Wadah Madrasah Pengalaman: Kehidupan berupa titik hitam dan kertas putih


Tuesday, September 18, 2012

Kehidupan berupa titik hitam dan kertas putih

.



Assalamualaikum...


Aku menyediakan sekeping kertas putih bersih tanpa satu kotoran pun. Lalu aku bertanya kepada pelajar ku..


"Apa yang korang lihat"


"Kertas kosong Sir" serentak persoalan ku terjawab..


"Baiklah , apa pula beza yang ini.hah hah?" Aku menyoal sambil mengangkat kening berulang kali..Yang tadi nya kertas putih itu sudah ku tandai dengan bulatan hitam tepat ditengah tengah.


"Titik hitam "
"Bulatan hitam"
"Tahi cicak"
"Kertas kotor berconteng hitam"
"Kertas hitam ditengah"


Malah ada dikalangan yang lain bersetuju..


"betul betul"
"a ah..Titik hitam"



Aku hampir pasti ramai yang mempunyai jawapan yang sama bukan.. Dan ternyata kalian diantara yang terbaik. Dapat melihat dan dapat mengawal keadaan dan mampu memberi jawapan dengan tangkas.



"Kalian semua pasti dengan jawapan kalian" aku tersenyum menyoal keseluruhan pelajar ku..


"......" mereka terdiam tanpa kata ,tanpa reaksi..



Lihat.. bila mana setitik dakwat hitam merentap keseluruhan kertas yang bewarna putih. Putihnya hilang namun hitam nya kekal . Padahal putihnya lebih luas dari yang hitam.. Dan begitulah jua dalam ramai ramai jiwa kita . Kita melihat sedikit keburukan lantas menutup segala kebaikan yang telah kita kecapi.. Realiti .. Kekadang apa yang kita perjuangkan turut tersalah .. Kita melihat kelompok ini salah padahal sebelum ini kelompok ini jua lah yang mendidik dan memberi dasar pelajaran kepada kita.. Oleh kerana sedikit khilaf atau penangan dari yang lain maka setiap dari kita dalam tidak sedar mula menurut kata hati . Hasutan itu terlampau kuat.. Fitrah manusia.. Mendahulukan keburukan dari kebaikan..


Maaf entri ini tiada unsur politik.. Kita sama sama muhasabah diri.. dari sekecil perkara yang kita endah tak endah ini lah akan menjadi sebesar besar isu dunia... Kita jarang melihat dari sudut pandangan yang lain.


"Sir .. jawapan jawapan" jerit salah seorang anak didik ku dihujung dewan kuliah



"Saya melihat ruangan putih itu yang menyempitkan titik hitam" sambil aku menyorokkan titik hitam tersebut dengan jari...


"Jadi apa anda lihat sekarang?"aku menyoal semula...



Ternyata kalian semua terdiam dan mencongak kembali saat yang berlalu bukan?? jadi adakah kalian diantara yang melihat dengan jelas dan pasti?


Kehidupan ini bukanlah satu perjudian . Kita memilih antara dua.. yang itu , atau yang ini.. Insya ALLAH nanti akan ku kongsikan bagaimana 2 pilihan dengan nisbah 50 : 50 menjadi 70:30 atau 100:0.. Jika ada kelapangan akan ku kongsikan jua diruangan yang akan datang..



Semoga memberi sedikit manfaat kepada semua..Kerna aku sudah mula bosan dengan mainan dunia.. Dan aku semakin takut. Bilamana diantara kalian menyumpah seranah seseorang/kelompok seakan mendoakan keburukan bagi mereka..

Kerana aku risau akan ada yang mendoakan kepada kalian

"begitu jualah untuk kamu" 





.



10 comments:

Unknown said...

lepas fiza baca entry ni terus fiza tersenyum.. this is what we called LIFE :) nice entry wan :)

Unknown said...

:) Manusia ~

♪♫• ᗩq¡єm▲ᗩmer•♪♫ said...

manusia biasa =3

Unknown said...

pemikiran manusia yang mudah dipengaruhi..
hanya melihat apa yang nampak dan tidak menilai apa sebenarnya yang tersirat..
eh!betul ke??

nice entri, wan.. ^_^

Adi Herman said...

fahaman tentang titik hitam ya agak menarik sekali,bolej diaplikasikan dlm situasi seharian.tidak semua titik hitam harus dilihat dari sisi negatif hehe...dari www.molotovcocktailz.blogspot.com

LIBAZIFAH said...

Betul...manusia cepat dan mudah buat penilaian tanpa guna pertimbangan waras serta wajar.
...

Anonymous said...

Betul2 :)

Maisarah Azmi said...

betul tu wan.. suka entri nie

Keri said...

setuju dengan sir :D
begitu juga dgn hati. hati yg bersih bila terpalit dosa lekas merasa resah dan gelisah.
hati yang sememangnya hitam, susah merasa berdosa dgn perbuatan dosa.

shuhadaothman said...

penuh makna tersirat. Got it wan! :)