Monday, June 14, 2010

Header untuk syazana




Salam korang...




Kali nie Wan wat header untuk Syazana..hehehe








header syazana






Syazana law nak ambik header tu..klik lip lap lip lap nie k..


HEADER






Tak taw lah law cantek or tak..yang penting Wan dah wat..hehehe..g pun wan tak de mase sangat nak wat,,,so hope Syazana suke,,, Wan skang dah BZ skit..huhuuhu..


Owh ye..law nak kasi center header tu..cube try tambah kod nie kad depan header

<center>



and kod nie kat blakang header k

</center>

law tak dapat Wan pun tak taw..huhuuhu..




Nak jenguk Blog Syazana jom klik link nie..SYAZANA





tu je ..papai










'Contest Dialog Kitty di R4T'






kali nie Wan join kontest nie plak




klik banner untuk ke blog penganjur
TARIKH TUTUP : 25 JUN 2010




☻ ☻ ☻






Dialog yang Wan pertaruhkan plak


Dialog A= tolong tolong..mane cermin mate aku nie..aku bute aku bute..

Dialog B= alahai kucing nie..tak sedar diri ke, kau tu tu kucing,law aku tak pe lah



Law nak kepastian dan menyelami watak kucing tersebut..tengok photo kat bawah nie..yang Wan dah edit dialog..hehehe..





Sambil si kucing A mencari cari cermin mate nye yang jatuh..kucing B plak..wat wat marah..heehhe..sebenarnye dua ekor kucing tu tengah bergurau je..ehehhe..jangan terlampau emosi k..kucng tu tetap berperikehaiwanan...ehehhe





tu je..




paece






.





tukarkan size video YOUTUBE untuk entri blog
















Salam korang





Ok korang..kali nie Wan nak Wat tutorial camne nak kecilkan size video UTUBE..Dah alang alang Cik Putput tanye , so tak salahkan law Wan nak kongsikan ilmu nie untuk semua..Wan pun kekadang time blogwalking Wan ade terjumpe video UTUBE korang terlalu besar sampai mengganggu entri and side blog korang..betul tak?? ok nie Wan sediakan tutorial k..senang je








Macam biasalah kan korang cari lagu or video kegemaran korang kat UTUBE..so dah cari korang klik EMBED kan,,untuk ambek kod video tu .. macam gambar kat atas tu kan...betulkan..?


Ok, lepas tu..korang paste plak kat blog NEW ENTRI korang kan.. and jadilah macam kod yang kat bawah nie...


Korang nampak tak kod yang Wan tandakan dengan merah tu,, yang tu lah size video UTUBE korang..so korang kene ubah size tu..kepada with=350 and height=300.korang bleh tuka lah ekot keselesaan korang..ehhehe..pastikan kod yang Wan tandakan merah tu..yang tulah yang korang tukar k..





<object width="480" height="385"
><param name="movie" value=
"http://www.youtube.com/v/agChAJB9FYc&hl
=en_GB&fs=1&rel=0&color1=0xcc2550&color2
=0xe87a9f"></param><param name
="allowFullScreen" value="true"></param&gt
;<param name="allowscriptaccess" value=
"always"></param><embed src=
"http://www.youtube.com/v/agChAJB9FYc&hl
=en_GB&fs=1&rel=0&color1=0xcc2550&color2
=0xe87a9f" type="application/x-shockwave-flash"
allowscriptaccess="always" allowfullscreen=
"true" width="480" height="385"></embed
></object>









tu je


papai







.




Sunday, June 13, 2010

Cinta bukan Epilog cinta untuk dikongsi...☺















Cinta bukan Epilog cinta untuk dikongsi...




gambar aku sebgai gambar hiasan




Sekali lagi aku digegarkan dengan email yang bercerpenkan cinta (maaf andai ada yang terasa) . Dan kadang kala mata ku mencedok sedikit masalah cinta yang jadi ukiran diteratak kalian. Owh, kerana pedasnya entri aku kali ini,aku bersedia kehilangan pengunjung ke teratak ku kali ini, biar hilang separuh atau sepenuhnya traffic ke teratak ku kerna sebahagian besar pengunjung ku adalah kaum Hawa.


Bukan hendak meremehkan atau memperkecilkan kaum Hawa, tapi sekali sekala apa salahnya aku meluah apa yang ku rasa dari meludah muntah memendam rasa.


Mengapa masalah cinta perlu dikongsi ? Murah sungguh cinta bila cerita sendu hendak dijaja untuk tatapan umun atau perseorangan (menghantar email kepadaku). Atau begitu mudah mereka mencari lelaki yang entah emailnya diceduk dari mana dan menambah bilangan teman di laman sesawang MUKABUKU 'Facebook'. Tak takut terpedaya? Buaya dialam maya berencam spesisnya. Aku tidak menuduh sapa sapa memakai topeng, tapi yang bermuka muka lampau banyak jumlahnya. Juga siapa tahu aku juga buaya?. Siapa tahu bukan? Baik baik memilih teman. Betulkan dulu niat sebelum bersahabat.


Aku hampir gila bila memikirkan masalah cinta kalian jadi masalah dunia, rasa hampir kiamat dunia kerna permasalahan cinta lantas bermurung muka. (aku bukan tak hirau tentang cinta tapi berpada pada).


Aku lebih rela menangani masalah cinta dari kiriman meseg dan email terus ke ruangan tong sampah 'delete' dari aku bersikap hipokrit, kan itu lebih mulia dari membaca sebaris ayat dan membalas ringkas "Owh, begitukah? ". Atau "nanti ada cinta yang lain , sabarlah erk". (murahnya harga cinta... )


Itulah aku jarang hendak membaca masalah cinta di ruangan blog kalian. Apakah selesai ? Apakah berasa lega? 'rambut sama hitam hati lain lain bukan'.


Kerna itulah jua aku tak pernah meng'online'kan lagi YM ku...dah tidak pernah hendak membuka MUKABUKU..jarang jarang hendaknya..





Maaflah law ada dikalangan kalian aku tidak pernah meng 'Approve' kan Requests korang..lain kali hantar komen ke ruangan aku law nak requests k..aku skang tak approve orang sebarangan..ehehhe..







Photobucket
Setelah agak lama aku menyelami masalah kehidupan, ternyata aku telah pelajari sesuatu yang bermakna, belajar untuk bertindak lebih waras. Tidak guna emosi tapi guna akal. Walau tidak tahu menyelesaikan masalah kalian, menjadi pendengar yang setia sudah cukup untuk dihulurkan. . .




Hm... Aku pun tak faham...















.



Friday, June 11, 2010

taman sahabat..tanda persahabatan China and Malaysia




Salam Korang






Korang dah tengok kan photo Wan untuk join kontes hijau tu( kat bawah entri nie)...photo tu Wan snap kat Taman Sahabat..kuching Sarawak,,sesape nak datang ke Sarawak..ringan ringanlah kaki singgah ke Taman Sahabat..walupun kecil tapi seronok...pergi time peptang..huhuuhu..


Ok nie Wan ade 2 3 Photo yang bermodelkan familly Wan..korang tengok tengok lah k... law berminat nak melancong kat Sarawak..jangan lupe singgah...tak jauh dari tempat Wan study je..,,hehehe



JOm terjah Photo Taman Sahabat















tu je...



cukuplah kan..hehehe..peace
mase nie papa Wan tak ekot..huhuuh..mama,kakak,adek pompuan and adek lelaki je ekot..







papai


.



Eikasyaza's Green Contest




Syarat-syaratnya adalah :

Jadi follower saya (tak nak pon xpe.. tapi credit kepada yang follow)
Buat simple entry pasal contest nie and letak picture kat atas di blog korang.. jangan lupa link ke blog i ye..
Letak gambar korang (sorang2 je) memakai pakaian berwarna hijau dan di kelilingi kehijauan
(contoh : pokok-pokok ke, kat taman ke, macam-macam lah)

Tinggal url entry korang di comment box entry ni ye.. senang i nak p check..

Hadiah :

Kategori Lelaki : One Drop Perfume (Men Set)
Kategori Wanita : One Drop Perfume (Woman Set)
Pemenang boleh pilih mana-mana set yang diorang nak okei

Tarikh Tutup :

07 Julai 2010
(Jam 11.59 malam)





Photo yang Wan pertaruhkan





Wan nak cite skit..photo nie sebenarnye ade dua orang,,Wan potong photo nie koz kat sebelah Wan ade sorang budak name preslly kawan Wan..heehhe..dua dua pakai baju BABYMILO hehehe.. owh ye,,photo nie disnap kat Taman sahabat,tabuan,kuching Sarawak... tempat tu tanda persahabatan antara Malaysia and China..




ok tak??


Mesti tak ok kan..huhuuhu







.



Thursday, June 10, 2010

aku kecewa sangat

















AKU KECEWA SANGAT KECEWA GILAK

GILAK...HMMM



Biarlah rahsia


















aku memang kedekut..tapi bersebab







Salam korang






Siri pelajar IPTA/IPTS






Aku slalu dengar orang kate aku kedekut, tapi aku tak kisah waima dalam ati ade skit skit kecewe.huhuhu. Entahlah,nape orang kate aku kedekut... Law mengenai ilmu tu,aku tak pernah kedekut pun. Aku slalu gak tolong kengkawan, hmm, dalam kalangan aku and kengkawan, aku je yang jarang jarang nak beli barang kat kantin. Bukan tak de duit tapi masalahnye kekurangan duit. Terkadang aku slalu tengok manusia kat sekeliling aku kat tempat aku study semua nye kaya kaya . Tapi hakikatnya tak lah kaya mana pun berlagak je macam orang kaya. Tu pun dia orang guna duit pinjaman pelajaran dia orang.. Kecuali lah yang memang kaya.


Nape aku kedekut? Atau aku nie berjimat?. Orang kate pengalaman hidup tu banyak mengajar erti kehidupan, keadaan sekeliling pun. Daripada tu lah aku taw betapa susahnye nak cari duit, lebih lebih lagi zaman skang banyak graduan yang mengganggur. Mampu ke nanti nak bayar pinjaman??? Law aku,ada duit lebih,aku simpan masuk AMANAH SAHAM. Kan dah ada pelaburan yang berfaedah. Betul tak, dapatlah tutup lubang mase dah tamat study nanti.


Skang aku tak heran sangat dah dengan bebudak yang kejap kejap tukar handphone, beli belah sana sini, tak heranlah. Law duit sendiri tak pe. Law masih dalam tanggungan ibu bapa tu tak yah lah nak tunjuk kat aku. Aku bukan marah, cuma nak melepas geram je...hahaha.


K lah korang,aku kedekut bersebab taw. Ataupun aku nie orang yang suka berjimat. Barang mahal mahal tapi perut and poket kosong pun tak guna. Yang lebih tak berguna lagi law otak kosong. . .




Belilah barang yang betul betul kite perlukan. Tak yah makan kat tempat mahal sangat. . . Beli nasi bungkus tu pun dah cukup.



Papai




Aku berbicara masih bercermin diri, sekadar renungan untuk hikmah bersama. Jangan marah.












Wednesday, June 9, 2010

Epilog Syurga Cinta TV3 slot Akasia











Epilog Syurga Cinta TV3 slot Akasia
akan menemui anda
yang penting adik Mia Sara atau Amani berlakon..
adik Mia Sara atau Amani bakal menemui peminatnye..







Epilog Syurga Cinta TV3 slot Akasia
akan menemui anda
yang penting adik Mia Sara atau Amani berlakon..
adik Mia Sara atau Amani bakal menemui peminatnye..


Epilog Syurga Cinta nie di adaptasi dari filem syurga cinta




sinopsis tak de g...nanti lah k









Tuesday, June 8, 2010

Drama Janji Kekasih di slot Zehra TV3. OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud Lirik OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud Download OST Janj










Drama Janji Kekasih di slot Zehra TV3.
OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud
Lirik OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud
Download OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud









Terbaru menghiasi slot Zehra, mengisahkan tentang kehidupan gadis remaja (karina) mencari ketenangan dalam kehidupannya. . Drama bersiri arahan Feroz Kadir yang akan menemui penonton TV3 pada 11 jun 2010, setiap juamaat jam 9.00 malam.


"JANJI KEKASIH" yang dibintangi oleh Jue Aziz(Karina), Ayu Raudhah(Aliyah), Fezrul Khan(Shah), Dato' Jalaluddin Hassan(Haji Safuan), Erma Fatima(Hajjah Hashimah), Mustafa Kamal,Ery Putra,Almy Nadia,Iqram Dizly,Puteri Sarah dan ramai lagi.


Drama 13 episod...

Sinopsis


Seorang gadis (karina) yang dimanja oleh keluarganya, segala yang diminta pasti akan diberi, wang ringgit bukan penghalang.


Bosan dengan karenah ibubapanya yang berlumba lumba memenangi hatinya. Akhirnya Karina mendaftar ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikap malasnya dan suka berseronok.


Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihatinya agar berubah sikap. Tetapi Karina enggan dan berkata hanya dengan cara inilah dia berasa bebas. Malah Aliyah diupah oleh Karina untuk menyelesaikan segala tugasannya.


Dalam kehidupan yang bebas dan berseronok, Karina mula sedar saban hari betapa kosongnya nilai kehidupannya. Ketika hatinya mula terfikir tentang kesalahan dan dosa dosa silam. Muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman. Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai pegangan dan landasan hidup mereka sekeluarga.


Saksikan slot Zehra drama "Janji Kekasih" untuk mengetahui cerita selebihnya.


Mampukah drama ini menandingi drama "Nurkasih".



♣ ♣ ♣



OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud
Lirik OST Janji Kekasih afgan-padamu aku bersujud











Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud





DOWNLOAD










.



aku bukan doktor cinta












carian google




Berfikir aku setanak otak, tidak kering air didihnya tidak jua melimpah. Tidaklah cuak isu ini membuak buak. Tapi secubit rasa, lontaran persoalan dari kalangan kalian, bisa merungkai corak ribut sebelum bencana.


Aku bukanlah tabib cinta,apalah lagi doktor motivasi cinta. Dari sekecil masalah cinta hinggalah belenggu kehidupan, entah kenapa ditembak tembus kedalam telinga. Aku seperti sebuah pondok telefon, tempat bergayut sang perjaka meluah perasaan tentang cinta. Terkadang aku bimbang akan tutur kataku bisa menambah duka. Tapi,demi kawan sapa mahu lihat mereka derita. Tangan ini masih kuat untuk dipaut teman. Paling tidak,hati kalian bisa tenang,nanti carilah mereka "penikmat garam" yang lebih berusia.


Aku terdiam seketika, berfikir mengapa selalunya aku dicari saat kehilangan cinta..?. Saat kesedihan kalian merundum hati. Saat celaru bercambah duka. Mungkin diwajahku terlakar karya hati pengubat duka. Andai aku nanti siapa pula yang mendengar?atau adakah kalian bisa mendengar?


Maaf teman banyak persoalan kalian yang belum bisa aku rungkai.. kekangan masa menyelubungi aku kini.. Ada masa pasti kan ku jawab..









Papai




.