Wadah Madrasah Pengalaman: Doodle story..Menyangkakan perkara yang dilakukan adalah terbaik padahal ia hanyalah DOSA


Wednesday, March 7, 2012

Doodle story..Menyangkakan perkara yang dilakukan adalah terbaik padahal ia hanyalah DOSA

.



Assalamualaikum..

Baru sempat nak update "Doodle Story" nie..Ada tak yang tertunggu tunggu..??? Dalam kehidupan seharian nie dalam tak sedar kita , kita sering kali khilaf.. Kekadang dengan lancangnya kita mencanang hal hal manusia disekeliling kita (gosip , mengumpat) benda yang macam nie dah jadi trend masyarakat kita..Disangkakan ingin berkongsi agar sama sama mendapat kebaikan namun itu semua hanyalah DOSA..



Begitulah bila orang yang bijak pandai sering kali meleterkan patah perkataan "betulkan dulu niat sebelum melakukan sesuatu" tapi adakah niat kalian itu sejajar dengan cara yang betul atau perlu lagi seseorang yang bijak pandai meleterkan lagi patah perkataan "Matlamat tak pernah menghalalkan cara yang salah"...



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Sahih Muslim No.4646)


“…Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nuur: 19)



Memanglah niat korang nak berkongsi..Memanglah korang marah sangat dengan sikap mereka orang..Tapi korang rasa korang wat camtu berdosa tak??Korang wat macam tu macam menghasut orang lak..Kan lebih baik kita menutup keburukkan orang dari menyebarkan..


Entri atau gambar yang korang wat dan share tu..Korang rasa brapa banyak yang dah tengok???brapa banyak yang dah baca dan menyumpah nyumpah???andai lah dosa hasutan tu mewakilkan seorang yang melihat dengan satu dosa yang korang dapat...korang hitunglah sendiri.

Cukup cukuplah mengaibkan sesama kita..Kita bersaudara bukan..Manusia adalah anak ADAM dan HAWA..Kita seketurunan..Mengapa lak nak buruk burukkan saudara sendiri..Betul tak???


Antara kita dan mereka sapa yang lebih pantas ke NERAKA????
Kerana DOSA??
Mungkin kalian yang lebih dulu keNERAKA kerana menyebarkan aib sesama kita


P/S : Aib ini boleh disebarkan dalam sesuatu kawasan atau kelompok tertentu dengan syarat syarat yang tertentu..Contohnya seorang pencuri dikawasan perumahan tersebut..Maka seharusnya disebarkan kerana kejahatan dan agar kawasan perumahan tersebut berhati hati dengan penjenayah tersebut hanya dikawasan perumahan tersebut dan kawasan yang mungkin akan dijadikan sasaran penjenayah... Betulkan Wan jika salah..


Terasa??kalau terasa mohon bertaubat...Korang yang pernah Share gambar gambar yang tak ok kat FB tu renung renungkan lah..Wan pun bukan nya Hamba yang baik tapi ingin menyampaikan apa yang terbaik..


Mungkin selepas ini korang akan berfikir kedua kali nya untuk berkongsi entri ini bersama rakan rakan kalian..Fikirkan sendiri..Share apa yang sepatutnya..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Dew More Win More!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..

Papai





.



8 comments:

Unknown said...

sangat setuju (^___^)

Cik Atin Bubbly said...

sgt setujudgn wan ...bnde2 mcm nie bersepah dlm fb...kdg2..tgk title pun rase m'ymph da..huhu

+jena said...

btol!

dak2gik.blogspot.com

Kauthar Afifah Ramli said...

like..

moga kita semua jadi org yang lebih baik utk masa akan datang :)

Unknown said...

mengumoat.... jaga tepi kain org... membuka keaiban... mencanang cerita... dah jadi budaya.. menjadi tanggungjawab semua untuk memperbetulkan keadaan ni....

jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni... tak follow tak pe, coz update masing-masing dapat dilihat dari ping di GPK. dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lag jejak atau komen di mana-mana

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/kejiranan-ku-yang-sesak-sesak.html

zul a.k.a sam banjamin
(pengasas gerila penulisan kreatif

gadismanja said...

betul tu wan ,,kdg2 niat kita tak betul ,, kita tak perasan syaitan yg hasut kita uh ,, pape pon ,,saling ingat mengingati ,,tp kan ,, sy selalu update status pasal kate azan da masok jum g solat sebentar ,sy nk solat jap ,, kire mcm uh laa ,, agak2 tu kira menunjuk ke ? padahal dlm hati takde niat pon mcm uh ,, tp selalu t"fikir betul ke aku update mcm uh..nnti ade org judge mcm mane ,, serba slah jadinye ,, niat lain,niat nk ajak yg lain solat sekali ,,

wani said...

yup!
slalu gak jadi...
xtaw lha niat masing2 na aibkan or tidak...
buat lagi ya doodle story ^_^

admin said...

kadang2 iklan nuffnang tukar benda macem2 jugak :D