Wadah Madrasah Pengalaman: Kita jua bakal jenazah


Friday, June 28, 2013

Kita jua bakal jenazah

.


Assalamualaikum..

Seawal pagi saya dikejutkan
Dengan berita kematian ayah sahabat
Suasana tenang
Mendung
Silau mentari pun tak kelihatan
Seperti langit sedang bersedih

Tiba di sana saya masuk.
Saya ambil tempat berhampiran jenazah.
Tak lama lepas tu anak jenazah datang duduk sebelah saya.
Dengan mata basah.
Saya bersalaman dengan dia.
Ada sendu bersisa.
Saya raikan. 
Mata merah menahan duka
Kuat nya budak nie bisik hati saya
Atau mungkin air mata telah kering sejak subuh tadi
Saya duduk diam
Mulut bisu tanpa bicara 

Bacaan Yassin mula berirama sendu
Sungguh  ..
Tatkala merenung baringan jenazah
Hati mula tertanya tanya
Adakah nanti pemergian diri
Akan setenang hamba NYA yang soleh.
ALLAH
Saya nak syurga.. :(
Saya nak pergi setenang kekasih MU
 
Perancangan Allah itu sangat rahsia.
Kita datang di luar pinta kita.
Mungkin dengan doa ibu bapa.
Tapi semuanya atas izin DIA.
DIA yang mahu kita hidup atas dunia.
Dan bila bila masa.
Kita akan balik jumpa DIA.

Semoga kita yang masih hidup bisa buka mata.
Ambil pengajaran.
Terima mesej ALLAH.
Bahawa mati itu pasti.
Ia akan tiba.
Bila bila.
Semoga perginya kita nanti dengan banyaknya bakti.
Biar langit menanti.
Biar bumi setia menangisi. 

Semoga bertambah taat.
Semoga jauh daripada maksiat. 



ALLAH..
Kematian itu memang pasti
Tapi kita tetap bersahaja 
Kenapa??



.



6 comments:

:: julianaramli :: said...

Bismillahirrahmanirrahim ..

moga roh ayah sahabat a.wan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman moga tergolongan di kalangan ahli syurgaNya .. aamiin..

kita tetap bersahaja sebab iman di dada makin gersang dek nikmat keduniaan yang melalaikan umat Islam termasuk ana sendiri.. hidup di zaman kini tak sama dengan zaman dahulu.. zaman kini amat memerlukan mujahadah dalam diri, andai diri tewas tika mujahadah kelak diri akan menjadi tawanan dan d'belenggu oleh hasutan syaitan laknatullah .. hanya dengan mengingati dan mendekati Allah hidup pasti selamat dunia dan akhirat .. :)

Mummy MM said...

Kamek slalu sik tido miker hal towk.. Huhu..

PeRdU cINta said...

Kerana keasyikkan dunia itu racun buat lunturnya iman di jiwa..bagi yang berjaya mengawalnya maka syurga ganjarannya..mungkin esok mungkin lusa..siapa tahu tiba masanya kita pula mengadapNYA..

Aku pengembara said...

al fatihah..

Anonymous said...

Mohon copy paste, boleh?

Wan_hazel said...

silakan..boleh je