Wadah Madrasah Pengalaman: Jangan berhenti berdoa ...


Sunday, May 26, 2013

Jangan berhenti berdoa ...

.




Assalamualaikum...

ALLAH... bintang bintang telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yang selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu...Tahjud pada MU..

Malam tadi jiwaku lesu, hati beku , fikiran pula kaku .. semua terasa basi . Malas malas .. aku teruskan langkah untuk menunaikan tahjud..Usai memberi salam aku teragak agak untuk berdoa , Angkuh benar rasanya diriku.. Padahal aku tahu ALLAH itu MAHA MENGETAHUI . Sehinggakan aku terfikir kenapa pula aku perlu lagi untuk meminta minta tidak cukup lagi kah ... Mudah bukan syaitan nak hasut kita dalam perkara yang kita fikir betul.. Jika diikutkan pasti saja syaitan melonjak lonjak gembira . .

YA ALLAH ..aku mohon pada MU jangan pula KAU rampas hidayah untuk aku berdoa pada MU .


Pernah tak kalian rasa dah putus asa dan penat nak berdoa . ??

:)

Dalam hidup ni, kita cuma akan ada rasa gembira bila kita rasa Allah ada dalam hati kita. Untuk langkah pertama. Bila bila rasa penat rasa malas rasa letih, jangan merungut. Jangan cakap benda benda yang negatif. Tapi diam.ambil nafas dalam dalam. Kemudian gantikan semua rungutan tu dengan selawat dan istighfar. Sebab. Pada tiap rungutan, Allah cabut satu keberkatan. Dan pada tiap selawat dan istighfar, Allah datangkan keampunan kebaikan dan kekuatan. Bila kita banyak merungut, kita akan rasa makin cepat penat. Maka sampai bila bila pun kita takkan dapat belajar untuk rasa bersyukur dan rasa kuat. Insha ALLAH, semua akan faham bila dah rasa nanti.



Hujan rahmat saat ini bagai mengalir ngalir meminta diperhatikan .Hujan itu kiriman rindu ku pada mu.. :)

Hey.
Aku juga mahu mencintaimu kerana Allah.
:)


.




7 comments:

Unknown said...

saya pernah rasa nak putus asa,tapi Allah kan sentiasa ada. Semua yang kita nak,insyaAllah dapat. Cuma cepat atau lambat. Dan kalau tak dapat tu,mungkin sebab Allah dah sedia yang lebih baik. Bersangka baik dengan Allah. ^-^

muja said...

pernah rasa ALLAH kan dah tahu tapi kita tak sedar kita kena mintak sebagai seorang hamba.. moga hidayah untuk berdoa tak hilang dari diri muja juga..

Unknown said...

assalamualaikum.

alhamdulillah. bila saya dekat dengan Allah. hati saya sangat tenang. sama-samalah kita berdoa semoga Allah akan sentiasa beri kita petunjuk.

chinta said...

nice sharing

..kakNaim.. said...

terima kasih..kerana mengingatkan...kadang2 memang alpa..

Anonymous said...

pernah. dengan alasan penat.

sehingga saya berhenti untuk meminta (bersungguh2).

usai solat..berdoa sekadar berbasa basi sahaja. MasyaAllah...

semoga Dia tidak meninggalkan saya. (T_T) Amin.


-ina shemmi-

*terima kasih atas adobe flash CS3.sy sedang mencari. saya dah download. belum cuba. sedang ketagih edit gambar utk instagram yg x seberapa. haha..

Lieza Nordin said...

doakan senjata org mukmin. :) tnpa doa, macam x lengkap :) tnpa doa kita mcam hambanya y x bersyukur ..