian putaran alam adalah kekuasaan ALLAH
Sebelum ini kita dikejutkan dengan
Mesir serta Vietnam dilitupi salji tebal
Sedar atau tidak
Petunjuk yang ALLAH berikan semakin hampir dengan kita
Namun kita memandang dengan sambil lewa

Blogger malah media sosial yang lain
Banyak memperkatakan tentang kejadian kiamat yang hampir berlaku
Namun mereka tidak pula berbuat apa apa
Mungkin
Saat pintu taubat tertutup baru nak berubah

Al Qur'an (15:76)
menyatakan manusia akan berjalan tetap tegak
Seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui seperti biasa

Tahun ini apa akan terjadi
2015 apa bakalan terjadi

Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya,
Apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu
Maka semua mereka akan beriman
Dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu
Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah


Owh ye
Jangan terlampau suka kalau kalau salji turun dimalaysia
Entah esok jumaat dah Kiamat
Persiapkan diri




.






Wednesday, January 22, 2014

Top 5 pengomen blog

.


http://qileh.blogspot.com/


http://timmbill91.blogspot.com/#


http://notadyatie.blogspot.com/


http://aniqbukhary.blogspot.com/


http://ilusi-fantasidunia.blogspot.com/


Owh ye
Sebenarnya amat sedikit je orang nak komen blog wan nie .. hahaha
Yang ada nie pun komen terkumpul .. hahaha

Sedih nya hati ini
Apa apa pun... Terima kasih buat semua yang sudi singgah
Komen sikit tak pe
Asal traffic 3 -5 k sehari..
Cukuplah. Alhamdullillah
Moga moga rezeki bertambah berkat




.



Tuesday, January 21, 2014

Biodata seorang blogger .. ahahaha

.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiIaiDcwgRB4XSpWX3uDAoHnViR9XnjskoeMVoYutJUexeNJHGKq4G0SCmsTmPvrCj98HkoT5GbfS71eMOxvMVVnthoNK6OaZrOsDY4n8I3QY2o8GPOlXCXDzsGzMPv8gXa_A0EGiWXTQ/s1600/wan+hazel+doodle+story+buku+line+satu.png 


Nama : Wan Hazel
Tempat Tinggal : Kuching , Sarawak
Tempat lahir : Selangor
Makanan kegemaran : Asalkan halal
Minuman kegemaran : Asalkan halal
Cita Cita : Nak jadi orang berjaya
Hobi : Kacau orang belajar
Impian : Berjaya dalam kehidupan
Kawan karib : -
Musuh : Banyak kat sekolah
Warna kesukaan : semua

Rindu pulak zaman sekolah rendah
Zaman budak budak sekarang nie mana de benda camnie kot
Rasa teringin sangat nak masuk sekolah balik diwaktu yang dulu
Kalau dulu tanah rumput kayu batu dijadikan permaianan bersama
Sekarang rata rata menghadap papan elektronik masing masing

Kadang terfikir
Entah apa pulak akan terjadi pada anak anak selepas ini
Dunia yang semakin moden semakin meninggalkan keistimewaan dunia




.




Monday, January 20, 2014

Mengapa credit sumber/pemilik hak cipta itu penting

.




Assalamualaikum

Kali nie wan nak kongsikan 
Apa yang seharusnya dan tidak seharusnya
Jika anda menggunakan hak cipta designer/photog/penulis yang lain
Bukanlah bermaksud kedekut
Walhal idea dan keseluruhannya milik ALLAH s.w.t

Namun 
Perlulah diingingatkan 
Supaya lebih berhati hati
Kami juga manusia biasa punya hati 




Apa yang seharusnya berlaku :





Apa yang sebaliknya terjadi :



Dan apa yang akan terjadi seterusnya :


Bagi Wan
Kalau nak guna doodle dan apa jua dari blog wan
Seharusnya digunakan bukan untuk mendapat keuntungan
Dan bertanyalah terus kepada wan jika nak guna
Kerana ada beberapa doodle yang telah dipunyai oleh orang lain
Dan dibeli dengan harga wang ringgit
Semoga semua boleh berkerjasama 

Selebihnya jika bertujuan untuk berdakwah
Apa salah nya 
Dan jika ada watermark pada gambar
Mengapa tidak dibiarkan saja
Owh ya.. jangan mengaku hak cipta pulak taw.. hehehe
Siap buat protfolio guna hasil tangan orang lain plak tu.. 
Marah nie..ggggrrrrr..



Every artist grow by displaying their work and getting critique. But when their work is spread around without any credit to the artist, AND EVEN MAKES THE OWN ARTIST DELETE IT FROM HIS/HER SITE it lost the purpose and meaning
-sheiletta-





.







Sunday, January 19, 2014

Entri berkaitan Arwah akan didelete untuk menghormati arwah

.



Assalamualaikum

Mungkin ada khilaf diri
Maka kecuaian mula mnguasaia
Dikesempatan ini demi menghormati pemergian arwah
Saya akan delete entri yang berkaitan arwah

Buat mereka yang telah meninggal dunia
Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Arwah adek najwa
Arwah Amir
Arwah bapa sahabat saya abdul wahab
Arwah bapa adik sahabat saya
Arwah din beramboi
Arwah sahabat yang paling dekat dengan saya Nurfazillah abdul kadir
Arwah nenek lelaki sebelah ibu saya

Al fatihah


Benar
Kadang bila teringat kembali mereka yang suatu masa dahulu
Yang sering dijadikan tempat mengadu
Rasa yang ditanggung bagai hujan selepas kemarau
Apakah bisa diganti
Seperti kata kata ilmuan
Patah tumbuh hilang berganti


Kadang saat terpanggil masa lampau
Aku sering mencuba lari dari masa lalu
Lari dari mereka yang berkait nostalgia lama
Air mata tak tertahan
Pernahkah kalian rasa ?

Apakah perlu disebut sebut kematian seseorang
Memaparkan sisi sisi wajah arwah untuk tatapan semua
Biarlah mereka mereka tenang disana
Moga kita berjiran disyurga
Insya ALLAH


Mohon maaf dari saya jika ada artikel arwah yang menguris perasaan keluarga arwah




.