Wadah Madrasah Pengalaman: Bahaya pelajar unimas dikediaman luar (Jejantas unimas)


Thursday, October 17, 2013

Bahaya pelajar unimas dikediaman luar (Jejantas unimas)



JKR bina jejantas RM1.5 juta di depan Unimas KOTA SAMARAHAN

18 Jun - Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini tidak perlu lagi menggadai nyawa mereka untuk menyeberangi jalan raya di hadapan kampus tersebut apabila sebuah jejantas akan dibina di kawasan itu tidak lama lagi.
Projek pembinaan jejantas yang menelan kos RM1.5 juta itu dijadual bermula hujung tahun ini dan akan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Datuk Seri Mohd. Ali Mahmud (gambar) berkata, jejantas tersebut dibina ekoran kebimbangan pihak kampus universiti berkenaan dan ibu bapa terhadap keselamatan pelajar ketika menyeberangi jalan tersebut.
"Jalan ini merupakan laluan utama bagi pelajar-pelajar Unimas yang menyewa di Taman Desa Ilmu yang terletak bertentangan dengan pintu masuk kampus universiti.
"Sehubungan itu, saya telah membentangkan usul bagi membina jambatan tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu untuk perhatian pihak berkaitan," katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, beliau juga telah mengemukakan cadangan membina jejantas tersebut dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Katanya, pembinaan jejantas itu diharap dapat memudahkan pelajar dan masyarakat setempat tanpa menjejaskan keselamatan mereka ekoran banyak kenderaan termasuk kenderaan berat menggunakan jalan raya tersebut bagi menuju ke Jalan Pan Borneo..

Sumber : Utusan.com

Assalamualaikum ..

Pembinaan jenjantas dihadapan unimas adalah perkara yang terbaik buat pelajar unimas yang menetap dikediaman luar.
Namun bagi mereka yang menggunakan basikal ia adalah salah satu faktor yang tidak menggalakkan mereka menggunakan jejantas.
Berlaku juga bagi  mereka yang menggunakan motosikal ..
Kebanyakkan pelajar yang bermotosikal lebih rela melawan arus jalan raya dari mengambil bulatan yang jauh dari unimas.

Mungkin pihak berwajib perlu melakukan pembinaan yang lebih sesuai seperti membuat tempat masuk jalan yang membahagikan penghadang jalan raya atau memasang lampu isyarat melintas.



.





5 comments:

Mawardi yunus said...

keselamatan pelajar itu penting

Fatimah Nabila said...

yea!! akhirnya ada jmbatan..alhmdulillah~ntah sempt ke tidak nk guna tuh..

Unknown said...

wowww..thankss sharing this news..bcuz i'm a student in UNIMAS...jejantas ni yg kami tgu2 slama ini..heee..

CintaPena said...

insylah semoga sgalanya dipermudahkan =)

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

salam blogging...