Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Tutorial adobe photoshop : warna warni kan brush

.








Assalamualaikum...


Hai ..skang Wan nak wat tutorial macam mana nak buat brush adobe photoshop berwarna... Nie permintaan dari seorang blogger..So wan buat..Cara yang Wan slalu guna...Kalau korang nak cuba jugak...

Jum tutorial..

Mula mula buka Adobe korang k.


Dan buat background Wan guna latar hitam..Untuk menampakkan kesan warna tu.. Jadi mudah untuk korang tengok dan faham..




jadi korang cari lah brush yang korang nak guna k..




Dan korang perlu buat new layer kat file korang tu...Klik kat anak panah no 1 tu macam kat dalam gambar kat atas tu k.. Nanti akan kluar lah pop up box macam dalam gambar dalam petak tu..dan Korang klik ok..Jadi lah macam kat bawah nie...




Kalau korang dah dapat layer macam kat anak panah dalam gambar kat atas tu...Makna nya korang dilandasan yang betul..ehehhe




Selepas tu korang klik kanan pada layer tu dan pilih Blending option macam kat anak panah dalam gambar kat atas tu k..




Dan korang akan dapat pop up box macam dalam gambar kat atas tu.. Lepas tu korang klik pada anak panah macam dalam gamabr atas tu k... Gradient overlay..






Dan korang pilih lak warna...Warna yang korang nak...Klik kat no 1 tu dulu nanti kuar box kedua dan klik kat no 2 tu... Wan guna warna pelangi..Nak warna warni...ehehhe..Bila dah pilih.korang klik ok dan ok..hehehe




Dan mula lah korang brush kan file tu...selesai...Faham tak??kalau tak faham..cuba sampai dapat..ahahha...nanti akan dapat gak tu..




Selamat mencuba...




.



Thursday, October 18, 2012

Free download Autodesk AutoCAD Architecture 2012 portable

.



Assalamualaikum..


Kali nie Wan nak kongsi Autodesk AutoCAD Architecture 2012 .. Sebab ramai yang cari software nie.. sampai kan Wan sendiri pun susah nak cari.. So kali nie Wan dah ada dan Wan nak kongsi untuk semua..Makna nya kepayahan Wan untuk kesenangan semua..ehehehe..




Korang download Guna link kat bawah nie k.. .. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang...nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..Acc 4shared tak leh guna dah..Maaf sangat ye.
Selamat mendownload


Download from DF: 1 - 2 - 3 - 4 - 5 -



Download from UL: Folder






  .



Tuesday, October 16, 2012

Download Free Adobe After Effects CS4 Portable

.




Assalamualaikum..


Kali nie Wan nak kongsi Adobe After effect portable lak untuk korang..Harap ada yang boleh guna k..



Packs Added (­­by RedGiant):
EFFECTS SUITE
-Composite Wizard
-Image Lounge
-Holomatrix
-ToonIt v2.1.1
-Text Anarchy
-Psunami
-PlaneSpace
-Knoll Light Factory
-Warp
KEYING SUITE
-Key Correct
-Primatte Keyer v5
-Warp
MAGIC BULLET SUITE
-Cosmo
-Instant HD
-Looks
-Frames
-Colorista II
-Mojo
-PhotoLooks
TRAPCODE SUITE
-Horizon
-Echospace
-Soundkeys
-Lux
-Form
-Particular
-3D Stroke
-Starglow


Korang download Guna link kat bawah nie k.. Korang pilih mana yang korang leh guna k.. Ada link yang korang tak leh masuk kalau korang tak tukar DNS korang..Pilih je taw..nanti kalau dah masuk ke page tu korang download satu satu dari setiap link tu..Bila dah selesai download semua korang extract untuk gabungkan K..

Selamat mendownload



Download:
DFUL


New Link

DOWNLOAD ADOBE PHOTOSHOP CS3 




.



Thursday, September 27, 2012

Meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya

.




Assalamulaikum..


Bila puas kita menadah dan meluah kepada ALLAH.. Sering kali hati setiap jiwa jiwa manusia memerlukan teman untuk meluah.. Meluah amarah,air mata malahan rasa Cinta..


"Jika kita inginkan Cinta tapi kita enggan jatuh cinta 
ia sama saja seperti meminta Syurga tapi tidak mahu diuji IMAN nya.."


Dan seperti mana mana fitrah manusia..Rasa cinta itu wujud dan kadang aku jua perlu doktor Cinta..Aneh bukan.. 

Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,

Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada
ditangannya.
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,

Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan..

Dulu aku penuh yakin dan bersemangat bila berdoa.. Segala apa yang ku pinta ada yang hadir tanpa diduga..Dan bila mana kali ini aku enggan hilang akan sesuatu itu. Doa aku berubah dari daerah yang yakin berubah ke daerah yang merayu , merintih.. YA ALLAH.. dengan nada yang penuh pengharapan bukan lagi nada keyakinan..Bukan aku tidak yakin akan ketentuan NYA..Namun kali ini Doa aku penuh dengan sejuta pengharapan.. ALLAH mengajar aku berserah diri pada NYA..Semoga ALLAH masih sudi mendidik diri ku yang hina ini. 

Jika angan ku ini jua berupa Doa.. ALLAH,makbulkan jualah angan ku


Tidak kusanggah kakiku yang terhayun deras, seakan lincah macan yang laparkan rusa. Tapi, sesak tetap bersarang di dada bila aku dilabel seorang insan yang serabut kepala. Setiap butir kata yang aku lontarkan, dikata orang sedang gelojoh menjolok mimpi yang masak ranum di rimbunan langit.  Benarkah? Atau sebenarnya sang masa yang berlari-lari?      

Aku cuma seorang anak muda.  Perkataan ‘cuma’ itu harus kubuang jauh-jauh.
.





Friday, September 7, 2012

"KALAU" Tidak jua susah namun penat saban hari

.




Assalamualaikum ...


Salam Jumaat.. Ramai yang tak sabar sabar nak bertemu Jumaat kan apa tak nya esok nak Cuti dan ada jugak yang tak sabar sebab nak solat jumaat..Jumaat kan penghulu segala hari.. Aku pun sama walau dalam minda separa sedar takutkan jumaat.. sebab ape?sebab KIAMAT akan terjadi pada hari Jumaat..Tak meriau darah dengar?? Ah.Pentas kehidupan , dunia ini umpama syurga bagi yang tidak berfikir untuk akhirat... Tak pe tak pe.. Biarlah terasa ..  :)


Usai solat asar aku mencapai secawan nescafe yang tadi nya sudah terbancuh sebelum solat jumaat lagi..Sejuk ,tidak lagi panas.. Seteguk demi seteguk aku menghirup .. Sambil aku menerka apa yang bermain diminda . Sambil aku bermain dengan butang anak panah bulat di penjuru atas applikasi carian google "refresh page".


Terpetik rasa hati kali ini untuk melafazkan warkah tak bersuara diteratak usang yang semakin sarat menunggu roboh.Padahal berkali kali entri nie terbiar kosong.. Hendak diteruskan atau dibiar tersimpan didalam kotak yang bernama "Draft" .. KALAU difikirkan rasa tak berapa nak penting plak.. Ahhh.."KALAU" lagi.. sekadar hendak melepaskan tanggungjawab... ye lah kan "KALAU" ..


Kali nie baru ku tahu menjinak KEDEGILAN itu bagai mengopak balak dengan kapak.. Kadang hendak saja ditetak biar patah..Tapi sudah menjadi tugas untuk ku membentuk mereka terus ke arah kejayaan.. Bukan sekarang hasilnya yang pasti semua nya berbaki baki untuk masa hadapan.. Sayang kekadang KALAU itu selalu dijadi tunjang mengelak tugas..


Buluh itu hendak ku lenturkan terus risau pula akan patah dipertengahan.. biar kuning warnanya tua pasti tetap akan ku lentur jua .. Hendak ku lentur dari rebung tidak pula kesampaian.. Maka aku ambil jalan mudah melentur dengan penuh kesabaran ... Insya ALLAH pasti berhasil.. Aku percaya Jika niat itu kerna ALLAH pasti ALLAH memudahkan apa yang payah dimata hamba NYA..


Menjinak KEDEGILAN itu bagai mengopak balak dengan kapak, Tidak jua susah namun penat saban hari..


Entri ini dituju terus biar terpana tembus dimata hati sang pembaca... ah..kan kan "kalau"

Nak tahu sapa degil..tanya diri


.








Thursday, September 6, 2012

NUR ..Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,

.



Malam ini , sujudku kian berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata walau sekuat hati ku cuba mengukir manisan diwajah. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Mengetahui yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu.Adakah hakikatnya hajatku tak punya cahaya lagi.. Gelap..


NUR ..


Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,
-potongan ayat surah an nur


Hakikat. Yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh mereka yang selalu menadah tangan, meminta itu dan ini dari hadrat Nya. Sedangkan permintaan itu tidak dicermin dulu dengan kaca muhasabah. Begitu jua lah aku..


Bila mana Doa yang ALLAH tak makbulkan bukan bererti dia membenci . dan bukan jua bererti dia menganjakkan permintaan itu untuk kesekian hari nya.. ALLAH menguji hamba Nya dan memperlihatkan kekurangan diri.. dan memberikan ruang untuk kita berfikir kekurangan diri..


"Ya ALLAH lembutkan lah hati dia yang terlalu garang bagi ku" 

Walau makbulnya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar ini menjadi asbab.


Tanpa henti mulutnya menyumpah seranah diri ini.. Aku tetap sebegitu. Masih tenang dengan mata tertunduk ke lantai. Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik meja di depan ni agaknya. (istighfar). Mengapalah aku ditempatkan sekelas dengan nya..errr..

Terasa sungguh bersyukur, dengan hadirnya sejuk di dada dikurnia Dia.


"bodoh"

"Gila"

"lembat"

"Tolol"

"Tak kuasa aku "


Sehinggalah satu saat aku terkesan mengapa Doa ku tidak termakbul.. Rupa nya dalam jiwa ku hampir hilang rasa "SABAR" .. YA ALLAH .. indah sungguh pengaturan Mu.. Baru ku sedar dahan kesabaran ku semakin rapuh..


Sesungguhnya, apa yang dipohon belum tentu terbaik buat diri. Dia selayak mengerti apa yang mampu dipikul tubuh. Tak perlu ku ulang lagi. Dia memang Maha Mengetahui.

Comelnya Janji ALLAH..





.



Saturday, September 1, 2012

Hantar adik daftar di UNIMAS...

.

Gambar carian google..ehehhehe


Assalamualaikum....


Camne hari korang hari nie?? Ok best??Gambar kat atas t gambar wan k.bukan carian google pun..ahahha.. hari nie Wan hantar adik wan masuk IPTA..UNIMAS.. Adek perempuan Wan..Dia duk asrama.Duk kat asrama Sakura....Rindunya kat dia...erm.. tapi tak pe..hehehe.. nanti leh jumpa jugak kan..ahhaha..Rumah wan pun tak jauh dari UNIMAS..hahaha..



Gambar kat atas nie tasik UNIMAS...Jambatan tu orang kasi nama jambatan cinta..Siap ada cerita jambatan tu berhantu..ahahha..tak taw lah..auta  semata mata.. Wan tak pasti lah jambatan tu.ahaha..



Nie adik Wan ,,Comel tak??? hehehe..Mestilah comel..hehehe.Jangan hairan kaca mata adik Wan memang tebal.. Doakan mata adik Wan sihat sihat hendaknya k.. Agak risau Wan dengan mata adik Wan nie.. sangat sangat risau...




Ok tu je..Gambar kat atas tu..Ibu Wan kat tengah ,adik lelaki Wan.adik perempuan Wan..belakang pegang kemera tu Wan..ehehe


Owh ye..Sesapa blogger yang masuk UNIMAS komen lah kat bawah nie ye..Mana taw kenal ngan adik wan..ehehe


Study leklok.. sembahyang jangan lupa..Doa makan pun jangan lupa..ehehhe..



.



Monday, August 13, 2012

Iftar bersama rakan 12/8/2012 (khas buat rakan rakan yang datang)

.






















Best n meriah...

Sila cari mana satu Wan..ehehe


.



Monday, July 9, 2012

Template sempena Ramadhan... warna ape ye??

.



Assalamualaikum...

Dah habis ganti puasa tak??hehehe..Hope semua dah ganti..Ramadhan makin hampir..Tinggal 2 minggu lagi kan..Tak lama lagi puasa lah..Dan tak lama lagi semua tak sabar nak ke bazar kan kan.Wan lak kalau nak kata suka g bazar Ramadhan tu..Tak lah sangat jarang kot nak pergi..Pergi pun kalau ada yang ajak..Hehehe..

Semua kan tak sabar nak sambut Ramadhan..Wan memang nak sangat sambut Ramadhan nie..Ada sebab tertentu ..ehehe..hanya Wan dan ALLAH je yang tahu..Wan gembira sangat untuk Ramadhan kali nie..Harap kita sama sama dipanjangkan umur. Dan Wan harap apa yang Wan harapkan ALLAH makbulkan.. Dan Wan doakan semoga semua keluarga kita dirahmati didunia dan diakhirat..Amin


K lah korang berbalik pada tajuk utama kita..Template sempena Ramadhan..Blog Wan pun tak lupa jugak nak sambut Ramadhan..Wan ubah sebab Wan nak raikan Bulan Rahmat Ramadhan nie..Tapi nak cari warna yang sesuai tu agak mencabar sangat..Korang ada idea tak??



Blog Wan ramai warga warga ibu  , kakak kakak ,abang abang dan adik adik yang masuk..Crush Wan ada masuk tak??entahlah..ahahha.ahhaha.Sebab tu Wan perlu pilih warna yang sesuai,pernah suatu ketika dulu Wan guna warna yang agak terang dan menyebabkan seorang ibu nie tak leh nak baca blog Wan sebab silau..Jadi apa pendapat korang??


Untuk Template kali nie Wan akan ubah lebar keseluruhan template Wan..Wan akan besarkan lagi lebar untuk ruangan entri..Boleh lah lepas nie post gambar besar besar..ahhaha..lebar ruangan utama keseluruhan pun Wan ubah "main wrapper" tak lah besar sangat jumlah perubahan tu..secukup rasa je..Jadi wan akan kodingkan balik kod template Wan nie.



Selain dari cadangan warna tu..Korang ada idea lain tak untuk template Ramadhan kali nie untuk bahagian header template Wan tu?? Ke Wan perlu letak doodle crush Wan?hahhaa..ahaha..Ingat Puasa taw..tak boleh..simpan dalam hati je..ahahhahahahahhaa...*blushing ..ececece


jangan lupa jenguk nie taw...Untuk raya tahun nie pun boleh jugak..ehehe
BB




Papai


.






Wednesday, June 20, 2012

Photo ku diruang Galeria Aperture edisi JUN 2012

.



Assalamualaikum...


Meh tengok manusia lekat kat dinding nie dulu.merah biru..kalau ada kuning putih memang MALAYSIA dah...ahaha..---->http://alturl.com/6h8mu

Baru skang nak post pasal nie..Alhamdullillah photo masuk ruangan Galeria untuk majalah Aperture edisi JUN 2012..Photo nie adalah Photo pertama yang Wan hantar kat majalah aperture nie..Gambar original kat bawah nie..Wan pun ada wat post pasal nie dulu..




Sedikit mengenai sejarah fotografi Wan..Wan mula berjinak dan serius dalam dunia fotografi nie pada hujung bulan 10.2011 skang dah 8 bulan pegang kamera.Banyak perkara yang Wan belajar dalam fotografi nie..fotografi bukan sahaja ada kamera tapi yang perlu adalah kemahiran .. Kemahiran bukan hanya terletak pada shuter yang kita tekan tapi pada keupayaan kita berfikir. Kalau ada yang masih bercakap mengenai Brand kamera yang penting dalam mengambil gambar nie semua nya silap..Wan pengguna Sony .. Jujur Wan cakap pengguna Sony sering kali dipandang rendah dalam Dunia fotografi oleh kelompok kelompok kecil yang terlalu obses dengan brand dan ilmu yang terlalu cetek..Bukan menunding jari tapi itu realiti..


Apa gambar yang Wan suka ambil??

Kalau ditanya soalan nie ..Jawapan nya senang je..Wan suka ambil gambar semua... Landscape , potrait , Macro , Light painting dll..Dunia fotografi tak ada sempadan tapi kena ingat "matlamat tak pernah halalkan cara" .Dalam agama ada batas batas tertentu.. Jadi dalam dunia fotografi nie pun ada batas batas nya.





Macam mana nak jadi yang terbaik ?

Nak jadi yang terbaik memang sukar..Wan sendiri pun belum lagi dapat jadi yang terbaik..Banyak lagi ilmu dan tool tool yang Wan kena belajar..Apa yang Wan selalu buat..Wan banyak buat rujukan..google , perhati data gambar orang dan perhati teknik pada gambar..selain tu sering tengok youtube..Ilmu skang nie kita boleh redah je kat internet..kalau boleh dan seboleh boleh nya cari cikgu sebab ilmu tu perlu kan cikgu..lebih baik belajar secara 2 hala..Mudah nak faham..Sebelum bertanya lebih baik kita buat rujukan jugak..Ingat jangan suka kena suap..Dan jangan MALAS .. (kalau nak boleh bawak kamera korang pergi mana mana , bukan bertujuan nak menunjuk tapi bertujuan nak rakam situasi yang terbaik).


Pesanan

-Kenali kamera anda kenali manual kamera anda..
-Biar apa orang nak kata..yang penting kepuasan..
-Ingat kadang kadang kita boleh langgar peraturan fotografi .
-Yang sebenarnya Wan hanyalah newbie ..ehhehe...




Sekian..Sekadar entri motivasi untuk kalian..Kita semua boleh berjaya...


Papai


Sudilah kiranya klik donate Button bagi membantu kami..dan link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat #sebenarnya tak de yang klik pun.. :(
Gajah
Gajah lagi






.



Friday, June 15, 2012

Esok sabtu dan ahad bercuti di kampung...

.



Assalamualaikum...


Inysa ALLAH , esok sabtu dan ahad Wan akan bercuti di kampung..Sambil tu nak rehatkan jugak mata dan minda dari menghadap semua design design tempahan. Doakan perjalan Kami sekeluarga k..Semoga selmat sampai dan selamat balik..Amiin..


Gambar kat atas tu gambar 4 tahun lepas..Lama dah kan..Esok awal pagi dah berangkat.Perjalanan agak jauh..Nanti wan snap beberapa gambar untuk dikongsi kat korang k..Tak janji tapi Insya ALLAH Wan akan ambik..

Jadi entri nie adalah entri untuk 2 hari yang Wan tinggalkan..Sabtu dan Ahad..sambil tu Wan tinggalkan jugak kat korang nie..Sila lah lihat..Harap bermanfaat untuk dikongsi "satu perkongsian"..


K lah korang..Semoga semua dalam keadaan sihat..



Papai..
 Jaga diri


.



Monday, June 11, 2012

14 hari dah boleh cashout SAYS.my berbaloi tak?Berkongsi tips

.



Assalamualaikum...


Hai korang...Tak habis habis Wan nak cerita pasal SAYS.my nie kan..Dulu Wan terpegun sangat dengan income dari Churp Churp..Cara nak dapat income tetap sama..Macam nie untuk Churp Churp boleh klik kalau nak tengok..Kalau dah tahu tak yah tengok..Sama jugak RM0.20 perklik dan kekadang akan ada masa dapat RM0.40 perklik tu untuk Churp Churp . SAYS.my lak lain RM0.20 perklik dan ada limit setiap iklan.


Dalam masa 14 hari nie bersamaan 2 minggu Wan rasa amat amat terpegun dan terpegun dengan hasil yang mendadak..Jumlah dalam masa 2 minggu dah cecah RM50.40 . Percaya atau tak..Terimalah hakikat nya..Itu lah yang Wan dapat dalam masa 2 minggu..


Masih jugak ada yang tanya macam mana leh dapat income cepat sangat tu..Cara Wan..Wan kongsi setiap iklan yang diberi..Tapi bukan semua..Wan tengok tempoh iklan yang pendek.Macam dalam gambar kat bawah nie.Iklan yang ambik masa 5 hari je untuk bersiaran..



Jadi Wan utamakan tempoh yang pendek nie..Sebab nya kalau dah tamat tempoh so tak de dah iklan tu lagi..Pastikan iklan korang tu tak sampai limit..nak taw macam mana iklan sampai limit..Korang tengok Entri nie k

-SAYS.my begitu kejam (11 hari bersama SAYS.my).Limit setiap iklan tak perlu kongsi 

Dan korang pasang target iklan korang..Contohnya satu iklan korang target leh dapat RM 2.00..Bila dah dapat RM2.00 korang beraleh ke iklan seterusnya dan pusing pusing lah dengan iklan yang lain.


Perkara yang sering Wan buat ialah macam nie..Rasanya korang dah tahu..Sapa yang tak tahu boleh tengok.."Contoh"..Wan pasangkan link di setiap entri Wan..Nampak tak contoh tadi tu..Dalam entri kita try buat yang berkaitan..Erm.Ok..Wan bagi contoh mudah k.


"Puma pun ada permaianan..nak tahu siapa jadi kapten..Korang layak ke tak?hahaha.meh sini---PUMA


Cara yang seterusnya lak Wan banyak berkongsi link dalam facebook..Mungkin ada yang menyampah dengan cara nie Tapi kita kene buat dengan cara yang sangat sangat bagus..Contohnya kalau kita nak kongsi iklan nie..Korang leh tengok contoh iklan tu kat sini ---> Contoh iklan..Iklan tu mengenai PUMA kan..Jadi Wna akan update status Wan mengenai PUMA..Contohnya macam nie


"Puma pun ada permaianan..nak tahu siapa jadi kapten..Korang layak ke tak?hahaha.meh sini--->http://wanhazel.says.com/recommendations/puma-social-finale-party"


Yang seterusnya ialah masa yang tepat..Korang kongsilah saat kawan kawan korang banyak online..Dan kebanyakkan yang Wan kenal pasti ada yang bertukar tukar link supaya di klik..Awak klik saya, saya klik awak..cara nie Wan tak pasti lah membuahkan hasil ke tidak..tak pernah cuba...Kalau ada yang nak Wan klik boleh je Pm Wan di facebook...Insya ALLAH Wan akan jenguk iklan korang..Mari berbagi rezeki..Yang penting jangan SPAM k..FB wan "Wan Hazel".Setiap seorang 2 link je k..


K lah korang setakat nie je yang Wan nak kongsi..Owh ye..Sebenar nye Wan tak cashout lagi SAYS.my nie..ehhehe..nak tunggu sampai cukup target..Insya ALLAH..


Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 

Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat






.




Friday, June 8, 2012

Dalam tak sedar kita perkecilkan yang lain

.





Assalamualaikum...

Sedar tak sedar skang dah jumaat..Harap korang gembiralah kan..Bukan sebab esok nak cuti atau esok korang nak pergi melancong..tapi sebab kita sempat lagi bertemu dengan jumaat..Alhamdullillah umur kita masih dipanjangkan dan masih ada ruang untuk kita mecari secebis rezeki dibumi ALLAH nie..owh ye,Sesapa yang nak pergi melancong tu harap sangat korang buat persedian perkara perkara yang korang perlu bawak..senaraikan dan bawak perkara yang perlu je.

-Apa lagi yang perlu selain tiket dan passport


K
embali ke topik utama,"Dalam tak sedar kita perkecilkan yang lain" ..Perkara nie memang akan terjadi kat diri kita malah kita pernah mengalami..Sebab tu lah Wan seboleh bolehnya berfikir sebelum berkata kata malah menyemak kembali apa yang Wan dah taipkan untuk dipamerkan kepada korang semua..Dunia luar dan dunia maya nie sama je..


Seboleh bolenya kita elak perkara yang sebegini terjadi..Bila kita bersembang dikalangan rakan rakan yang kurang berkemampuan.Jangan lah kita bersembang mengenai barang barang mahal yang korang makan.korang makan M&M dan julies pun nak sembang rancak.Bukan tak boleh tapi perasaan..Korang pernah rasa tak bila kornag tak kesampaian nak merasa sesuatu tu..Sebilangan orang boleh la tahan dengan godaan tu tapi kalau yang tak tahan..macam mana??Dan saat tu korang dah buatkan seseorang tu rasa hina..Rasa "Owh aku nie miskin mana nak mampu".. Dan saat nie lah mereka akan cuba menjauhkan diri dari kita dek kerna rasa taraf yang berbeza..


Kadang kadang benda nie selalu terjadi..dan memang selalu terjadi..Bila kita membandingkan kecantikkan kita dengan orang lain atau membandingkan kepandaian kita dengan orang lain ... "kulit muka kau banyak jerawat lah..tengok muka aku lembut je..hehehehe".. memanglah dalam otak kita , kita fikir perkara tu hanya sekadar gurauan..Dan sejauh mana pun niat korang hanya untuk bergurau..Manusia tak kan taw isi hati dan niat korang..manusia Bukan Tuhan boleh tahu niat seseorang..Sebaik baiknya elakkan lah bergurau macam tu..Dan saat nie lah mereka akan cuba menjauhkan diri dari kita dek kerna rasa taraf yang berbeza..





Dan banyak lagi yang kita dalam tak sedar lakukan kesilapan.Wan sendiri pun dalam tak sedar sering khilaf dan mungkin sekali sekala pernah mengecilakn hati rakan rkan atau hati hati pembaca Wan..




Kita insan lemah dan tak sempurna tapi kenapa tidak kita mengisi ketidak sempurnaan tu supaya menjadi lebih sempurna dimata ALLAH..




i can honestly say i really hate the one who always never knew how to appreciate and respect others feelings..



Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

TRAIN'S
Saving Planet



.






Wednesday, June 6, 2012

Freebies doodle tudung bawal ala ala najwa latif..hehehe

.


Assalamualaikum..

Korang..hari nie Wan nak kasi korang freebies doodle tudung bawal ala ala najwa latif lak..ahahha..ada beberapa warna je..korang pilih lah ye..kat atas tu korang leh warnakan sendiri.Freebies lain korang leh tengok kat sini k Freebie Doodle ehehhe..Kalau korang nak wat untuk header blog korang pun boleh jugak..tak de masalah..yang kat atas tu versi tak berwarna..korang leh lah warna sendiri..tak tahu camne nak warna korang leh rujuk entri nie.

-Melukis Doodle dan mewarna Doodle
-Wat tudung dan baju Doodle bercorak

Kat bawah nie ..Korang ambik lah warna apa yang korang nak...Selamat memilih












Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

TRAIN'S
Saving Planet

.