Assalamualaikum..
25 september , kekadang aku sengaja membelek belek keratan kalender di sisi kanan Windows 7 laptop ku. Tinggal beberapa hari lagi genaplah umur ku mencecah 24 tahun... Segelas nescafe panas terhidang seperti biasa dimeja ku..
Kehidupan kita terbahagi kepada dua.. Dua pilihan yang mungkin kita tersalah pilih. Dan mungkin secara rawak nya pilihan kita tepat dan tersangat tepat.Seperti biasa aku akan menuju ke cafe yang terletak bersebelahan tasik di kolej ku. Aku terserempak dengan 2 pelajar yang menyepak nyepak tin pepsi yang telah direnyuk lagaknya seakan ronaldo (aku hanya tahu ronaldo je dalam sukan bola) . Menyepak ke kiri dan menyepak kekanan , lalu ditinggalkan disudut bersebelahan tong sampah..Belum sempat aku hendak mengambil memasukkan tin tersebut ke dalam tong sampah..Lantas seorang mak cik tua menyambar dengan wajah yang ceria , menonggeng nonggeng tin tersebut membuang sisa perut air didalam nya.. Dan entah dari mana satu ayat terpancul dimedan telinga ku .. Tersentap aku seketika.. YA ALLAH kemana hilang rasa syukur ku.
"JANGAN KAU SEPAK SEPAK REZEKI KAMI.."
Aku mula melihat persekitaran ku.. Maha besar rezeki dari MU , YA ALLAH..Namun segerombolan dari kami yang hina ini , sombong dan terlalu angkuh dengan rezeki yang KAU berikan.. Aku mula melangkah ke cafe.. Lihat .. Apa yang aku lihat. setiap pinggan dan cawan yang masih berisi makanan ditinggalkan sebegitu... Pembaziran sudah menjadi adat didunia secara am nya Di MALAYSIA secara khususnya..Mantap kau syaitan..Manusia telah kau perhambakan dalam diam..
Jika kita boleh melihat tin yang kita sepak itu adalah sebuah rezeki nescaya kita menangisi setiap saat yang telah kita lalui..24 tahun aku lalui tanpa aku sedar setiap pembaziran ku itu bermakna sebuah rezeki bagi yang lain.. Padahal satu masa dulu aku jua si pengutip besi dan tin buruk.. Dunia..Bila kita lihat dari sudut Akhirat pasti perpekstif kita berubah 100% ... Maha suci ALLAH..kau mencampakkan rahmat pada siapa yang kau pilih..
Aku masih belum sempat mengarang warkah "Dua pilihan". Insya ALLAH diruangan yang seterusnya.
.
17 comments:
bg yui, semakin bertmbh usia kt, semakin dekatlah kt ke arah kematian...
ooo... umur wan hampir genap 24 ye..
lahir sama taun rupanya.. ^_^
syaitan bersorak girang bila mana manusia itu melakukan pembaziran~~
tegakah kita membiarkan syaitan menang tanpa kita sedar??
setiap kali baca entri wan, mesti nak komen panjang2.tapi sabarkan hati untuk bagi komen yang pendek2 aje... ^_~
mudah2an semakin kita berusia semakin kita tawadduk dan sentiasa mensyukuri nikmat Allah,btw saya pernah kerja ya dolok ngutip tin pakei jual balit,biasakan hidup susah supaya kita sentiasa belajar bersyukur
nice one.. hidup dengan 2 pilihan..tak sabar nak tunggu...
tersentuh sangat hati fiza "jangan kau sepak sepak rezeki kami" membuatkan fiza tersedar bahawa selama 20 tahun fiza hidup fiza tak pernah bersyukur dgn apa yg fiza ada.. Subhanallah..
:) sbb tu makan bg habis yer..rezeki smua tu...tin kosong sekalipon.
nuyui a.k.a miss YUI
betul tu yui..
miz ruha
a ah sama lah kita kan..ehehhe...
eh eh..kalau nak komen pjg apa lahs alahnya..ada ilmu kita kongsi2 k..ehehe
Adi Herman
mena ya... dari ksusahan ya lah kita blaja makna senang sbnar
Momo
ehehhe..Insya ALLAH..akan ada nanti
Fiza Suhaimi
betu tu..kita bsyukur tapi dalam pada masa yg sama kita tlupa makna syukur tu
ayut
betul2..hehehe
bersykur apa adanya. sntiasa ucap alhamdulillah. :)
"jgn kau sepak rezeki kami"
mantap entri ni :)
benda yg di sangka takde nilai tu rezeki tanpa kita sedar kan :')
pilihlah pilihan yg btl.. :D
Post a Comment