Saturday, June 8, 2013

Saya ingin berhenti menulis

.



Assalamualaikum..

Laman ini saya namakan wadah madrasah
Biar dia hidup sentiasa di hati menjadi teman terdekat
Semua kisah duka dan suka semua terselit
Laman ini selalu memujuk hati saya saat tiada siapa yang bisa
Kerana biar wadah tak mampu berbicara untuk menenangkan saya
Wadah seolah menjadi wasilah buat saya bermuhasabah
Dia buat saya sentiasa mahu dekat dengan ALLAH
Cuma saya yang selalu banyak kerenah

Saya sebenarnya sudah lama berfikir fikir
Saya ingin berhenti menulis
Semakin banyak saya menulis semakin kuat keinginan saya untuk mematikan tarian jemari
Sedang ligat saya berfikir mencari alasan mengukuhkan hasrat menutup laman ini
Saya terfikir juga berulang kali.
Saya kata pada hati,

" Ya Allah.
Datangkan bantuan-Mu pada ku.
Yakinkan hatiku atas pilihan yang mana harus ku tuju. "


Mungkin masalahnya nampak mudah.
Berhenti menulis
Atau teruskan.
Tapi bagi saya banyak yang harus saya fikirkan.
Ini bukan sekadar tentang diri saya tapi juga buat mereka yang mungkin perlukan laman ini
Tapi wujudkah mereka yang selalu mahu menatap wadah?
Saya tak sehebat mereka yang penuh dengan mutiara hikmah
Dan saya semakin terus khuatir dan bimbang.
Andai laman ini lebih banyak membawa kepada kelalaian berbanding kebaikan.



.





Thursday, June 6, 2013

Bila agaknya saya nak kawen?hehehe

.

Pada setiap putera itu ada puteri yang cantik
Kalau ditanya mana puteriku,
Aku tidak tahu dia ada di mana tapi aku tahu dia pasti ALLAH sedang jaga
Tapi aku mahu dia ^.^v


Assalamualaikum


Saya suka. Doa untuk kebaikan bersama.
Saya masih kurang dalam memberi.
Moga masih ada ruang untuk saya terus perbaiki diri.
Bila agaknya saya nak kawen?hehehe

Belakang nie asyik je cerita pasal kawen.. 
Entah
kadang saya kuat berangan
Mungkin sebab terlalu rindu..

Saya tersenyum.
Dalam diam saya melihat perjalanan semalam kian jauh saya tinggalkan.
Saya semakin dewasa bila setiap hari baru datang melabuhkan tirainya.
Kisah perjalanan hidup harus saya ambil perhatian.
Saya yakin tiada yang DIA jadikan sia sia tanpa pengajaran.
Moga di setiap hari baru yang dipinjamkan
Saya masih ada DIA sebagai teman bicara.
Sebagai sahabat setia yang mendengar luahan rasa.
Sebagai pemilik yang memiliki hamba.
Atas nama cintakan DIA, moga DIA redha atas tiap bicara kata. :)

Nukilan ini terhasil dari hati saya.
Lahir dari imaginasi dan mimpi yang saya mahu bawa dalam realiti nyata.
Biarpun misteri dan kisah cinta saya masih rahsia DIA.
Tapi luahan ini sekadar luahan rasa dari insan biasa.
Saya juga punya jiwa seperti mereka.
Ada impian dan cita cita sepanjang jalan menuju lebih dewasa.
Dalam kekurangan ini saya juga punya harapan.
Moga dalam rasa ini ada bimbingan DIA agar saya tak alpha.
Siapapun dia yang bakal jadi makmum saya
Saya mahu redha ibu ayah ada bersama.
Saya yakin, erti bahagia hanya jika ada kelapangan jiwa dari mereka.

======

Aku hanyut dalam rasa tercipta.
Tersenyum memahami tiap butir kata.
Kembara ini kembara kita.
Perjalanan hijrah kita dalam membina bahtera.
Aku tak mahu bahtera yang kita angankan rapuh ditelan masa.
Biarpun mungkin kita bina hanya dengan bata pertama.
Atau mungkin sekadar dengan sekeping papan biasa.
Tapi biarlah kita mula dengan redha DIA.
Kerana tanpa DIA kita takkan gapai rasa bahagia.
Teroka ini takkan semudah sekelip mata terbuka terjaga dari lena.
Jalannya berliku dan penuh duka.

Aku yakin fikiran dan cara kita nanti pasti banyak berbeza.
Cuma satu pintaku yang pasti dalam tiap doa.
Kita akan selalu kembali pada DIA.
Dengan rasa yang sama untuk terus bina impian kita.
Untuk terus hadapi masa depan bersama.
Ikatan ini harus tetap kukuh bukan terus rapuh bila sekali diuji dalamnya luka.

Aku terus diam memerhati keadaan.
Terlalu banyak yang ku mahukan sepanjang jalan.
Aku impikan diriku yang teguh membimbing makmumku dengan iman.
Menerajui perjalanan kami berlandas Quran.
Membina usrah atas dasar cintakan Tuhan.
Bicaranya nanti kan selalu mengingatkan pada realiti kehidupan.
Usikan dan gurauannya selalu menghiburkan.
Senyuman di wajahnya ku rindu kerana menenangkan.
Yang begitu begini kerenahnya mendamaikan.

Aku masih diam menghadam fikiran.
Aku bercita cita menyediakan segala kelengkapan.
Biar nanti dia selalu tersenyum saat aku riuh mahu mengajaknya solat.
Dia yang kan jadi suri di sepanjang jalan.
Dan saat aku sibuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan Quran.
Aku mahu terus setia di sisi menjadi penghibur kala dia mulai kelelahan.
Aku mahu menyalurkan semangat kala dia perlukan kekuatan.
Agar dia tahu bukan cuma dunia yang aku impikan.

Kali ini diamku terukir senyuman.
Banyak lagi ingin ku luahkan.
Bahtera impian itu selalu aku angankan.
Moga bahtera yang ku impi kan jadi kenyataan.
Untuk sama sama kita bawa ke syurga sebagai tempat kedua pertemuan.
Hanya tangan dia yang mahu aku genggam selagi ada izin Tuhan.
Rasa ini harus aku sandarkan kembali pada DIA yang memiliki seluruh kehidupan.
Agar saat tangan kami harus dilepaskan.
Kami masih ada Dia sebagai sumber kekuatan.
Kalau benar masa itu harus jadi kenyataan.
Aku mahu ada ruang untuk katakan.
ALLAH.
Terima kasih atas kesempatan. ^^.

Allah.
Aku sudah luahkan.
Aku dan dia adalah milikmu yang tak dapat ku nafikan.
Sepenuh keyakinan rasa ini ku serahkan semula pada Mu yang memegang harapan.
Siapapun dia, aku percaya dia selalu kan baik baik dalam jagaan dan pemeliharaan.
Tapi aku mahu dia...

Ku lontar jauh pandanganku ke depan.
Hanya pada-Mu seluruh hidup ku hamparkan.
Biar segalanya masih belum sempurna ku persembahkan.
Aku masih mahukan genggaman tangan-Mu sebagai teman.



.




Wednesday, June 5, 2013

Saya pun nak kawen... tapi jangan tanya taw..

.



Semakin meningkat dewasa, usia semakin tua.
Saya tahu itu.
Masa terlalu pantas berdetik.
Adakala bila malam berlabuh saya tertanya di mana siang saya.
Sedih bukan?

Menginjak usia kian dewasa, semakin banyak hal yang kian berbeza.
Hal yang paling saya risaukan adalah apabila orang mula bertanya.
Dah berpunya ke.
Bila nak kawen.
Tak kan terlalu memilih kot

Saya tak tahu.
Saya tak ada jawapannya.
Mungkin saya masih menunggu
menunggu dan tetap menunggu
entah.. :(
Dan kadang kadang saya jadi tak suka bila kerap ditanya.
Saya tak selesa.
Kalau benar saya mahu berkongsi tentang kisah rahsia.
Biar saya yang bercerita.
Sebab saya juga tak bertanyakan awak soalan yang sama bukan?

Sampai masanya nanti insya ALLAH.
Pasti akan ada perkhabaran.
Buat masa ini biar ALLAH yang simpan.
Tunggu kejutan dari ALLAH
Saya tak mahu melukakan.
Cukuplah saya dah banyak belajar daripada pengalaman.

Saya tak nak berangan nak pasangan baik.
Saya tak nak berangan nak pasangan solehah.
Tidak.
Jadi baik itu tanggungjawab saya dulu sebelum dia.
Kasihan dia nanti.
Dia melengkapi bukan dia sekadar melengkapi dirinya sendiri sedang saya hadir dengan tiada apa.
Saya tak nak berangan nak anak anak penyejuk hati.
Sedang saya belum lagi jadi anak manis buat abah dan emak.
Saya tak nak banyak berangan.
Sejujurnya.
Berangan akan bawa saya terus khayal melayan perasaan.
Bimbang saya akan hanyut dalam lautan angan angan.
Sedang pada saya, tanggungjawab masih ada.

Kemudian saya faham.
It's not about being the best.
But it is about being a better person than you were yesterday.



.



Tuesday, June 4, 2013

Bilamana ENGKAU menjadikan dia sebagai isteriku.

.
 http://mentalhealth4muslims.com/wp-content/uploads/2012/02/muslim-couple1.jpg



Ya ALLAH bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk MU dengan kebesaran kekuasaan MU dan kemulian wajah MU dan ketinggian kemulian MU yang bilamana ENGKAU menjadikan dia sebagai isteriku.

Ya ALLAH jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati MU
Ya ALLAH jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya ALLAH kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya ALLAH jadikan antara kami berdua sebagaimana antara Ali dan Fatimah
Ya ALLAH satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmat MU Wahai Yang Maha Pemurah

Ya ALLAH tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya ALLAH permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku menerima seadanya dia dan dia menerima seadanya aku

Ya Allah bukakanlah antaraku dan isteriku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka
Ya ALLAH yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan isteriku dalam kebaikan

Ya ALLAH jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang ENGKAU sayangi
Ya ALLAH jadikan hati isteriku tergantung kepada MU dan kemudian tergantung kepada rasul MU dan kemudian kepadaku

Ya ALLAH, ENGKAU lah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya ALLAH berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang ENGKAU kehendaki dan redhai

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Mujiid perkenankanlah
Ya Mujiid perkenankanlah
Ya Mujiid perkenankanlah




.