Semalam aku berbuka dengan air kosong. Keseorangan. Berjatuhan rintik-rintik hujan di sepanjang jalan. Aku melangkah gemalai pulang ke hostel.
Dek kerana projek makmal masih tunggang langgang tak terurus..Masih tertanguh.. seminggu sahaja lagi untuk membentangkan final projek.
kaki ku tabah melangkah.. jauh bezanya kampung ku. Teringat indahnya suasana perkampunganku... Dada yang diurut santun dingin angin, keindahan malam jangankan dapat kujelmakan dengan tulisan, apatah dilakar keanggunannya di papan lukis
----------
Selepas mandi aku berbuka menjamah hidangan ringan mee segera dengan kopi panas... Sukar nya berjauhan dari keluarga.. Bukan tidak mampu berdikari namun disaat sebegini sapa yang tahu perasaan ku ... tersenyum bukan bermakna tabah... berbicara hanya dihujung talian..
"selamat bukak posa deq""
(selamat berbuka deq)
Biar seribu tahun pun ku menetap di Dongyang Technical College, South Korea ini..Hati ku masih bisa terusik dengan suara mama... airmata menitis mencairkan ego seorang lelaki..Air mata berderaian lebat menghentam di jeram pipi. Aku cuba duduk bersila sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati ini masih ralat dipujuk.
Aku tertanya tanya
Mama , apakah juadah berbuka mu hari ini???
Mungkin semalam, nostalgia Ramadan terakhir kita. Barangkali.
(kisah rekaan)
.
12 comments:
alah..ingat cerita betul wan tadi
baru nk soh kemslm kt mamat korea
hee :D
hehehe...xper..wan da tua
cira muder agey..hahahaha
Kie-yu
hahaha...mamat malaysia kan ade..hwhehhehe
Cira Marcello
hahaha..wan pun masih mude lah..hahaha
laa... rekaan ker.. ceh..hehhee
o tedah nya, piluk ati...hihihi :)
Uwaaaa~ teringat lak family kat umah.. selalu gak buka sorang2, kte senasib...
ishiko
hehhe..rekaan je..huhuhu
Miss Eynee
mek xpiluk..ktk ya bok piluk ati..ahhaha
Nur Erma Suzieaty
hehehe..sabar je lah ye.,..
Di bulan puasa inilah kita akan selalu teringat dengan family. Berpuasa di tempat orang mmg sakit. Segalanya serba kekurangan. Asyik teringat makanan di kampung. Huhu...
hehehhe,,,betul3
Post a Comment