Wadah Madrasah Pengalaman: Doodle story..Allah is always there


Sunday, March 11, 2012

Doodle story..Allah is always there

.



Assalamualaikum..

Dalam ramai ramai jiwa manusia semestinya ada yang tersentuh ditahap yang paling rendah dalam kehidupannya...Pasti ramai yang mempunyai rahsia yang tak terluah..


T
idak kusangkal, setiap yang bernama manusia pasti menyimpan kemas sebaris ayat. Ayat yang boleh jadi sebuah hasrat, perasaan, keluhan ataupun ayat kaku yang tidak berinti apa-apa. Aku lagi pasti, ayat itu tidak sekali akan kalian luncurkan pada mana-mana telinga di dunia, walau ia sedang siaga mendengarnya.



Mengapa begitu tamak aku menyimpannya sendiri??? Adakah kerana aku tidak pasti apakah kesannya ayat ini kepada dunia di sekelilingku. Kerna kita kan punya rasa, namun tak bisa jua meramal apa yang ada di depan. Boleh jadi, sepotong ayat ini mampu mencarik jiwa dan meracun rasa .


kupunya juga sepotong ayat yang sebegitu. Lafaz ini mustahil terluah, tidak kutelan tidak kukunyah. Di bibir ia sedia terkunci dan membeku lidah. Sesekali, ada juga kunukilkan sebahagiannya dengan sedikit tinta. Kemudian, kurenyukkan semula dan diperbakulkan. Berkali-kali juga kurakamkan dan kudengarkan semula. Entah kenapa, aku lebih berbangga, malah bahagia, apabila aku dan Tuhan sedang saling menyimpan rahsia.


Fuh. Biar nyawa di hujung urat, biar hari bertemu akhirat, kata-kata ini adalah rahsia yang paling rahsia. Hanya aku dan Dia saja menggenggamnya.


Kalian punya juga kan, rahsia yang tidak diceritakan kepada sesiapa selain Dia?


Papai..



Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Dew More Win More!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..

Papai





.



5 comments:

Mitsu Kizu Zie said...

penuh tanda tanya entry tk ada maksud tersirat di sebalik kata kata..hehe tuhan saja tau...btol sik wan...

FarhanahAdzlan said...

ceyy ayat berbunga2..segala metafora telah dimasukkan..hahaha=)

Ckin Kembaq said...

Mestilah ada.. ^_^

ciksukaberangan said...

hadoi. ayat gaya penuh misteri. hehe. pasti ! setiap orang punya rahsia yang tidak ingin diluah pada lain kecuali DIA :)

Unknown said...

:)))))))))))))))))