Wadah Madrasah Pengalaman: karya cinta si jurutera elektrik(kuasa) ..


Sunday, May 9, 2010

karya cinta si jurutera elektrik(kuasa) ..










Ku dongak dada langit malam ini, berjuta bintang bersinar namun tiada cahaya rembulan. 7.00pm sudah dikira malam disarawak pantasnya malam berlabuh disini, menggantikan terus mentari yang terbenam. Saban hari aku meniti kehidupan dengan penuh pembohongan, mungkin senyumku tak semanis madu, atau lebih pahit dari hempedu.


Malam ini jua, aku berasa begitu asing. Benar benar lain. Aku menjumpai diriku yang sebegitu tegar. Lebih kuat. Lebih yakin. Akan tetapi diriku masih didakapi kinayah. Adakah diri yang seperti ini yang kucari?. Kurasakan setiap biosis yang kutemui sering kali manipulatif. Ya, jasad dan jiwa yang masih berubah ubah. Sebelum ini pun , setiap biosis yang ku temui merupakan juzuk juzuk reformasi.


Cinta yang tumbuh ialah cinta yang tertolak dari duniawi, tidaklah bermaksud aku sudah tawar terhadap cinta duniawi. Malas? Acuh pun tidak. Kemalasan ku punya objektif tersendiri.

Ini satu ujian bagiku. Rasa rindu dan rasa cinta. Aku hampir hilang arah, tewas, tewas tipis... Hancur! Belum hancur... Hampir hancur! Syukur, separa hancur itulah rekahan dan retakan yang memberikan aku erti cinta yang selama ini kugenggam... Aku mencintamu, dahan cinta ku tak mungkin akan rapuh. Kasih sayang ku terhadapmu sentiasa ku semat.


Kekadang, aku meletakkan diriku dalam setiap kondisi. Aku dirimu dan aku diriku. 'Ying Yang' dalam diriku, ku bawa bersama biar rasa seimbang. Biar ada rasa takut kehilangan dan biar ada rasa kau kan tetap jadi milik ku.






Andai kata arus tak kesampaian . . . Nyata tak terlihat. Lantas, siapa yang menduga? Aku bertanya? Apa beza antara ujian dan hikmahnya? Berjauhan. semakin mencari cinta semakin rindu pada mu. Pilunya, bodohnya aku. Wasilah sempit tapi yang benar itu rata rata telah diabaikan oleh ku.


Hmm... Ada suatu cas yang menarik aku (ilmu pelajaran). Aku tahu, anion namanya. Aku tidak terfikir anion bercita cita menjadikan kationku berubah, total mengikutnya (sumpah,aku masih ingat akan dirimu). Anion mahu kation diseimbangi bagi meneutralkan aku dan dia, tanpa perlu perintang mahupun penyah arus. Ada pro dan kontra... Sesekali aku cuba berkehendak suatu arus sahaja, malangnya, litar hanya membenarkan aku berulang alik. Litar juga mahu aku memiliki pergerakan bersiri. Yakni, bergerak dalam suatu ketetapan. Aku menyakinkan diri. Setiap biosis dibekalkan banyak pilihan. Pilihan haruslah bertunjangkan kebijaksanaan, intuisi halus...dalam redha-Nya.


Mengapa perlu pilih arus songsang? Ada rasionalnya, mengapa pula yang selari itu? Bagaimana pula dengan memilih arus bersiri itu? Masing masing punya tamsilannya. Cuma, mungkin bakal dirobek oleh golongan yang berfikir. Dan nyata aku memilih kedua dua nya.



Aku biarkan diriku termenung. Membawa ku ke alam kenangan... Ketika aku lemah, tak berdaya, dirimu meniupkan kembali semangatku yang kadang kadang luluh. Dirimu merawat segala kandunganku. Dirimu juga mengajak aku berserah diri dan bertafakur kepada-Nya. Tatkala mereka mencemuh dan memijak mijak maruahku. Dirimu muncul bersama infra yang memulihkan keyakinanku. Terdiam tak bererti hilang.


Kejayaan itu kan jadi milik kita bersama.


Salam rindu dariku Wan Hazel...






.



6 comments:

ummizarra said...

waaaaa sgt mendalam maksudnya.. hy kamo sj yg ngerti... hurmmmm...

scya lollita said...

heyy
ske la entry ni ~
ske3 !

Wan_hazel said...

✿Lovillea✿
hahaha..semua fham..hehehe

Wan_hazel said...

╚► capital S hana ◄╗

tengs suke...sje sje je taip entry nie

yaya said...

jeles tengok wan letak gmbr yg di edit. i try buat. tp xcantik. menyampah..

Wan_hazel said...

hehehe..jgn lah mnyampah..wan dulu pun camtu gak..learn form mistake mat salleh cakap.. jgn ptus ase je..try try and try..nanti akan dapat hasil nye